Isnin, 2 Jun 2014

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


LHDN jalankan arahan potongan gaji mulai 16 Jun

Posted: 02 Jun 2014 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan arahan potongan gaji (Arahan CP38) kepada para majikan bermula 16 Jun ini untuk pembayar cukai yang memperoleh pendapatan daripada sumber penggajian dan masih mempunyai tunggakan cukai.

LHDN berkata, arahan CP38 itu mengkehendaki para majikan membuat potongan tambahan secara ansuran bulanan terhadap gaji pembayar cukai selain daripada potongan cukai bulanan bertujuan melunaskan tunggakan cukai yang masih ada.

Katanya, Arahan CP38 akan berkuat kuasa mulai gaji Julai 2014 sehingga Disember 2014.

"Satu salinan Arahan CP38 turut akan diserahkan kepada pembayar cukai melalui emel atau perkhidmatan pos untuk rekod percukaian mereka," kata LHDN dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengikut rekod LHDN, sehingga 24 Mei lalu, dianggarkan 156,158 orang pembayar cukai individu akan menerima Arahan CP38 berkenaan melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Pembayar cukai yang menerima Arahan CP38 dinasihatkan menghubungi Pusat Panggilan LHDN di talian 1-800-88-5436 atau cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka jika memerlukan sebarang penjelasan berkaitan arahan ini. Maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my. - UTUSAN ONLINE

46 pelajar terima geran akademik 1MDB-Jakim

Posted: 02 Jun 2014 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Empat puluh enam pelajar cemerlang sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) hari ini menerima surat tawaran geran akademik 1Malaysia Development Berhad - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (1MDB-Jakim) bernilai RM5 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 17 penerima akan melanjutkan pengajian di universiti terpilih di Mesir dan Jordan khususnya dalam bidang perubatan dengan seorang menerima RM25,000 setahun.

"Seramai 29 orang lagi akan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dengan menerima RM7,500 seorang setahun. Bantuan ini diberikan 1MDB melalui Jakim untuk membiayai pelajar-pelajar lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang kurang kemampuan dari sudut kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Kecemerlangan Pelajar Ujian Penilaian Kelas Fardu Ain (Kafa) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1MDB-Jakim di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi dekat sini hari ini.

Kumpulan pelajar itu merupakan kumpulan keempat yang memperoleh manfaat daripada geran akademik itu yang bertujuan melahirkan profesional dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi dan kewangan Islam daripada kalangan pelajar cemerlang SMAN/SMAR.

Sejumlah 159 pelajar telah mendapat manfaat daripada geran akademik berkenaan sejak diperkenalkan pada 2010. - BERNAMA

Letusan gunung berapi tidak jejas operasi syarikat penerbangan

Posted: 02 Jun 2014 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Letusan gunung berapi di Indonesia tidak menghalang syarikat penerbangan tempatan daripada beroperasi seperti biasa.

Tiga syarikat penerbangan utama iaitu Malindo Air, AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan kejadian itu tidak mengganggu keadaan dan penerbangan mereka beroperasi seperti biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Air Chandran Ramamurthy berkata, syarikat itu akan terus memantau keadaan dan akan mematuhi nasihat Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pengawal trafik dan pihak berkuasa lapangan terbang.

"Setakat hari ini, kami beroperasi seperti biasa. Kami akan terus memantau keadaan dan menyusun jadual operasi penerbangan kami dengan sewajarnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Gunung berapi Sangeang Api di kepulauan Sumbawa terus meletus sejak tengah hari Jumaat.

Jurucakap AirAsia juga berkata, letusan gunung berapi tersebut tidak menjejaskan operasi syarikat penerbangan itu.

"Tiada sebarang pembatalan dibuat terhadap penerbangan yang masuk atau keluar dari Indonesia berikutan letusan gunung berapi itu. AirAsia beroperasi seperti biasa," katanya.

Sementara itu, dalam khidmat pesanan ringkasnya kepada Bernama, MAS menyatakan: Tiada sebarang gangguan terhadap penerbangan MAS hari ini". - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kaji semula pemberian bazar Ramadan

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 1 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah mahu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengkaji semula sistem pemberian tapak perniagaan bazar Ramadan pada masa depan bagi membanteras kegiatan menjual tapak pada harga yang tidak masuk akal.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia penting bagi memastikan hanya mereka yang betul-betul mahu berniaga sahaja mendapat tapak perniagaan yang ditawarkan agensi berkenaan.

"Kami ada menerima laporan mengenai aktiviti tidak sihat ini membabitkan segelintir peniaga bazar Ramadan yang tidak jujur dan menjual semula tapak mereka dengan harga tinggi demi mahu mengaut keuntungan mudah.

"Perkara ini sudah lama berlaku namun semakin ketara pada tahun ini. Bayangkan, sebuah tapak bazar Ramadan yang ditawarkan oleh MBAS pada harga RM3,000 sebelum ini kini dijual pada harga RM11,000 hingga RM13,000 kepada peniaga.

"Keadaan ini jika tidak dikawal bukan sahaja menidakkan hak orang lain yang layak untuk mendapat peluang berniaga malah tempiasnya mungkin dirasai pengguna melalui peningkatan harga barangan dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Shaiful Hazizy, berdasarkan pemerhatian pihaknya, kegiatan itu dipercayai didalangi sekumpulan peniaga bazar Ramadan sendiri yang memohon beberapa tapak menggunakan nama berbeza.

"Golongan ini sangat licik dan merancang kegiatan itu dengan teliti bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Kini selepas permohonan diluluskan mereka kini giat melobi peniaga-peniaga lain dan menawarkan tapak perniagaan dengan harga yang berkali-kali ganda," ujarnya.

Katanya, pihaknya berharap MBAS lebih bertegas bagi memastikan perkara berkenaan tidak berulang semula pada masa hadapan sekali gus meredakan perasaan tidak puas hati kepada peniaga lain yang mengharapkan peluang untuk menambah pendapatan semasa bulan Ramadan.

"Kita harap tahun depan, MBAS dapat perketatkan syarat permohonan tapak perniagaan bazar Ramadan selain mengkaji latar belakang pemohon sama ada mempunyai kaitan dengan pemohon-pemohon lain atau tidak.

"Pada masa yang sama pemantauan juga perlu dilakukan di tapak-tapak bazar Ramadan yang disediakan bagi memastikan hanya peniaga yang diberikan permit sahaja dibenarkan berniaga di tapak berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shaiful Hazizy turut meminta agar pihak berkuasa tempatan di negeri itu dapat memperluaskan kawasan bazar Ramadan sedia ada di samping memberi lebih peluang kepada golongan muda.

"Setiap tahun banyak kawasan perumahan baharu dibuka di seluruh negeri ini sekali gus menyaksikan permintaan terhadap bazar Ramadan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat setempat.

"Pada masa yang sama, sediakan juga peluang perniagaan kepada golongan muda yang berminat untuk berniaga memandangkan peluang yang ditawarkan ketika ini agak terhad," katanya.

Malam Kilauan Cahaya Istana Arau meriah

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

TUANKU Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan) berkenan bergambar bersama pengunjung yang hadir di Galeri Istana Arau ketika hari terakhir Malam Kilauan Cahaya Istana Arau sempena Hari Keputeraan Ke-71 Raja Perlis di Istana Arau, Perlis, malam semalam.

ARAU 1 Jun - Kegembiraan rakyat yang berpeluang masuk ke Galeri Diraja sempena Malam Kilauan Cahaya Istana Arau menjadi berganda apabila Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat sama malam tadi.

Baginda juga berkenan untuk beramah mesra dengan rakyat yang ingin melihat wajah baginda dengan lebih dekat.

Selain itu orang ramai juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan gambar kenangan bersama dengan baginda.

Pengunjung juga berpeluang melawat Galeri Diraja yang memaparkan banyak barangan sejarah istana.

Galeri ini dibuka kepada awam pada Malam Kilauan Cahaya Istana Arau yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis.

Malam Kilauan Cahaya Istana Arau telah diadakan pada 23 dan 24 Mei lalu yang dikendalikan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis manakala pada 30 dan 31 Mei pula oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mulai pukul 9 malam hingga 11.30 malam.

Kawasan istana yang dihiasi cantik dengan lampu bergemerlapan ini menjadi tumpuan ribuan rakyat yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Selain itu juga diadakan acara panorama mistik cahaya dan persembahan kebudayaan. Turut diadakan pertunjukan bunga api sebagai mengakhiri acara.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menyediakan barangan elektrik seperti televisyen LED, ketuhar, kipas angin, seterika serta hamper barangan makanan.

Usahawan bumiputera perlu kreatif, berani

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

SHABUDDIN Yahaya (dua dari kanan) memegang salah satu produk keluaran bumiputera semasa menghadiri majlis perasmian Ekspo Usahawan Bumiputera 2014 di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, kelmarin.

TASEK GELUGOR 1 Jun - Sikap kreatif dan berani meneroka pasaran baharu perlu ada dalam diri usahawan bumiputera di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu agar usahawan bumiputera lebih kompeten dan berdaya saing dalam meningkatkan dan menambahkan keupayaan mereka.

"Hanya dengan ini, penyertaan bumiputera dalam pembangunan ekonomi akan menjadi lebih berkesan dan mapan.

"Usahawan bumiputera juga perlu meningkatkan jaringan kerjasama sesama sendiri kerana semua bentuk produk dan perkhidmatan yang diperlukan masyarakat dapat disediakan oleh mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) 2014 di Dataran Transformasi Usahawan di Kubang Menerong dekat sini, semalam.

Lebih 350 usahawan dan 50 jabatan dan agensi kerajaan menyertai PenBEX bermula semalam hingga 8 Jun ini.

Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, bidang keusahawanan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan mampu menjanjikan pulangan yang lumayan.

Katanya, walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi tetapi usahawan perlu kreatif dan inovatif dalam meminimumkan risiko dan meluaskan potensi produk.

"Usahawan juga perlu meneroka bidang keusahawan baru, kaedah pembungkusan produk, perkhidmatan terkini, strategi pemasaran dan pasaran baharu termasuk menggunakan medium internet," katanya.

Shabudin yakin ekspo ini merupakan sebuah landasan yang boleh membimbing usahawan untuk memantapkan produk dan perkhidmatan ke arah menjayakan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera di negeri ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Usahawan dan Koperasi Bumiputera negeri, Muhamad Farid Saad berkata, PenBEX kali ini menyasarkan 100,000 pengunjung dengan penjualan RM2 juta.

Menurutnya, PenBEX tahun lalu mencatat jualan RM1.4 juta dengan 85,000 orang pengunjung.

Katanya, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan PenBEX seperti pameran dan jualan, bengkel keusahawanan, pertandingan sukan rakyat, dan persembahan hiburan oleh beberapa artis terkenal.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sasar tingkat ekonomi bumiputera

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

Ismail Othman memukul gong sebagai simbolik perasmian Karnival Usahawan Jasin 2014 di Dataran Jasin, Melaka, kelmarin.

MELAKA 1 Jun - Kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam usaha meningkatkan pencapaian ekonomi bumiputera dengan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan golongan usahawan berjaya dalam kalangan kaum itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, usaha kerajaan negeri kini adalah selari dengan hasrat negara yang menyasarkan pendapatan per kapita rakyat sebanyak US$15,000 (RM46,500) menjelang tahun 2020.

Menurutnya, sasaran berkenaan adalah sukar dicapai jika sebilangan besar daripada rakyat negara ini yang merupakan golongan bumiputera tercicir daripada penjanaan pendapatan ekonomi negara.

"Jika kita lihat dari aspek bantuan sosioekonomi yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan 40 peratus yang berpendapatan rendah, kita akui majoritinya adalah golongan bumiputera.

"Kita tidak boleh sangkal bahawa sudut mana sekali pun kita lihat pembangunan arus ekonomi, pendapatan serta penglibatan golongan bumiputera akan terus dipergiat dan dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian Karnival Usahawan Jasin 2014 di Dataran Jasin di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Hazudin Hashim.

Idris berkata, dalam mengejar kemajuan ekonomi, aspek spiritual dan kerohanian juga perlu bergerak seiring agar usahawan yang dilahirkan kelak bukan sahaja berjaya dalam perniagaan tetapi memiliki akhlak yang baik.

"Jika ekonomi sahaja mantap tanpa disulam dengan sifat terpuji, tidak akan ke mana kerana sejarah membuktikan tanpa syukur sesebuah negara itu akan binasa dan hancur," katanya.

Profesionalisme, kesabaran jururawat dihargai

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Mohamad Hasan (tengah) bersama Dr. Jaafar Che Mat (depan,empat dari kiri) serta sebahagian kakitangan dan jururawat ketika hadir Majlis Sambutan Hari Jururawat dan Majlis Makan Malam Peringkat Hospital Tuanku Jaafar Seremban, malam kelmarin.-utusan/Abd Razak Aid

SEREMBAN 1 Jun - Peranan jururawat tidak boleh dipandang enteng kerana mereka adalah tenaga profesional yang menjadi barisan hadapan dalam memberi rawatan kepada pesakit.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjaya sebagai jururawat yang berkhidmat kepada masyarakat dihargai kerana memerlukan komitmen, kesabaran dan tahap profesionalisme tinggi dalam mengendalikan sebarang kes."

"Peranan sebagai jururawat yang terpaksa melayan kehendak pesakit tidak hanya terhenti di situ sahaja malahan mereka juga berdepan dengan ahli keluarga pesakit yang kadangkala mencabar tahap toleransi jururawat.

"Tetapi saya yakin tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh jururawat amat tinggi dan saya berharap supaya terus meningkatkan lagi tahap perkhidmatan yang baik dan tahap toleransi serta kesabaran dalam menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Jururawat dan Majlis Makan Malam Peringkat Hospital Tuanku Jaafar Seremban dekat sini malam semalam.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan, Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr. Jaafar Che Mat dan Pengerusi Kelab Kejururawatan hospital berkenaan, Erni Sabirin.

Dalam perkembangan lain, Mohamad dalam ucapannya turut memaklumkan kerajaan sedang berusaha untuk menyediakan hospital awam di kawasan Nilai ekoran kepadatan penduduk.

Untuk itu katanya, kerajaan negeri telah menghantar dua cadangan kepada kerajaan Pusat iaitu sama ada penubuhannya di bawah penyeliaan Kementerian Kesihatan atau Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

"Kita juga turut bercadang membangunkan program Klinik Pakar Bergerak yang mana beberapa buah karavan dengan kelengkapan mesin rawatan mata, pergigian dan penyakit umum disediakan.

"Perkhidmatan ini akan diberikan keutamaan kepada penduduk luar bandar kerana kita mahu semua penduduk berpeluang mendapat khidmat dan kepakaran dalam rawatan," katanya.

Angkat Festival Antarabangsa Sungai Melaka jadi acara dunia

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

MELAKA 1 Jun - Festival Antarabangsa Sungai Melaka wajar diangkat ke peringkat lebih tinggi malah tersenarai dalam kalendar acara dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, festival tahunan yang disusun dengan pelbagai acara bertaraf antarabangsa itu berpotensi untuk dinaikkan tarafnya setanding festival utama lain di luar negara.

Menurutnya, festival yang berlangsung selama sebulan itu akan menjadi antara acara yang sentiasa dinanti-nantikan dan mahu dihadiri para pengunjung dari serata dunia.

"Acara ini sekali gus akan dapat mempromosikan jenama negara serta Melaka ke peringkat global malah membantu meningkatkan lagi kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dataran Sungai Melaka di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid.

Menurut Idris, bagi festival tahun ini, sebanyak 80 acara disediakan sepanjang tempoh festival berkenaan di mana 11 daripadanya bertaraf antarabangsa.

"Antara aktiviti utama sempena festival ini termasuk Perarakan Bot Berhias, Perarakan Melaka Parade, Pertandingan Perahu Naga, Pertandingan Kayak Antarabangsa dan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka," katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 1.2 juta pengunjung dari dalam dan luar negara berkunjung ke Sungai Melaka sepanjang festival berlangsung.

"Kehadiran lebih ramai pengunjung ke festival ini secara tidak langsung akan membantu mencapai sasaran 15 juta pelancong ke Melaka sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini," jelasnya.

Beliau berkata, kerjasama dan komitmen semua pihak dalam amat diharapkan bagi menjayakan festival kebanggaan negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Komited perkukuh kerjasama

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pemilihan PKR kecoh lagi

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Sasar penjimatan RM9.8 bilion

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Ahad, 1 Jun 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seorang lagi akan dibebaskan

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Oleh hisyamuddin ayub
pengarang@utusan.com.my

KOTA KINABALU 1 Jun - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yakin seorang lagi mangsa culik dari Taiwan, yang merupakan seorang pengurus syarikat ternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu, pada 6 Mei lalu, kemungkinan akan dapat dibebaskan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata, usaha berterusan pihak keselamatan negara dan pasukan keselamatan Filipina bagi membebaskan mangsa culik tersebut, Yang Zai Lin, 34, sedang giat dijalankan dan berjalan lancar.

Katanya, beliau difahamkan penculikan tersebut tidak dilakukan oleh kumpulan penculik sama yang telah membebaskan dua mangsa culik di Singamata iaitu warga China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Resort Singamata, Marcy Dayawan @ Mimi, 40, yang diculik di Semporna, bulan lalu.

Menurutnya, selain dilakukan oleh kumpulan penculik berbeza, pihak Esscom percaya tempat penyembunyian Zai Lin juga terletak di lokasi berlainan dengan dua mangsa culik yang telah dibebaskan kelmarin.

"Apa yang boleh dinyatakan pada masa ini, mangsa sihat dan terdapat perkembangan baik untuk dia boleh dibebaskan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) serta komuniti peniaga Cina di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Operasi yang juga Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi dan Pengarah Bahagian Risikan Keselamatan Esscom, Datuk Ahmad Nadzer Nordin.

Yang turut sama dalam majlis tersebut ialah Presiden KKCCCI, Datuk Michael Lui Yen Sang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu.

Sementara itu, Mohammad turut mengumumkan pembinaan sebuah pangkalan operasi hadapan (FOB) di sekitar perairan Semporna dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Katanya, FOB berkenaan akan dijadikan satu kawasan strategik di perairan tersebut sebagai pusat persinggahan anggota keselamatan yang bertugas di lautan.

"Pembinaan FOB daripada kerangka pelantar minyak yang telah diubah suai bertujuan membolehkan anggota keselamatan merehatkan diri dan proses mengisi minyak, sekali gus mampu mengurangkan kekerapan bot pulang ke daratan," katanya.

Dalam pada itu katanya, Ops Gasak yang telah dilakukan sebanyak 18 kali sebelum ini akan diteruskan dalam masa terdekat bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di pulau-pulau sekitar Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Menurutnya, selain memburu PATI yang masih bekerja di resort di pulau-pulau tersebut, kesempatan melaksanakan Ops Gasak akan digunakan untuk memperingati pengusaha resort untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan masing-masing termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV).

Kastam rampas 424 kotak mercun bernilai RM305,811

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Azis Yacub (dua dari kanan) menunjukkan mercun yang dirampas semasa sidang akhbar di pejabat Kastam Rantau Panjang, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Yatimin Abdullah

PASIR MAS 1 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 424 kotak mercun pelbagai jenis berjumlah RM305,811, hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori yang ditinggalkan di dalam ladang kelapa sawit di Felda Bukit Tandak, Rantau Panjang di sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, serbuan kira-kira pukul 4.45 pagi itu dijalankan hasil maklumat unit risikan dan intipan selama dua jam di kawasan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit, kita telah menemukan sejumlah kotak yang dibalut dengan plastik hitam mengandungi pelbagai jenis mercun.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Kastam Rantau Panjang di sini hari ini.

Azis memberitahu, kesemua mercun tersebut dipercayai disimpan sebagai bekalan stok musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Sindiket ini menggunakan taktik menyimpan mercun di suatu kawasan terlebih dahulu sebelum mengedarkan di beberapa tempat di sekitar Pantai Timur.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan jika didapati bersalah, mereka boleh didenda minimum 10 kali kali ganda daripada nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


3008 yang keluar daripada konsep konvensional

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Oleh Fauzi Jaafar
ekonomi@utusan.com.my

Peugeot 3008 yang dipertingkatkan.

Kenapa penulis menggelar Peugeot 3008 sebagai unik? Ini kerana reka bentuk model ini seakan-akan seperti kenderaan pelbagai guna (MPV), tetapi tidak boleh memuatkan tujuh penumpang, kelihatan seperti sebuah pacuan empat roda, tetapi bukan sebuah kenderaan yang boleh memasuki hutan belantara.

Dengan jualan sebanyak 500,000 buah di seluruh dunia, Peugeot 3008 mempunyai karektor tersendiri kerana menggabungkan kenderaan sport utiliti (SUV), hatchback dan MPV untuk pembeli yang inginkan sesuatu yang di luar kotak' pemikiran.

Peugeot 3008 yang dilancarkan pada 17 April lalu bukanlah model baharu, tetapi lebih kepada facelift atau model yang dipertingkatkan.

Dari segi luarannya, ia menampilkan ciri-ciri Eropah yang tulen dengan melekat pada keseluruhan ruang. Lampu hadapan ialah jenis Dinamik Bi-xenon yang terkini dengan jaluran lampu pencahayaan siang (DRL) LED. Bumper besar dirangkumkan dengan jeriji krom reka bentuk baharu. Bingkai lampu kabus juga sebahagiannya dikromkan untuk menampilkan watak yang lebih tegap.

Lampu belakang pula ialah jenis LED dengan lampu merah berjalur secara menegak.

Peugeot 3008 ini juga didatangkan dengan bumbung panaromik yang dikawal secara elektronik. Ia mampu memberi keseronokan kepada penumpang di belakang, dan juga kanak-kanak yang gemar penglihatan lebih luas.

Ruang kabinnya, dengan kerusi kulit berwarna hitam tidak menimbulkan ruang sempit kepada penumpang. Keunikan model Perancis ini ialah suis dan paparan maklumat seperti sebuah pesawat. Ini juga merupakan senjata utama untuk menjual Peugeot 3008 di pasaran.

Pada atas papan pemuka pemandu, terdapat skrin lutsinar seperti sebuah pesawat jet pejuang yang memaparkan kelajuan dan maklumat pemanduan tanpa pemandu perlu mengalihkan pandangan mereka dari jalan raya.

Selain itu terdapat skrin sentuh tujuh inci beresolusi tinggi yang boleh dilipat secara elektronik di tengah sebelah atas papan pemuka yang boleh memaparkan pandu arah dan maklumat pemanduan serta pandangan untuk kamera undur.

Roda stereng, tombol gear dan pemegang konsol tengah dibaluti kulit bermutu tinggi untuk genggaman yang lebih selesa dan jitu.

Tempat duduk balutan kulit mewah juga menjadi pilihan Peugeot. Malah tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara elektronik.

Sebenarnya, penulis tidak berpeluang memandu lama model ini kerana masa yang diberikan agak terhad.

Peugeot 3008 didatangkan dengan enjin 1.6 liter Turbo dengan pemasaan injap boleh laras (VVT) yang mampu menghasilkan kuasa 165 PS pada 6,000 rpm dan kilas 240 Nm pada 1,400 hingga 4,250 rpm.

Peugeot menyatakan enjin ini menjadikan 3008 baharu ini tampil sebagai sebuah SUV yang paling berkuasa di dalam segmennya. Kuasa pecutannya dari 0 hingga 100 kmj ialah 9.5 saat dengan kelajuan maksimum ialah 202 kmj.

Bagi penulis dengan reka bentuk yang agak tinggi, agak sukar untuk mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi. Tetapi sistem gantungan dan penyerap hentak yang baik membolehkan model ini meratah selekoh dengan mudah dengan halaju yang tinggi. Terima kasih kepada topang independent MacPherson bersama palang antiolengan bagi suspensi hadapan dan bagi suspensi belakang pula menggunakan gandar bersilang Deformable U-shaped dengan palang anti olengan.

Peugeot juga menekankan soal penjimatan bahan api yang efisien, di mana penggunaannya untuk 3008 ini dikatakan mampu mencatat 7.7 liter bagi setiap 100km.

Ia memiliki enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP) yang membantu corak pemanduan ketika pada halaju yang tinggi, Hill Start Assist dan lampu kecemasan automatik.

Terdapat juga ABS, EBD, Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Anti-skid Regulation (ASR), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) dan dua sambungan Isofix.

Walaupun tidak dapat mengenali lebih mendalam sifat-sifat Peugeot 3008 ini, penulis merasakan ia sebuah model yang unik dan tidak merugikan jika mahu melabur sebanyak RM153,888 sebuah untuk memilikinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


MotoGP: Marquez catat kemenangan keenam di Itali

Posted: 01 Jun 2014 11:15 AM PDT

MUGELLO, Itali 2 Jun - Juara dunia dari Sepanyol, Marc Marquez mencatat kemenangan keenam daripada enam perlumbaan musim ini selepas muncul juara Grand Prix Motosikal Itali dengan cara dramatik di Litar Mugello, hari ini.

Penunggang Honda berusia 21 tahun itu mengetepikan cabaran sengit rakan senegara dan juara dunia dua kali, Jorge Lorenzo dari pasukan Yamaha selepas kedua-duanya bersaing sengit dalam sebahagian besar perlumbaan. - AFP

Terbuka Perancis: Gulbis singkir Federer

Posted: 01 Jun 2014 11:12 AM PDT

PARIS - Ernests Gulbis memberi kekalahan terburuk kepada Roger Federer pada kejohanan tenis Terbuka Perancis dalam tempoh sedekad apabila menyingkirkan pilihan keempat itu pada pusingan keempat di sini, sebentar tadi.

Pemain Latvia itu menundukkan juara 2009, Federer 6-7 (5/7), 7-6 (7/3), 6-2, 4-6, 6-3. Ini adalah kekalahan terburuk Federer di Paris sejak disingkirkan oleh Gustavo Kuerten pada pusingan ketiga 2004.

Ketika impian Federer untuk memburu kejuaraan musnah, pemain No. 2 dunia, Novak Djokovic bagaimanapun tidak menghadapi masalah untuk meneruskan cabaran ke suku akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-1, 6-4, 6-1.

Turut mara pilihan keenam, Tomas Berdych dari Republik Czech yang menewaskan John Isner dari Amerika Syarikat 6-4, 6-4, 6-4. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved