Utusan Online - Kota |
Penantian 1,400 peniaga berakhir Posted: Penantian 1,400 peniaga berakhirOleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KUALA LUMPUR 18 Julai – Peniaga-peniaga di Pasar Raja Bot di Chow Kit di sini gembira dengan khabar bahawa pasar yang telah usang dan berusia 56 tahun itu akan dipermodenkan. Makluman tersebut, yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam ketika melawat pasar yang lebih terkenal dengan panggilan Pasar Chow Kit itu. Bagi peniaga, pengumuman oleh Muhyiddin itu menamatkan penantian hampir 1,400 peniaga di situ yang sejak sekian lama menanti pembaharuan dilaksanakan terhadap pasar berusia 56 tahun itu. Seorang peniaga keropok lekor, Mohamad Haris Mohamed Daud berkata, dia sangat teruja setelah mendengar pengumuman berkenaan memandangkan sejak berniaga di situ 20 tahun lalu tidak pernah dilaksanakan pembaharuan di pasar itu. Dia yakin, pembaharuan yang bakal dibuat nanti akan memberi suasana baru kepada para peniaga dan merancakkan lagi aktiviti perniagaan di situ. Ujarnya lagi, selama ini peniaga umpama berniaga di sebuah pasar koboi kerana keadaan di situ sangat teruk dan tidak tersusun. "Pasar ini merupakan sebuah lokasi perniagaan yang strategik dan menjadi tumpuan pelancong. Tindakan pembaharuan ini sememangnya sangat-sangat dialu-alukan," katanya. Mohd. Sikin Mohamad, 30, turut menyifatkan pembaharuan yang bakal dilakukan merupakan khabar gembira yang amat ditunggu-tunggu para peniaga di situ. Katanya, selama ini para peniaga terpaksa berniaga di dalam suasana persekitaran yang sangat kurang selesa. Ujarnya, selepas perlaksanaan pembaharuan pasar tersebut siap nanti, para peniaga mahupun pengunjung yang datang pasti akan menikmati suasana selesa yang tidak pernah dirasa sebelum ini. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana tidak terlepas pandang terhadap Pasar Raja Bot ini," katanya. Mohd. Rashidi Yaakob, 27, pula berkata Pasar Raja Bot sudah pun uzur dan memang memerlukan perubahan. Katanya, dia berharap pembaharuan yang bakal dilaksanakan itu dilakukan secara menyeluruh, di mana kedai yang sudah teruk digantikan dengan yang baru. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Sampai bila harus menunggu?Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB PUCHONG 18 Julai – Tidak tahan dengan bebanan hutang bank dan sewa rumah yang terpaksa ditanggung, pembeli rumah di Taman Lestari Permai membuat keputusan menduduki rumah mereka yang belum siap di taman itu. Mereka lebih rela tinggal dalam serba kekurangan, tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik daripada membayar sewa rumah dan ansuran bank terhadap harta yang entah bila akan disempurnakan. Perumahan yang mengandungi 568 unit rumah teres satu tingkat yang mula dibina pada tahun 2003 itu sepatutnya siap pada 2005. Namun sehingga kini syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad (Talam) masih gagal menyempurnakan tanggungjawabnya. Untuk mendapatkan air dan elektrik, mereka terpaksa berusaha dengan cara masing-masing. Akibat tiada perkembangan meyakinkan, pembeli menganggap Talam telah mengambil sikap lepas tangan terhadap tanggungjawabnya kepada para pembeli. Seorang penduduk, Nor Azmir Ismail, 35, berkata, dia terpaksa berpindah juga ke situ walaupun tiada bekalan air dan api kerana sudah tidak mampu membayar sewa rumah. Katanya, sebelum berpindah ke sini dahulu, dia harus membayar ansuran rumah yang dibelinya sebanyak RM700 sebulan selain sewa rumah di Ampang dan ia benar-benar membebankan dirinya dan keluarga. Ujarnya, apabila berpindah ke situ, bebannya sedikit berkurangan, namun terpaksa pula berhadapan dengan masalah ketiadaan kemudahan asas. "Saya tidak tahu sampai bila masalah ini akan selesai, untuk mendapatkan CF (sijil layak menduduki) memang rumit memandangkan belum terdapat bekalan asas di sini. "Pihak pemaju pula dilihat gagal memainkan peranannya dengan berkesan dan saya kurang yakin mereka ini mampu menyelesaikan masalah yang tertangguh ini," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan campur tangan dan menyelesaikan isu itu selain mengenakan tindakan tegas ke atas pemaju. Seorang lagi penduduk, J. Malika, 53, melahirkan rasa kesal kerana bekalan air dan api yang sangat diperlukan penduduk masih gagal disediakan. Katanya, situasi ini sangat memalukan bagi sebuah projek perumahan yang terletak berhampiran Putrajaya dan ibu negara tetapi keadaannya seperti sebuah perkampungan yang jauh di pedalaman. "Saya berharap pihak pemaju menampilkan diri untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah membiarkan pembeli terus menderita dengan situasi ini," rayunya. Penduduk Lestari Permai telah mengadakan solat hajat baru-baru ini dengan harapan masalah mereka dapat diselesaikan. Mereka turut mendesak kerajaan negeri supaya menghalang Talam daripada melakukan sebarang pembangunan atau menjual tanah kosong yang terdapat di kawasan berhampiran sebelum menyempurnakan rumah mereka terlebih dahulu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
35 stesen komuter, LRT dinaik taraf Posted: 35 stesen komuter, LRT dinaik tarafKUALA LUMPUR 18 Julai - Sebanyak 35 stesen Komuter KTM dan Transit Aliran Ringan (LRT) akan dinaik taraf untuk kemudahan dan keselesaan pengguna, terutamanya memudahkan orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kecekapan sistem pengangkutan awam tersebut perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya OKU. "Projek ini akan melibatkan 10 stesen Komuter KTM dan 25 stesen LRT bagi menyediakan laluan khas untuk memudahkan pergerakan golongan OKU dan warga emas di stesen itu. "Sebanyak 7,000 tempat letak kereta akan turut disediakan di stesen Komuter KTM dan LRT dalam masa terdekat," katanya pada taklimat media mengenai Forum Ekonomi Cina Dunia Ketiga di sini hari ini. Antara stesen Komuter KTM yang akan dinaik taraf adalah stesen di Kepong, Kuala Lumpur, Batu Tiga, Klang, UKM, Bangi, Nilai, Putra, Padang Jawa dan Petaling. Sementara bagi stesen LRT pula, ia meliputi laluan Ampang iaitu Stesen Ampang, Cahaya, Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Maluri, Miharja, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi, Bandar Tasek Selatan, Bandar Tun Razak, Salak Selatan, Cheras, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Plaza Rakyat, Masjid Jamek, Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. Sementara itu, beliau berkata, Komuter KTM juga bakal menerima 38 gerabak baru secara berperingkat mulai akhir tahun ini sehingga Jun depan dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem perkhidmatannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan