Ahad, 25 September 2011

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tembikai ILDAS muncul ketika Ramadan, Syawal

Posted:

Tembikai ILDAS muncul ketika Ramadan, Syawal

Tembikai ILDAS muncul ketika Ramadan, Syawal

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Pembeli tidak melepaskan peluang memilih tembikai susu madu sebelum dipasarkan.


KETIKA mula-mula sampai ke ladang tembikai susu madu yang dipanggil ILDAS kerana ditanam di berhampiran Institut Latihan dan Dakwah Selangor di Sabak Bernam, penulis tidak menyangka terdapat ladang tembikai susu di kawasan yang dipenuhi dengan semak-samun.

Kerana lokasi ladangnya itu, maka tembikai susu yang dihasilkan itu diberi gelaran tembikai susu madu ILDAS.

Semasa tiba di ladang berkenaan, kelihatan pekerja-pekerja ladang sedang memetik buah tembikai susu madu ILDAS yang tersembunyi di sebalik semak.

Apa yang lebih menarik tembikai susu madu ILDAS hanya ditanam sejak enam tahun lalu bagi pasaran di bulan Ramadan dan Syawal.

Diusahakan oleh usahawan tani Mahiddin Mohd. Yusuf, 38 yang mempunyai latar belakang sebagai seorang kontraktor.

Yang istimewanya tembikai susu madu ILDAS ini memang menepati namanya.

Selepas merasai hirisan yang dibekalkan penulis merasai tembikai susu madu bagaikan dicelup air gula.

"Kalau memang ada penyakit diabetes, tolong hati-hati sebab tembikai susu madu ILDAS amat manis.

"Jika sehiris untuk merasa mungkin boleh tetapi hati-hati jangan makan sehingga habis sebiji," katanya semasa ditemui di ladangnya bersebelahan bangunan ILDAS, Sabak Bernam, Selangor, baru-baru ini.

Ditanya mengapa terbabit dalam bidang pertanian setelah berjaya sebagai kontraktor binaan, dengan pantas dia menjawab:

"Saya menceburi bidang pertanian sebagai menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan pertanian adalah perniagaan."

Mahiddin memulakan tanaman tembikai susu madu ILDAS dengan menyewa tanah terbiar seluas 39 hektar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selama 25 tahun.

Pada mulanya tanah berkenaan mahu ditanam dengan kelapa sawit.

"Bagaimanapun kami mendapati tanah di sini iaitu tanah liat masin yang hampir dengan laut sangat sesuai ditanam dengan tembikai susu madu ILDAS," katanya yang juga mempunyai ladang ternakan lembu di Taman Agrotek Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Di atas tanah yang sama juga, Mahiddin menanam kelapa sawit yang diselang seli dengan pisang dan tembikai susu madu ILDAS.

Beliau yang membeli benih tembikai susu madu ILDAS itu dapat menuai hasilnya hanya selepas 65 hari ditanam.

"Pokok tembikai susu madu ILDAS amat mudah ditanam kerana tidak memerlukan junjung dan hanya menjalar di atas tanah.

"Malah penjagaannya tidak terlalu sukar. Hanya memerlukan baja dan semburan racun perosak apabila diperlukan," katanya.

Kini Mahiddin menanam tembikai itu atas tanah seluas 27 hektar ekar dua bulan sebelum Ramadan secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya tembikai susu madu itu amat unik kerana hanya ditanam untuk pasaran semasa Ramadan dan Syawal dan tidak pada bulan-bulan lain.

Diminta berkongsi apakah faktor dia tidak menanamnya sepanjang tahun, Mahiddin menjawab, tanah perlu 'direhatkan' beberapa waktu sebelum ditanam semula.

"Saya perlu menjaga kualiti tembikai susu madu ILDAS dan jika saya menanam sepanjang tahun akan membiakkan dan merebakkan pelbagai jenis penyakit," katanya.

Sebiji buah tembikai susu madu ILDAS yang rasanya amat manis beratnya kira-kira 1.5 kilogram (kg) dengan harga RM2 hingga RM2.50 di ladang.

Dalam sehari ladangnya boleh mengeluarkan empat hingga lima tan tembikai susu madu ILDAS.

Buat masa ini ramai pembeli sekitar Sabak Bernam datang sendiri selain dibeli oleh peraih serta dijual sendiri di rumahnya di Sungai Besar.

Mahiddin berkata, permintaan terhadap tembikai susu madu amat menggalakkan sehinggakan pihaknya tidak dapat memenuhi semua permintaan.

Apa yang lebih membanggakan ladang tembikai susu madu ILDAS kini menjadi tempat pembelajaran belia-belia sekitar Sabak Bernam yang berminat untuk mendalami kaedah menanam tembikai susu madu ILDAS.

"Kini belia yang bekerja dengan saya sudah boleh menanam tembikai susu madu ILDAS sendiri dan mendapatkan pendapatan sendiri," katanya.

Perkara berkenaan disokong oleh Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam, Budiman Mohd. Zohdi bahawa kejayaan Mahiddin mengusahakan tanah terbiar itu mampu dijadikan contoh terutama oleh belia.

"Dia bukan sahaja berbudi kepada tanah tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada para belia di kawasan setempat," katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perancangan akan datang, Mahiddin berkata, selepas tembikai susu madu itu habis dituai, beliau melepaskan itik telur sebagai agen kawalan perosak biologi di ladang sawitnya.

"Itik telur akan memakan segala serangga perosak seperti kumbang yang biasanya menyerang pokok-pokok sawit.

"Dalam masa yang sama, itik akan menghasilkan telur sementara sawit mengeluarkan hasil.

"Jadi saya akan mendapatkan dua pendapatan pada satu bidang tanah yang diusahakan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan terus menanam tembikai susu madu itu di masa akan datang, Mahidin menjawab, dia akan berbuat demikian jika ada permintaan.

"Jika ada kawasan yang sesuai untuk tanaman tembikai susu madu ILDAS saya akan terus menanam untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah setiap kali Ramadan dan Syawal," katanya.

Dua sahabat kacuk rock melon

Posted:

Dua sahabat kacuk rock melon

Dua sahabat kacuk rock melon

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


Tembikai susu golden dust yang bakal mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna.


KAMI sebenarnya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian malah pada peringkat permulaan kami tidak minat dengan pertanian.

"Tetapi apabila kami aktif membina struktur dan sistem fertigasi untuk usahawan serta melihat kertas kerja usahawan telah membuka mata kami," kata Pengarah Urusan Motif Maju Enterprise, Razali Mat Pol, 38.

Dia dan sahabatnya Yusman Musman, 36, yang bertindak sebagai Pengurus Operasi mula berjinak-jinak dengan pertanian fertigasi sejak awal tahun ini.

Sebelum ini dua sahabat tersebut hanya membina struktur dan sistem fertigasi untuk kegunaan usahawan pertanian yang berminat dengan teknologi tersebut.

"Jadi pelanggan kami terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan orang perseorangan yang amat berjaya dan telah mencatatkan keuntungan besar," katanya.

Dengan pengalaman yang ada dalam pembinaan struktur untuk tanaman fertigasi, mereka mula menceburkan diri dalam bidang pertanian.

"Jadi kami bina binaan fertigasi sendiri dan berbincang dengan pegawai penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang juga pakar dalam bidang fertigasi.

"Setelah mendapat khidmat nasihat mereka, pada permulaan kami menanam golden dust melon yang merupakan kacukan labu dan rock melon.

"Buah ini agak berbeza dengan rock melon kerana tempoh matang lebih awal berbanding dengan rock melon, bentuknya berjalur dan isinya berair dan manis," katanya.

Ditanya mengenai kos membuat struktur pelindung hujan bagi fertigasi, Razali berkata, ia bergantung kepada usahawan.

"Harga boleh jadi pelbagai mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki dengan kos bermula RM10,500 bagi ukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang," katanya.

Ketika mula menanam golden dust melon, Razali agak cuak apabila tiada pemborong yang berminat untuk membeli buah berkenaan.

"Mungkin bentuk yang ganjil, peraih takut untuk membelinya, bimbang tidak mendapat pasaran," katanya.

Cubaannya berhasil apabila pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersetuju menjual buah berkenaan.

"Selepas golden dust melon dipasarkan melalui FAMA dan mendapat permintaan pelanggan, barulah ramai pemborong mula bertanyakan mengenai golden dust melon," katanya dengan nada kesal.

Buah golden dust melon boleh mencapai berat sehingga 2.5 kilogram sebiji dengan purata 1.2 kg bergantung kepada baja dan agen pendebungaan yang digunakan.

Justeru sebab itu Razali sengaja memelihara beberapa spesies semut bagi tujuan pendebungaan.

Yakin dengan fertigasi boleh membawa pulangan lumayan, Rosli percaya usahawan boleh mendapat kembali modal mereka dalam masa dua hingga tiga tahun.

Misalnya golden dust melon mengambil masa dua bulan sebelum dituai dan boleh ditanam empat kali setahun.

Ini dapat menjimatkan kos berbanding dengan rock melon biasa yang mengambil masa yang lama untuk dituai.

"Kini kami dalam proses memohon Sijil Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) bagi memudahkannya dijual di pasar raya besar dan dieksport," katanya.

Kini Razali dan Yusman bercadang menanam cili menggunakan teknik fertigasi di atas tanah seluas setengah ekar.

"Kami mahu usahawan tani melihat bagaimana mereka mengoptimumkan penggunaan sebidang tanah bagi meraih pendapatan lumayan," katanya.

Pada masa sama, dua sahabat tersebut i juga mengadakan kursus fertigasi dengan kerjasama penyelidik tempatan di mana peserta boleh menjalankan latihan praktikal secara hands-on di ladangnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Boleh mohon PPR – Nong Chik

Posted:

Boleh mohon PPR – Nong Chik

Boleh mohon PPR – Nong Chik

Oleh MD. AZRIN ROSLY
dan ROZIANAH RISMAN
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Asrama Darul Kifayah, Kuala Lumpur sambil diperhatikan oleh Yusof Hamdan Deigo pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyampaian Sumbangan anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia di Hotel Kuala Lumpur International, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan memberi pertimbangan khas dan keutamaan kepada pesara polis yang kurang berkemampuan bagi ditempatkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, selain itu, bagi pesara polis yang berkelayakan dan inginkan tapak perniagaan dan kiosk juga akan dipertimbangkan agar mereka dan ahli keluarga dapat menyara kehidupan harian.

"Walaupun jumlah PPR yang ada sudah tidak banyak, lebih kurang 2,000 hingga 3,000 sahaja, kami akan mempertimbangkan permohonan tersebut.

"Justeru, Pihak Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) sebagai suara kepada bekas polis hendaklah membuat permohonan rasmi terlebih dulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak Yatim di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata, baru-baru ini dilihat pakatan pembangkang membuat kenyataan-kenyataan kontroversi sehinggakan dilihat sanggup menggadai maruah demi mencapai matlamat mereka.

"Kita jangan terpedaya dengan dakyah jahat pembangkang yang merupakan politik sempit sehinggakan mahu mengubah sejarah negara seperti dalam isu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyatakan komunis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai hero.

"Kenyataan itu mungkin kerana dia sendiri tidak mengalami kesusahan dan kekejaman mereka (pengganas komunis) ketika itu. Inilah contoh orang yang tidak faham sejarah, sedangkan pihak polis dan tentera telah berkorban untuk memastikan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sehingga kini," ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Datuk Yusuf Hamdan Diego berkata, pihaknya sangat mengharapkan pihak kementerian memberikan bantuan khas kepada bekas anggota polis sebagai tanda menghargai jasa-jasa mereka dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Seramai 140,000 bekas anggota polis di seluruh negara berusaha untuk menambah pendapatan keluarga melalui pelbagai cara termasuk berniaga.

"Bagaimanapun, kami juga mengharapkan sekiranya pihak kementerian dapat menyediakan bantuan kewangan kepada balu-balu polis yang ingin berniaga selain peluang untuk memiliki rumah di bawah PPR," katanya.

Tambahnya, pihaknya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas pemberian anugerah kepada 16 anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong.

"Anugerah tersebut menunjukkan kerajaan sangat prihatin dan mengenang jasa polis yang terkorban semasa mempertahankan negara," katanya.

Rumah Empat Musim dibuka semula

Posted:

Rumah Empat Musim dibuka semula

Rumah Empat Musim dibuka semula


Rumah Empat Musim di Taman Botani Negara, Shah Alam kini mula menerima tetamu selepas kerja menyenggara dan menaik taraf premis itu selesai baru-baru ini.


SHAH ALAM 25 Sept. - Pengunjung Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah di sini berpeluang untuk merasai semula suasana iklim empat musim apabila kemudahan itu dibuka semula baru-baru ini setelah ditutup kepada orang ramai sejak tiga bulan lalu.

Pembukaan semula Rumah Iklim Empat Musim itu dilakukan setelah pihak pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam selesai menjalankan kerja-kerja penyenggaraan terhadap kemudahan itu yang merupakan salah satu daripada tarikan pengunjung ke taman alam semula jadi itu.

Pengurus Taman Botani Negara Shah Alam, Mohamad Gaddafi Denis berkata, kerja-kerja menaik taraf dan penyenggaraan rumah iklim dilakukan oleh pihaknya pada Julai hingga awal September lalu, membabitkan kerja pembaikan semula bangunan, pengudaraan dan suhu di kemudahan itu yang sebelum ini telah beroperasi tanpa henti sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerja menaik taraf dan penyenggaraan yang dilakukan tidak membabitkan perubahan terhadap kira-kira 68 spesies pokok di dalamnya yang mana ia masih dikekalkan sejak ditanam pada tahun 1991 kecuali spesies bunga yang ditukar setiap kali selepas musim sejuk.

"Rumah Iklim Empat Musim ini telah beroperasi tanpa henti setiap hari selama 20 tahun ia dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, kami tutup sementara dalam tiga bulan untuk menaik taraf persekitaran kemudahan serta penyenggaraan mesin.

"Kerja-kerja menaiktaraf ini memakan kos sebanyak RM500,000. Namun, kerja-kerja dilakukan dengan teliti agar tidak menjejaskan pokok sedia kerana sebarang perubahan terhadap suhu atau persekitaran boleh menganggu kitaran hidup tumbuhan berkenaan," katanya.

Tambah Mohamad Gaddafi, antara spesies pokok empat musim di kemudahan itu datangnya dari benua Asia Timur, Eropah dan Amerika seperti sakura, maple, peach , epal, ginko, magnolia serta pokok-pokok bunga seperti daisi, kekwa dan sebagainya.

Orang ramai yang mahu mengunjungi Rumah Iklim Empat Musim boleh hadir bila-bila masa bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang kerana kemudahan itu dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin.

Bayaran sebanyak RM3 dikenakan bagi orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dan kadar itu adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana taman iklim yang ada di negara ini.

Penutupan lorong Lebuhraya Elite

Posted:

Penutupan lorong Lebuhraya Elite

Penutupan lorong Lebuhraya Elite

KUALA LUMPUR 25 Sept. - PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menutup secara berperingkat sebahagian lorong di antara persimpangan bertingkat Nilai Utara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilakukan.

PLUS dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, penutupan lorong tersebut akan bermula di Kilometer 37 hingga Kilometer 36.65 (arah utara) ditutup pada 26 September hingga 13 Oktober.

Pada 14 Oktober pula Kilometer 36.65 hingga Kilometer 36.30 (arah utara) akan ditutup sehingga 31 Oktober.

Tambah kenyataan itu lagi, PLUS menasihatkan semua pemandu supaya merancang perjalanan mereka serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihaknya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor ketiga kadar penurunan jenayah

Posted:

Johor ketiga kadar penurunan jenayah

Johor ketiga kadar penurunan jenayah

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 24 Sept. - Indeks jenayah di Johor menurun sebanyak 20.69 peratus tahun lalu iaitu daripada 26,305 kes pada 2009 kepada 20,648 kes pada 2010.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, penurunan sebanyak 5,387 kes menunjukkan polis Johor berjaya mengekang jenayah daripada berleluasa.

Katanya, kejayaan itu sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa Johor tidak selamat untuk dikunjungi berikutan wujud risiko diculik.

"Dakwaan itu tidak benar kerana sepanjang tahun ini hanya enam kes penculikan dilaporkan dengan empat daripadanya berjaya diselesaikan dan dua lagi masih dalam siasatan.

"Daripada jumlah tersebut, hanya satu kes melibatkan warga asing yang berpunca daripada pertikaian hutang di antara rakan kongsi perniagaan. Perangkaan ini menunjukkan jumlah yang sangat kecil dan terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam menyiarkan laporan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu sesiapa yang berkunjung ke Johor akan diculik semasa menghadiri majlis di luar negara.

Jelas Mohd. Mokhtar, kadar jenayah di negeri ini terus menurun sebanyak 4.42 peratus sehingga bulan lalu dan kini Johor berada dalam rangking ketiga terbaik dalam penurunan kes jenayah.

Jelasnya, kontinjen polis negeri ini juga berada pada kedudukan kelima teratas dalam menyelesaikan kes jenayah iaitu pada kadar 49.92 peratus sepanjang tahun lalu.

Anak buruh ladang terima Anugerah Pelajaran Diraja

Posted:

Anak buruh ladang terima Anugerah Pelajaran Diraja

Anak buruh ladang terima Anugerah Pelajaran Diraja


Raja Zarith Sofiah menerima RM25,000.00 daripada Muhammad Miqdad Che Mohd Rozi untuk Tabung Endowment UTM sambil diperhatikan Prof. Dr. Zaini Ujang sempena Konvokesyen UTM, semalam.


JOHOR BAHRU 24 Sept. - Menggunakan peluang semaksimum mungkin sepanjang empat tahun menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), membuahkan hasil buat Azad Anugerah Ali Rasol apabila dikurniakan Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UTM Ke-47 di sini hari ini.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum itu yang merupakan anak kepada seorang buruh ladang di Bekok, Segamat, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

"Saya cukup gembira dengan kejayaan ini kerana segala usaha yang dilakukan selama ini membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sekadar daripada semangat percaya dengan kemampuan diri, tetapi ia juga hasil daripada memberi tumpuan semasa kuliah, mengulang kaji dan aktif dalam persatuan.

"Selain itu saya datang daripada keluarga susah, ibu bapa banyak bergolok-bergadai untuk membesar dan menyekolahkan saya dan adik-beradik lain. Apa yang saya capai hari ini sebenarnya 'anugerah dan hadiah' untuk mereka dan secara kebetulan mereka menamakan nama saya 'Anugerah'," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Jelas Azad Anugerah, kejayaan yang diperoleh juga adalah hasil sokongan dan dorongan isterinya Siti Aminah Setu, 24, yang kini sedang menuntut Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kimia di Universiti Oxford, United Kingdom.

Pada konvokesyen hari ini, lebih 74 mahasiswa lepasan ijazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai fakulti menerima sijil dan pingat selaku Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Lepasan Ijazah.

Sementara itu, graduan PhD Sains Komputer Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Sultan Noman Qasem, 31, dari Yemen berkata, kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang sering diidamkan.

Penerima terbaik PhD Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Rasyidah Mohamad Idris, 35, pula menyifatkan anugerah tersebut bakal menjadi pendorong kepadanya berusaha lebih gigih.

Bagi penerima terbaik Sarjana Sains Matematik dari Fakulti Sains, Mohd. Ariff Admon, 24, disiplin yang baik merupakan antara penyumbang terbesar kejayaannya itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Bebas kotoran wajah

Posted:

Bebas kotoran wajah

Bebas kotoran wajah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Pastikan tangan anda kering sebelum menggunakan pembersih wajah ini.


TIGA langkah - membersih , menyegar, melembap - merupakan langkah penjagaan asas untuk memastikan kulit terjaga.

Dua kali sehari, amalan tiga langkah penjagaan ini dapat memastikan kulit bersih dan segar serta diberikan kelembapan yang diperlukan.

Bagi mendapatkan keindahan dan seri wajah yang optimum, ritual rawatan muka mampu menjanjikan hasil yang memberansangkan.

Pun begitu, mendapatkan produk yang bersesuaian kulit juga menjadi kriteria penting untuk memenuhi kehendak kulit.

Ini kerana menggunakan rangkaian produk penjagaan yang tidak bersesuaian boleh memberikan kesan kepada kulit.

Justeru untuk mendapatkan impak kesempurnaan wajah, bahan daripada sumber alam dikatakan yang terbaik untuk memenuhi keperluan kulit.

Pembersih wajah berasaskan minyak misalnya dipercayai membersihkan kulit wajah hingga jauh ke dalam.

Shu Uemura percaya dengan keberkesanan molekul minyak yang merupakan sains unik untuk membersih permukaan wajah.

Bagi 'sifu' dunia kecantikan dan fesyen yang terkenal dengan penghasilan barangan yang menggabungkan seni dan kecantikan ini, Shu Uemura , membersih wajah merupakan langkah awal dan akhir untuk solekan. Berpaut pada falsafah seninya itu, dan meraikan bakat-bakat baru dalam dunia seni maka sifu kecantikan kontemporari Jepun ini memperkenalkan fresh pore calrifying gentle cleansing oil.

Shu Uemura percaya cairan minyak adalah paling sesuai untuk kerja-kerja membersih berbanding susu mahupun krim yang likat memandangkan ia mudah disebarkan dan lembut menyentuh kapilari di permukaan kulit wajah.

Sifat minyak yang lebih ringan serta molekul yang kecil mampu membuatnya sampai ke lapisan dalam kulit dengan lebih mudah apalagi pembersih Shu Uemura mempunyai komposisi tinggi untuk menarik kekotoran yang melekat di pori secara lembut tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit.

Ia menggunakan formula unik sistem HPO (High Performance Oil System), kombinasi kompleks daripada tiga minyak terpilih bagi pembersihan menyeluruh.

Baru-baru ini, pembersih wajah yang berusia 40 tahun ini memenangi anugerah utama pada tahun 2010 oleh Yahoo! Beauty Jepun dalam kategori pembersih wajah. Selain itu, ia turut diiktiraf oleh Marie Claire Taiwan dan Allure Korea sebagai pembersih wajah terbaik.

Nadia Nadia peminat sejarah

Posted:

Nadia Nadia peminat sejarah

Nadia Nadia peminat sejarah

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Foto NOOR AZLINA JAAFAR
Solekan dan blaus biru SURAYA ANUAR (017-3475907)
www.surayanuar.com


Nadia mahir menyediakan kuih tradisional seperti bahulu, semperit dan popia gulung.


JARANG sekali kita mendengar anak muda hari ini meminati subjek sejarah. Namun berbeza dengan Nurul Aimi Nadia Ahmad, dia lebih sanggup bersengkang mata membaca bahan bacaan berkaitan subjek itu berbanding novel-novel cinta.

Baginya, selain menambah ilmu, melalui sejarah kita dapat memahami dengan lebih terperinci asal-usul sesuatu perkara. Kita juga katanya boleh melihat kaitan antara kejayaan yang dikecapi hari ini melalui fakta lalu yang sememangnya tidak boleh diubah atau ditokok tambah lagi.

"Saya memang suka membaca buku-buku berkaitan sejarah. Misalnya mengenai pembukaan atau penubuhan sesebuah negeri," katanya yang mesra disapa sebagai Nadia.

Berusia 25 tahun, wanita kelahiran Taiping, Perak dan dibesarkan di Petaling Jaya kini berkerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat elektronik terkemuka di ibu kota.

Menurutnya, tugasnya di situ memerlukan dia sentiasa peka supaya operasi syarikat berjalan dengan lancar. Pengalaman berkerja dengan beberapa buah syarikat lain turut membantu Nadia dalam memenuhi tuntutan hariannya.

Tambahan lagi mempunyai rakan-rakan yang sering membantu.

Walaupun membesar di ibu kota, wanita ini sebenarnya gemar turun ke dapur dan jangan terperanjat andai diberitahu dia mahir menghasilkan kuih tradisional seperti bahulu.

"Selain masak untuk diri sendiri, Nadia juga menerima tempahan rakan-rakan ketika Aidilfitri lalu. Bukan sahaja bahulu, Nadia juga menghasilkan kuih semperit, popia simpul dan biskut almond London," katanya yang menyambut Hari Raya bersama teman-teman di Kuala Lumpur sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perdana Menteri naik bas dekati rakyat

Posted:

Perdana Menteri naik bas dekati rakyat

Perdana Menteri naik bas dekati rakyat


NAJIB Tun Razak melaungkan slogan 1Malaysia semasa berucap pada majlis perasmian Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang, Perak, semalam. - MINGGUAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 24 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan pendekatan baru dalam siri lawatan turun padang mendekati rakyat dengan menaiki bas bersama ahli-ahli rombongan.

Mengakui sangat teruja dengan pengalaman baru itu, Najib berkata, pendekatan tersebut akan digunakan pada siri lawatan akan datang.

''Saya rasa seronok sebab dalam bas ini dia punya suasana itu cukup mesra, riang dan serba santai. Tak rasa letih dan dalam perjalanan banyak yang kita boleh bincang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan baru itu juga dapat membawa pemimpin lebih dekat di hati rakyat.

''Apa mesejnya apabila kita naik bas? Mesejnya ialah kita hendak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dengan rakyat, bahawa kita mempunyai kedudukan yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain," katanya.

Dalam siri program turun padang ke Perak hari ini, Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) ke Taman Soon Choon bagi menghadiri majlis Sepagi Bersama Perdana Menteri.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM800,000 bagi penubuhan Pusat Anak Permata Negara Gopeng; pembinaan Sekolah Agama Rakyat Sungai Rokam (RM2.1 juta) pembinaan Masjid Al-Hidayah (RM2.2 juta) dan pembangunan perkampungan Orang Asli di Gopeng sebanyak RM5 juta.

Beliau kemudiannya meneruskan siri jelajah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mambang Diawan, Kampar bagi menyertai majlis bual bicara bersama masyarakat.

Dengan berpakaian kasual dalam suasana santai, Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit di majlis itu dan sempat menjawab beberapa soalan termasuk berkaitan aktiviti harian, tanggungjawab sebagai pemimpin sehinggalah kepada jenis bahan bacaan kegemarannya yang diutarakan penduduk setempat.

Pada majlis sama, Najib menyampaikan sumbangan berjumlah RM103,000 kepada tiga sekolah di daerah Kampar selain menyampaikan bantuan berjumlah RM1.5 juta bagi memperbaiki sistem perparitan di daerah itu.

Meneruskan lawatannya, rombongan yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli itu singgah di pekan Tanjung Tualang bagi merasmikan Karnival 1Malaysia.

Perdana Menteri dan rombongan kemudiannya menghadiri majlis perkahwinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ahmad Fariz Hassani Hassan di Sekolah Kebangsaan Changkat Tin sebelum meneruskan lawatannya ke Sungai Siput pada sebelah petang.

Di Sungai Siput, Perdana Menteri melancarkan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli anjuran 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di Kampung Orang Asli Bawong sebelum melawat pameran Klinik Bergerak 1Malaysia dan program khidmat masyarakat Yayasan Felda.

Beliau kemudiannya bertolak ke perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Lasah bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri sebelum mengakhiri lawatan kerjanya di negeri ini dengan melawat tapak projek baik pulih Rumah Nadi Kasih 1Malaysia di perkampungan tersebut.

Najib jamin selesai permintaan

Posted:

Najib jamin selesai permintaan

Najib jamin selesai permintaan

KAMPAR 24 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan Pusat akan terus membantu menyelesaikan beberapa tuntutan membabitkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

''Insya-Allah, dalam lawatan saya akan datang beberapa perkara penting akan diumum untuk kebajikan rakyat dan kesejahteraan negeri Perak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini hari ini.

Beliau pada masa sama berharap Barisan Nasional (BN) Perak akan terus bekerja keras meyakinkan rakyat Perak bahawa hanya gabungan itu pilihan terbaik mentadbir negeri ini.

Apot terima penghargaan bunuh lima komunis

Posted:

Apot terima penghargaan bunuh lima komunis

Apot terima penghargaan bunuh lima komunis

IPOH 24 Sept. - Bekas anggota 69 Komando berketurunan Orang Asli, Apot Saad, 63, yang membunuh seramai lima dan mencederakan lebih 20 pengganas komunis sepanjang operasi dari 1976 hingga 1982, hari ini menerima penghargaan khas atas jasa beliau kepada negara.

Lebih bermakna, penghargaan khas yang berupa beret 69 Komando, sebatang tongkat dan wang tunai disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Gopeng di Taman Song Choon di sini hari ini.

Apot mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 4 Ogos 1968 sebagai anggota infantri Senoi Praaq dan mendapat latihan di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta sebelum ditukarkan ke Batalion 19 berpangkalan di Pengkalan Hulu Perak.

Beliau kemudiannya diserapkan ke pasukan 69 Komando selepas berjaya menamatkan latihan dengan jayanya pada 1970.

Sepanjang dalam 69 Komando, Apot dikenali sebagai seorang yang memiliki kemahiran mengesan, mentafsir dan menjejak kesan tapak kaki atau kasut, patahan ranting kecil, perubahan butiran batu kecil dari kedudukan asal serta calaran pada akar dan batang yang ditinggalkan musuh.

Lelaki berketurunan Semai itu mempunyai gerak hati yang sebati dengan persekitaran belantara yang membolehkan beliau mentafsir kehadiran musuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk Baling dapat ambulans KP1M

Posted:

Penduduk Baling dapat ambulans KP1M

Penduduk Baling dapat ambulans KP1M


ABDUL Azeez Abdul Rahim (kiri) dan Nasir Khan Abdul Rahman di depan ambulans milik Kelab Putera 1Malaysia di Baling, kelmarin.


BALING 24 Sept. - Aspek bantuan kecemasan kepada penduduk di daerah ini dipertingkatkan dengan penyediaan sebuah ambulans untuk kegunaan Biro Kecemasan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia merupakan satu lagi sumbangan pihaknya kepada masyarakat khususnya di daerah ini ketika kecemasan atau bencana alam dengan menyediakan khidmat 24 jam.

"Khidmat ambulans diberikan atas dasar kemanusiaan sekali gus melibatkan generasi muda untuk menyumbang tenaga secara sukarela," katanya ketika menyerahkan kenderaan berkenaan kepada Penyelaras Biro Kecemasan KP1M, Nasir Khan Abdul Rahman di pekarangan pejabat Penyelaras Parlimen Baling, semalam.

Perkhidmatan ambulans KP1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 26 Ogos lalu.

Sebelum ini, 11 unit ambulans Biro Kecemasan KP1M ditempatkan 24 jam di beberapa lokasi panas di sepanjang lebuh raya seluruh negara sempena musim cuti perayaan Aidilfitri.

Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, kenderaan itu disediakan untuk ditempatkan di daerah ini dan perkhidmatannya adalah percuma.

Katanya, ia bagi menampung perkhidmatan ambulans milik hospital dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam membantu mangsa kecemasan seperti kemalangan jalan raya dan bencana alam.

Mengenai tenaga sukarelawan, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan kursus khas pertolongan cemas, pemulihan pernafasan (CPR) dan sistem pengendalian dalam perkhidmatan ambulans kepada semua petugas sebelum dibenarkan berkhidmat secara sukarela.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Mandi keris tarik pengunjung

Posted:

Mandi keris tarik pengunjung

Mandi keris tarik pengunjung


Pakar keris, Hamzah Mohamad menunjukkan demonstrasi mandi keris.


MELAKA 24 Sept. – Orang ramai yang berkunjung ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir di sini hari ini berpeluang menyaksikan upacara mandi keris sempena Festival Hang Tuah yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Perbadanan Muzium Melaka.

Pertunjukan anjuran Persatuan Seni Silat Langkah Bromo itu menampilkan 40 bilah keris dari seluruh negara termasuk Indonesia.

Pengasas persatuan silat tersebut, Fahruz Ridza Jaafar, 34, berkata, upacara mandi keris itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang amalan mencuci keris sebagai salah satu tradisi masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

"Selain itu, upacara ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat koleksi 40 bilah keris yang ada, antaranya mencecah usia 500 tahun," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, antara keris yang mencuri tumpuan ialah Keris Naga Sostro berusia lebih 500 tahun bernilai RM25,000 yang berasal dari Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved