Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rahsia kebahagiaan nenek

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

"PELBAGAI pandangan diterima melalui e-mel tentang kelohan Irfan minggu lalu apabila mentua enggan serahkan anaknya. Banyak pandangan salahkan Irfan kerana ambil jalan mudah enggan menjaga anak sendiri. Namun ada yang bersetuju nenek besarkan cucunya demi kebajikan dan keselamatan anak-anak masa depan.

Zuhari di dalam e-melnya berpendapat, pengalaman yang dilalui oleh Irfan patut dijadikan tauladan kepada pasangan yang seangkatan dengannya. Kerana itulah sikap kebanyakan pasangan muda hari ini tak mahu bersusah payah menjaga anak mereka. Sepatutnya mereka berfikir betapa susahnya ibu bapa menjaga mereka dahulu, maka ketika tuanya berilah peluang mereka berehat dan melakukan banyak ibadah.

"Lebih malang ada antara mereka membiarkan mentua membeli susu, pampers dan membawa anaknya ke klinik dengan alasan mereka sibuk bekerja. Sedangkan mereka memang hendak hidup senang tanpa gangguan anak-anak dan mewah berbelanja untuk diri sendiri, kerana anak-anak diuruskan oleh mentua. Adakah itu sikap yang baik?

"Saya setuju pandangan ibu Irfan, bahawa pasangan muda hari ini mahu berkahwin dan berkeluarga, tetapi malas nak jaga anak. Malas bangun tengah malam buat susu kerana mereka tidak mahu tidurnya diganggu dan tak mahu berbelanja untuk anak sendiri.

"Sebenarnya Allah menjanjikan rezeki kepada setiap anak yang lahir. Namun ia tidak datang seperti turunnya hujan dari langit, ia turun dengan pelbagai cara yang penting kita kena berusaha. Tetapi tidak pula bermakna mesti beranak setiap tahun hingga menyusahkan diri dan keluarga. Dan kita mesti ingat Allah tidak melarang kita menjarangkan anak. Tetapi carilah jalan yang terbaik mengikut kemampuan sendiri.

"Lagipun kalaulah mentua besarkan anak anda rasanya sampai bila-bila anda tidak akan rapat dengan anak anda, kerana masa anak bersekolah dan masa kecilnya, nenek yang besarkan bukan anda. Bermakna kerugian pada ibu bapa kerana tiada kemesraan dengan anak sendiri. Apabila mereka dewasa dan berkahwin mereka tidak merasa ikatan kasih dengan anda. Seperti kata orang sekarang tidak ada mesra alam.

"Berbanding kasih anak itu kepada nenek yang membesarnya sejak daripada kecil. Tambah-tambah jika si nenek menjaga cucu seperti menatang minyak yang penuh. Sudah pasti sayang si anak kepada neneknya melebihi ibu bapanya sendiri.

"Lebih ngeri lagi ada kes anak yang telah berkahwin duduk serumah dengan mentua secara percuma, ditambah lagi dengan beban menjaga anak-anak yang masih kecil. Memang mengerikan, dan sudah jadi hobi mereka suka balik kerja lewat dengan alasan banyak kerja, sebenarnya mereka malas mengurus anak-anak dan memasak. Semua terletak di bahu ibu atau mentua menguruskan, itu pandangan Zuhari.

Hazura pula memberikan pandangan yang berbeza katanya, tidak ada salahnya nenek besarkan cucu sendiri. "Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman apabila membaca luahan hati Irfan. Saya adalah anak perempuan tunggal dan anak bongsu daripada dua beradik. Bapa saya meninggal ketika saya berusia 18 tahun. Abang saya telah berkahwin tetapi belum mempunyai zuriat ketika itu. Jadi bila saya berkahwin, ibu saya seolah-olah takut kehilangan saya. Jadi, setiap hujung minggu saya dan suami akan balik ke Alor Setar. Nasib baik saya berkahwin dengan orang Pulau Pinang dan bekerja di sana. Bila saya melahirkan anak sulung, ibu yang jaga tetapi kami balik setiap hujung minggu atau bila ada masa terluang.

serba salah

"Sehinggalah saya melahirkan anak kedua. Keadaan tidak berubah. Bila saya melahirkan anak ketiga, anak perempuan, ibu mentua pulak ambil jaga. Anak yang sulung sudah berusia 5 tahun. Saya cuba ambil semula anak-anak saya tetapi ibu dan mentua saya tidak benarkan, walaupun anak-anak mahu tinggal dengan saya.

"Setiap kali balik, anak-anak menangis kerana ingin ikut kami. Saya merasa cukup serba salah. Tetapi suami dan keluarga mentua cukup berhemah, mereka kata tak apa biarkan dulu anak-anak dengan maktoknya. Insya-Allah semuanya akan baik.

"Suami selalu cakap anak-anak duduk dengan maktok mereka sudah pasti kebajikan mereka terjaga. Kata suami lagi jika ini cara yang dapat membuat ibu bapa kita bahagia, kenapa tidak kita korbankan sedikit kebahagiaan kita untuk mereka.

"Yang penting kita selalu jenguk anak-anak dan ambil berat tentang mereka. Kita juga kena selalu beritahu rasionalnya tindakan kita kepada anak-anak. Mungkin mereka tidak faham ketika itu. Beritahu kita sayangkan mereka dan sayang nenek dan datuk. Beritahu juga mereka, memang istimewa kerana ramai yang mahu jaga mereka.

"Sekarang usia perkahwinan saya mencecah 22 tahun. Anak sulung berusia 21 tahun, yang kedua 19 tahun, masing-masing berada di pusat pengajian tinggi. Disebabkan nilai-nilai kasih sayang yang diterapkan dan sentiasa bersikap terbuka dan bercerita kenapa sesuatu tindakan diambil pada masa itu, insya-Allah mereka jadi insan yang sangat prihatin.

"Pada pandangan saya, saudara dan isteri amat beruntung kerana yang jaga anak-anak ialah ibu bapa sendiri. Daripada pengalaman saya, biarlah kita berkorban sedikit demi mengembirakan kedua-dua ibu bapa. Jika kita ikhlas dan redha, insya-Allah ganjarannya besar.

"Namun saudara jangan putus asa, setiap kali balik kampung berbincang dan pujuk mentua dengan baik. Beritahu mereka anda teringin sangat hendak menjaga anak perempuan anda dan tidak mahu hubungan sesama anak-anak renggang. Dan sentiasa memohon Allah permudahkan usaha anda dan yang penting jangan kecilkan hati kedua-dua mentua anda.

"Saya harap dengan sedikit perkongsian ini dapat merungkai kemelut yang anda rasai. Itu pandangan Zuhari dan Nina untuk anda pertimbangkan.

Selera satu dunia

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Pemilik restoran, Rizamudin Mugeni (kiri) dan Norhani Abdul Aziz.

"Di mana 'port' kita malam ini?" Inilah ayat yang sering ditanya kepada rakan-rakan kita untuk mengetahui lokasi berjumpa, lepak dan bersembang. Daripada situ, Rizamudin Mugeni dan isteri, Norhani Abdul Aziz mendapat idea membuka restoran yang diberi nama Port.

Menjejak kaki ke Port, membuat pelanggan berasa gembira dan ceria. Gembira kerana suasananya nyaman dan bersih, ceria sebab kakitangannya mesra.

Menariknya, restoran ini menyediakan semua jenis hidangan hampir mewakili pelbagai negara di seluruh dunia.

Jika anda peminat makanan Barat, Timur Tengah, Asia atau tradisional, di sinilah tempat yang sesuai.

Makanan Barat yang disediakan ialah chicken chop, beef chop, fish & chips, pasta, spageti dan lain-lain.

Sementara itu, Rizamudin turut menghidangkan nasi Arab tetapi mengubah suai mengikut cita rasa masyarakat tempatan.

"Menu nasi Arab ini saya belajar ketika saya bekerja di Qatar dulu. Di sana kami lebih suka memasak sendiri. Peluang itu tidak saya sia-siakan untuk mempelajari cara memasak nasi Arab.

"Saya dan isteri sebenarnya bukan daripada bidang masakan. Sebaliknya, latar belakang pendidikan kami ialah jurutera. Kami sanggup meninggalkan pekerjaan masing-masing untuk membuka perniagaan restoran. Berhenti kerja makan gaji ternyata membawa tuah kepada kami. Port di Bangi ini merupakan cawangan ketiga sementara dua lagi terletak di Perak," ujarnya.

Dalam pada itu, Port menyajikan sajian yang menarik dan sentiasa berusaha mengekalkan kualiti sajian yang akan berubah dari semasa ke semasa mengikut selera pelanggan.

Menariknya, di sini terdapat senarai menu yang panjang.

Kesemua sajian yang disediakan ini disediakan melalui pesanan ala carte bagi memastikan hidangan dalam keadaan segar dan panas.

Rizamudin menambah, ia juga memberi peluang kepada seisi keluarga memilih makanan apa yang paling disukai menunya untuk semua.

Selain itu, hidangan tempatan juga enak-enak belaka. Antara yang menarik ialah nasi ayam penyet, nasi mandy ayam, nasi lemak ayam penyet dan banyak lagi.

Hidangan Port sememangnya digemari ramai memandangkan harganya yang berpatutan di samping keunikan menu yang merupakan ilham pemilik sendiri.

"Saya dan isteri banyak melakukan eksperimen menu dan mencuba pelbagai idea baharu. Misalnya, sos-sos yang digunakan di dalam chicken chop dan beef chop, saya hasilkan sendiri. Begitu juga sos untuk burger bakar," ujarnya.

Selain menikmati hidangan di sini, Port turut menawarkan ruang bagi majlis berskala kecil yang memuatkan 60 orang dan turut menerima tempahan katering untuk pelbagai majlis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bukan Syabas lanjut catuan

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Keputusan untuk melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air di Selangor bukan dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebaliknya oleh kerajaan negeri.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, masih ramai pengguna yang keliru dengan peranan Syabas dalam pelaksanaan pelan catuan air itu.

Pelan catuan bekalan air ini dilaksanakan atas keputusan kerajaan negeri setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak Syabas hanya diarahkan untuk melaksanakan pelan catuan," katanya dalam kenyataan akhbar di laman web syarikat itu di www.syabas.com.my. semalam.

Dalam kenyataan itu, Priscilla berkata, pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan oleh Syabas mengikut jadual sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan pelan catuan air ini bagi menghadapi kekurangan bekalan air mentah disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup.

Pelan catuan bekalan air ini juga dilaksanakan ekoran paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates telah menurun ke paras yang kritikal," katanya.

Beliau juga meminta pengguna supaya mendapatkan maklumat berhubung kawasan terlibat dan jadual catuan menerusi laman web Syabas sekiranya tidak dapat menembusi talian Pusat Pelanggan Syabas (Puspel).

Rais Yatim Tokoh Budaya Terulung Negara

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Dr. Rais Yatim (kanan) menerima memorandum daripada Omardin Mauju pada Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional di Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Wahidin Salim

KUALA LUMPUR 12 April - Penasihat Sosio Budaya kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini menerima Anugerah Tokoh Budaya Terulung daripada Majlis Pendekar Malaysia (MPM) atas sumbangannya memperjuangkan budaya dan seni mempertahankan diri negara.

Anugerah yang pertama kali itu disampaikan kepada Rais dalam majlis Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional 500 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Pendekar Negara yang diadakan di sini.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju sebagai menghargai sumbangan beliau selama 40 tahun dalam memperjuangkan budaya dan seni mempertahankan diri.

Rais selepas menerima anugerah tersebut menyifatkan beliau berbesar hati dengan pengiktirafan itu dan akan meneruskan perjuangan bagi menaikkan martabat seni mempertahankan diri tempatan.

Saya menerima anugerah ini dan berikrar akan berjuang sebagaimana nenek moyang dahulu," katanya sebelum merasmikan perhimpunan itu di Kompleks Silat Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves di sini.

Wan Fakhrul, Normalina ungguli Tilawah Al-Quran W.P

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Mohd. Fakrul Razi Wan Mohamad dan Normalina Alias bersama piala di Dewan Serbaguna Wilayah Persekutuan, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 April - Pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) , Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40 dan Pensyarah Politik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 32, Normalina Alias muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang berakhir malam tadi.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, pakej umrah, senaskhah Al-Quran dan hadiah iringan serta sijil penyertaan.

Wan Fakhrul Razi yang pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Iran sebelum ini mendapat markah sebanyak 87.5 peratus manakala Noramalina yang juga penyandang johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun lepas mendapat 88.5 peratus.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Othman Mustafa.

Wan Fakrul Razi ketika ditemui pemberita berkata, beliau berasa amat gembira dan bersyukur dengan kemenangannya.

InsyaAllah untuk peringkat kebangsaan nanti saya akan berikan pembacaan terbaik dengan memperbaiki taranum, tajwid dan kawalan suara, katanya.

Sementara itu, Normalina pula mengharapkan ilmu yang dimiliki dalam bidang pendidikan Al-Quran dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada semua masyarakat.

Mereka berdua mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan pada 13 sehingga 17 Mei ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tingkatkan mutu pengangkutan awam

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (berdiri tengah) bersama sebahagian pelajar pada Program Kembara Ilmu di Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 12 April - Kerajaan negeri mengarahkan ke semua 14 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor untuk merangka pelan pengangkutan awam bagi meningkatkan sistem pengangkutan di negeri tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) akan membantu PBT bagi merangka pelan tersebut agar diselaraskan dengan polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Bagi merangka pelan tersebut, PBT perlu menyediakan satu unit pengangkutan awam di kawasan mereka dalam kadar yang segera. Buat masa ini, masih terdapat beberapa PBT di Johor masih belum mempunyai unit pengangkutan awam yang bertanggungjawab dalam membangunkan sistem pengangkutan di kawasan berkenaan.

"Pelan pengangkutan awam yang dirangka ini akan dijadikan rujukan oleh kerajaan Pusat bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan efisien," katanya selepas merasmikan penyediaan perkhidmatan kemudahan WiFi di dalam Bas Trans Inskandar dan Program Kembara Ilmu di Pasir Gudang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif PAIM, Mohd. Gadaffied Abd. Aziz.

Pada program tersebut, sebanyak 100 pelajar menerima skim bantuan pengangkutan awam dengan kad tanpa tunai sebanyak RM720 setahun oleh Bas Iskandar Malaysia bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat.

Mohamed Khaled bagaimanapun mengakui perangkaan pelan pengangkutan awam tersebut akan mengambil sedikit masa kerana berlainan bagi setiap kawasan bandar-bandar.

Katanya, PAIM akan mengadakan pertemuan dengan PBT dalam masa terdekat sebagai pemudah cara untuk membantu merangka pelan tersebut yang bakal meringankan beban masyarakat pada masa akan datang.

"Kita mahu setiap PBT merangka pelan itu sendiri kerana mereka lebih arif tentang keperluan di kawasan masing-masing serta potensi sistem pengangkutan awam di tempat sendiri," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khalid memuji usaha dilakukan PAIM yang menyediakan perkhidmatan WiFi di dalam bas Trans Iskandar bagi memudahkan pengguna mengakses Internet tanpa batas.

"Projek perintis dengan usahasama 3i Communications Sdn. Bhd., melibatkan 16 buah bas beroperasi di Iskandar Malaysia merupakan langkah merasionalisasikan pengangkutan awam yang bersifat mesra pengguna," katanya.

Polis tahan 8 lelaki, selesai 24 kes - Ketua Polis Johor

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

JOHOR BAHRU 12 April - Polis percaya dapat menyelesaikan 24 kes melibatkan samun tepi jalan, menyamar polis, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya lapan lelaki dalam dua serbuan, di sini pada 2 April lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, empat lelaki ditahan di Jalan Petaling Kampung Sri Paya, Larkin pukul 7.30 pagi, manakala bakinya ditangkap di sebuah rumah di Jalan Kebun Teh pada hari yang sama.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua lelaki yang berusia 27 hingga 48 tahun itu dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan jenayah samun, menyamar polis, samun jalanan dan pecah rumah.

"Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sepasang pakaian seragam polis berpangkat lans koperal, sepucuk pistol tiruan, satu kelopak peluru mengandungi tiga biji bola besi, satu sarung pistol bertulis 'police', sebuah monitor dan sebuah televisyen LCD.

"Barangan lain yang dirampas adalah sebilah pisau lipat, 14 utas jam tangan pelbagai jenama, 22 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kamus elektronik jenama Besta, sebuah kamera Kodak dan sebuah perakam kamera litar tertutup (CCTV)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah lampau juga mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah selain dikehendaki dalam kes pecah rumah.

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397, Seksyen 457, Seksyen 379A dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis berjaya menahan 11 lelaki berusia antara 17 hingga 34 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan curi motosikal dalam beberapa siri serbuan di sekitar Tampoi pada 3 April lalu, katanya.

Mohd. Mokhtar memberitahu, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah lima buah motosikal curi, sebuah kereta, tiga rangka motosikal, 11 telefon bimbit, masing-masing sebuah komputer riba, komputer LCD dan video kamera serta satu gulung kabel.

"Tujuh suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah, manakala dua lagi tersenarai dalam nama dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes dadah dan samun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Rakyat perlu sumbang idea

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah sesuatu kepada Mohamad Hasan sewaktu baginda memeriksa Kawalan Kehormatan pada Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Sembilan di Seremban, kelmarin. Turut berangkat bersama baginda ialah Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 12 April - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, semua wakil rakyat harus menyumbangkan buah fikiran serta membentuk kesepakatan masyarakat dalam usaha menjadikan negeri ini sebuah negeri maju.

Titah baginda, kepelbagaian adat dan budaya merupakan kunci utama ke arah menjayakan agenda pembangunan secara keseluruhannya.

Tambah baginda, agenda transformasi negara akan lebih mudah membuahkan hasil sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat.

Beta yakin, dengan kesungguhan semua pihak, usaha-usaha untuk terus memajukan negeri, mensejahterakan rakyat akan dapat direalisasikan," titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian ketika merasmikan sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 semalam.

Berangkat sama, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua DUN, Datuk Dr. Awaludin Said.

Tuanku Muhriz pada awal titahnya menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Beta dan Tunku Ampuan Besar berserta seluruh rakyat negeri ini amat prihatin dan menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac yang lalu.

Beta berharap ahli-ahli keluarga penumpang serta anak-anak kapal yang terlibat agar tabah menerima dugaan dan ketentuan tersebut," titah baginda.

Tuanku Muhriz turut menyentuh beberapa strategi bagi membangunkan negeri ini se-

perti dasar jaringan keselamatan sosial, prestasi ekonomi negeri, pembangunan belia dan keusahawanan, keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar termasuk pembangunan teknologi maklumat.

Fokus kerajaan beta untuk melahirkan golongan cerdik pandai dalam kalangan anak Negeri Sembilan di bawah program Lembah Ilmu mula menampakkan hasil yang menggalakkan.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Negeri Sembilan berada dalam kelompok lima teratas bagi beberapa peperiksaan utama, malah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Mac lalu menunjukkan negeri ini mengekalkan kedudukan ketiga terbaik pada peringkat kebangsaan," titah ba-

ginda.

Terdahulu, keberangkatan baginda di pekarangan DUN disambut Menteri Besar sebelum memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 106 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai oleh Mejar Mohd. Azmadi Md. Aznan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


14 premis kotor diarah tutup

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh MOHD. SAHRUL MOHD. SAH
utusanpenang@utusan.com.my

KU Nafishah Ku Ariffin dan Ahmad Shukri Bakar menunjukkan laporan hasil operasi bersepadu dalam sidang akhbar Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 12 April - Sebanyak 14 premis makanan di sini, diarah tutup mulai semalam berikutan pelbagai kesalahan melibatkan amalan kebersihan dalam operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi kerajaan semalam.

Antara kesalahan yang direkodkan termasuk penggunaan perkakasan berkarat, najis tikus bertaburan dan sistem pembuangan air yang tidak sempurna.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, kesemua premis terlibat diberikan tempoh 14 hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa semula.

Menurutnya, daripada jumlah itu, daerah barat daya dan Seberang Perai masing-masing mencatatkan sebanyak empat premis manakala masing-masing tiga premis di timur laut dan Seberang Perai utara yang kesemua premis tersebut dikesan pertama kali melakukan kesalahan.

Operasi bersepadu melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini turut mengeluarkan 20 notis saman di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 2009," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Ahmad Shukri Bakar.

Menurut Ku Nafishah, sebanyak 46 kompaun berjumlah RM4,400 turut dikeluarkan PBT atas kesalahan pengurusan sisa yang tidak sempurna dan kegagalan menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan di dapur.

Dalam masa sama, beliau menyeru pengusaha makanan yang belum berdaftar segera berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan dalam operasi pihaknya yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Mahasiswa jangan terlalu memilih kerja

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

IPOH 12 April - Golongan mahasiswa diingatkan tidak terlalu memilih pekerjaan, sebaliknya meneroka bidang yang berpotensi dijadikan sebagai kerjaya sebaik sahaja menamatkan pengajian masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, mereka perlu lebih kreatif dan tidak memilih pekerjaan kerana ruang dan peluang dalam bidang pekerjaan semakin berubah berbanding dahulu.

Tambahnya, mereka juga seharusnya mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran dengan meneroka serta merintis bidang pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan utama.

"Lagipun ketika ini bilangan mahasiswa begitu ramai dan inilah cabaran cukup besar yang perlu dihadapi mereka.

"Justeru, sepatutnya mahasiswa jangan terlalu memilih dan menerima pekerjaan ditawarkan bagi memperoleh pengalaman walaupun bukan bidang yang dipelajari ketika belajar dahulu," katanya ketika berucap dalam Persidangan Kedua Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Muhammad Amin Zakaria; Pegawai Kewangan kerajaan negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sany Abdullah Sani.

Menurut Zambry, perubahan dalam kemajuan negara juga menyebabkan semakin ramai rakyat Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak semua bidang berkenaan mendapat tempat dalam sektor pekerjaan kerana kebanyakannya amat menitikberatkan pengalaman kerja.

"Jadi, pada saya bina pengalaman dahulu tidak kira kerja apa sekalipun. Kadang-kadang kita rasa kerja itu tidak sesuai sedangkan jika dicuba sebenarnya adalah yang paling sesuai untuk kita," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


DSA 2014 tonjol kerjasama ASEAN dalam industri pertahanan

Posted: 13 Apr 2014 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 April - Pameran peralatan dan teknologi pertahanan "Defence Services Asia 2014" (DSA) yang bermula esok akan memperlihat kerjasama erat antara Malaysia dan negara ASEAN lain dalam industri pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penganjuran DSA kali ini menjadi platfom bagi negara terlibat mengkoordinasi bidang pertahanan masing-masing untuk menghadapi pelbagai kemungkinan ancaman pada masa depan.

"Sasarannya ialah memastikan ASEAN dilihat sebagai satu blok yang boleh bekerjasama dan boleh dikoordinasi dari segi industri pertahanan selain memberi fokus terhadap isu berkaitan ancaman-ancaman baharu," katanya pada sidang media selepas melawat tapak pameran DSA di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan Malaysia bakal mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2015, solidariti kerjasama negara anggota dalam industri pertahanan dan keselamatan akan diberi penekanan.

Pameran DSA 2014 yang berlangsung sehingga Khamis merupakan pameran peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara serta negara-negara Asia Pasifik.

Hishammuddin berkata, penganjuran kali ini mencatat penyertaan terbesar sejak ia dianjurkan pada 1988, dengan penglibatan kira-kira 1,000 syarikat industri pertahanan dari 50 buah negara berbanding 850 pempamer pada 2012.

Beliau menarik perhatian bahawa pengurangan dalam bajet pertahanan melalui koordinasi dalam kalangan negara ASEAN turut menjadi elemen utama dalam penganjuran DSA kali ni.

"Kalau dilihat dari segi luar kotak kerana kalau ancamannya sama, bagaimana kita dapat bekerjasama dengan negara ASEAN yang lain supaya tidak ada pembaziran dalam bajet pertahanan.

Adalah penting untuk kami mencari jalan yang kreatif dan murni untuk melihat industri pertahanan ... satu cara melakukannya ialah dengan melihat Asean sebagai satu pasaran," katanya.

ASEAN dianggotai Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. - BERNAMA

MH370: Malaysia bincang tentukan hak jagaan kotak hitam

Posted: 13 Apr 2014 12:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 April - Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan pakar-pakar mengenai siapakah sebenarnya yang berhak menjaga kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kini berada di United Kingdom untuk membincangkan perkara itu termasuk dengan agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Peguam Negara kini di UK (United Kingdom) membincangkan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti ICAO dan pakar-pakar yang terlibat, berdasarkan undang-undang tempatan dan antarabangsa, siapa sebenarnya mempunyai hak penjagaan ke atas kotak hitam itu," beliau memberitahu wartawan selepas melawat tapak pameran Defence Services Asia, di sini hari ini.

Boeing 777-200ER itu didaftarkan di Malaysia dan dimiliki MAS. Di bawah Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, negara asal pesawat itu, Malaysia perlu melakukan siasatan dan mendapatkan serpihan pesawat.

Bagaimanapun, Malaysia telah meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

Namun, Hishammuddin berkata, tumpuan tetap kepada mencari pesawat itu dahulu, yang telah hilang selama 37 hari daripada skrin radar sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata, tiada panggilan telefon dari pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid ketika pesawat itu terbang rendah pada hari ia hilang seperti dilaporkan dalam akhbar-akhbar.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu dalam perhatian polis dan lain-lain agensi antarabangsa berkaitan dan akan didedahkan apabila masanya tiba.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai perkara itu untuk menghormati keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang, dan saya tidak mahu mengganggu penyiasatan yang berjalan sekarang, tidak hanya oleh polis Malaysia tetapi agensi perisikan lain," katanya.

Hishammuddin juga berkata, berdasarkan siasatan semasa, tiada keadaan yang mencurigakan pada manifes penumpang dan polis masih menyiasat empat kemungkinan atas kehilangan MH370.

"Polis masih menyiasat kemungkinan rampasan, isu keganasan, masalah peribadi dan psikologi. Siasatan masih berjalan," katanya.

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di atas Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. - BERNAMA

Sultan Mizan minta Terengganu tumpu prinsip tadbir

Posted: 13 Apr 2014 12:16 AM PDT

KUALA TERENGGANU 13 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin meminta Terengganu menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus baik dalam semua dimensi pengurusan, pematuhan peraturan undang-undang serta ketelusan maklumat sebagai agenda utama kerajaan negeri.

Baginda bertitah, sebagai negeri menuju ke arah pembangunan dan berdaya saing, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said perlu menambahbaik prosedur kerja dan mengurang karenah birokrasi untuk memperkaya pengurusan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Ini termasuk nilai integriti dan akauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan negeri ini dan Beta harap sistem ini terus diamalkan dan ditingkatkan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Sidang Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Baginda juga bertitah supaya suara rakyat diutamakan dalam memacu kemajuan negeri agar selari dengan slogan 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan'.

"Rakyat merupakan elemen penting pembangunan malah kemajuan yang dikecapi tertakluk kepada kesepaduan rakyat. Sekiranya jika tiada persefahaman, kerjasama dan perpaduan di antara kerajaan dan rakyat negeri ini, pembangunan yang nikmati selama ini akan terbatas," titah baginda.

Justeru itu, Sultan Mizan meminta kerajaan negeri memberi penekanan lebih dalam mengenal pasti strategi, kelemahan, peluang dan halangan khususnya dari aspek urus tadbir ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Mizan meminta Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan kepada Terengganu sebanyak RM50 juta bagi menggantikan paip-paip pecah dan bermasalah secara berkala untuk mengurangkan kadar kehilangan air tidak terakaun supaya rakyat dapat menikmati bekalan air bersih.

"Beta bersyukur kerana Syarikat Air Terengganu (SATU) berusaha menurunkan kadar kehilangan air tidak terakaun sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh 5 tahun akan datang wajar diberi pujian," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Mizan turut berpuas hati dengan hasil pelaksanaan program pembangunan yang menyaksikan ekonomi Terengganu berkembang pada tahap positif selain berjaya menarik ramai pelabur dalam negara dan asing dengan projek pelaburan bernilai berbilion ringgit.

"Beta puas hati dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang berdaya tahan pada 2013 telah memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri sebanyak RM20.2 bilion.

"Dengan pengekalan kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran tenaga kerja yang stabil, pertumbuhan ekonomi negeri dijangka terus positif tahun ini," titah baginda.

Antara projek pelaburan nilai berimpak tinggi itu ialah pembinaan loji bersepadu bio-metionina dan tiokimia pertama di dunia oleh pelabur CheilJedang (CJ) dari Korea Selatan dan pelabur Arkema dari Perancis di Taman Bio Polimer di Kerteh yang merupakan di bawah kendalian pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pelabur dari Amerika Syarikat, Cevo Inc pula dijangka memberi komitmen pelaburan sebanyak RM1.65 bilion untuk membangunkan loji pembuatan isobutanol dan biojisim selulosa.

Pembangunan fizikal dalam Bandaraya Kuala Terengganu, pembinaan 'drawbridge', menaik taraf semua jalan raya utama negeri kepada empat lorong, pembangunan kawasan Bandar Baharu Bukit Besar dan daerah baharu Kuala Nerus adalah antara projek yang dipuji Sultan Mizan dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan, infrastruktur dan kemudahan asas lain.

"Beta juga gembira apabila bandar raya Kuala Terenggganu mula meyaingi bandar raya maju di negara ini dengan adanya pembangunan Muara Selatan dan Muara Utara serta mengukuhkan imej Kuala Terengganu sebagai 'Bandar Raya Warisan Pesisir Air'," titah baginda.

Sultan Terengganu turut menyarankan kerajaan negeri supaya memberi fokus berterusan terhadap sektor industri kecil dan sederhana (IKS), kesihatan awam, industri pelancongan terutama pembangunan Tasik Kenyir, pembinaan rumah mampu milik, sektor pertanian yang lebih komersil dan isu kemiskinan dalam kalangan rakyat Terengganu.

"Beta berpuas hati dengan berkat usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri di mana 31,120 rakyat negeri ini telah terkeluar daripada senarai Pendapatan Garis Kemiskinan berdasarkan data dikumpul dan disahkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pada 12 Mac tahun lepas," titah baginda. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


3 maut nahas bas ekspres

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Operasi ambil masa lama - Abbott

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Tambah baik pendidikan

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved