Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ikut penagih kerana cinta

Posted:

Ikut penagih kerana cinta

Ikut penagih kerana cinta

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


MOHD. Fawzi Arshad (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas di IPD Kluang, semalam. - UTUSAN/HAMDAN TAWADI


KLUANG 22 Sept. - Kerana cinta, seorang wanita sanggup mengikut teman lelakinya ke sebuah flat di Taman Sri Kluang di sini, yang dijadikan markas untuk mereka menikmati dadah jenis syabu.

Akibatnya, pasangan itu bersama seorang lagi rakan mereka ditahan pukul 10.30 malam kelmarin, hasil maklumat awam dan risikan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, dalam serbuan itu, polis merampas enam peket plastik dipercayai dadah jenis syabu seberat 1.9 gram.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 dan 28 tahun, didapati merupakan penagih tegar dan mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.

"Wanita yang berusia 28 tahun itu dipercayai teman kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini, hari ini.

Mohd. Fawzi memberitahu, suspek yang dipercayai tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Bahaya 1952 kerana kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah, peruntukan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berdepan hukuman gantung kerana mengedar dadah setelah polis merampas 15.59 gram heroin daripadanya di sebuah rumah di Taman Permata di sini, kelmarin.

Mohd. Fawzi berkata, polis menahan suspek berusia 36 tahun kira-kira pukul 11 malam dan dia kini direman sehingga 27 September ini.

30 tong sisa toksik ditemui

Posted:

30 tong sisa toksik ditemui

30 tong sisa toksik ditemui

BATU PAHAT 22 Sept. - Lebih 80 keluarga yang mendiami Kampung Mohd. Nor dekat sini bimbang dengan penemuan kira-kira 30 tong berisi cecair likat dipercayai sisa toksik di sebuah ladang sawit berdekatan kampung itu, sejak Ahad lalu.

Apa yang lebih merisaukan, tong berisi sisa toksik itu ditemui hanya satu kilometer dari rumah penduduk.

Menurut seorang penduduk, Rahmat Ali, 41, mereka juga khuatir sisa toksik itu akan mengalir ke kawasan kebun sayur dan kolam ikan milik mereka menerusi aliran air dari Parit Purun.

"Seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberitahu saya, cecair di dalam tong tersebut boleh membahayakan penduduk.

''Justeru, kami mahu pihak yang membuang cecair itu dikenakan tindakan sewajarnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ahmad Sibon, 47, berkata, ketua kampung dan beberapa orang penduduk yang menemui tong itu pada mulanya menyangka ia berisi tar.

"Bagaimanapun bau cecair itu yang menyesakkan dada menimbulkan tanda tanya kenapa ia dibuang begitu sahaja berdekatan kampung menyebabkan kami melaporkannya pada JAS," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kira-kira 30 tong berisi cecair likat berwarna hitam itu masih berada di lokasi yang dikatakan dan lebih membimbangkan ada cecair melimpah di atas tanah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


UMNO, BN tidak gentar berubah demi kesejahteraan

Posted:

UMNO, BN tidak gentar berubah demi kesejahteraan

UMNO, BN tidak gentar berubah demi kesejahteraan


Jariah Jidin terharu semasa meluahkan sesuatu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menerima Anugerah Jasa Bakti untuk waris anggota polis dan penduduk kampung yang terkorban dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah sesekali takut sebaliknya akan meneruskan perubahan dalam pentadbiran serta pelbagai aspek lain demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Perdana Menteri berkata, ini kerana parti itu sebuah pertubuhan politik progresif dan inklusif dalam mengharungi peredaran zaman seperti dibuktikan dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkannya 15 September lalu.

Katanya, perubahan atau transformasi yang sentiasa dilakukan UMNO serta BN memastikan kejayaan parti itu untuk mendekati rakyat seterusnya berupaya memenangi hati dan pemikiran mereka.

"Sewaktu kita menuntut kemerdekaan, negara lain berhempas pulas terpaksa bertumpah darah menentang penjajah tetapi kita pilih jalan permuafakatan antara kaum dan merundingkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapainya dengan cara jauh lebih mudah daripada negara lain.

"Kalau negara lain bersengketa antara kaum seperti Ireland Utara yang begitu lama, beberapa generasi mereka berdepan dengan konflik dalaman, kita (pula) mendahului zaman apabila mewujudkan perkongsian politik antara kaum melalui Perikatan dan BN, kita berjaya mentadbir negara dengan aman dan mewujudkan kestabilan dalaman dengan begitu jaya," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan membentangkan butiran lengkap dua akta baru yang akan menggantikan ISA dalam masa terdekat agar rakyat faham.

"Saya sudah janji dua tahun lalu bahawa ISA akan dipinda, bukan kerana tuntutan pembangkang. Kini saya sudah menunaikan janji serta memansuhkannya dengan diganti dua akta baru dan beberapa lagi langkah yang kita akan ambil," katanya.

PM umum dana UK Dinamik

Posted:

PM umum dana UK Dinamik

PM umum dana UK Dinamik

Oleh HASHNAN ABDULLAH
dan HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) yang akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 usahawan kecil di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri berkata, peruntukan awal yang disalurkan dalam bentuk skim pinjaman itu akan dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Selain itu, selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 4), kerajaan melancarkan Program Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng, Perak.

"RTC ini berfungsi sebagai pusat pembekalan agromakanan dan agribisnes yang menghubungkan pengeluaran dengan pengguna seluruh Malaysia dan ia dilakukan untuk memperhebatkan rangkaian pasaran produk desa," katanya.

Beliau berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 di Laman 1Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

KUD 2011 yang berlangsung selama lima hari bermula semalam menghimpunkan seramai 500 usahawan luar bandar.

Dalam ucapan yang sama, Najib turut menggariskan lima perkara dalam usaha menjadikan usahawan luar bandar sebagai pemain utama bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga antarabangsa.

Menurutnya, ia adalah meneroka bidang perniagaan baru yang berpotensi, mengenal pasti pasaran yang lebih besar, menyuntik elemen inovasi terhadap produk, mementingkan aspek penjenamaan dan menggunakan laman maya sebagai alat pemasaran.

"Saya ingin melihat usaha itu kita gilap semula, cari pendekatan baru, lahirkan idea lebih kreatif serta komitmen yang lebih daripada agensi kerajaan yang terbabit.

"Sebab kalau kita mencurahkan bantuan demi bantuan tetapi tidak lihat kepada keberhasilan, maka jelas kita tumpu kepada program atau input sahaja," katanya.

Mengulas lanjut lima perkara itu, Perdana Menteri berkata, meneroka bidang perniagaan baru yang berpotensi perlu bagi mengelakkan negara terperangkap dalam persaingan yang tidak memberi kesan besar kepada pulangan atau keuntungan jualan.

Selain itu, beliau menambah, kerajaan akan membantu para usahawan desa supaya mereka dapat dihubungkan dengan pasaran yang lebih besar.

"Usahawan desa mesti menyuntik elemen inovasi yang boleh mewujudkan permintaan baru dan juga mementingkan aspek penjenamaan kerana ia boleh menambah nilai jualan produk.

"Saya juga ingin menggalakkan usahawan desa menggunakan laman maya untuk menghubungkan mereka dengan pasaran yang lebih luas dan boleh membuat penilaian dari segi cita rasa bakal-bakal pelanggan," katanya.

Kupon makanan belum diputuskan - TPM

Posted:

Kupon makanan belum diputuskan - TPM

Kupon makanan belum diputuskan - TPM

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ismail Sabri Yaakob dan Mustapa Mohamed. - utusan/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 22 Sept. - Kerajaan masih belum memutuskan untuk melaksanakan kaedah pemberian kupon makanan atau 'food stamp' kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian lanjut berhubung mekanisme pelaksanaannya perlu dilakukan dengan mempelajari pengalaman negara- negara lain yang mengamalkan sistem bantuan untuk rakyatnya.

Kerajaan katanya, perlu melihat apakah implikasi dari segi soal tanggungjawab yang harus dipikul dari segi kewangannya.

''Kajian perlu dibuat merujuk kepada apa yang ada di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan beberapa kajian juga sedang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

''Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang, tidak ada keputusan muktamad tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga kali ke-3, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata, mesyuarat turut membincangkan cadangan peluasan kawasan penanaman padi sebagai langkah memastikan keselamatan bekalan makanan untuk rakyat di negara ini.

''Bagi memastikan lapisan pengedaran barang makanan yang efisien, FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia perlu memainkan peranan lebih aktif dalam rantaian pengedaran barang makanan untuk memberikan nilai terbaik kepada pengguna," katanya.

Pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia di bandar-bandar utama dan program Menu Rakyat 1Malaysia juga dapat membantu meringankan beban kenaikan kos harga barang di negara ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menganjurkan kursus pengurusan kewangan bagi membantu golongan muda menguruskan kewangan mereka.

Ini kerana, ramai golongan muda yang diisytiharkan muflis kerana terpaksa menanggung hutang terutamanya kad kredit ekoran kegagalan menguruskan kewangan masing-masing.

''Ilmu untuk menguruskan kewangan tidak ada di kalangan anak-anak muda sehingga hutang keliling pinggang, kita mahu mereka bijak menguruskan gaji dan berjimat cermat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Warta lokasi batu sempadan

Posted:

Warta lokasi batu sempadan

Warta lokasi batu sempadan

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


BOON Som Inong (dua dari kiri) menunjukkan garisan sempadan kepada Voradet Viravakin (tiga dari kiri) dan Mohd. Hadzir Ismail (dua dari kanan) semasa melawat monumen batu sempadan lama di Kampung Terat Batu, Kedah semalam.


PADANG SERAI 22 Sept. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta mewartakan monumen sejarah batu sempadan di Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan di sini, sebagai tapak warisan negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, saranan itu dibuat sebagai usaha memulihara khazanah berkenaan di samping menjadikannya produk baharu pelancongan berunsur sejarah pada masa akan datang.

"Berdasarkan semakan sejarah, batu sempadan ini dipercayai dibina oleh Kerajaan British dan Siam sekitar 1831 iaitu pada zaman penaklukan Kompeni Hindia Timur Inggeris di sini.

"Pembinaan monumen ini juga bertujuan membahagikan kawasan antara negeri Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang ditakluki oleh British.

"Selepas beratus tahun berlalu, batu sempadan ini dibiarkan tanpa terurus dan ada di antaranya musnah atau terjatuh ke dalam Sungai Muda," katanya kepada pemberita ketika melawat monumen tersebut bersama Konsul Jeneral Diraja Thailand ke Pulau Pinang, Voradet Viravakin di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah, Datuk Mohd. Hadzir Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Terat Batu, Marzuki Abd. Rahman.

Boon Som berkata, selain itu, penemuan batu sempadan berkenaan merupakan salah satu bukti penting mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini sejak beratus-ratus tahun lalu.

"Ini juga bermakna bahawa masyarakat Siam berada di kawasan ini sejak turun-temurun dan mereka adalah bumiputera dan bukannya kaum pendatang atau imigran yang dibawa masuk oleh British sebelum merdeka," jelasnya.

Voradet pula berkata, pihaknya bersedia menawarkan bantuan daripada segi kepakaran dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Malaysia untuk membantu memulihara monumen berkenaan bagi tatapan generasi akan datang.

"Jika diwartakan, saya percaya ia boleh dijadikan produk pelancongan menarik di samping mengukuhkan lagi fakta sejarah bagi kedua-dua negara," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hadzir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas berkata, berdasarkan makluman penduduk setempat, sebelum ini, terdapat lebih lima batu seumpamanya di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, batu berkenaan musnah atau rosak ekoran kegiatan pertanian dan mengorek pasir di pinggir Sungai Muda.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tulisan yang terpahat pada bahagian tengah batu tanda sempadan itu tertulis ayat berhuruf besar British Siamese Boundary diikuti tulisan Thai bermaksud Garis Sempadan Kompeni Bersambung Dengan Siam.

Selain itu, terdapat juga tulisan Jawi yang terpahat pada bahagian bawah batu tersebut, tetapi tidak dapat dibaca dengan jelas kerana mengalami kerosakan.

Keselamatan diri terancam

Posted:

Keselamatan diri terancam

Keselamatan diri terancam

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 22 Sept. – Cadangan supaya nelayan diberi kuasa untuk menahan bot pukat tunda yang menceroboh zon pantai tidak akan menyelesaikan masalah tersebut, sebaliknya boleh mengancam nyawa mereka sendiri.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 2, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, tanggungjawab tersebut seharusnya diberikan kepada agensi-agensi terbabit yang sememangnya mempunyai kepakaran dan dilengkapi aset bagi tugas-tugas itu.

"Yang menceroboh ini pun kawan-kawan mereka. Takut nanti mereka bergaduh sesama sendiri.

"Pernah tercetus pergaduhan kerana tidak berpuas hati apabila mereka ditahan oleh rakan sendiri kerana dituduh menceroboh," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Maritim Malaysia Daerah Maritim 2 di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom sebelum ini mencadangkan supaya nelayan diberi kuasa untuk menahan bot pukat tunda yang menceroboh zon A yang dikhaskan kepada nelayan pantai.

Robert memberitahu, sejak Januari lalu, lebih 50 tangkapan dilakukan pihaknya terhadap nelayan pukat tunda yang menceroboh kawasan lain.

Katanya, Maritim Malaysia sentiasa menukar kaedah rondaan termasuk membuat penyamaran bagi mengelak dikesan.

"Kadang-kala kami terpaksa menggunakan bot nelayan untuk membuat rondaan kerana ada tonto memerhati dan terus menghubungi nelayan yang menceroboh sebaik melihat bot Maritim Malaysia keluar dari pangkalan," ujarnya.

Hidup ketakutan kerana ugutan ah long

Posted:

Hidup ketakutan kerana ugutan ah long

Hidup ketakutan kerana ugutan ah long


SEORANG penjamin hutang ah long menunjukkan pintu kaca yang pecah dibaling batu oleh dua lelaki dipercayai anggota geng ah long di rumahnya, Taman Saga, Alor Mengkudu, Alor Setar, baru-baru ini.


ALOR SETAR 22 Sept. - Sebuah keluarga yang tinggal di Taman Saga, Alor Mengkudu di sini hidup dalam ketakutan setelah rumah mereka dibaling batu dan diugut oleh sekumpulan lelaki dipercayai ceti haram atau ah long sejak awal bulan ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi kelmarin, cermin kereta Honda Accord dan cermin pintu depan rumah mereka pecah kerana dibaling batu oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. Lau berkata, kejadian itu berpunca daripada anak lelakinya yang menjadi penjamin kepada rakannya untuk meminjam duit dengan salah seorang ceti haram tersebut.

"Tahun lalu anak saya telah menjadi penjamin kepada kawan-kawannya yang meminjam duit daripada ah long melibatkan jumlah lebih RM300,000.

"Tetapi kawan-kawannya lari dan tidak membayar hutang tersebut. Jadi, anak saya serta kami sekeluarga yang menjadi sasaran ah long tersebut dan ini merupakan kali keempat rumah kami dibaling batu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Saga di sini, semalam.

Menurutnya, mereka telah membayar kira-kira RM160,000 kepada ah long tersebut, namun hutang mereka semakin meningkat kerana sistem bunga yang tidak munasabah dikenakan.

"Sehari bunga hutang boleh naik sehingga RM1,000 dan anak saya hanya bekerja sebagai jurujual, sudah tentu dia tidak mampu untuk membayarnya.

"Kami sekarang hidup dalam ketakutan dan tidak lena tidur kerana sering diugut oleh ah long yang mahu kami membayar RM5,000 sebulan untuk melunaskan hutang itu," jelasnya.

Tambahnya, dia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nasib 516 pekebun kecil dibela

Posted:

Nasib 516 pekebun kecil dibela

Nasib 516 pekebun kecil dibela

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


R. Perumal (lima dari kanan) bersama peladang getah yang menerima kit peralatan pertanian dan replika cek berjumlah RM4,938,103.19 di Kampung Bukit Senggeh, Selandar, Jasin, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL


JASIN 22 Sept. - Seramai 516 pekebun kecil di negeri ini bakal mendapat manfaat apabila Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukan RM4.9 juta bagi projek tanaman semula getah dan kelapa sawit mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk menanam semula getah di kawasan seluas 360 hektar.

Menurutnya, projek yang akan dilaksanakan di seluruh negara itu adalah di bawah program Tanam Semula Getah Ke Getah (TSGG) dan Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL).

"Melaka turut terlibat dalam program tanaman semula getah yang melibatkan kawasan seluas 41,000 hektar di seluruh negara yang bertujuan menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi produktif mengeluarkan susu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian kelulusan tanam semula 2011 dan Kit Kampung Teknologi Bukit Senggeh, Selandar di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA, Meor Mohd. Zamnis Meor Hassan dan Pengarah RISDA negeri, Zainon Harun.

Perumal berkata, program tanam semula juga bertujuan memperkasakan industri getah selain menambah hasil pengeluaran untuk jangka panjang.

Sehubungan itu, beliau meminta pekebun kecil yang akan menyertai program tersebut mempelbagaikan aktiviti ekonomi tambahan bagi meningkatkan pendapatan terutama dalam bidang tanaman, ternakan serta industri kecil dan sederhana (IKS).

Sementara itu, Meor Mohd. Zamnis berkata, penubuhan Kampung Teknologi di Kampung Bukit Senggeh di sini adalah salah satu pendekatan dalam program pengembangan dan pemindahan teknologi.

"Kampung Bukit Senggeh akan menjadi kampung contoh dari segi penggunaan teknologi yang sesuai dalam penanaman getah dan sawit," katanya.

Lelaki mati lemas di Sungai Melaka

Posted:

Lelaki mati lemas di Sungai Melaka

Lelaki mati lemas di Sungai Melaka


Anggota bomba mengangkat mayat Soon See Lim yang lemas di Sungai Melaka, Melaka, kelmarin.


MELAKA 22 Sept. - Seorang lelaki, Soon See Lim (gambar), 50-an, ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka daripada atas jambatan Kampung Morten dekat sini, semalam.

Kejadian tersebut disedari seorang penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Penduduk terbabit, Nizam Misni, 42, berkata, dia terdengar jeritan mangsa meminta tolong sewaktu sedang berkebun di kawasan rumahnya.

"Saya berkejar ke jambatan dan melihat mangsa sedang terkapai-kapai menyelamatkan diri.

"Saya bertindak terjun ke dalam sungai tersebut tetapi gagal menyelamatkan mangsa yang tenggelam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Selepas gagal menyelamatkan mangsa katanya, dia bertindak menghubungi polis dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Idawati Gapandoman, 34, memberitahu, dia ternampak mangsa berdiri seorang diri di atas jambatan kampung itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Saya sempat menegur lelaki itu tetapi saya disergah olehnya menyebabkan saya beredar dari situ," ujarnya.

Sementara itu, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Pegawainya, Razali Che Ari berkata, mayat mangsa ditemui unit penyelam kira-kira dua meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

"Ketika ditemui, mangsa memakai baju kemeja dan berseluar panjang ," kata beliau.

Latihan menembak tingkat kecekapan penguat kuasa

Posted:

Latihan menembak tingkat kecekapan penguat kuasa

Latihan menembak tingkat kecekapan penguat kuasa

SEREMBAN 22 Sept. - Bagi memantapkan lagi kecekapan anggota dalam penggunaan senjata api, Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan mengadakan latihan menembak di Lapang Sasar Mantin di sini, hari ini.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman memberitahu, kemahiran menggunakan senjata api penting kepada semua anggota sungguhpun ia tidak menjadi keperluan dalam tugas harian jabatan berkenaan.

"Ini adalah salah satu pendekatan pihak kami dalam memastikan semua anggota penguat kuasa yang bernaung di bawah KDN memperoleh latihan mengendalikan senjata api.

"Kita melihat program seperti ini adalah penting dalam meningkatkan keyakinan diri anggota dalam menggunakan senjata," katanya di sini.

Turut menyertai program itu BKF Selangor, Johor dan Putrajaya selain wakil media serta beberapa agensi lain termasuk Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Mengulas mengenai pembabitan media dalam program berkenaan, Zainal Abidin menjelaskan, ia lebih bertujuan meningkatkan persefahaman antara dua pihak.

Jelasnya, pihaknya melihat peranan media adalah penting dalam mendidik masyarakat lebih-lebih lagi aspek kesedaran undang-undang kawalan penapisan filem dan tindakan yang boleh diambil terhadap pesalah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Cuba redah api, selamatkan buku

Posted:

Cuba redah api, selamatkan buku

Cuba redah api, selamatkan buku

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


Mangsa, Muhammad Zamani Mansor ditenangkan oleh anggota bomba dan penduduk kampung setelah gagal menyelamatkan buku dan pakaian sekolah selepas rumahnya hangus dijilat api. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Ketika api marak membakar sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Beng di sini semalam, seorang kanak-kanak sanggup membahayakan nyawanya untuk meredah api semata-mata ingin menyelamatkan buku dan pakaian sekolahnya.

Namun tindakan Muhammad Zamani Mansor, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Komplek Gong Badak itu dihalang anggota bomba dan jirannya.

Dia yang kelihatan tidak bermaya ditenangkan anggota bomba wanita yang bertugas ketika itu dan penduduk kampung.

Rumah dua tingkatnya yang dihuni tiga keluarga seramai 11 orang termasuk keluarga Muhammad Zamani musnah dalam dalam kebakaran kira-kira pukul 5 petang dan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

"Api kuat sangat masa hendak ambil buku sekolah. Macam mana hendak pergi sekolah esok sebab buku, baju sudah tiada. Saya takut cikgu marah," katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.


Anggota bomba berusaha mengawal api di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, semalam.


Menurut, bapa saudara Muhammad Zamani, yang turut tinggal di rumah sama, Mat Su Ibrahim, 57, memberitahu api bermula dari sebuah bilik di tingkat atas yang disedarinya ketika naik untuk solat Asar.

"Saya terkejut apabila melihat api telah marak di sebuah bilik milik anak saudara yang jarang-jarang digunakan itu. Ketika kejadian, tujuh orang ada di dalam rumah itu namun hanya saya yang berada di tingkat atas.

"Saya segera turun ke tingkat bawah dan minta semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohamed Kassim memberitahu, pihaknya menerima panggilan kebakaran di lokasi kejadian pada pukul 5.08 minit dan tiga buah jentera dengan 18 orang anggota diarahkan ke tempat kejadian.

"Ketika tiba 80 peratus rumah terbabit telah hangus terbakar dan sehingga kini punca masih lagi disiasat dan anggaran kerugian tidak kurang RM100,000," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman turut melawat keluarga itu dan menghulurkan sumbangan.

Urusan terima aduan air dikendalikan swasta

Posted:

Urusan terima aduan air dikendalikan swasta

Urusan terima aduan air dikendalikan swasta

KUALA TERENGGANU 22 Sept. - Terengganu menjadi negeri pertama menyerahkan urusan menerima aduan pengguna berhubung masalah bekalan air kepada syarikat swasta bagi memendekkan tempoh yang diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

Melalui kerjasama yang dimeterai, pusat panggilan Talian Aduan Syarikat Air Terengganu (SATU) kini dikendalikan Syarikat VADS Bhd., rakan penyumberan luar pusat panggilan pelanggan terkemuka di negara ini.

Selain menerima panggilan masuk, VADS akan menyalurkan maklumat, pertanyaan atau aduan yang diterima kepada pejabat-pejabat SATU daerah, melakukan panggilan susulan kepada pelanggan serta memaklumkan perkembangan masalah mereka.

Setiap masalah yang dikemukakan berhubung bekalan air di negeri ini dijangka dapat diatasi dalam tempoh sehari atau paling lama tiga hari jika masalah tersebut lebih serius.

Majlis menandatangani perjanjian dan pelancaran Talian Aduan SATU, antara SATU yang merupakan syarikat milik kerajaan negeri dan Syarikat VADS Bhd disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, hari ini.

SATU diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husain Embong manakala VADS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ghazali Omar.

Serentak dengan itu juga, Ahmad menyempurnakan pelancaran Talian Aduan Satu 1-300-88-2111 sebagai salah satu lagi usaha memastikan pengguna air di negeri itu mendapat perkhidmatan terbaik.

Bagi mengelakkan masalah kesukaran komunikasi di antara pelanggan, seramai sembilan kakitangan disediakan di pusat panggilan Talian Aduan SATU yang terdiri daripada anak-anak negeri yang lebih memahami loghat, budaya dan kehendak pelanggan di negeri itu.

Husain berkata, walaupun secara fizikalnya pusat pengendalian itu berada di Kuala Lumpur, namun para pelanggan SATU tidak akan menghadapi masalah komunikasi.

"Dalam tempoh enam bulan percubaan menggunakan talian itu mulai November tahun lalu, kami menerima lebih 22,000 aduan melibatkan paip bocor, gangguan bekalan dan akaun bil air dan daripada jumlah itu 95 peratus dapat diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berharap rakyat negeri itu dapat memanfaatkan penggunaan talian aduan dengan bersikap lebih sensitif untuk membantu SATU dengan melaporkan kesulitan mahupun masalah yang dihadapi berkaitan bekalan.

PGM rampas 14 ekor lembu seludup

Posted:

PGM rampas 14 ekor lembu seludup

PGM rampas 14 ekor lembu seludup


ANGGOTA PGM Pengkalan Kubor merampas lembu seludup dalam serbuan di Kampung Atas Kok, Simpangan, Tumpat, baru-baru ini.


TUMPAT 22 Sept. - Hasrat sekumpulan penyeludup untuk membawa masuk lembu ke negeri ini tidak kesampaian apabila kegiatan haram itu dihidu oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi di Kampung Atas Kok, Simpangan itu, PGM merampas 14 ekor lembu dari jenis Brahman yang bernilai RM42,000.

Pegawai Pemerintahnya, Deputi Supritendan Tan Cheng San berkata, operasi membanteras penyeludupan itu melibatkan lapan anggota yang membuat intipan selama dua jam di tempat kejadian.

"Pihak kami menerima maklumat pada pukul 7.30 petang. Hasil intipan selama hampir dua jam, kami ternampak enam lelaki yang dipercayai penyeludup sedang menarik lembu-lembu tersebut menyeberangi Sungai Golok.

"Sebaik sahaja sampai di kawasan sawah di Kampung Atas Kok, anggota PGM telah melakukan serbuan, bagaimanapun enam lelaki tersebut melarikan diri dan meninggalkan haiwan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Chen San memberitahu pihaknya tidak menolak kemungkinan permintaan tinggi di pasaran menjelang Hari Raya Aidiladha menyebabkan penyeludupan haiwan itu meningkat.

"Kita percaya kesemua lembu ini adalah untuk pasaran tempatan dan setiap seekor lembu ini dijual dengan harga RM3,000 di pasaran tempatan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Melaka lancar perang habis-habisan gempur pusat judi haram

Posted:

Melaka lancar perang habis-habisan gempur pusat judi haram

Melaka lancar perang habis-habisan gempur pusat judi haram

MELAKA 22 Sept. - Kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan melancarkan perang habis-habisan untuk menggempur premis dan pengusaha pusat judi berkomputer secara haram.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengarahkan semua agensi terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis untuk melakukan operasi bersama membanteras kegiatan itu daripada terus merosakkan nama Melaka.

''Saya mahu pengusaha terbabit diambil tindakan undang-undang dan premis yang menjalankan kegiatan perjudian berkomputer itu disita serta seluruh peralatan mesti dirampas.

''Tindakan perlu diambil segera oleh agensi terlibat kerana saya tidak mahu melihat kegiatan perjudian ini terus berleluasa di negeri ini.

''Saya juga mahu TNB dan SAMB memotong bekalan air dan elektrik ke atas premis yang menjalankan kegiatan haram ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai keresahan penduduk kerana pusat perjudian haram yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan beroperasi tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Mohd. Ali menegaskan, sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan perlu dihalang dan jika tidak, sudah pasti generasi muda dan golongan belia akan hancur dan negara sendiri akan musnah.

Menurutnya, kerajaan negeri mengetahui mengenai kewujudan banyak pusat perjudian yang semakin berleluasa hasil daripada maklumat orang ramai.

''Pada mesyuarat Exco minggu lalu, saya telah arahkan PBT mengambil tindakan membuat serbuan dan menutup premis ini," ujarnya.

Beliau berkata, serbuan itu perlu dipertingkatkan lagi dengan penglibatan semua pihak untuk memastikan kewujudan pusat-pusat perjudian berkomputer itu dihapuskan terus daripada beroperasi.

Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak beliau meminta, semua yang terlibat berganding bahu dan bekerjasama menggempur mana-mana premis yang menjalankan kegiatan judi berkomputer.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai memaklumkan kegiatan itu kepada PBT atau polis.

PBT perlu lebih teliti

Posted:

PBT perlu lebih teliti

PBT perlu lebih teliti

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Khalid Abu Bakar diiringi Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (belakang kiri) bersalaman dengan anggota polis dan polis marin Johor ketika melawat Pusat Latihan Polis Gerakan Marin Tampoi, Johor, semalam. – BERNAMA


JOHOR BAHRU 22 Sept. – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengkaji dengan teliti permohonan untuk membuka kafe siber dan seumpamanya bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kegiatan perjudian haram.

Khalid yang menyifatkan penyelewengan lesen kafe siber itu telah lama berlaku berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh pihak PBT kerana pengeluaran lesen bukan di bawah bidang kuasa polis.

Pada masa yang sama beliau turut menegaskan bahawa usaha membanteras kegiatan perjudian haram perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak.

"Kita sudah arahkan polis Melaka untuk menyiasat dakwaan bahawa wujud penyalahgunaan ke atas lesen kafe siber dan berunding dengan PBT untuk mencari jalan bagi melakukan penguatkuasaan secara bersama. Ia adalah jalan terbaik untuk semua pihak.

"Pada masa sama, kita juga perlu menjalankan program kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan berjudi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga diminta untuk turut memainkan peranan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembentangan Kertas Kerja Bengkel Cadangan Penjenamaan Penstrukturan Semula Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Komander PGM, Datuk Isa Munir.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, penduduk di Melaka bimbang dengan kewujudan pusat perjudian haram yang semakin banyak tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Perkara itu mendapat perhatian Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad yang kecewa kerana pihak berkuasa langsung tidak ambil peduli terhadap maklumat yang diberikan berhubung premis menjalankan kegiatan tersebut.

Polis beri jaminan perangi judi

Posted:

Polis beri jaminan perangi judi

Polis beri jaminan perangi judi

MELAKA 22 Sept. - Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyee memberi jaminan pihaknya akan bertindak memerangi habis-habisan pengusaha dan premis yang menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara haram di negeri ini.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan agresif melakukan operasi bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

"Operasi bersepadu kali ini tidak lagi dipikul oleh PBT semata-mata sebaliknya polis akan turut sama menggempur mana-mana premis yang didapati menjadi lokasi perjudian komputer secara haram.

"Saya telah meminta PBT yang mempunyai maklumat dan ingin membuat serbuan mesti memaklumkan perkara tersebut kepada polis agar serbuan dilakukan bersama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai keresahan sebahagian penduduk di negeri ini yang bimbang dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Ghee Lyee dalam pada itu tidak menafikan antara 90 hingga 100 buah premis haram wujud di negeri ini dan menjalankan kegiatan judi berkomputer.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa polis tidak mengambil tindakan membanteras kegiatan tersebut.

"Polis membuat serbuan setiap minggu apabila mendapat maklumat mana-mana premis yang dikenal pasti dijadikan lokasi kegiatan perjudian berkomputer," tegasnya.

Menurutnya, berdasarkan statistik daripada 25 Julai hingga 17 September lalu, polis telah melakukan 43 serbuan.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 83 orang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan perjudian berkomputer.

"Dalam beberapa serbuan yang dilakukan, polis bekerjasama dengan PBT dan tidak timbul hanya PBT menjalankan operasi membanteras kegiatan itu," ujarnya.

Mengulas mengenai operasi polis bersama PBT yang seringkali gagal apabila pengusaha premis menutup operasi sewaktu serbuan hendak dilakukan, beliau berkata, pengusaha terbabit menyedari kehadiran pihak berkuasa menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran premis terbabit.

Katanya, pemilik premis semakin bijak mengelak daripada diserbu dengan memasang CCTV.

Kredit: www.utusan.com.my

Khamis, 22 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

Posted:

'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

JOHOR BAHRU 22 Sept. - Anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan terhadap pasukan polis tanpa mempunyai bukti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tuduhan Ahmad Saiful yang mendakwa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka kelmarin tidak boleh diterima akal.

"Saya pun hairan, adakah boleh diterima akal menuduh pihak polis yang menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah. Jangan buat tuduhan, jika ada bukti kemukakan atau boleh berjumpa saya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan kediaman Mohamad atau Mat Sabu cuba dibakar individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat itu tidak mengalami kerosakan teruk, sebaliknya hanya sebahagian pintu pagar yang terjejas.

Khalid ditemui selepas merasmikan Seminar Pembentangan Kertas Kerja Bengkel Cadangan Penjenamaan Penstrukturan Semula Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini hari ini.

Mengenai desakan banyak pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menulis dalam laman sosial, Facebooknya baru-baru ini untuk menukar Jalur Gemilang jika pembangkang memperoleh kuasa, Khalid menasihatkan ahli politik supaya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

"Ahli politik diminta tidak membuat kenyataan sesuka hati lebih-lebih lagi membabitkan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Kebanyakan mereka yang suka buat kenyataan ikut sedap mulut semuanya orang terpelajar. Jadi, berhati-hati dan beringatlah apabila bercakap," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya akan mengkaji tindakan yang bersesuaian memandangkan terdapat laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

Wanita trauma diragut buat laporan di bilik Triaj

Posted:

Wanita trauma diragut buat laporan di bilik Triaj

Wanita trauma diragut buat laporan di bilik Triaj

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Seorang wanita yang trauma selepas menjadi mangsa ragut, antara pengadu yang membuat laporan di bilik Triaj di Balai Polis Sungai Besi, di sini hari ini.

Ketua Polis Balai Sungai Besi, Cif Inspektor R. Chanthran berkata, laporan polis itu dibuat oleh wanita terbabit pukul 10 pagi berhubung satu insiden ragut yang menimpa dirinya.

"Selepas meneliti aduan mangsa, dia dibawa ke bilik Triaj ekoran kes itu dilihat mendatangkan trauma terhadapnya.

"Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melancarkan Perkhidmatan Triaj PDRM di Balai Polis Travers di sini kerana melihat perkhidmatan itu merupakan satu daripada inisiatif yang disenaraikan di bawah projek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan PDRM.

Beliau berkata, fasa pertama perkhidmatan Triaj telah dilaksanakan mulai tahun lalu dengan lima balai (Damansara, Seksyen 15, Shah Alam; Travers, Petaling dan Sungai Besi) dipilih sebagai perintis projek tersebut iaitu dua di Kontinjen Selangor dan tiga di Kuala Lumpur.

Bilik khas di bahagian pertanyaan balai polis itu adalah untuk kegunaan pengadu yang ingin membuat laporan berkaitan kes-kes sensitif selain menjaga kerahsiaan pengadu dan bagi mengelak berlaku suasana tidak terkawal di kaunter.

Katanya, kemudahan itu diberikan kepada orang ramai yang membuat aduan berkaitan kes-kes sensitif seperti jenayah seksual, keganasan rumahtangga, culik, ragut dan kemalangan jalan raya.

Sementara itu, satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Travers petang ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, seorang pengadu wanita telah datang ke balai polis berkenaan dan dibantu menggunakan bilik Triaj.

Jelasnya, bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan masalah atau kes yang dihadapi oleh wanita terbabit kepada pihak media.

"Saya boleh mengesahkan terdapat seorang wanita datang ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan yang dipercayai berkaitan kes-kes sensitif.

"Oleh itu, kita telah membawanya ke bilik Triaj bagi mengelak berlaku suasana tidak terkawal jika aduan dibuat di kaunter pertanyaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved