Khamis, 6 Oktober 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tidak seorang pun dibuang

Posted:

Tidak seorang pun dibuang

Tidak seorang pun dibuang


MOHD. Zain Hassan (dua dari kiri) memberi penjelasan kepada pegawai kanan Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan mengenai nasib pekerja Alam Flora ekoran penamatan perkhidmatan di Selangor di ibu Pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Alam Flora Sdn. Bhd. memberi jaminan bahawa tidak seorang pun daripada 756 pekerjanya di Selangor akan diberhentikan berikutan penamatan kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah di negeri itu berkuat kuasa 16 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, pekerja terbabit akan ditempatkan semula di kawasan konsesi Alam Flora yang lain iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

"Langkah tersebut adalah bagi memastikan kebajikan pekerja terbabit tidak diabaikan sejajarnya dengan amalan polisi syarikat iaitu mendahulukan kebajikan pekerjanya.

"Beberapa sesi dialog telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan penempatan baru itu dan maklum balas daripada kesatuan pekerja turut diambil kira bagi memastikan mereka memahami objektif dan inisiatif yang dibuat oleh Alam Flora," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi ibu pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penamatan kontrak Alam Flora di Selangor dibuat setelah kerajaan negeri itu enggan tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Akta itu mensyaratkan semua urusan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam diswastakan sepenuhnya dan dalam konteks Selangor kepada Alam Flora.

Mohd. Zain berkata, banyak kemudahan akan disediakan kepada pekerja terbabit seperti pengangkutan, elaun kenderaan ataupun tempat tinggal, selain terus menikmati kemudahan sedia ada termasuk perubatan tanpa had.

Beliau berkata, pekerja terbabit juga berpeluang mengembangkan kerjaya mereka kerana akta yang baru itu memerlukan lebih ramai tenaga kerja untuk memenuhi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSPPA).

"Sebagai contoh, di ibu negara, kita akan menambah jumlah lori dari 66 buah pada masa ini kepada 140 buah dan ini memerlukan pemandu. Ini bermakna mereka yang sebelum ini memungut sampah ada peluang menjadi pemandu lori pula," katanya.

Katanya, Alam Flora menjangkakan kira-kira 2,000 pekerja diperlukan untuk memenuhi tuntutan KPI itu dan seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada menggunakan pekerja asing.

Sementara itu, Mohd. Zain berkata, jumlah aduan yang diterima oleh pihaknya meningkat sejak Ogos lalu akibat orang ramai tidak mengetahui syarikat itu tidak lagi bertanggungjawab dalam urusan pembersihan awam dan kutipan sampah di Selangor.

Nasib peniaga kecil perlu dibela

Posted:

Nasib peniaga kecil perlu dibela

Nasib peniaga kecil perlu dibela

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Belanjawan 2012 yang dibentangkan pada Jumaat ini diharap menjadi penggerak bagi menjayakan program membantu usahawan kecil di bawah Skim Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik).

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Bahrim Abdul Razak berkata, skim tersebut perlu berjalan seperti dirancang bagi membela nasib usahawan kecil.

"Bantuan kepada para peniaga dan penjaja kecil sebanyak RM50 juta diharap dapat ditambah kepada RM500 juta kerana ia tidak mampu membantu lebih 500,000 peniaga dan penjaja kecil Melayu yang berdaftar di seluruh Malaysia.

"Pinjaman kewangan tanpa faedah kepada peniaga dan penjaja ini perlu dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 dan RM10,000 kepada RM30,000," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas harapan peniaga dan penjaja kecil sempena pembentangan Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok.

Bahrim berkata, setakat ini hanya Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberikan pinjaman tanpa faedah kepada golongan peniaga dan penjaja kecil.

"Saya juga berharap agar nasib peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara akan terbela," katanya.

Beliau menambah, Tabung Pemulihan Usahawan Kecil Dinamik (TPUKD) sebanyak RM100 juta perlu diwujudkan sebagai tabung pemulihan bagi peniaga dan penjaja yang tidak mampu menyelesaikan hutang dengan segera.

Isu tauliah: Hasan Ali mahu menghadap Sultan

Posted:

Isu tauliah: Hasan Ali mahu menghadap Sultan

Isu tauliah: Hasan Ali mahu menghadap Sultan

SHAH ALAM 6 Okt. - Exco Hal Ehwal Islam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali berhasrat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan larangan ahli-ahli politik diberi tauliah mengajar di masjid dan surau di negeri ini.

Menurut beliau, perkara itu telah menimbulkan sedikit keraguan dan kecelaruan serta rasa tidak puas hati kalangan pengamal dakwah yang kebetulan ialah ahli politik.

"Kami akur dengan perintah istana agar ahli politik yang tauliah mengajar sudah tamat tidak lagi diperbaharui manakala mereka yang masih mempunyainya dibenarkan mengajar sehingga tamat tempoh sah.

"Apa pun sebagai Exco agama, saya harap kalau ada ruang saya rundingkan dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membolehkan saya menghadap Tuanku untuk berbincang lanjut perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Implimentasi Dasar dan Strategi (Peranan Media Dalam Mendepani Ancaman Akidah) di sini hari ini.

Menurut Hasan, secara kebetulan ahli politik sama ada yang masih aktif atau tidak merupakan 'orang agama' yang selama ini menyampaikan pengajaran Islam dengan membaca kitab atau talaqqi di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

"Rakyat sendiri minta golongan tersebut diberi kesempatan (terus mengajar), mereka sudah berbelas tahun ada kelas talaqqi, takkan kita nak potong orang ini, apa akan jadi kepada masyarakat kerana mereka itu sumber ilmu kepada rakyat untuk mengetahui hal agama," katanya.

Beliau yakin Sultan Selangor akan bersikap terbuka dengan cadangan yang bakal dikemukakannya mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu Hasan berkata, pihaknya tidak menganggap media membuat laporan yang salah berhubung pemeriksaan JAIS ke atas sebuah premis yang didakwa sebagai Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada awal Ogos lalu sehingga mencetuskan kontroversi.

Beliau berkata, terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab pemeriksaan itu menjadi kontroversi dengan salah satunya adalah ada pihak yang cuba mengeksploitasi situasi berkenaan memandangkan ia melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Beliau melihat arahan 'tutup mulut' yang dikeluarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada semua Exco membabitkan isu tersebut ada kebaikannya walaupun pihaknya mempunyai banyak maklumat yang boleh didedahkan.

Beliau berharap semua pihak terutama media bersimpati dengan JAIS iaitu dalam konteks berita-berita yang disiarkan seharusnya menepati kehendak agensi itu.

"Saya tidak minta supaya sokong JAIS kerana ia bukan pertubuhan politik. JAIS bukan seperti agensi pembangunan lain yang boleh ditohmah kalau mempunyai kesilapan teknikal. Ia membawa perkara akidah, syariat dan akhlak, jadi setiap pembentangan (laporan) anda itu mesti bersifat cermat dan bijaksana serta adil," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Hasan menegur laporan media mengenai istilah 'serbu' yang digunakan dalam pemeriksaan ke atas gereja berkenaan hingga menyebabkan JAIS dilihat kasar dalam membuat tindakan berkenaan sedangkan perkataan lebih sesuai adalah siasat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


‘Semangat Bangsa’ jadi tarikan

Posted:

'Semangat Bangsa' jadi tarikan

'Semangat Bangsa' jadi tarikan


Mohd. Noor Abdul Rahman bersama sebahagian lukisannya yang dipamerkan sempena 1MCAT 2011 di Danga City


JOHOR BAHRU 5 Okt. – Lirik lagu Bangsa Johor yang diukir menggunakan seni khat kufi adalah antara hasil karya yang menarik perhatian pengunjung pada Pameran Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) 2011 di Danga City Mall di sini.

Lagu yang diukir pada permukaan kayu cengal berusia lebih 250 tahun itu merupakan seni arca bertajuk Semangat Bangsa yang dihasilkan oleh pengarca terkenal, Abdul Majid Yahya, 63.

Menurut Abdul Majid, arca bernilai RM32,000 yang dihasilkannya pada awal Ogos lalu itu mengetengahkan ciri-ciri negeri Johor.

"Selain lagu Bangsa Johor yang diukir menggunakan seni khat kufi, arca ini juga menerapkan elemen lain, termasuk diperbuat dari kayu cengal yang banyak terdapat di Johor.

"Bukan itu sahaja, arca ini turut diselitkan dengan 'permata' kerana nama Johor diambil dari perkataan 'Jauhar' yang bermaksud permata dalam bahasa Arab," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Abdul Majid berkata, untuk menghasilkan karya tersebut, beliau terpaksa menyimpan kayu cengal yang diperoleh dari Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi itu selama dua tahun.

Beliau yang mewarisi bakat mengukir kayu daripada datuknya, Allahyarham Ali Wongso itu, turut bercadang menghasilkan lebih banyak arca mengandungi lagu-lagu kebesaran dari negeri lain pada masa akan datang.

"Saya menganggap pameran seumpama ini sangat bermakna kepada semua pengkarya kerana dapat mempamerkan bakat kami kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, pameran kali ini turut memberi kesempatan kepada pelukis, Mohd. Noor Abdul Rahman, 71, untuk mempamerkan hasil lukisannya yang bertemakan perkampungan, flora dan fauna.

Beliau yang mula aktif melukis sejak 1960-an itu bukan sahaja telah menghasilkan beratus-ratus lukisan malah turut mengikuti banyak pameran seni di seluruh negeri.

"Antara lukisan saya termasuklah pemandangan rumah Melayu di kampung, sawah padi, ternakan dan dasar lautan. Biasanya lukisan yang saya hasilkan turut dibeli oleh pengunjung termasuk oleh pelancong luar," katanya.

Jelas Mohd. Noor lagi, hasil lukisan terbaru beliau yang bertemakan burung walet turut dipamerkan sempena 1MCAT kali ini dan akan dijual pada harga RM10,000.

1MCAT 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia Johor mempamerkan 100 hasil karya seni visual kontemporari yang terdiri daripada pelbagai media, gaya dan mesej.

Hamim taja Utusan Malaysia untuk 10 sekolah

Posted:

Hamim taja Utusan Malaysia untuk 10 sekolah

Hamim taja Utusan Malaysia untuk 10 sekolah


HAMIM Samuri (tengah) bersama wakil daripada sekolah-sekolah pada Majlis Penyerahan Tajaan Akhbar Utusan Malaysia dan Sisipan ADaP bagi kawasan Parlimen Ledang di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Ledang, baru-baru ini.


LEDANG 5 Okt. - Sepuluh buah sekolah menengah dalam Parlimen Ledang menerima tajaan 6,000 naskhah Utusan Malaysia beserta sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) sumbangan wakil rakyatnya, Hamim Samuri bagi membantu persediaan pelajar tingkatan lima menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Tajaan bernilai RM7,200 itu disampaikan Hamim kepada Penolong Pengurus Pemasaran Zon Selatan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tengku Izaham Tengku Adnan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati di sini, baru-baru ini.

Tajaan akhbar bagi tempoh sebulan itu bukan sahaja dapat menjadi bahan bacaan umum kepada pelajar, malah mereka dapat memanfaatkan Siri Soalan Percubaan Peperiksaan SPM 2011 yang turut disiarkan dalam sisipan ADaP.

Hamim menasihati para pelajar tingkatan lima untuk meningkatkan usaha bagi menghadapi SPM dengan memperbanyakkan ulang kaji.

"Dalam tempoh tidak sampai sebulan lagi, saya harap pelajar menggunakan Siri Soalan Percubaan SPM dalam sisipan ADaP sebagai alat bantu untuk mengulang kaji pelajaran semoga lulus dengan cemerlang," katanya.

Beliau mahu melihat lebih ramai pelajar cemerlang dilahirkan di kawasan Parlimen Ledang dan seterusnya menjadi modal insan berkualiti untuk memajukan lagi daerah dan negara ini.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya juga telah menyediakan wang sagu hati untuk dihadiahkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sapian Ismail serta wakil Pegawai Pelajaran Daerah Muar/Ledang, Basiron Kudari.

Selain SMK Tengku Mahmud Iskandar, sekolah yang turut mendapat tajaan itu adalah SMK Persisiran Perdana, SMK Parit Bunga, SMK Pei Hwa, SMK Bukit Gambir, SMK Sagil, SMK Tun Mamat, SMK Ledang, SMK Seri Tangkak dan SMA Loghatul Quran Kesang Tasek.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pamer kecomelan kucing

Posted:

Pamer kecomelan kucing

Pamer kecomelan kucing

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Peminat kucing nombor satu (dari kanan), Nozliza Tahir, Farida Tahir serta Nurfatehah Johan menunjukkan kucing milik mereka ketika menyertai pertandingan Kucing Sihat berkenaan.


ALOR SETAR 5 Okt. - Melihat kekejaman yang berlaku kepada haiwan kesayangan ramai iaitu kucing di salah sebuah pusat penjagaan kucing di Kuala Lumpur baru-baru ini, sudah pasti ramai pencinta haiwan itu mengalirkan air mata.

Namun tidak semua manusia sekejam itu sehingga sanggup membiarkan haiwan comel itu mati dalam keadaan yang menyayat hati. Keluhuran hati para pencinta haiwan itu dapat dilihat pada pertandingan Kucing Sihat sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah.

Seramai 50 pemilik kucing melibatkan pelbagai baka menyertai pertandingan itu dan mempamerkan kucing-kucing mereka yang dijaga rapi serta ditatang bagai minyak yang penuh.

Seorang pemilik kucing, Faridah Tahir, 50, berkata, dia membawa lima ekor kucing Parsi berbulu panjang untuk menyertai acara itu yang pertama kali diadakan di bandar raya ini.

"Saya membela 16 ekor kucing di rumah di Lorong Titi Siam di sini dan saya masuk pertandingan ini untuk menambah kenalan yang mempunyai hobi sama.

"Melihat kucing-kucing lain yang dijaga rapi oleh pemiliknya, saya berasa sangat gembira kerana haiwan ini dijaga rapi dan disayangi," katanya ketika ditemui pada pertandingan itu di Alor Star Mall di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penjagaan 16 ekor kucing di rumahnya memerlukan kos yang tinggi, namun kerana minat mendalam terhadap haiwan itu, dia terpaksa mengetepikan soal kos demi memastikan kesemua kesayangannya itu dalam keadaan baik.

"Saya adalah suri rumah sepenuh masa. Jadi apabila anak-anak keluar bekerja, kucing-kucing ini yang menjadi peneman di rumah. Kucing juga dapat membantu meredakan tekanan kerana ia seolah-olah faham dengan keadaan emosi tuannya," katanya.

Siti Fatimah Abd., 50, pula berkata, dia mempunyai 13 ekor kucing di rumah dan pada pertandingan itu dia membawa seekor kucing baka flat nose.

"Kucing ini sedikit unik kerana taring di bahagian bawah terkeluar dari mulut membuatkan ia kelihatan seolah-olah tersenyum. Keunikan inilah menyebabkan saya tertarik untuk memiliki kucing ini dan membelinya dengan harga yang agak mahal," jelasnya.

Dalam pada itu Pengurus Vita Cat yang merupakan penganjur pertandingan itu, Sofia Ali berkata, program itu bertujuan memupuk kasih sayang antara manusia dan kucing.

"Kami juga ingin menyemai rasa cintakan kucing di kalangan kanakkanak agar mereka lebih menghargai haiwan ini. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan kami bercadang meneruskannya pada masa depan," katanya.

Ahli nasyid UNIC cemerlang pengajian

Posted:

Ahli nasyid UNIC cemerlang pengajian

Ahli nasyid UNIC cemerlang pengajian


Abdullah Umayr Mohd. Yunus (kiri), Mohd. Fakkhrulradhi Khamarudin (kanan) dan Madihah Ahmad Fuad (tengah) menunjukkan pingat anugerah yang diperoleh mereka pada majlis Konvokesyen Ke-13 Kolej Universiti Insaniah di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 5 Okt. - Biarpun sibuk dengan aktiviti seni, ahli kumpulan nasyid UNIC, Mohd. Fakhrulradhi Khamaruddin berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang apabila menerima Anugerah Jaizah Imtiyaz Pengerusi Lembaga Pengarah pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Ke-13 di sini hari ini.

Mohd. Fakhrulradhi, 25, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin berkata, anugerah berkenaan merupakan hadiah buat ibu bapanya yang sentiasa menyokong beliau.

"Memang jasa kedua ibu bapa kita tidak dapat balas, namun dengan anugerah yang saya terima hari ini, saya harap ia dapat menggembirakan hati mereka.

"Saya mula menganggotai kumpulan nasyid UNIC pada 2008 dan selepas tamat pengajian saya akan tetap meneruskan aktiviti seni bersama kumpulan itu," katanya selepas majlis yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah selaku Canselor Kolej Universiti Insaniah berkenan menyampaikan ijazah kehormat, ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma kepada 738 penerima hari ini.

Mendahului senarai penerima anugerah ialah Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Komuniti).

Mohd. Fakhrulradhi yang juga Juara Akademi Al-Quran TV9 musim ketiga berkata, memang sukar untuk membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti seni, namun dengan pengurusan masa yang betul perkara itu menjadi mudah untuk dilakukan.

"Kita kena letak pelajaran sebagai perkara utama dan saya habiskan pengajian terlebih dahulu barulah saya teruskan dengan bidang seni.

"Saya juga telah merakamkan sebuah album bertajuk Juzuk Amma Bertaranum' untuk membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut ilmu taranum," ujarnya.

Seorang lagi graduan cemerlang, Abdullah Umayr Mohd. Yunus, 24, yang menerima Anugerah Jaizah Imtiyaz Tuanku Canselor berkata, dia tidak mempunyai sebarang rahsia ketika menuntut ilmu, namun yang penting ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas.

"Saya hanya mengulang kaji dua jam setiap hari dan tumpukan sepenuh perhatian ketika pensyarah sedang mengajar di kelas. Selain itu, setiap penuntut juga perlu merapatkan hubungan dengan Allah dan sering berzikir untuk menenangkan hati," jelasnya.

Tunai haji selepas 10 tahun kumpul wang

Posted:

Tunai haji selepas 10 tahun kumpul wang

Tunai haji selepas 10 tahun kumpul wang


Azid Kassim yang duduk atas kerusi roda dibantu anggota St John Ambulans ketika beratur sebelum menaiki kenderaan khas di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.


GEORGETOWN 5 Okt. - Seorang tukang masak, Rohmah Husin yang menyimpan wang gajinya sejak 10 tahun lepas bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Rohmah, 63, berasal dari Yan, Kedah yang berkerusi roda kerana tidak boleh berjalan ekoran kakinya bengkak dan sakit jantung berlepas ke tanah suci bersama anaknya, Ahmad Muslim Mustafa, 38.

"Sudah lama makcik mengumpul wang dan tunggu untuk tunaikan haji, bila tahun ini dapat pergi tak tau nak cakap apa... sangat gembira.

"Makcik harap diberikan kesihatan yang baik agar dapat mengerjakan haji dengan sempurna di sana nanti," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Meraikan Keberangkatan 447 Jemaah Kumpulan Pertama Haji Stesen Bayan Lepas di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif serta Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Ahmad Ruzman Ahmad Rozali.

Penerbangan membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah mula beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, hari ini.

Beliau berkata, penerbangan dari LTAPP melibatkan 3,576 jemaah haji zon utara iaitu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah.

"Penerbangan terakhir dari Pulau Pinang pada 19 Oktober ini," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Gerai buah-buahan akan diroboh

Posted:

Gerai buah-buahan akan diroboh

Gerai buah-buahan akan diroboh

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

JELEBU 5 Okt. - Majlis Daerah Jelebu (MDJ) memutuskan untuk merobohkan gerai buah-buahan di Kilometer 5, Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat sini kerana mendapati kawasan tersebut tidak selamat dan merupakan lokasi kemalangan.

Yang Dipertuanya, Zulkifli Baharan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapati gerai itu terletak berhampiran jalan utama dan sungai.

"Kedudukan gerai itu berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan serta berpotensi untuk runtuh disebabkan hakisan tebing sungai.

"Jika diteliti, gerai terbabit juga dibina di tepi jalan Persekutuan yang lurus di mana kenderaan di kawasan itu bergerak dengan laju, maka ia amat berbahaya kepada pengguna jalan raya termasuk peniaga berkenaan," katanya di sini hari ini.

Pihaknya berharap peniaga terbabit akur dengan arahan MDJ dengan memikirkan keselamatan pelanggan termasuk diri mereka.

"Kami telah menamatkan permit berniaga mereka, lagipun permit mereka hanya berstatus sementara.

"Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, mencegah adalah lebih baik," ujarnya.

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara

Posted:

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara


Beberapa penduduk menutup hidung akibat bau busuk ekoran kolam kumbahan yang tidak berfungsi dengan baik di Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 5 Okt. - Bayangkan jika anda terpaksa menjalankan kehidupan seharian dengan menghidu bau busuk dari kolam kumbahan!

Itulah senario yang dihadapi oleh sebahagian penduduk dari Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir di sini.

Seorang penduduk Yahya Ahmad, 59, mendakwa, perkara ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan penduduk setempat terpaksa menahan bau busuk dari kolam kumbahan milik sebuah sekolah berasrama penuh, yang didakwa tidak berfungsi dengan sempurna.

''Rumah saya berhampiran dengan sekolah tersebut. Sukar untuk kami melakukan aktiviti seharian akibat tidak tahan dengan bau busuk.

''Lihat sahaja kawasan perumahan ini. Kebanyakan penduduk di sini terpaksa berkurung di dalam rumah dengan menutup tingkap dan pintu. Jika buka pasti bau busuk itu sampai ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Rakannya, Harun Hanipah, 53, berkata, perkara itu hanya akan diambil tindakan selepas penduduk bertindak membuat aduan kepada pihak sekolah berkenaan namun, kali ini tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

''Kini sudah tiga minggu kami membuat aduan selepas kolam kumbahan tersebut tidak berfungsi dengan baik sehinggakan airnya melimpah. Namun, masih tiada tindakan sewajarnya.

''Rumah ini dibina dahulu sebelum sekolah tersebut. Jadi, sepatutnya mereka tidak meletakkan tangki tersebut berhampiran kawasan perumahan kami.

''Malu juga jika ada tetamu datang ke rumah. Macam mana kami hendak makan jika terpaksa menghidu bau busuk. Kalau hendak buat kenduri, risau tiada orang datang akibat masalah ini,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, Musa Kasiran, 60, berharap pihak berkenaan dapat melakukan tindakan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan itu terus terjamin tanpa sebarang gangguan bau busuk.

''Saya juga risau jika kami berdepan dengan masalah kesihatan akibat masalah ini. Sampai masa hendak makan pun boleh hilang selera," katanya.

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka

Posted:

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka


Kumpulan Irhamnie (berdiri) menunjukkan piala juara keseluruhan Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka bersama kumpulan nasyid Puteri Imtiyaz di Masjid Al-Azim, Melaka, kelmarin.


MELAKA 5 Okt. - Kumpulan nasyid Irhamnie dari CTRM Aero Komposites, Batu Berendam di sini muncul juara keseluruhan terbaik Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka 2011 yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Irhamnie mewakili Melaka pada Festival Nasyid Kebangsaan akan datang selain turut membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

Irhamnie yang bertanding dalam kategori Nasyid Tradisi menduduki tempat pertama dengan jumlah markah keseluruhan 82 peratus menewaskan kumpulan nasyid Puteri Imtiyaz dari Klebang yang memperoleh markah 75.8 peratus.

Tempat ketiga adalah milik kumpulan Saidatul Anum dari Taman Seri Sempang, Merlimau, Jasin dengan markah 68 peratus.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,500 beserta sijil.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Nasyid, Datuk Yaakub Md. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Thamby Chik.

Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, pertandingan nasyid dilihat sebagai medium dakwah yang berkesan dalam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat.

Menurutnya, program tersebut menjadi platform terbaik untuk mengimbangi pengisian jasmani dan rohani dalam dunia serba moden hari ini.

"Diharap generasi muda dapat menghayati kandungan bait-bait lagu nasyid yang mempunyai pedoman dan nasihat berguna dalam menjalani kehidupan mereka. Nasyid merupakan satu bentuk hiburan yang diharuskan berdasarkan mesej yang memberi input positif dalam membentuk jati diri yang kukuh," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kejar insentif bukan punca

Posted:

Kejar insentif bukan punca

Kejar insentif bukan punca


Muhyiddin Yassin diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Hartamas, Rosimawati Saad (kanan) meninjau suasana peperiksaan PMR di sekolah berkenaan, semalam. – utusan/Muhamad Iqbal Rosli


KUALA LUMPUR 5 Okt. _ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kejadian beberapa murid dihalang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpunca daripada pihak sekolah terlalu mengejar insentif sekolah berprestasi tinggi.

Menurut beliau, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kejadian yang berlaku kepada beberapa murid di sebuah sekolah di Sarawak dan Baling, Kedah itu merupakan kes terpencil.

Bagaimanapun, Muhyiddin mahu kejadian tersebut dijadikan iktibar dan berharap ia tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Yang penting adalah kesedaran. Jangan sebab hendak mengejar kecemerlangan, kita ketepikan hak pelajar atau abaikan peluang untuk mereka menduduki peperiksaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas dekat sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sempat meninjau 262 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah tersebut menjawab soalan ujian Bahasa Inggeris Kertas 1.

Muhyiddin berkata, kejadian yang berlaku itu juga bukanlah gambaran bahawa sistem pendidikan negara tidak betul.

Bagaimanapun beliau menegaskan Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan penting.

"Kita kini sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung kes berkenaan tetapi kalau disebabkan oleh para pelajar sendiri yang tidak mahu mengambil peperiksaan, kita akan kaji.

''Mungkin bukan salah guru, jadi tak perlu ambil tindakan," katanya.

Program pemutihan 6P bermula Isnin ini

Posted:

Program pemutihan 6P bermula Isnin ini

Program pemutihan 6P bermula Isnin ini

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses pemutihan Program 6P melibatkan pekerja asing dan pendatang tanpa izin akan bermula Isnin ini dengan majikan degil akan menjadi buruan utama.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak ada pengampunan akan diberikan kerana kerajaan sudah menyediakan peluang yang mencukupi kepada mereka untuk mendaftar dengan sistem biometrik.

Menurutnya, sehingga hari ini seramai 2,320,034 pendatang asing telah berdaftar dengan 1,016, 906 adalah pendatang yang sah, manakala 1,303, 126 (977, 140 lelaki dan 325,986 perempuan) adalah pendatang haram.

Jelasnya, program pemutihan itu akan dibuat seiring dengan proses penguatkuasaan dan majikan degil akan dihadap ke mahkamah sebelum tindakan sama diambil ke atas pekerja asing dan pendatang tanpa izin.

"Kita tidak boleh benarkan lagi mereka ini. Langkah penting ialah tindakan tegas ke atas majikan dan kemudian pekerja. Kita juga akan mengambil tindakan tegas mengikut sektor dan ia akan dibuat dalam masa terdekat.

"Kerajaan sudah menawarkan peluang tetapi masih ramai yang tidak menyambut tawaran tersebut," katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, di Parlimen, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, daripada lebih dua juta pendatang asing yang berdaftar dengan sistem biometrik di bawah Program 6P, seramai 50,000 dikenal pasti berkerja di sektor yang tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan semua 50,000 pekerja itu akan diserap ke lima sektor yang dibenarkan iaitu perkilangan; peladangan; pertanian; pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

"Proses ini akan mengambil masa. Kita akan tengok kekosongan dalam lima sektor berkenaan dan semua mereka akan diagih-agih mengikut permohonan daripada syarikat yang terbabit dalam sektor tersebut," katanya.

PIBG aktif bantu kecemerlangan sekolah diiktiraf

Posted:

PIBG aktif bantu kecemerlangan sekolah diiktiraf

PIBG aktif bantu kecemerlangan sekolah diiktiraf

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah akan diberikan pengiktirafan mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengiktirafan tersebut wajar kerana kerjasama erat antara sekolah serta PIBG mampu membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah berkenaan.

Sesetengahnya hubungan begini (antara sekolah dan PIBG) membantu (kecemerlangan). Tetapi, di sesetengah sekolah, PIBG tidak begitu aktif berperanan, jadi pencapaian (sekolah) pun menurun.

"Jadi saya hendak iktiraf sumbangan pimpinan ibu bapa di sekolah-sekolah," katanya selepas melawat SMK Seri Hartamas dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Seri Hartamas, Rosnimawati Saad dan Yang Dipertua PIBG SMK Seri Hartamas, Salmah Abu Bakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bentuk pengiktirafan yang akan diberikan itu akan ditentukan kemudian.

Beliau memuji langkah PIBG SMK Seri Hartamas yang berjaya membantu mengekalkan prestasi sekolah itu antara sekolah harian terbaik Wilayah Persekutuan bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Salah satu faktor yang saya dapati adalah kerjasama antara PIBG dengan sekolah. Di sini, pengetua dan Yang Dipertua PIBG bekerja rapat.

"Ini satu contoh kepimpinan ibu bapa yang membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Terserah kepada kerajaan Pusat

Posted:

Terserah kepada kerajaan Pusat

Terserah kepada kerajaan Pusat

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 5 Okt. - Kerajaan negeri menyerahkan kepada kerajaan Pusat dan pihak-pihak yang terlibat termasuk T-Best sama ada akan meneruskan kontrak penganjuran kejohanan kapal layar, Piala Monsun yang sepatutnya berakhir pada 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan jika kejohanan bertaraf dunia itu diteruskan kerana ia mampu memberi pulangan dari segi pelaburan asing dan meningkatkan industri pelancongan dalam jangka masa panjang.

Malah jelasnya, Terengganu mempunyai banyak kemudahan asas bagi menganjurkan kejohanan tersebut dan jika dihentikan, dikhuatiri boleh menyebabkan pembaziran.

"Kita serah kepada pihak-pihak berkenaan terutama penganjur kejohanan Piala Monsun iaitu T-Best sama ada meneruskan Piala Monsun pada masa akan datang atau sebaliknya.

"Kita harap begitulah (Piala Monsun diteruskan) sebab kita ada kemudahan dan kita tak mahu pembaziran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata, semua pihak perlu akur dengan rasional penganjuran kejohanan tersebut kerana ia mampu memberi pulangan pelaburan dan pengiklanan untuk jangka panjang.

"Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala usaha untuk menarik kunjungan pelancong," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 54 atlet Terengganu akan mewakili negara bagi kejohanan Sukan Sea di Jakarta, Indonesia dari 11 hingga 22 November ini.

Menurutnya, penyertaan mereka pada kejohanan itu akan turut disertai seramai tujuh orang pegawai dan jurulatih.

Beliau memberitahu, kesemua atlet berkenaan akan menyertai acara seperti lumba basikal, kanu, softball, olahraga, silat, judo, sepak takraw, angkat berat, lawan pedang dan perahu layar.

"Kita serah kepada kontinjen negara untuk menentukan sasaran emas oleh atlet-atlet kita pada Sukan Sea nanti," tambahnya.

Peruntukan RM51.7j bina 3 sekolah di Kelantan

Posted:

Peruntukan RM51.7j bina 3 sekolah di Kelantan

Peruntukan RM51.7j bina 3 sekolah di Kelantan


Sabri Said (tengah) menyerahkan replika kunci kepada Hussian Awang pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Negeri Kelantan di SMK Padang Enggang, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 5 Okt. - Pembinaan tiga sekolah baharu berharga RM51.7 juta membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan daripada mendapat pendidikan terbaik.

Tiga sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jias di Pasir Mas yang mempunyai 26 bilik darjah, SMK Padang Enggang (24 bilik darjah) dan SMK Badang di sini (30 buah bilik darjah).

Tujuh buah sekolah lagi dijangka siap menjelang November ini ialah SMK Kubang Kerian 3, SMK Long Gafar 2, SMK Sungai Petai, SMK Panchor Perdana dan SMK Jeli 2.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran, Sabri Said mengingatkan perunding dan kontraktor agar menyiapkan projek tersebut mengikut jadual dan menepati spesifikasi ditetapkan dalam kontrak.

Katanya, pematuhan kepada spesifikasi penting dalam memastikan sekolah terlibat dapat digunakan oleh para pelajar serta guru dengan selamat dan kondusif.

"Secara tidak langsung ia juga dapat mengelakkan daripada sebarang kejadian buruk sekiranya perkara itu tidak dititikberatkan," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Negeri Kelantan di SMK Padang Enggang di sini hari ini.

Beliau yang menerima replika kunci daripada tiga kontraktor kemudian menyerahkannya kepada Pengarah Pelajaran negeri, Hussian Awang.

Sabri memberitahu, tanggungjawab perunding dan kontraktor adalah memastikan jika terdapat kecacatan pada bangunan seperti bumbung bocor, tandas rosak, sistem perparitan dan kumbahan tidak berfungsi dengan baik, maka kerja-kerja pembaikan perlu dibuat dalam tempoh setahun.

Jika mereka gagal katanya, kementerian akan melantik pihak ketiga untuk membetulkan kecacatan itu dan kos ditanggung oleh kontraktor seperti tercatat dalam perjanjian.

"Kebiasaan yang berlaku ialah apabila projek sekolah diserahkan, keadaan padang sekolah kurang memuaskan dan tidak menepati mutu serta keselamatan untuk digunakan," ujarnya.

Majlis Penerangan Perdana di Teman, Sabtu ini

Posted:

Majlis Penerangan Perdana di Teman, Sabtu ini

Majlis Penerangan Perdana di Teman, Sabtu ini

KOTA BHARU 5 Okt. - Kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri Majlis Penerangan Perdana Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di Tunjong pada Sabtu ini bermula pukul 8 pagi.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin memberitahu, pada majlis itu satu sesi taklimat akan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang akan menyentuh pelbagai isu.

Beliau berkata, orang ramai juga berpeluang mendengar taklimat mengenai aspek keselamatan yang akan disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penerangan tentang sistem biometrik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Satu forum isu semasa mengenai masa depan rakyat Kelantan juga akan diadakan dengan menampilkan ahli panel iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad bertindak sebagai moderator," katanya di sini hari ini.

Dali berkata, sepanjang program itu orang ramai juga berpeluang menyaksikan tayangan video mengenai kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Katanya, majlis penutup program akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tambahnya, orang ramai dijemput hadir ke majlis tersebut bagi mengetahui pelbagai isu semasa yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


125 bebas Perintah Kediaman Terhad

Posted:

125 bebas Perintah Kediaman Terhad

125 bebas Perintah Kediaman Terhad

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak turun daripada Buggy sebelum beliau membentangkan usul pada sidang Dewan Rakyat di dewan sementara Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad serta merta ekoran pemansuhan Akta Perintah Kediaman Terhad 1933 (Akta 377) yang kini dibentangkan di Dewan Rakyat.

Serentak dengan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan serta merta lebih 200 waran yang belum diserahkan kepada individu terlibat.

"Saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini bagi memulakan proses mengotakan janji kerajaan. Hakikatnya, amat jarang di dunia bagi sebuah kerajaan yang sedang berkuasa untuk secara sukarela memudarkan kuasa yang dimiliki.

"Kerajaan ini insaf bahawa amanah untuk mengurus tadbir negara tercinta perlu diasaskan kepada kerelaan serta kepercayaan rakyat terbanyak dan bukannya atas dasar kuasa yang mampu menggusarkan," kata Perdana Menteri ketika membentangkan akta itu di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua hari ini.

Hakikatnya, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mengimpi pada suatu kuasa yang mutlak atau sekalipun tampak mutlak kerana ia bertentangan dengan citra hidup demokratik

"Sesungguhnya kuasa, adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan memansuhkan akta itu adalah disebabkan ia sudah lapuk, ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berlandaskan kepada dua faktor utama.

Faktor pertama katanya, prinsip demokrasi dan keadilan iaitu Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi semenjak mencapai kemerdekaan dengan berasaskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"(Oleh itu) Sejajar dengan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang telah berlaku hasil daripada perancangan rapi serta pelaksanaan berkesan kerajaan semenjak lebih lima dekad lalu maka sudah tiba masanya untuk kita akur dengan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi yang telah berubah.

"Kontemporari menuntut kita untuk mengkaji semula undang-undang serta amalan yang tidak selaras dengan prinsip asas demokrasi dan keadilan," ujarnya.

Apa yang jelas beliau berkata, tindakan terhadap pelaku jenayah hendaklah diambil di bawah undang-undang sedia ada dengan mematuhi prinsip bahawa sebarang hukuman perlu berdasarkan sabitan oleh mahkamah selepas mengambil kira segala bukti, sesuai dengan prinsip universal.

"Di samping itu, ia juga seiring dengan semangat maqasid syariah dan prinsip usul fiqh "bahawa perkara yang yakin itu tidak akan diselindungi yang syak". Di sudut lain, maxim perundangan common law menyebut "It is better that ten guilty men go free than that one innocent men to be convicted."," ujarnya.

Najib berkata, faktor kedua yang diambil kira dalam pemansuhan akta tersebut ialah kemajuan teknologi dan maklumat.

"Sebagai contohnya, jika dahulu, individu menjalani perintah kediaman terhad diasingkan dan dipindahkan ke kawasan terpencil. Hari ini, dengan kemajuan prasarana fizikal, sistem pengangkutan dan proses urbanisasi, hampir dua pertiga Malaysia sudah menjadi kawasan bandar. Sebahagian besar ceruk dan pelosok negara sudah boleh dihubungi," ujarnya.

Perdana Menteri ketika membentangkan rang undang-undang tersebut turut menyelar pihak pembangkang apabila mereka mendakwa keputusan kerajaan itu adalah hasil daripada cadangan daripada mereka.

"Walhal, tiada siapa pun yang mempengaruhi kita, tiada siapa pun yang mendesak kita. Kerajaan membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikkan.

"Ujiannya, sama ada kita mengotakan janji atau tidak, pihak lain boleh saja tanpa segan silu atau semberono mengaku bahawa ini adalah idea atau pandangan mereka. Sedangkan mereka bukanlah kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat untuk menunaikan apa yang dijanjikan," katanya.

Mansuh Akta Buang Negeri 1959 kerana tidak relevan

Posted:

Mansuh Akta Buang Negeri 1959 kerana tidak relevan

Mansuh Akta Buang Negeri 1959 kerana tidak relevan

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 adalah wajar kerana ia tidak lagi relevan untuk dilaksanakan pada masa sekarang apatah lagi akta tersebut tidak lagi digunakan sejak 34 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu pemansuhan itu juga akan memperkemaskan lagi sistem perundangan negara apabila peruntukan penahanan dan pemulangan warga asing yang termaktub di dalam akta berkenaan turut terdapat di dalam Akta Imigresen 1959/63.

Pemansuhan itu kata Najib, turut disifatkan sebagai aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran berasaskan sistem perundangan yang lebih adil dengan mendukung prinsip-prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan.

''Seperti yang ramai maklum, Akta Buang Negeri 1959 telah tidak digunakan sejak 34 tahun yang lalu. Dengan merujuk rekod yang ada kali terakhir ia digunakan ialah pada tahun 1977 di dalam kes Menteri Dalam Negeri lawan Chu Choon Yong dan Anor.

''Ternyata selepas daripada kes tersebut dan sehingga kini akta ini tidak pernah digunakan lagi. Bertolak dari situ juga, semua kes penahanan warganegara asing kini dikendalikan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 1955) walaupun peruntukan sama turut terkandung dalam Akta Buang Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, di dalam Akta Imigresen 1959/63, ia mempunyai peruntukan untuk memindahkan seseorang yang bukan warganegara sebagaimana terkandung di bawah Akta Buang Negeri melalui peruntukan subseksyen 33(1), 32 dan subseksyen 56(2).

''Di dalam subseksyen 33(1) Akta Buang Negeri ada memperuntukkan tentang pemindahan orang yang berada di Malaysia secara tidak sah, seksyen 32 memperuntukkan tentang pemindahan pendatang tanpa izin daripada Malaysia.

''Subseksyen 56(2) pula memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan di mana seorang yang bukan warganegara secara menyalahi undang-undang cuba memasuki semula ke Malaysia.

''Maka pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 adalah wajar oleh sebab ia tidak lagi relevan di samping dapat memperkemaskan lagi sistem perundangan negara," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, meskipun Akta Buang Negeri dimansuhkan, masih terdapat mekanisme perundangan lain yang berupaya menangani perkara-perkara yang dihasrat dilindungi di bawah akta berkenaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

''Kerajaan akan terus memastikan bahawa keselamatan negara serta ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara terus dikekalkan,'' ujarnya.

Najib berkata, rang undang-undang pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 yang dibentangkan hari ini tidak akan menjejaskan apa-apa waran, perintah, arahan atau surat cara lain yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri sebelum tarikh permulaan kuat kuasanya.

''Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 itu juga tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan," kata Perdana Menteri.

Tahanan dibebas selewat-lewatnya hari ini - Hishammuddin

Posted:

Tahanan dibebas selewat-lewatnya hari ini - Hishammuddin

Tahanan dibebas selewat-lewatnya hari ini - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Semua 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad dijangka dibebaskan selewat-lewatnya esok, selepas segala dokumentasi mengenainya diselesaikan oleh ketua polis daerah di mana mereka ditahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, arahan mengenai pembebasan semua tahanan sudah ditandatangan dan polis akan melaksanakan tugas tersebut sebaik mungkin.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai tidak terjejas dengan keputusan kerajaan membebaskan individu berkenaan kerana segala langkah perlu sudah dan sedang diambil oleh polis.

"Saya jangka paling awal semua mereka akan dibebaskan esok, tetapi paling penting kita memberi keutamaan kepada soal keselamatan orang ramai.

"Kita memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai terjamin dan begitu juga soal keselamatan semasa pembebasan tahanan tersebut dibuat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang Dewan Rakyat hari ini mengumumkan pembebasan 125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad 1933, berkuatkuasa serta merta ekoran pemansuhan akta tersebut.

Selain daripada pembebasan 125 tahanan berkenaan, Kementerian Dalam Negeri juga akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan kepada suspek, berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah bersedia dan mempunyai mekanisme khas untuk melaksanakan arahan tersebut dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan keresahan kepada masyarakat.

Katanya, orang ramai tidak perlu merasa bimbang dengan pembebasan 125 tahanan berkenaan kerana negara masih mempunyai banyak undang-undang lain yang boleh digunakan bagi melindungi keselamatan rakyat.

"Kita memang sudah bersedia dengan pengumuman pembebasan ini. Polis sudah bergerak dengan mekanisme tertentu sejak awal-awal lagi dan kami memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat akan sentiasa terjamin," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved