Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penduduk perlu beri kerjasama

Posted:

Penduduk perlu beri kerjasama

Penduduk perlu beri kerjasama

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com,my

JOHOR BAHRU 17 Julai – Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Melayu Pandan di sini, perlu memberi kerjasama sepenuhnya apabila kerja-kerja mengukur tanah seluas 47.67 hektar dilakukan bagi mempercepatkan proses pemilikan tanah di situ.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka yang menghalang atau menimbulkan masalah hanya akan melambatkan proses tersebut kerana pelan kawasan perlu dihantar segera untuk diluluskan kepada pemohon yang layak.

"Pada masa sama, kita minta pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak meluluskan sebarang projek pembangunan di kawasan berdekatan sehingga selesai," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Silaturrahim dan Nadi Kasih di kampung tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Ketua UMNO cawangan kampung itu, Roslan Semin.

Permohonan memiliki tanah tersebut dilakukan oleh 250 buah keluarga di kawasan kampung berkenaan yang didakwa penempatan setinggan tertua di negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, penduduk perlu bersabar dan mengikut prosedur serta tidak termakan hasutan pihak pembangkang yang menyatakan mereka dianiaya kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, apabila permohonan diluluskan, penerimanya diingatkan supaya tidak menjual tanah itu kepada orang lain.

Sementara itu, Roslan berkata, permohonan tanah di kampung itu telah dilakukan lebih 20 tahun lalu tetapi atas sebab tertentu tidak mendapat kelulusan.

"Semua 250 pemohon tanah di kampung ini adalah penduduk asal dan kita buat tapisan bagi memastikan mereka berstatus penduduk tetap (PR) atau warga asing tidak akan menerimanya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Johor berkenan menyaksikan teater muzikal

Posted:

Sultan Johor berkenan menyaksikan teater muzikal

Sultan Johor berkenan menyaksikan teater muzikal


Aksi menarik semasa persembahan teater muzikal di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 17 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan teater Bumi Berlantai Permata yang dipentaskan sempena Festival Kesenian Johor Bahru di Bukit Timbalan di sini, malam tadi.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang diiringi Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan barisan Exco kerajaan negeri.

Baginda kemudiannya dihiburkan dengan teater muzikal tersebut yang berlatar belakangkan sejarah Johor sekitar 1870-an selama kira-kira satu jam setengah.

Teater tersebut menceritakan detik bersejarah apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar yang menjalin hubungan baik dengan Queen Victoria dari Britain, sekali gus bermulanya era Johor yang baru, moden dan tidak pernah dijajah.

Festival itu merupakan acara tahunan di bandar raya ini yang bermula 1 hingga 24 Julai dengan menyediakan pelbagai acara untuk semua lapisan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved