Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nukilan seni Shuryani

Posted:

Nukilan seni Shuryani

Nukilan seni Shuryani

Oleh ZUHAYATI YAZID


Shuryani Shuib menunjukkan dua buku terbarunya Flowers of My Heart dan The Other Side of The World .


Setiap kali ke luar negara mengikut suami bertugas mahupun bercuti, pasti ada 'buah tangan' yang beliau garap dalam buku catatannya.

Terlalu banyak yang dicatat hingga mampu melahirkan dua naskhah istimewa, Flowers of My Heart dan The Other Side of The World , yang merupakan koleksi puisi menceritakan keindahan perjalanan yang dilalui isteri Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datin Seri Shuryani Shuib.

Menurut Shuryani, dua buah buku tersebut menampilkan bait-bait puisi indah bersama memoir yang digarap hasil cetusan ideanya sendiri.

Idea untuk menghasilkan buku tersebut didorong oleh keinginan untuk berkongsi pengalaman perjalanan yang dilalui.

"Dengan membukukan catatan tersebut, saya boleh berkongsi perasaan dan pengalaman yang dilalui. Diharap ia juga boleh menggembirakan orang lain.

"Menulis adalah sebahagian daripada minat saya dan saya rasa dengan tulisan ia boleh menjadi cermin kepada diri sendiri," katanya.

Malah kata Shuryani, penghasilan buku itu bukan semata-mata untuk kepuasan sendiri tetapi ia juga demi membantu masyarakat.

Ini kerana hasil jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Semporna bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Sabah.

"Mungkin ini adalah salah satu cara saya untuk membantu golongan yang susah khususnya di kawasan Semporna, Sabah,'' ujarnya pada majlis pelancaran buku tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hadir sama suami Shuryani, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal.

Katanya, dana yang terkumpul hasil daripada jualan buku itu akan disalurkan kepada aktiviti pendidikan yayasan, termasuk pembiayaan pembelajaran selain membantu ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang berkemampuan.

"Justeru, sumbangan daripada jualan buku ini mampu secara langsung dapat memperbaiki struktur sosio ekonomi masyarakat Semporna melalui peningkatan taraf pendidikan terutamanya generasi muda," katanya.

Buku setebal 88 muka surat itu dijual kepada pembaca pada harga RM100 senaskah.

Sementara itu, Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau amat mengagumi usaha isterinya itu.

Katanya, ia dilakukan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi demi penduduk di kawasan yang diwakilinya itu.

"Bukan mudah untuk menulis puisi, tetapi isteri saya berjaya mengusahakannya. Saya yakin usaha untuk membantu masyarakat di Semporna ini tidak akan terhenti setakat ini saja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pidato 1Malaysia kukuhkan perpaduan

Posted:

Pidato 1Malaysia kukuhkan perpaduan

Pidato 1Malaysia kukuhkan perpaduan

SUNGGUHPUN julung kali dianjurkan, sambutan terhadap Pertandingan Pidato 1Malaysia Bukan Melayu yang pertandingan akhirnya berlangsung hari ini mendapat sambutan menggalakkan.

Seramai 173 peserta dari seluruh Malaysia menyertai pertandingan anjuran Jabatan Penerangan itu.

Pertandingan Pidato 1Malaysia peringkat negeri telah bermula pada April lepas yang dibuka hanya kepada peserta bukan Melayu berumur 18 tahun ke atas.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, kaum Cina mencatatkan jumlah penyertaan yang tertinggi iaitu 71 orang, India seramai 60 orang dan 42 peserta dari kaum lain seperti Iban, Kadazan Dusun dan masyarakat Siam.

Seramai 15 peserta bukan Melayu yang mewakili setiap negeri telah berjaya ke peringkat kebangsaan.

Pertandingan akhir itu akan diadakan pada 19 Julai ini di Amphitheatre Kraftangan Malaysia, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, pertandingan pidato itu adalah program di bawah Kempen Pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang bertujuan memperkasa penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan rakyat.

"Pertandingan Pidato 1Malaysia adalah sebagai satu daripada kaedah bagi menyampai dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia kepada orang ramai. Ia juga mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang membabitkan semua kaum," tambah Ibrahim.

Menurut Ibrahim, pertandingan itu akan dijadikan acara tahunan dan Jabatan Penerangan menyasarkan untuk menambah lebih ramai bilangan peserta pada tahun depan.

Ia juga kesinambungan Pertandingan Pidato Kenegaraan yang sebelum ini terbuka kepada semua kaum.

Bagaimanapun, bagi menarik lebih ramai peserta bukan Melayu, Jabatan Penerangan menganjurkan pertandingan ini.

Ibrahim berkata, pertandingan bertemakan "Gagasan 1Malaysia Wadah Perpaduan Nasional" itu memberi peluang kepada para peserta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara.

"Penguasaan dan pembudayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan bukan Melayu amat penting kerana ia merupakan asas kepada perpaduan yang akan menyemai semangat cintakan negara," katanya.

Menurut Ibrahim, pihaknya akan secara berterusan menjalankan kempen-kempen yang berasaskan mencintai bahasa kebangsaan memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh meningkatkan perpaduan di negara ini.

"Bahasa itu memang jiwa bangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengguna dan menghayati Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Paling penting, penggunaan bahasa itu hendaklah betul. Jika ingin bertutur dalam Bahasa Melayu, gunakan sepenuhnya dalam satu bahasa. Bukan 'separuh-separuh'. Seperti kata Menteri, jika ingin berbicara di dalam sesuatu bahasa, berbicaralah sepenuhnya dengan betul.

Bukan separuh ular separuh belut," jelas beliau.

Selepas pertandingan akhir itu nanti, para peserta akan menyertai jabatan penerangan bagi melatih kelompok pemidato baru berdasarkan pengalaman yang telah ada.

Ibrahim berkata, johan pertandingan itu akan berpeluang mengikuti program anjuran Jabatan Penerangan pada masa depan seperti sesi ceramah dan lain-lain aktiviti yang berkaitan untuk menggalakkan lebih ramai peserta bukan Melayu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penantian 1,400 peniaga berakhir

Posted:

Penantian 1,400 peniaga berakhir

Penantian 1,400 peniaga berakhir

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


PASAR Raja Bot yang sudah berusia 56 tahun sememangnya memerlukan perubahan berikutan keadaannya yang daif walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 18 Julai – Peniaga-peniaga di Pasar Raja Bot di Chow Kit di sini gembira dengan khabar bahawa pasar yang telah usang dan berusia 56 tahun itu akan dipermodenkan.

Makluman tersebut, yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam ketika melawat pasar yang lebih terkenal dengan panggilan Pasar Chow Kit itu.

Bagi peniaga, pengumuman oleh Muhyiddin itu menamatkan penantian hampir 1,400 peniaga di situ yang sejak sekian lama menanti pembaharuan dilaksanakan terhadap pasar berusia 56 tahun itu.

Seorang peniaga keropok lekor, Mohamad Haris Mohamed Daud berkata, dia sangat teruja setelah mendengar pengumuman berkenaan memandangkan sejak berniaga di situ 20 tahun lalu tidak pernah dilaksanakan pembaharuan di pasar itu.

Dia yakin, pembaharuan yang bakal dibuat nanti akan memberi suasana baru kepada para peniaga dan merancakkan lagi aktiviti perniagaan di situ.

Ujarnya lagi, selama ini peniaga umpama berniaga di sebuah pasar koboi kerana keadaan di situ sangat teruk dan tidak tersusun.

"Pasar ini merupakan sebuah lokasi perniagaan yang strategik dan menjadi tumpuan pelancong. Tindakan pembaharuan ini sememangnya sangat-sangat dialu-alukan," katanya.

Mohd. Sikin Mohamad, 30, turut menyifatkan pembaharuan yang bakal dilakukan merupakan khabar gembira yang amat ditunggu-tunggu para peniaga di situ.

Katanya, selama ini para peniaga terpaksa berniaga di dalam suasana persekitaran yang sangat kurang selesa.

Ujarnya, selepas perlaksanaan pembaharuan pasar tersebut siap nanti, para peniaga mahupun pengunjung yang datang pasti akan menikmati suasana selesa yang tidak pernah dirasa sebelum ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana tidak terlepas pandang terhadap Pasar Raja Bot ini," katanya.

Mohd. Rashidi Yaakob, 27, pula berkata Pasar Raja Bot sudah pun uzur dan memang memerlukan perubahan.

Katanya, dia berharap pembaharuan yang bakal dilaksanakan itu dilakukan secara menyeluruh, di mana kedai yang sudah teruk digantikan dengan yang baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sampai bila harus menunggu?

Posted:

Sampai bila harus menunggu?

Sampai bila harus menunggu?

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

PUCHONG 18 Julai – Tidak tahan dengan bebanan hutang bank dan sewa rumah yang terpaksa ditanggung, pembeli rumah di Taman Lestari Permai membuat keputusan menduduki rumah mereka yang belum siap di taman itu.

Mereka lebih rela tinggal dalam serba kekurangan, tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik daripada membayar sewa rumah dan ansuran bank terhadap harta yang entah bila akan disempurnakan.

Perumahan yang mengandungi 568 unit rumah teres satu tingkat yang mula dibina pada tahun 2003 itu sepatutnya siap pada 2005. Namun sehingga kini syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad (Talam) masih gagal menyempurnakan tanggungjawabnya.

Untuk mendapatkan air dan elektrik, mereka terpaksa berusaha dengan cara masing-masing.

Akibat tiada perkembangan meyakinkan, pembeli menganggap Talam telah mengambil sikap lepas tangan terhadap tanggungjawabnya kepada para pembeli.

Seorang penduduk, Nor Azmir Ismail, 35, berkata, dia terpaksa berpindah juga ke situ walaupun tiada bekalan air dan api kerana sudah tidak mampu membayar sewa rumah.

Katanya, sebelum berpindah ke sini dahulu, dia harus membayar ansuran rumah yang dibelinya sebanyak RM700 sebulan selain sewa rumah di Ampang dan ia benar-benar membebankan dirinya dan keluarga.

Ujarnya, apabila berpindah ke situ, bebannya sedikit berkurangan, namun terpaksa pula berhadapan dengan masalah ketiadaan kemudahan asas.

"Saya tidak tahu sampai bila masalah ini akan selesai, untuk mendapatkan CF (sijil layak menduduki) memang rumit memandangkan belum terdapat bekalan asas di sini.

"Pihak pemaju pula dilihat gagal memainkan peranannya dengan berkesan dan saya kurang yakin mereka ini mampu menyelesaikan masalah yang tertangguh ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan campur tangan dan menyelesaikan isu itu selain mengenakan tindakan tegas ke atas pemaju.

Seorang lagi penduduk, J. Malika, 53, melahirkan rasa kesal kerana bekalan air dan api yang sangat diperlukan penduduk masih gagal disediakan.

Katanya, situasi ini sangat memalukan bagi sebuah projek perumahan yang terletak berhampiran Putrajaya dan ibu negara tetapi keadaannya seperti sebuah perkampungan yang jauh di pedalaman.

"Saya berharap pihak pemaju menampilkan diri untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah membiarkan pembeli terus menderita dengan situasi ini," rayunya.

Penduduk Lestari Permai telah mengadakan solat hajat baru-baru ini dengan harapan masalah mereka dapat diselesaikan.

Mereka turut mendesak kerajaan negeri supaya menghalang Talam daripada melakukan sebarang pembangunan atau menjual tanah kosong yang terdapat di kawasan berhampiran sebelum menyempurnakan rumah mereka terlebih dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

35 stesen komuter, LRT dinaik taraf

Posted:

35 stesen komuter, LRT dinaik taraf

35 stesen komuter, LRT dinaik taraf

KUALA LUMPUR 18 Julai - Sebanyak 35 stesen Komuter KTM dan Transit Aliran Ringan (LRT) akan dinaik taraf untuk kemudahan dan keselesaan pengguna, terutamanya memudahkan orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kecekapan sistem pengangkutan awam tersebut perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya OKU.

"Projek ini akan melibatkan 10 stesen Komuter KTM dan 25 stesen LRT bagi menyediakan laluan khas untuk memudahkan pergerakan golongan OKU dan warga emas di stesen itu.

"Sebanyak 7,000 tempat letak kereta akan turut disediakan di stesen Komuter KTM dan LRT dalam masa terdekat," katanya pada taklimat media mengenai Forum Ekonomi Cina Dunia Ketiga di sini hari ini.

Antara stesen Komuter KTM yang akan dinaik taraf adalah stesen di Kepong, Kuala Lumpur, Batu Tiga, Klang, UKM, Bangi, Nilai, Putra, Padang Jawa dan Petaling.

Sementara bagi stesen LRT pula, ia meliputi laluan Ampang iaitu Stesen Ampang, Cahaya, Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Maluri, Miharja, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi, Bandar Tasek Selatan, Bandar Tun Razak, Salak Selatan, Cheras, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Plaza Rakyat, Masjid Jamek, Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur.

Sementara itu, beliau berkata, Komuter KTM juga bakal menerima 38 gerabak baru secara berperingkat mulai akhir tahun ini sehingga Jun depan dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem perkhidmatannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penduduk perlu beri kerjasama

Posted:

Penduduk perlu beri kerjasama

Penduduk perlu beri kerjasama

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com,my

JOHOR BAHRU 17 Julai – Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Melayu Pandan di sini, perlu memberi kerjasama sepenuhnya apabila kerja-kerja mengukur tanah seluas 47.67 hektar dilakukan bagi mempercepatkan proses pemilikan tanah di situ.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka yang menghalang atau menimbulkan masalah hanya akan melambatkan proses tersebut kerana pelan kawasan perlu dihantar segera untuk diluluskan kepada pemohon yang layak.

"Pada masa sama, kita minta pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak meluluskan sebarang projek pembangunan di kawasan berdekatan sehingga selesai," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Silaturrahim dan Nadi Kasih di kampung tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Ketua UMNO cawangan kampung itu, Roslan Semin.

Permohonan memiliki tanah tersebut dilakukan oleh 250 buah keluarga di kawasan kampung berkenaan yang didakwa penempatan setinggan tertua di negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, penduduk perlu bersabar dan mengikut prosedur serta tidak termakan hasutan pihak pembangkang yang menyatakan mereka dianiaya kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, apabila permohonan diluluskan, penerimanya diingatkan supaya tidak menjual tanah itu kepada orang lain.

Sementara itu, Roslan berkata, permohonan tanah di kampung itu telah dilakukan lebih 20 tahun lalu tetapi atas sebab tertentu tidak mendapat kelulusan.

"Semua 250 pemohon tanah di kampung ini adalah penduduk asal dan kita buat tapisan bagi memastikan mereka berstatus penduduk tetap (PR) atau warga asing tidak akan menerimanya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Johor berkenan menyaksikan teater muzikal

Posted:

Sultan Johor berkenan menyaksikan teater muzikal

Sultan Johor berkenan menyaksikan teater muzikal


Aksi menarik semasa persembahan teater muzikal di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 17 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan teater Bumi Berlantai Permata yang dipentaskan sempena Festival Kesenian Johor Bahru di Bukit Timbalan di sini, malam tadi.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang diiringi Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan barisan Exco kerajaan negeri.

Baginda kemudiannya dihiburkan dengan teater muzikal tersebut yang berlatar belakangkan sejarah Johor sekitar 1870-an selama kira-kira satu jam setengah.

Teater tersebut menceritakan detik bersejarah apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar yang menjalin hubungan baik dengan Queen Victoria dari Britain, sekali gus bermulanya era Johor yang baru, moden dan tidak pernah dijajah.

Festival itu merupakan acara tahunan di bandar raya ini yang bermula 1 hingga 24 Julai dengan menyediakan pelbagai acara untuk semua lapisan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tiga masjid baharu tahun depan

Posted:

Tiga masjid baharu tahun depan

Tiga masjid baharu tahun depan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Mohamad Hasan bersalaman dengan jemaah ketika hadir pada majlis penyerahan bangunan baru Masjid Kariah Kampung Melang, Kuala Pilah, baru-baru ini.


KUALA PILAH 17 Julai – Sebanyak 17 buah masjid telah dibina atau dinaik taraf di negeri ini oleh kerajaan sejak 2005 dengan perbelanjaan sebanyak RM86 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada tahun depan, sebanyak tiga masjid lagi akan dibina di Bandar Baru Sendayan, Seremban 2 dan Seremban Jaya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, antara masjid yang dibina pada tahun ini adalah Masjid Kariah Rantau dan masjid di Bandar Springhills.

''Kerajaan negeri akan membina lebih banyak masjid satelit seperti Masjid Kariah Kampung Melang di sini yang boleh menampung 800 hingga 1,000 orang sebagai kemudahan kepada umat Islam mengerjakan ibadah mereka," katanya pada majlis penyerahan bangunan baru Masjid Kariah Kampung Melang di sini malam kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Adnan Abu Hassan.

Mohamad berkata, masjid Al-Firdaus bakal memberi kemudahan kepada penduduk di 11 taman perumahan di sekitarnya termasuk ibu pejabat polis daerah dan beberapa institusi seperti Kolej Kejururawatan serta hospital daerah.

''Kerajaan negeri memutuskan untuk membina bangunan baru masjid ini berbanding cadangan asal iaitu hanya menaik taraf masjid sedia ada kerana prihatin dengan permintaan rakyat yang mahu bangunan baru masjid," ujarnya.

Sementara itu, Adnan berkata, projek menaik taraf masjid berkenaan dimulakan pada April tahun lalu yang menelan belanja RM3.5 juta melalui peruntukan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disokong oleh Mohamad.

Beliau berkata, masjid lama di situ yang telah dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 1985 telah berusia 26 tahun dan tidak mampu menampung bilangan jemaah yang bertambah saban tahun.

Katanya, dengan siapnya masjid tersebut, ia mampu menampung sehingga 1,000 jemaah berbanding hanya sekitar 100 jemaah semasa masjid lama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tingkatkan pendapatan nelayan sungai

Posted:

Kerajaan tingkatkan pendapatan nelayan sungai

Kerajaan tingkatkan pendapatan nelayan sungai

MELAKA 17 Julai - Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan akan melepaskan ratusan ribu benih pelbagai spesies ikan air tawar dan udang dalam usaha membantu meningkatkan hasil pendapatan nelayan sungai di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, tiga buah sungai yang dikenal pasti untuk program tersebut adalah sungai Ramuan Cina, Kuala Linggi; Sungai Pengkalan di Alor Gajah dan Sungai Malim.

Menurut beliau, program tersebut dapat meningkatkan jumlah spesies ikan yang menjadi sumber pendapatan nelayan sungai yang mendiami di pinggir tiga sungai tersebut.

''Kebelakangan ini, terdapat aktiviti penangkapan ikan tidak terkawal sehingga mengakibatkan spesies tersebut semakin berkurangan di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 20,000 benih anak ikan lampam di Sungai Tehel, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali.

Menurut Perumal, pelepasan benih ikan itu adalah untuk memulihkan ekosistem sungai berkenaan selain menjadikan sungai sebagai sebuah kawasan rekreasi masyarakat.

Sementara itu, Rosmawati berkata, benih anak ikan yang dilepaskan di beberapa sungai utama negeri ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau memberitahu, usaha tersebut bertujuan memastikan nelayan sungai mempunyai sumber pendapatan tetap mereka.

''Kita akan memantau beberapa sungai utama agar spesies ikan dan udang yang terdapat di situ sentiasa ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Basikal fixie ‘serang’ Jempol

Posted:

Basikal fixie 'serang' Jempol

Basikal fixie 'serang' Jempol

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Fenomena basikal fixie ternyata berjaya memukau golongan belia dan remaja kerana ia menjadi trend baru masa kini.


JEMPOL 17 Julai – Kelibatnya di atas jalan raya sering menjadi tumpuan masyarakat.

Bentuk dan warnanya yang pelbagai juga menarik perhatian pembeli untuk memiliki basikal era moden abad ke-21 ini.

Apa tidaknya, ia kini bagaikan badai melanda dan fenomena basikal fixie yang kini menjadi gaya baru remaja, semakin digilai.

Malah, ada pihak berkuasa tempatan di negeri ini yang berhasrat menyediakan laluan basikal dan taman basikal untuk memenuhi keinginan 'luar biasa' golongan remaja ini.

Nyata, hobi baru remaja ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan apa yang penting ia diharap dapat menghalang mereka daripada terus dilabelkan sebagai mat rempit.

Bagi membuktikan masih terdapat belia yang mengamalkan cara hidup sihat dan mempunyai jati diri tinggi, belia di daerah ini menubuhkan Jempol Cycling Club (JCC).

Presidennya, Mohd. Nazri Ali, 28, ketika ditemui berharap penubuhan kelab tersebut dapat menghalang belia daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat.

"Kami mempunyai minat sama iaitu basikal fixie. Jadi saya bercadang kumpulkan mereka di bawah satu persatuan. Pada awalnya saya terpaksa menggunakan rangkaian sosial untuk berhubung dengan peminat basikal fixie di daerah ini," katanya.

Menurutnya, usaha itu berjaya apabila kini sudah mengumpulkan 50 orang ahli di bawah JCC.

"Kebanyakan ahli persatuan ini terdiri daripada pelajar. Setiap petang kami berkumpul di Kompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol untuk melakukan aktiviti bersama.

"Kami juga pernah melakukan konvoi ke kenduri kahwin di Air Hitam. Selain itu, kami pernah membawa basikal sejauh 20 kilometer dari Bandar Seri Jempol ke pekan Bahau sebagai salah satu aktiviti kelab ini," katanya.

Mohd. Nazri berharap ahli kelab tersebut sentiasa mengikuti peraturan di jalan raya.

"Jangan ingat kita tidak perlu ikut undang-undang kerana menaiki basikal. Apa yang penting mereka perlu memakai peralatan yang sesuai, sentiasa mengamalkan sikap sabar dan tidak berlumba di atas jalan raya," katanya.

Rata-rata ahli kelab JCC menyatakan bahawa mereka teruja menunggang basikal fixie kerana ia selamat dan boleh mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bantah projek lereng bukit

Posted:

Bantah projek lereng bukit

Bantah projek lereng bukit

Oleh ROKIAH ABDULLAH.
rokiah.abdullah@utusan.com.my.


SEBAHAGIAN penduduk Taman Kenari menunjukkan poster bantahan terhadap MPPP yang meluluskan pembinaan projek perumahan baru di Sungai Ara, kelmarin.


PULAU PINANG 17 Julai - Kira-kira 20 penduduk Taman Desaria di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan pembinaan satu projek perumahan di lereng bukit di kawasan mereka.

Menurut penduduk, projek tersebut telah ditolak sebanyak 11 kali oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu kerana khuatir dengan faktor keselamatan penduduk, sebaliknya Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskannya pada Disember 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Membantah Projek Persatuan Penduduk Desaria (DRRA), K. S Yeoh berkata, pemaju projek itu pada asalnya mencadangkan pembinaan 63 buah rumah jenis semi D di kawasan lereng bukit tetapi tidak diluluskan oleh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu.

Jelas beliau, ini kerana cadangan pembangunan itu membabitkan tahap kecerunan melebihi 35 darjah di beberapa kawasan, sekali gus melanggar peraturan binaan struktur yang menetapkan syarat bahawa pembangunan mesti di atas tanah yang tidak membabitkan ketinggian melebihi 76 meter dan kecerunan tidak melebihi 25 darjah.

"Bagaimanapun, semua faktor itu diketepikan selepas DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dan secara tiba-tiba meluluskan projek itu apabila pemaju mengubah pelan pembinaan rumah dari 63 buah kepada 51 buah rumah.

"Mereka tidak memikirkan keselamatan kami yang mendiami kawasan ini. Setiap kali hujan, hati kami tidak pernah tenteram. Risau kalau-kalau tanah jatuh menimpa kami. Adakah mereka mahu kejadian buruk berlaku baru mahu bertindak?" katanya.

Menurut Yeoh, kejadian tanah runtuh telah berlaku beberapa kali di kawasan itu pada 2008 dan tahun lalu terutama apabila hujan lebat.

Selain itu, dakwa beliau, projek pembinaan yang membabitkan tiga lot tanah lereng bukit berkenaan akan dilakukan atas satu lot yang sudah diperuntukkan untuk pembinaan institusi pendidikan.

Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan negeri sering berdolak-dalik apabila diminta penduduk memberikan penjelasan berhubung status projek yang dibangunkan itu.

Justeru itu, DDRA telah membuat bantahan secara bertulis berhubung kelulusan projek berkenaan pada 20 Disember tahun lalu tetapi sehingga sekarang tiada reaksi daripada Lembaga Rayuan MPPP.

"Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemaju membersih dan memusnahkan pokok di lereng bukit sejak 24 Jun lalu bagi membina jalan ke tempat itu dan ini menyebabkan ramai penduduk berang walaupun sudah enam bulan bantahan bertulis dihantar.

"Ini bukan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), tetapi hanya mahu menyusahkan rakyat," katanya.

Difahamkan, penduduk telah berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Malik Kassim, Disember lalu dan Exco Perumahan negeri, Wong Hon Wai, bulan lalu tetapi gagal menyelesaikan masalah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mubarak Kedah berbakti di Kemboja

Posted:

Mubarak Kedah berbakti di Kemboja

Mubarak Kedah berbakti di Kemboja

ALOR SETAR 17 Julai - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah akan mengadakan lawatan selama empat hari ke Kemboja mulai esok yang antara lain untuk berbakti kepada saudara Islam di negara itu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Razak Hashim berkata, seramai 26 peserta mengikuti program ziarah sambil beramal itu atas tanggungan sendiri.

Katanya, sebahagian besar masyarakat Islam Kemboja masih memerlukan bantuan dari segi fizikal dan semangat termasuk kegiatan keagamaan lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

"Atas dasar semangat persaudaraan Islam yang melangkaui batasan dan sepadan, kami berharap lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan keperitan serta kesengsaraan hidup saudara seagama di sana.

"Pada masa sama, ia memberi peluang kepada peserta untuk menilai tahap kehidupan rakyat negara itu berbanding negara sendiri dan insaf mengenainya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Razak memberitahu, Mubarak Kedah mengatur pelbagai acara sepanjang empat hari di Kemboja itu termasuk mengunjungi sebuah perkampungan Islam di Daerah Cham.

Di kampung itu, katanya, bantuan masjid akan disampaikan selain mengadakan kenduri kampung dengan menumbangkan dua ekor lembu sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

"Sumbangan seperti al-Quran, surah yasin, telekung, pelekat, batik dan sejadah yang ditaja oleh Yayasan Taqwa turut disampaikan kepada penduduk di situ.

"Para peserta juga akan melawat Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng, Killing Fields, Istana Diraja dan Pagoda Perak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 tahun ini

Posted:

Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 tahun ini

Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 tahun ini

ALOR SETAR 17 Julai - Jabatan Zakat Kedah menetapkan kadar zakat fitrah dikekalkan seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM7 seorang.

Setiausaha jabatan itu, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, kadar itu dikekalkan kerana mengambil kira kedudukan harga semasa bagi segantang beras ketika ini yang tidak berubah seperti tahun lalu.

"Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah meningkat ke RM8 juta pada tahun ini berbanding RM4.5 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beras fidyah daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Kuala Muda dan Yan di Menara Zakat di sini hari ini.

Sheikh Ghazali berkata, sasaran RM8 juta tersebut boleh dicapai kerana mengikut jumlah penduduk Islam di negeri ini yang dianggarkan kira-kira RM1.5 juta orang, kutipan zakat fitrah sepatutnya boleh mencecah RM10 juta.

Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan kekurangan kutipan zakat adalah masih ada umat Islam yang tidak membayar zakat manakala sebahagian pula tidak membayar kepada amil bertauliah yang dilantik jabatan.

Justeru, beliau mengingatkan umat Islam membayar zakat hanya kepada amil yang bertauliah iaitu berjumlah kira-kira 3,000 orang dengan setiap masjid mempunyai antara dua hingga 10 amil bagi kemudahan masyarakat di sesuatu tempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Desak kerajaan lucut kerakyatan

Posted:

Desak kerajaan lucut kerakyatan

Desak kerajaan lucut kerakyatan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
utusanpenang@utusan.com.my


DARI kiri: Muhamad Naser Disa, Abdul Aziz Hanafi dan Ahmad Murad Merican berbincang sesuatu pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN\MOHD. SAZALI CHE DIN


BUTTERWORTH 17 Julai – Kerajaan didesak supaya menarik kerakyatan mana-mana individu yang mencabar Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam atau mempersoalkan apa jua undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Desakan itu adalah salah satu daripada lima resolusi yang diluluskan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di sini, hari ini.

Selain itu, seminar itu turut sebulat suara meluluskan resolusi menolak sebarang usaha mempolitikkan kesucian nama Allah dan semua pihak perlu menghormati prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor ketika mengumumkan kelima-lima resolusi berkenaan berkata, semua ketetapan yang diluluskan dalam seminar itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bulan depan.

''Seminar juga menggariskan syor supaya sejarah Kedaulatan Islam dan umat Islam di Pulau Pinang yang ditonjolkan melalui pensejarahan bersifat euro-centric dirombak untuk memberi penerangan lebih jelas kepada generasi masa depan," katanya.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan seminar tersebut yang menyentuh cabaran dalam menegakkan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Kertas kerja pertama dibentang oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican bertajuk Sejarah Awal Melayu Pulau Pinang manakala kertas kerja kedua bertajuk Menegakkan Negara Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Madya Abdul Aziz Hanafi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami, Mahamad Naser Disa membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Usaha Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Nordin berkata, resolusi keempat pula ialah penguasa politik berkewajipan mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan negeri serta menolak campur tangan politik dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

''Resolusi kelima pula ialah bagi merealisasikan keempat-empat perkara di atas, maka perpaduan umat Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan tidak hanya terhenti setakat laungnya semata-mata," katanya sambil disambut laungan Allahuakbar sebanyak tiga kali oleh peserta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

Posted:

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

BUTTERWORTH 17 Julai - Umat Islam di negara ini diingatkan supaya berwaspada terhadap golongan tertentu yang cuba menyebarkan fahaman komunisme bentuk baru bertujuan menggugat serta menghakis nilai-nilai dan pegangan umat Islam.

Berselindung di sebalik prinsip hak asasi dan kesaksamaan, fahaman baru tersebut menekankan doktrin yang mengasingkan agama bukan sahaja dari aspek kehidupan malah, menolak sistem beraja sebagai tonggak pemerintahan negara.

Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa ketika mendedahkan perkara itu berkata, fahaman baru itu menular, seiring dengan perkembangan fahaman pluralisme yang juga menjadi ancaman kepada umat Islam di seluruh dunia.

''Inilah bentuk ajaran yang ditentang hebat terutamanya ketika kita di zaman komunis dulu tetapi kini ia datang dalam bentuk baru dengan dijenamakan semula melalui idea-idea atau prinsip-prinsip hak asasi.

''Cabaran utama umat Islam adalah fahaman ini menular di sebalik golongan intelektual yang berjuang atas nama kebebasan bertujuan mengaburi mata umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di sini, hari ini.

Mahamad Naser yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, penularan fahaman-fahaman baru itu merupakan agenda tersembunyi pihak tertentu yang kini dilihat mempengaruhi senario politik tanah air.

Katanya, penularan fahaman itu cukup jelas apabila sudah ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mencabar dan mempertikaikan kedaulatan Islam sebagai agama negara dengan memutarbelitkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan.

''Hakikat ini jelas apabila fahaman ini secara ekstrem semakin menular dalam politik negara malah, ada yang semakin berani mempersoalkan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara kesucian agama.

''Ini menggambarkan sifat fahaman komunis itu sendiri yang menolak sistem beraja dan kita perlu bertanya dengan ikhlas adakah pemikiran begini mampu mendaulatkan agama Islam?," tegasnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai tuntutan supaya golongan homoseksual, lesbian dan penukaran jantina diberikan hak kebebasan untuk mengamalkan kegiatan seks mengikut cara masing-masing sedangkan ia bertentangan dengan agama Islam.

''Kita dikaburi dengan istilah kebebasan untuk memberi hak kepada golongan ini, sedangkan ia adalah perbuatan yang berdosa malah di negara kita ia adalah jenayah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkasa desak lucut kerakyatan

Posted:

Perkasa desak lucut kerakyatan

Perkasa desak lucut kerakyatan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


PARA hadirin mengangkat tangan sebagai menyokong ucapan Ibrahim Ali pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012, di Beruas semalam.


BERUAS 17 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan ke atas Datuk S. Ambiga.

Katanya, kelewatan mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai itu, boleh menghakis sokongan rakyat kerana kerajaan akan dilihat tidak berupaya melaksanakan undang- undang.

"Jika kerajaan tidak ambil tindakan, lebih ramai lagi akan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara serta lebih banyak demonstrasi berlaku," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Dewan Indrawati di sini hari ini.

Pada mesyuarat tersebut, para perwakilan sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menyusahkan pasukan keselamatan, memecah belahkan orang Melayu, merugikan ekonomi negara dan menerima dana asing.

Menurut Ibrahim, tindakan mendakwa Ambiga atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram tidak mencukupi tetapi beliau perlu dilucutkan kerakyatan iaitu tindakan sama yang diambil oleh negara-negara beraja lain seperti Thailand, Arab Saudi, Jepun dan Kuwait.

Dalam pada itu, Ibrahim menafikan cakap-cakap yang mengatakan bahawa beliau merupakan alat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Sebagai orang Islam, saya berani bersumpah bahawa saya bukan alat kepada sesiapa dan tiada sesiapa di belakang Perkasa. Kami juga bukan milik UMNO walaupun kami mesra UMNO.

"Kami bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pembangkang yang 100 peratus menyokong pembangkang dan tidak langsung menegur," jelasnya.

Beliau juga memberitahu, Perkasa menyasarkan keahlian seramai 500,000 orang menjelang hujung tahun ini dengan setiap daerah diminta mendapatkan ahli melebihi 5,000 orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hadi cuba ‘tegak benang basah’

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba 'menegakkan benang basah' apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Terserah kerajaan Pas Kedah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan Pas Kedah mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan mengenai arahan penutupan premis hiburan ketika Ramadan akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan yakin dengan Lotus – PM

Posted:

[unable to retrieve full-text content]NORWICH 17 Julai – Kerajaan memperaku dan menyokong penuh pelan pemulihan lima tahun Group Lotus melibatkan pembiayaan RM2.3 bilion kerana yakin ia boleh dilaksana dan dicapai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved