Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Nyaris dilarikan lelaki Lombok

Posted:

Nyaris dilarikan lelaki Lombok

Nyaris dilarikan lelaki Lombok


IBNU Sina bersama Nurul menunjukkan salinan laporan polis mengenai lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri ketika ditemui di rumahnya di Masai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 31 Mei - Seorang bakal pengantin melalui pengalaman yang menakutkan apabila nyaris dilarikan seorang lelaki Lombok, Indonesia awal bulan lalu.

Namun, kepantasan bapa gadis berusia 21 tahun itu dengan bantuan orang kampung berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki yang dikenali sebagai Hasan Basri itu.

Bapa wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ibnu Sina, 50, berkata, selepas menyedari kehilangan Nurul, 21, kira-kira pukul 4 pagi pada 9 Mei lalu, dia terus menghubungi rakan-rakannya untuk meminta bantuan bagi mencari gadis itu.

"Alhamdulillah, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang tekong bot di laluan keluar Ulu Tiram berjaya mengesan anak saya bersama lelaki berkenaan ketika ingin menaiki bot untuk ke Lombok.

"Lelaki tersebut memberitahu kepada tekong itu bahawa wanita yang dibawanya itu warganegara India, namun kad pengenalan yang diserahkan menunjukkan nama dan nombor yang sama dengan SMS yang diterimanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Gudang hari ini.

Dalam pertemuan itu, anaknya Nurul turut berada di dalam rumah, namun dia tidak menjawab pertanyaan wartawan akibat masih trauma dengan kejadian tersebut.

Ibnu Sina berkata, sejak kejadian itu anaknya seakan-akan hilang ingatan dan tidak menyedari semua kejadian yang dilaluinya sepanjang dilarikan lelaki berkenaan.

Katanya lagi, anak kedua daripada lapan beradik itu yang bakal berkahwin Sabtu ini pernah bertanya kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku terhadapnya.

"Apa dah jadi dengan angah mak? Cuba mak tampar angah, mungkin angah boleh sedar. Itu kata anak saya kepada ibunya. Selepas kejadian tersebut dia jadi murung dan jarang bercakap," katanya lagi.

Dia percaya lelaki berkenaan menggunakan ilmu hitam bagi menundukkan Nurul kerana selepas kejadian itu, dia membawa anaknya bertemu pengamal perubatan tradisional dan diberitahu bahawa lelaki berkenaan mencalitkan sejenis minyak pada Nurul.

Malah, kejadian awal Mei lalu bukan pertama kali kerana Nurul pernah dilarikan bersama adiknya setahun lalu oleh lelaki yang sama.

"Saya sudah buat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan. Ia memberi kesan mendalam terhadap anak saya apabila menyedari lelaki berkenaan masih bebas dan perkara yang sama boleh berulang," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pelajar OKU terima anugerah cemerlang

Posted:

Pelajar OKU terima anugerah cemerlang

Pelajar OKU terima anugerah cemerlang

KUALA LUMPUR 31 Mei - Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mahu golongan orang kurang upaya (OKU) tidak hanya mengejar kecemerlangan akademik tetapi mampu menguasai bidang lain.

Presidennya, Mohd. Nazari Othman berkata, meskipun cacat, setiap individu mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan yang menjadi aset negara.

"Mereka juga seharusnya mempunyai anjakan paradigma dan pengetahuan tentang teknologi baru agar mampu bersaing dengan golongan normal serta tidak ketinggalan dalam arus pemodenan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Kursus Anjakan Paradigma Pekerja OKU Penglihatan Peringkat Kebangsaan 2011 dan anugerah Pelajar OKU Penglihatan Cemerlang 2010 di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai empat pelajar cacat penglihatan menerima anugerah bagi setiap kategori peperiksaan awam dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Bagi kategori pelajar cemerlang STPM, ia diberikan kepada Mohd. Rifaat Husin yang mendapat 4A 1B manakala Tang Kah Huang menerima kategori Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di atas kejayaannya memperoleh 10A.

Sementara itu, Nor Amirah Azali yang mendapat 6A, 1B dan 1C dipilih penerima kategori Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Celene Lean, yang mendapat 5A dipilih penerima UPSR.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Umpan tarik pemain kita ke seberang

Posted:

Umpan tarik pemain kita ke seberang

Umpan tarik pemain kita ke seberang

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

SHAH ALAM - Penyerang kebangsaan, Safee Sali membayangkan lebih ramai pemain Malaysia akan beraksi dalam Liga Indonesia berikutan aksi mereka memikat pencari bakat di negara itu.

Menurut Safee, selain melihat kemampuan dan kehebatan seseorang pemain, pasukan dalam liga tersebut juga menitikberatkan soal budaya yang tidak jauh bezanya dengan negara mereka sekali gus memberi keselesaan buat pemain import dari Malaysia berkelana ke Indonesia.

"Antara faktor utama mereka cuba untuk memancing pemain Malaysia adalah kerana pemain mudah untuk menyesuaikan diri, ramai pemain dalam Liga Malaysia yang cuba dipancing kelab di sana antaranya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Liga Komuniti MiziSports di sini, semalam.

Jelas Safee lagi, ada antara kelab yang berjumpa dengannya bagi bertanyakan pendapat tentang pemain-pemain yang berjaya mencuri perhatian mereka.

"Malah pemain juga tidak perlu bimbang tentang masa depan Liga Super Indonesia kerana Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mendapat satu lagi peluang, apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju memberi tempoh sebulan penangguhan untuk mereka mengadakan pemilihan pucuk pimpinan.

"Saya juga berasa lega kerana FIFA memberi peluang kedua dan saya berharap PSSI tidak lagi mengulangi kesilapan mereka," kata Safee yang sekarang ini menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.

Ditanya persiapan bersama skuad kebangsaan, Safee berkata, selepas menjalani jadual yang padat di Indonesia bersama pasukannya, Pelita Jaya, dia sekarang ini perlu menumpukan perhatian pula bersama skuad kebangsaan.

"Selepas melaporkan diri Ahad lalu, jurulatih, K. Rajagobal hanya mengarahkan kami melakukan latihan ringan untuk meredakan sedikit tekanan dan kepenatan yang dialami semua pemain di Liga Malaysia termasuk saya di Indonesia.

"Hari ini (semalam) kami akan menjalani latihan seperti biasa, saya gembira dapat kembali berlatih bersama rakan-rakan dan sudah tidak sabar menjelang perlawanan menentang Hong Kong Jumaat ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama

Posted:

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama


Safee sali (tengah) bersama rakan sepasukannya dalam skuad negara pada pelancaran Liga Bola Sepak Komuniti Mizi Sports di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak sedia membantu pihak berkuasa jika betul dakwaan rasuah berlaku dalam pasukannya.

Aidil, 23, mengakui dia amat malu jika perkara ini berlaku dalam pasukanya, malah dakwaan bahawa skuad Piala Presiden Negeri Sembilan terlibat mengatur perlawanan sudah cukup untuk mengguris hatinya.

"Saya tidak tahu keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan tetapi jika betul ia amat memalukan saya," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Liga Komuniti MiziSports di sini, semalam.

Jelasnya, sebagai pemain yang lahir di Negeri Sembilan dia berasa amat malu jika rasuah berlaku dalam negerinya terutama sekali dalam sukan bola sepak, sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) banyak membantu dari pelbagai aspek menaikkan bola sepak negeri.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, saya bukan hendak menuduh rakan sepasukan ataupun mana-mana pemain, setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan.

"Apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin, tetapi saya rasa ia tidak wujud dalam skuad Liga Super, prestasi kami yang tidak konsisten pula berlaku tatkala gejala rasuah kembal diuar-uarkan berlaku," katanya.

Aidil juga bersedia untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang cuba untuk melibatkannya dalam gejala tersebut, malah dia juga tidak mahu duit haram menjadi darah daging kepada anak-anaknya.

"Prestasi skuad Negeri Sembilan yang kurang konsisten adalah disebabkan masalah kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa mengguna khidmat pemain Piala Presiden untuk memantapkan pasukan.

"Kami akan bangkit semula pada saingan Piala Malaysia nanti dengan kebanyakan pemain yang cedera sudah sembuh, termasuk Zaquan Adha Abdul Radzak," kata Aidil yang sekarang ini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong Jumaat ini.

Kelmarin, SPRM telah menyatakan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan yang didakwa mengatur keputusan perlawanan kini telah hampir siap.

Menurut sumber, SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada semua pihak yang diperlukan termasuk di peringkat pengurusan pasukan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kepimpinan ulama dikekalkan

Posted:

Kepimpinan ulama dikekalkan

Kepimpinan ulama dikekalkan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mei - Tiada sebab untuk pihak tertentu mengubah dasar kepimpinan ulama dalam Pas kerana kejayaan parti itu sehingga muncul sebagai salah sebuah parti paling berpengaruh di negara ini adalah kerana konsep tersebut.

Calon Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kepimpinan ulama yang sekian lama menunjangi parti itu adalah satu dasar komprehensif sehingga membolehkan Pas memimpin dan merampas beberapa negeri dari Barisan Nasional (BN).

"Saya setuju gagasan kepimpinan ulama perlu dikekalkan sebagaimana gesaan Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) kerana tiada sebarang sebab kepimpinan ini hendak ditukar. Kejayaan Pas hari ini pun adalah kerana dasar kepimpinan ulama dan ia terbukti berkesan.

"Kepimpinan ulama telah sekian lama menaungi Pas sehingga kita muncul sebagai salah sebuah parti paling berpengaruh tetapi ia tidak bermakna kita menolak penambahbaikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sama ada gesaan Harun agar kepimpinan ulama dikekalkan bakal memberi kelebihan kepadanya untuk mengisi kedudukan Naib Presiden, Mohd. Amar berkata, kenyataan Ketua Dewan Ulama itu sebenarnya bersifat umum dan tidak akan mempengaruhi perwakilan.

Katanya, perwakilan Pas sudah cukup matang untuk memilih pemimpin terbaik dan bukan menjadi satu masalah kepada parti untuk bergerak dengan lebih dinamik walaupun calon yang dipilih kelak merupakan mereka daripada latar belakang profesional.

Mengenai gelombang perubahan yang cuba dibawa pihak tertentu dalam parti tersebut, beliau berkata, perubahan dalam sebuah parti yang besar seperti Pas adalah baik tetapi ia bukanlah bererti sehingga mengubah dasar parti itu secara keseluruhan.

"Bentuk perubahan itu perlu jelas tetapi dalam konteks pemilihan kali ini saya melihat ia sebenarnya lebih kepada pembaharuan yang ingin dibawa oleh setiap calon dan saya menyifatkan ia sebagai satu perkembangan yang positif," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

Posted:

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

KOTA BHARU 31 Mei - Perwakilan Pas diminta membawa usul khas iaitu membincangkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 yang akan bermula esok.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang perlu diputuskan secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada Pas terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas perlu menyekat pengaruh ketua pembangkang itu dalam parti tersebut kerana tindak-tanduknya akan menghakis dasar perjuangan mereka.

"Saya harap perwakilan Pas melihat perkara ini secara mendalam, lihat di Turki dan Indonesia, pemimpin yang dikaitkan dengan kes peribadi seperti seks semuanya meletakkan jawatan kerana imej mereka sudah tercalar, tetapi Anwar bersikap sebaliknya.

"Perwakilan Pas perlu menilainya kerana parti itu akan mendapat tempiasnya disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap Anwar. Jangan biarkan Pas dikuasai oleh pemimpin seperti ini kerana dia hanya memperjuangkan kepentingan peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan pro-Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan Pas pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, sememangnya wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu pro-Anwar dan golongan ulama yang memperjuangkan dasar Islam dalam parti itu.

"Puak pro-Anwar ini amat rapat dan mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau digunakan sepenuhnya sehingga dalam beberapa isu pendiriannya bertentangan dengan Pas Pusat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


110 penuntut KKT tabur bakti

Posted:

110 penuntut KKT tabur bakti

110 penuntut KKT tabur bakti

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


PENUNTUT Kolej Komuniti Temerloh bergambar beramai-ramai selepas Program Khidmat Siswa di Rumah Warga Tua Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, baru-baru ini. - UTUSAN/MUSAZLILA MUSTAPAR


TEMERLOH 31 Mei - Seramai 100 penuntut dan pensyarah Kolej Komuniti Temerloh (KKT) menjayakan program Khidmat Siswa (Prokhis) di Rumah Warga Tua Kampung Bangau Tanjung, di sini baru-baru ini.

Pengarahnya, Abdul Razak Sabtu berkata, program dua hari itu bertujuan membentuk siswa prihatin selain memberi peluang kepada mereka mengaplikasi ilmu yang dipelajari selama ini di kolej.

Menurutnya, berbeza dengan program yang dianjurkan pihak lain, para penuntut melakukan kerja penyelenggaraan memandangkan mereka mengambil jurusan Sijil Penyenggaraan bangunan termasuk membersihkan kawasan terbabit.

"Aktiviti itu dilaksanakan secara berterusan yang dapat mendekatkan institusi berkenaan dengan masyarakat.

"Sebelum ini, program seumpama itu diadakan di Kampung Orang Asli Lubuk Wong dan Pian Kuala Krau serta Kampung Desa Murni dan penduduk di Paka, Terengganu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tanggungjawab tersebut merupakan khidmat sosial institusi itu kepada anggota masyarakat.

Selain itu, katanya, ia dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara kaum selain menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua agensi kerajaan bersatu hati turun menemui rakyat.

"Antara aktiviti yang dilakukan ialah membaik pulih surau, membaiki kerosakan kecil rumah, mengecat dewan dan tangga rumah.

"Mereka juga menyediakan 12 ampaian baju di rumah tersebut serta membuat landskap menanam pokok hiasan," jelasnya.

Katanya, secara tidak langsung mereka berpeluang mempraktikkan kemahiran masing-masing dalam kerja pemasangan peralatan dan pembaikan paip.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semangat 1Malaysia iringi peserta

Posted:

Semangat 1Malaysia iringi peserta

Semangat 1Malaysia iringi peserta


DAING Nasir Ibrahim (empat dari kiri) melepaskan peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya di pekarangan rumah Perdana Menteri di Pekan, kelmarin.


PEKAN 31 Mei - Tepukan gemuruh dan sorakan murid mengiringi ketibaan 110 peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya apabila tiba di hentian pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, di sini semalam.

Peserta yang terdiri daripada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah, di sini tiba lokasi tersebut selepas acara pelepasan bermula di pekarangan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, semalam.

Pelepasan peserta tersebut dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani; Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali.

Menurut Daing Nasir, kumpulan itu akan berkayuh selama empat hari sejauh 322 kilometer untuk bertemu Perdana Menteri di Putrajaya pada Khamis ini.

Katanya, ekspedisi itu bertujuan mewujudkan kerjasama yang erat antara UMP dan pihak sekolah terbabit serta merealisasikan konsep 1Malaysia.

"Selain itu, aktiviti berkenaan sebagai mengisi cuti sekolah yang baru bermula dengan suatu program berfaedah dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan generasi muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Ketua Ekspedisi, Ramle Abid berkata, penyelarasan dari segi latihan, peralatan, teknikal dan logistik disusun bagi memastikan aspek keselamatan peserta diutamakan.

Katanya, perkara itu perlu dititikberatkan terutama melibatkan peserta muda yang akan melalui pelbagai cabaran serta memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang kuat.

Sementara itu, pelajar SMK Tengku Abdullah, R. Thanaselan, 16, berkata, walaupun hanya sehari, dia berpeluang merasai pengalaman tinggal di dalam kampus serta bergaul bersama pelajar di situ.

''Saya dapat melalui pengalaman menarik selain semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dapat dilihat dari setiap peserta program ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hishamuddin terima Anugerah Belia Negara

Posted:

Hishamuddin terima Anugerah Belia Negara

Hishamuddin terima Anugerah Belia Negara


HISHAMUDDIN Abdul Rahman (kanan) menerima Anugerah Belia Negara bagi kategori Inovasi dan Kreativiti daripada Adnan Yaakob di Kuantan, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 31 Mei - Kepakaran mencipta cakera padat video (VCD) interaktif bagi kanak-kanak membolehkan seorang kakitangan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) di sini dipilih sebagai pemenang Anugerah Belia Negara peringkat negeri, baru-baru ini.

Hishamuddin Abdul Rahman menghasilkan VCD pengajaran gender dan pendidikan seks awal remaja yang membolehkan beliau menerima anugerah tersebut.

Hishamuddin berkata, bahan pengajaran itu boleh digunakan sebagai Bahan Bantuan Mengajar (BBM) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) membabitkan silibus sistem reproduktif manusia.

Beliau yang merupakan Pegawai Pengurusan Unit Penilaian dan Peperiksaan institut itu menambah, secara tidak langsung bahan tersebut akan menerapkan pendidikan seks untuk kanak-kanak dalam versi kartun.

''Saya terharu dan berbangga dengan pengiktirafan itu kerana usaha tersebut mendapat galakkan keluarga serta rakan-rakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sempena Hari Belia Negara peringkat negeri di Kuantan baru-baru ini.

Katanya, kejayaan itu akan mengangkat moral para belia menerusi bidang reka cipta bagi pembangunan pendidikan sekali gus menepati aspirasi pemangkin transformasi belia berasaskan konsep 1Malaysia.

Menurutnya, penghasilan bahan itu bertujuan menimbulkan kesedaran betapa pentingnya pengetahuan seks dan reproduktif perlu diterapkan di peringkat usia kanak-kanak.

Beliau yang juga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli Lenjang, dekat sini menjelaskan, pengajaran tersebut kepada golongan terbabit merupakan satu langkah membasmi masalah sosial di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


SPRM tutup 2 kes profil tinggi

Posted:

SPRM tutup 2 kes profil tinggi

SPRM tutup 2 kes profil tinggi

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup 57 kes siasatan termasuk dua berprofil tinggi melibatkan bekas ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Robert Phang dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Keputusan itu dipersetujui oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) selepas membuat semakan hasil siasatan dan keterangan dibentangkan SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah di sini hari ini.

Dalam kes berprofil tinggi itu, kedua-dua individu terbabit ditohmah terlibat dalam skandal rasuah melalui beberapa blog Internet sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut Pengerusi PPO, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil, Phang ditohmah memberi sogokan kepada seorang Ketua Setiausaha Kementerian manakala Abdul Gani pula mendapat pembiayaan bagi menunaikan ibadah haji.

"Kedua-dua kes itu tidak mencukupi keterangan untuk sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak. Malah dalam kes Abdul Gani, siasatan tidak menunjukkan sebarang kesalahan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bertujuan bagi membincangkan ketelusan keputusan yang dibuat terhadap kes-kes siasatan suruhanjaya terbabit.

Mengulas lanjut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani, Hadenan memberitahu, kos keseluruhan perbelanjaan menunaikan ibadah haji diri dan ahli keluarganya ditanggung sendiri.

"Siasatan mendapati ada transaksi dikeluarkan untuk perbelanjaan berkenaan daripada akaun yang sama digunakan untuk memasukkan gaji bulanan beliau.

"Sehubungan itu, bayaran kos ibadah haji dibuat daripada akaunnya sendiri tanpa sebarang tajaan pihak lain. Seperti kita sedia maklum, ibadah haji mesti dibiayai dengan duit yang halal," katanya lagi.

Jelas Hadenan, tindakan blog- blog berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan tohmahan yang tidak mempunyai sebarang keterangan kukuh dan bukti jelas untuk siasatan.

"Malah boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak yang tidak bersalah," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah tolak saman Adam Kadir

Posted:

Mahkamah tolak saman Adam Kadir

Mahkamah tolak saman Adam Kadir

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dua saman bekas pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Bhd. (PMB), Tan Sri Adam Kadir berhubung dakwaan pelanggaran kontrak jawatan pengerusinya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham memutuskan demikian selepas mendapati Adam selaku plaintif menamakan pihak salah sebagai defendan.

Dalam penghakiman beliau, Prasad menyatakan, plaintif sepatutnya menamakan Menteri Kewangan Diperbadankan yang merupakan pemegang saham utama PMB dan bukannya Menteri Kewangan.

''Dalam kes ini, persoalan ditimbulkan ialah siapa sepatutnya dinamakan sebagai defendan. Saya bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan bahawa pihak yang sepatutnya dinamakan ialah Menteri Kewangan Diperbadankan,'' ujarnya.

Selain itu, hakim itu menyatakan pelantikan Adam tidak dibuat secara kontrak tetapi melalui surat pelantikan sebagaimana bekas Pengerusi PMB, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili pihak kerajaan dan Menteri Kewangan manakala peguam Nitin Nadkarni mewakili Azman sementara Azhana Mohd. Khairudin menyebut bagi pihak peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Adam.

Sementara itu, Adam memberitahu, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Pada 22 Oktober tahun lalu, Adam, 69, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Menteri Kewangan dan kerajaan kerana memungkiri kontrak mengenai jawatan pengerusinya.

Beliau menuntut deklarasi bahawa penamatan atau pemecatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah tidak sah dan terbatal.

Adam juga memfailkan saman kedua terhadap Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar iaitu syarikat pemegang saham terbesar dalam PMB, 4 November tahun lepas.

Beliau mendakwa, akibat campur tangan Azman, kerajaan membuat keputusan membatalkan kontrak pelantikannya melalui dua pucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan bertarikh 23 dan 26 Mei 2008, sedangkan tempoh masa pelantikan beliau hanya berakhir pada 28 Februari 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


China naikkan tarif elektrik

Posted:

China naikkan tarif elektrik

China naikkan tarif elektrik

BEIJING 31 Mei - China menaikkan tarif elektrik bagi kegunaan industri di sesetengah wilayahnya, ketika negara ini terus bergelut dengan kekurangan bekalan tenaga berpunca daripada lonjakan permintaan dan kemarau buruk.

Tarif elektrik bagi kilang dinaikkan sebanyak 20 yuan (RM9.30) bagi setiap 1,000 kilowatt-jam, lapor agensi berita Xinhua semalam, dengan memetik kenyataan badan perancang ekonomi tertinggi China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara.

Laporan itu tidak menyebut wilayah yang akan mengalami kenaikan bagi tarif baru itu.

Kos elektrik bagi kegunaan kediaman tidak berubah, lapor Xinhua.

Premis perniagaan di kawasan pantai dan beberapa wilayah pedalaman mengalami masalah bekalan elektrik sejak Mac lalu disebabkan permintaan yang melonjak dan penurunan pengeluaran hidroelektrik, menurut laporan media sebelum ini.

Kemarau yang melanda bahagian tengah China selama beberapa bulan menyebabkan berjuta-juta penduduk tidak mendapat bekalan air minum mencukupi di samping menjejaskan pengeluaran stesen hidroelektrik, sumber tenaga kedua terbesar di China selepas arang batu.

Kerajaan pada April lalu menaikkan tarif elektrik bagi syarikat utiliti di 16 wilayah dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan para pengeluar tenaga apabila kos arang batu melonjak, lapor media.

Walaupun pihak berkuasa sehingga kini belum menaikkan tarif bagi kediaman, penduduk bimbang ia mungkin dilaksanakan kemudian ke atas pengguna domestik dan menyebabkan kadar inflasi terus bertambah.

Kerajaan yang sentiasa menyedari kenaikan kadar inflasi boleh mencetuskan kekacauan sosial telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal kenaikan harga, termasuk mengharamkan eksport diesel bagi membendung kos bahan bakar. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Afghanistan larang NATO lancar serangan udara

Posted:

Presiden Afghanistan larang NATO lancar serangan udara

Presiden Afghanistan larang NATO lancar serangan udara


Seorang penduduk Afghanistan memangku mayat dua kanak-kanak yang maut dalam satu serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di wilayah Helmand, kelmarin. Serangan itu mengorbankan 12 kanak-kanak dan dua wanita. - Reuters


KABUL 31 Mei - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai hari ini tidak lagi membenarkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan melancarkan serangan udara ke atas pemberontak selepas jumlah orang awam yang terkorban akibat serangan itu semakin meningkat.

Beliau berkata, rakyat Afghanistan tidak lagi boleh bersabar dengan serangan udara NATO.

''NATO perlu belajar, serangan udara ke atas rumah-rumah rakyat Afghanistan tidak dibenarkan," ujarnya.

Karzai berang selepas serangan udara NATO ke atas sebuah bangunan di selatan Helmand kelmarin menyebabkan 12 orang awam terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak.

Kematian orang awam akibat serangan udara tentera asing ke atas kediaman penduduk di Afghanistan ketika memburu pemberontak, telah lama menjadi punca utama perbalahan antara Karzai dan sekutu Baratnya.

Karzai memberi amaran bahawa rakyat Afghanistan sudah tidak boleh lagi menerima taktik tersebut yang beliau sifatkan melanggar kedaulatan negara ini.

"Jika mereka tidak menghentikan serangan udara ke atas kediaman penduduk Afghanistan, kehadiran tentera NATO di negara ini akan dianggap sebagai tentera penjajah.

''Komuniti antarabangsa telah banyak membantu kami tetapi mereka tidak boleh membahayakan nyawa rakyat Afghanistan, ia tidak dapat diterima,'' katanya. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ulama Pas jadi tumpuan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TIRAI Muktamar Tahunan Pas Ke-57 akan dibuka dengan perasmian muktamar Dewan Pemuda malam ini dan diikuti oleh Dewan Ulama dan Dewan Muslimat esok.

Berlindung di sebalik Qazaf

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SUDAH lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Ralat pada Facebook

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SALAM Saudara Firkhan, apabila saya buka akaun Facebook, terdapat isyarat chat di sebelah penjuru bawah kiri tetapi teman chatting dalam status offline.

Revolusi komputer Acer

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SEJAJAR dengan permintaan pelanggan terhadap komputer tablet yang semakin meningkat, pembekal komputer terkemuka negara ini, Acer Sales & Services Sdn. Bhd. memeriahkan lagi dunia pengkomputeran.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tg. Leman dipenuhi sampah

Posted:

Tg. Leman dipenuhi sampah

Tg. Leman dipenuhi sampah

Oleh RAHIMAH MOHAMED


SAMPAH bertaburan di merata-rata kawasan di sekitar pantai peranginan Tanjung Leman, semalam. - UTUSAN/RAHIMAH MOHAMED


MERSING 30 Mei - Orang ramai yang mengunjungi pantai peranginan Tanjung Leman di sini sering merungut mengenai masalah sampah-sarap yang memenuhi kawasan itu sejak beberapa minggu lalu.

Seorang pengunjung, Noh Amir, 40, berkata, keadaan tersebut amat merimas dan menyakitkan mata memandang.

"Saya sering ke sini untuk beriadah, namun sedih melihat tempat yang terkenal itu bertaburan dengan sisa makanan termasuk bekas makanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, kawasan itu bukan tempat pembuangan sampah, namun ia disalah guna dan dijadikan lokasi golongan tidak bertanggungjawab untuk membuang sampah-sarap dan longgokan sampah lebih banyak semasa hujung minggu.

"Keadaan ini menimbulkan rasa jijik kepada pengunjung semasa berkelah. Sampah-sarap ini perlu dibersihkan segera sebelum ia menjejaskan kedatangan pengunjung ke sini," katanya.

Seorang lagi pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Nadzri pula memberitahu, memang terdapat beberapa buah tong sampah diletakkan di kawasan berkenaan namun jumlahnya tidak mencukupi.

"Jadi, saya berharap lebih banyak tong sampah disediakan di sini bagi memudahkan orang ramai membuang sampah," katanya.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan kerja mengutip sampah-sarap di kawasan berkenaan juga sering lewat daripada jadual yang ditetapkan sehingga memburukkan lagi keadaan.

Justeru itu, demi menjaga kebersihan dan menjamin keselesaan pengunjung, diharap pihak yang berkaitan bukan sahaja menyediakan lebih banyak tong sampah, malah mengutip sampah berkenaan mengikut jadual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pintu masuk baru pangsapuri menyusahkan

Posted:

Pintu masuk baru pangsapuri menyusahkan

Pintu masuk baru pangsapuri menyusahkan

Saudara Pengarang,
PENGHUNI BLOK B

SEBAGAI pembeli rumah di Pangsapuri Larkin Indah, Johor Bahru, saya kesal dengan pihak pengurusan dan pemaju yang sering menimbulkan masalah.

Belum selesai satu masalah, masalah lain pula timbul dan terkini penghuninya terpaksa membiasakan diri dengan pintu masuk baru ke pangsapuri itu setelah laluan lama ditutup bulan lalu.

Pagar pada pintu masuk lama kini ditutup kerana dikatakan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ketika ini hanya dibuka untuk pejalan kaki.

Meskipun mempunyai pintu masuk baru tetapi kedudukannya tidak strategik kerana terselindung, mengelirukan dan berbahaya kerana bertentangan dengan Jalan Datin Halimah.

Jalan tersebut merupakan laluan utama yang sibuk dengan kenderaan masuk atau keluar dari pangsapuri itu dan jika tidak berhati-hati boleh mengundang kemalangan.

Buktinya pada minggu lalu telah berlaku kemalangan di depan pintu masuk baru itu tetapi mujur tidak sehingga meragut nyawa.

Selain itu, apa yang menghairankan kami, pangsapuri itu telah dibina dan diduduki hampir 10 tahun tetapi mengapa baru sekarang pintu masuk lama ditutup?

Mungkinkah sebelum atau selepas pembinaan pangsapuri berkenaan siap, pihak JKR 'terlepas pandang' masalah besar seperti itu dan baru sekarang menyedarinya?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Karya porselin Lynda Ghazzali

Posted:

Karya porselin Lynda Ghazzali

Karya porselin Lynda Ghazzali

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar RIDUAN RIZAL


Lynda Ghazzali menunjukkan salah satu hasil karyanya kepada tetamu.


SETIAP pelukis pastinya mengidam untuk mengadakan pameran solo yang disifatkan sebagai satu pengiktirafan terhadap karya yang telah dihasilkan selama ini.

Begitu juga dengan Datin Lynda Ghazzali, yang telah mengabadikan diri selama 15 tahun dalam lukisan porselin.

Biarpun sedang sarat mengandung tetapi itu semua tidak menghalang Lynda untuk memperlihatkan koleksi lama dan terbaru dalam pameran solo bertajuk How I Met You.

Pameran sehari itu diadakan sempena Gala Makan Malam Amal Diraja oleh Hawa Ghazzali Holdings (HGH) di Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun pameran ini cuma terbuka untuk orang kenamaan sebagai jemputan khas.

Dalam ucapan pelancaran majlis ini, Lynda berkata, lebih 100 lukisan porselin seperti pasu, pinggan-mangkuk, set hidangan makan adalah himpunan dari koleksinya.

''Setiap koleksi ini menggambarkan luahan perasaan saya yang meliputi kisah suka-duka, kasih-sayang dan juga rasa marah,'' katanya.

Biarpun nampak sukar tetapi Lynda berjaya merealisasikan setiap ilham itu dengan penuh daya kreativiti yang indah dan mengasyikkan.

Ujar wanita yang mendapat jolokan 'Ratu Porselin' ini; ''Perasaan begini sentiasa memberikan inspirasi kepada saya untuk digarapkan dalam lukisan yang memerlukan ketekunan dan kesabaran ketika dihasilkan."

Lulusan dalam bidang seni dari Universiti Oxford ini bukan sahaja menjadi pelukis tetap di HGH malah juga sebagai Naib Pengerusi di HGH dan Ketua Pegawai Kreatif di Azzalyn Entertainment.

Sementara suaminya, Datuk Ali Ghazzali selaku Penaung dan Ketua Eksekutif Kumpulan Hawa Ghazzali Holdings (HGH) dalam ucapannya berkata, setiap lukisan porselin yang dihasilkan oleh isterinya itu mempunyai cerita di sebalik itu termasuk kisah percintaan mereka berdua.

Beliau yang berbangga dengan apa yang dihasilkan oleh isterinya percaya seni porselin akan terus berkembang dengan baik di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cantik usia 40-an

Posted:

Cantik usia 40-an

Cantik usia 40-an

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto FAUZI BAHARUDIN


EMMA akma tertarik dengan kandungan hablur emas dalam sabun pembersih wajah berbentuk emas ini.


JIKA melihat wajahnya pasti ramai yang menyedari kemunculannya menghiasi drama-drama tempatan walaupun jarang memegang watak utama.

Selesa dengan panggilan komersial Emma Akma, pelakon drama yang dimaksudkan ini sebetulnya mula mendekati dunia seni sejak tahun 1994 melalui filem Pesona Cinta yang menyaksikannya muncul sebagai pelakon tambahan.

Berusia 42 tahun, Emma sentiasa tercari-cari produk kecantikan yang sesuai dengan kulitnya.

Lebih-lebih lagi dia mempunyai kulit sensitif dan sering mengalami alahan kulit.

Selain faktor usia, Emma mengakui sering menggunakan pelbagai jenis jenama solekan memberi kesan pada wajahnya.

"Sebagai artis kita tidak boleh demand untuk meminta alat solek sendiri. Kita perlu akur pada permintaan jurusolek. Kadang-kadang saya tidak sempat membersihkan wajah apabila balik rumah kerana kepenatan. Pada umur 30-an, saya tidak perasan perubahan pada wajah.

"Semakin umur meningkat, saya lihat kulit wajah menjadi kusam, tidak bermaya dan timbul tanda-tanda kulit sensitif seperti kemerahan. Saya sedar bahawa saya perlu mencari produk yang sesuai dengan kulit dan mendapatkan kulit saya seperti dulu. Maklum sahaja sebagai artis kita perlu mempunyai penampilan menarik," ujarnya yang tidak mahu melupakan kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

Justeru itu, peluang menjadi duta sabun jongkong emas Z Masha baru-baru ini diterima dengan hati yang terbuka.

Baru sebulan mencuba sabun jongkong emas, Emma merasakan kelainan pada wajahnya.

"Sebelum menerima tawaran ini, timbul rasa ragu-ragu kerana saya sudah mencuba pelbagai produk sebelum ini tetapi tiada tindak balas pada wajah. Saya menerima tawaran pada awal Mei lalu dan mencuba pembersih wajah berbentuk jongkong emas ini selama seminggu. Walaupun kesannya belum mencapai tahap maksimum tetapi saya sudah mula merasakan perubahan. Kulit saya yang dahulunya sensitif dan ada kesan kemerah-merahan, mula pulih.

Saya sudah tidak perlu memakai solekan apabila keluar rumah seperti dahulu kerana malukan kesan noda hitam. Justeru itu, saya tidak keberatan menerima tawaran Pengarah Urusan ZZ Beauty, Ziela Che Nor untuk menjadi duta sabun jongkong emas ini," ujarnya.

Berkongsi keistimewaan sabun pembersih wajah ini, Emma kagum dengan kandungan kolagen dan kandungan dua kali ganda hablur emas yang bertindak sebagai anti penuaan pada kulit wajah.

Kajian saintifik membuktikan emas mampu menggalak penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit serta membolehkan sel berada tahap paling tinggi yang menghasilkan kulit sihat berseri dan bersinar.

Apabila meningkat usia 40-an, badan wanita akan kekurangan kolagen yang merupakan bahan aktif utama dalam produk ini berfungsi membantu dan mengaktifkan penghasilan serat kolagen dan elastin dalam lapisan dermis.

Bagi cara penggunaan, Emma hanya menggunakannya dua kali sehari untuk merawat, mencerah dan menegang kulit.

Dalam pada itu, ia boleh juga dijadikan sebagai mask seminggu sekali untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Sabun jongkong emas Z Masha ini di jual dengan harga RM 69 bagi 40 gram dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi 03-4022 5942 atau 012-221 5942.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pengetua bersara dibawa naiki kereta kuda

Posted:

Pengetua bersara dibawa naiki kereta kuda

Pengetua bersara dibawa naiki kereta kuda

TELUK KEMANG 30 Mei - Rasa sedih yang wujud dalam diri seseorang pengetua kerana terpaksa meninggalkan dunia pendidikan formal akan terubat sekiranya amanat yang dititipkan dijulang dengan sebaik mungkin oleh guru-guru dan pelajar yang ditinggalkan.

Itulah sebahagian luahan rasa Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Saujana dekat sini, Johara Nawawi, 58 pada hari persaraannya di Port Dickson, baru-baru ini.

Katanya, biarpun guru mahupun pengetua sepertinya telah meninggalkan sekolah, semangat mengajar itu akan terus membuak-buak dalam menyaksikan anak didiknya terus meningkat jaya sehingga bergelar pemimpin negara kelak.

''Bimbinglah generasi sedia ada tanpa perasaan jemu kerana pelajar dan ibu bapa sentiasa percaya perubahan sikap dan masa hadapan bermula dari zaman persekolahan.

''Walaupun ada masalah, tanganilah dengan bijak tanpa menjejaskan hubungan baik dengan masyarakat sekeliling," katanya di sini, baru-baru ini.

Johara berkata, era pendidikan ini terlalu pantas berubah dan jika pendidik dan pelajar terleka, ia akan menjurus kepada kegagalan.

''Pelajar juga akan berhadapan cabaran sengit apabila keluar kelak sekiranya tidak diiringi dengan kecemerlangan dalam pendidikan.

''Kepada yang masih berkhidmat, saya ingatkan supaya teruslah membantu anak didik kita ke jalan yang betul dan bawalah mereka berhadapan cabaran di luar sana dengan penuh ketabahan," kata Johara.

Pada majlis berkenaan, Johara menerima kejutan apabila dibawa menaiki kereta kuda di pekarangan sekolah sebagai menghargai sumbangan beliau sebagai pendidik dan pengetua cemerlang di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelihara bahasa ibunda - MB

Posted:

Pelihara bahasa ibunda - MB

Pelihara bahasa ibunda - MB


MOHAMAD Hasan beramah mesra dengan sebahagian warga pendidik di kalangan masyarakat Punjabi pada majlis pembukaan Kursus Pembangunan Guru Pengajian Bahasa Punjabi di Klana Resort, Seremban, semalam.


SEREMBAN 30 Mei - Bahasa ibunda mengikut kaum perlu dijaga supaya generasi akan datang tidak terlalu leka dengan bahasa antarabangsa, sekali gus mencemar corak kehidupan yang diamalkan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, aspek bahasa, budaya dan agama merupakan sesuatu yang berkait rapat dan wajar dipelihara dengan baik.

"Identiti kita akan hilang dengan kealpaan ini. Saya bimbang apabila berlaku ancaman ini, generasi akan datang tidak akan mengetahui dari mana asal usul kita, budaya kita dan anutan agama kita kerana corak kehidupan yang semakin bebas," katanya.

Mohamad berkata demikian pada majlis perasmian Kursus Pembangunan Guru Pengajian Bahasa Punjabi anjuran Pusat Pendidikan Punjabi Negeri Sembilan di Klana Resort, di sini malam tadi.

Hadir sama Presiden Khalsa Diwan Malaysia yang juga Pengerusi Amanah Pendidikan Punjabi Malaysia, Santokh Singh Randhawa.

Kata Mohamad lagi, jika bahasa ibunda ini terabai, maka kita akan dapat saksikan masyarakat zaman moden ini, tidak lagi mengenang tamadun mereka sendiri dan hilanglah jati diri mereka.

Justeru itu, beliau menghargai apa yang dilakukan oleh pendukung bahasa Punjabi dalam memastikan generasi akan datang terus menghayatinya.

"Anak kita tidak akan bersaing sesama kaum di negara ini kerana kita sedang berhadapan saingan celik akal dan pemikiran generasi seusia mereka dari negara luar.

"Inilah yang hendak kita sediakan supaya anak generasi masa hadapan lebih bijak dari mereka yang berada di peringkat antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibrahim Abu Shah Tokoh Melayu Terbilang

Posted:

Ibrahim Abu Shah Tokoh Melayu Terbilang

Ibrahim Abu Shah Tokoh Melayu Terbilang


AHMAD Hamzah (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang 2011 kepada Ibrahim Abu Shah sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-65 di Melaka, malam kelmarin.


JASIN 30 Mei - Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2011 oleh UMNO Bahagian Jasin sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 di Masjid At-Taqwa di sini malam tadi.

Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, pemilihan Ibrahim dibuat berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib anak Melayu dalam bidang akademik.

Menurutnya, selain berperanan sebagai tokoh akademik selaku bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim telah berjaya membawa perubahan dalam membangunkan pemikiran kaum Melayu.

"Pemilihan Ibrahim merupakan sebahagian daripada tanda penghormatan UMNO Bahagian Jasin kepada beliau bagi mengenang sumbangan dan jasanya dalam bidang pendidikan selain turut menabur bakti di peringkat antarabangsa," katanya pada majlis berkenaan.

Ibrahim anak jati kelahiran Kampung Pulai, Serkam merupakan ahli UMNO sejak 1968 dan pernah menjawat beberapa jawatan dalam UMNO termasuk menjadi pengasas dan Pengerusi Kelab UMNO Carbondale, Amerika Syarikat pada 1983.

Menurut Ahmad, Ibrahim bukan sahaja menyumbang bakti membangunkan pendidikan anak Melayu sewaktu bertugas sebagai Naib Canselor UiTM, malah turut membina jati diri pelajar Melayu agar terus kukuh dan mantap.

Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut menyifatkan pemberian anugerah tersebut sebagai penguat semangat untuknya terus berbakti membangunkan pendidikan bangsa Melayu.

Terdahulu, sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung, turut diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved