Khamis, 31 Oktober 2013

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizz Fairuz risik Almy Nadia minggu depan

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Almy Nadia

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon, Fizz Fairuz akan menghantar rombongan merisik kekasihnya, Almy Nadia pada minggu depan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, sebelum ini, sudah ada perbincangan dengan keluarga Almy dan rombongan merisik ini bagi memastikan semua yang direncanakan berjalan lancar.

Saya akan menghantar rombongan merisik Almy di kampung halamannya, Balik Pulau, Pulau Pinang pada minggu depan.

Kalau tidak sibuk, saya juga akan turut menyertai rombongan merisik itu nanti," katanya yang ditemui dalam majlis pelancaran butik atas talian di sini hari ini.

Enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka, menurut Fizz, buat masa ini Almy dan dia sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan sedikit demi sedikit.

Dalam pada itu, Fizz turut memberitahu, sudah ada beberapa pihak yang telah menawarkan diri untuk menaja majlis perkahwinan mereka kelak.

Setakat ini, persiapan baru dibuat sikit-sikit. Lagipun kami hanya akan melangsungkan majlis perkahwinan pada awal tahun depan.

Sebenarnya sudah ada beberapa pihak yang mahu menaja, tetapi saya beritahu nanti dahulu memandangkan kami berdua masih belum buat keputusan tarikh sebenar. Saya hanya akan memberitahu tarikh sebenar pernikahan, selewat-lewatnya empat bulan sebelum majlis berlangsung," katanya.

Ditanya keistimewaan Almy, menurut Fizz, kesetiaan Almy sentiasa menambat hatinya.

Menjelaskan kedudukan anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya, 4, Fizz berkata, dia tidak ada masalah untuk menerima anak tersebut dalam keluarga mereka nanti.

Dia seorang yang setia, pendek kata dia mempunyai ciri-ciri seorang isteri yang saya cari.

Anak Almy akan terus dijaga ibu Almy memandangkan sejak dari kecil lagi dia membesar bersama, saya memang tidak ada masalah untuk menerimanya," katanya.

Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.

Bagaimanapun Fizz kembali menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Almy bulan lepas.

Sementara itu, Almy atau Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, ketika dihubungi nyata tidak dapat menyorokkan perasaan gembiranya.

Namun, kata Almy, dia sebenarnya lebih terbeban dengan tanggungjawab kerja buat masa ini.

Fizz memang ada memberitahu niat itu kepada saya, buat masa ini saya memang tidak ada rasa apa-apa lagi.

Mungkin pada hari tersebut, saya akan merasa debarannya siapa tahu, buat masa ini saya hanya mahu menghabiskan kerja dahulu," kata Almy yang enggan memberitahu tarikh sebenar dia akan pulang ke kampung halamannya.

Almy Nadia bakal dirisik Fizz Fairuz minggu depan

Posted: 31 Oct 2013 06:17 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon Almy Nadia bakal dirisik oleh kekasihnya, Fizz Fairuz pada minggu depan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, rombongan merisik daripada keluarganya akan berkunjung ke kampung halaman Almy, 27, di Balik Pulau, Pulau Pinang.

"Sebelum ini keluarga Almy sudah pun diberitahu, sebenarnya rombongan merisik ini dibuat untuk nampak lebih rasmi," katanya kepada Utusan Online pada majlis pelancaran sebuah butik atas talian di sini hari ini.

Jelasnya, jika tidak terikat dengan jadual kerja, kemungkinan dia juga akan turut serta dalam rombongan tersebut.

Setakat ini Fizz belum menetapkan tarikh sebenar majlis pernikahan mereka berdua, namun hari bersejarah tersebut bakal diadakan awal tahun depan.

Sementara itu, Almy ketika dihubungi berkata yang dia gembira dan buat masa ini lebih tertumpu pada kerjaya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Fatimah besarkan 16 anak

Posted: 30 Oct 2013 11:32 PM PDT

Fatimah Yusoff kini bahagia dikelilingi anak-anak, menantu dan cucu yang menyayanginya.

KINI segala pengorbanan Fatimah berbalas apabila kesemua 16 anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menyandang jawatan penting dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

"Ibu saya berkahwin dengan ayah, Ismail Abdullah pada Januari 1967. Ketika itu usia ibu 17 tahun manakala ayah 34 tahun.

"Mereka kemudiannya menetap di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan dan ayah saya berkhidmat sebagai imam di masjid kampung tersebut ," cerita anak ke-11 Fatimah, Mohd. Yazid Ismail, 29, ditemui di Bandar Seri Putra, Selangor, baru-baru ini.

Sebelas orang anak Fatimah memasuki universiti tempatan, manakala lima lagi di universiti luar negara.

Anak sulungnya, Lokman, 45, merupakan setiausaha politik kepada seorang tokoh terkenal, manakala anak kedua, Mohd. Azmi, 44, (penceramah motivasi), Mohd. Jurik, 42, (pegawai kerajaan), Mohd. Sabri, 41, (seorang hakim), Mohd. Khairul Bahri, 39, (guru) dan Mohd. Rusli, 38, (pensyarah).

Diikuti Khairul Anuar, 35, (ejen takaful), Mohd. Juneed, 34, (guru), Mohd. Shahruddin, 32, (ahli perniagaan), Mohd. Abdul Hadi, 31, (guru), Mohd. Yazid, 29, (perunding kewangan), Siti Sarah, 28, (guru), Siti Aisah, 27, (ahli perniagaan), Siti Zakiah, 25, (menuntut di Universiti Islam Antarabangsa), Radiah, 23, (pelajar Kolej Universiti Insaniah) dan Nur Suhaila, 21, (pelajar Universiti Sains Islam Malaysia).

Daripada kesemua anak pasangan tersebut, 14 sudah berkahwin dan kini cucunya mencecah 60 orang.

Ujian yang dilalui

Menurut Mohd Yazid lagi, sekitar tahun 1990-an, kerjaya sebagai imam di Kelantan tidak bergaji sebaliknya hanya diberi elaun berjumlah kurang daripada RM300.

Bersandarkan wang elaun tersebut ayahnya menyara keluarga dalam serba kekurangan. Mereka tiada tanah untuk bercucuk tanam dan hanya mampu menyewa tanah orang kampung untuk bertani bagi menambah rezeki

"Abang-abang saya walau masih bersekolah semua membantu ayah bertani dan hasil sayur dijual keliling kampung.

"Pada tahun 1991 ketika emak mengandung adik bongsu ayah pula diserang strok dah lumpuh. Ayah terpaksa berhenti kerja.

"Emak saya yang ketika itu sarat mengandung terpaksa mengambil alih tugas ayah menyara kami adik-beradik yang masih kecil dan pada masa sama menjaga ayah yang lumpuh.

"Tiada duit pencen yang kami terima sekadar duit ehsan daripada pihak masjid berjumlah RM150 sebulan. Pada waktu itu seorang abang sahaja yang sudah bekerja manakala yang lain masih di sekolah dan universiti.

"Cuba bayangkan macam mana emak nak sara ayah yang lumpuh dan 15 anak dengan RM150," imbas Mohd. Yazid mengimbau kisah lama.

Menurut Mohd. Yazid, ketika itu wang simpanan langsung tidak ada, jadi walaupun masih sekolah semua anak-anak terpaksa berkerja bagi mencari duit.

"Macam-macam kerja kami lakukan lepas waktu sekolah. Bertani, mengambil upah membersihkan reban ayam, kutip botol, tin serta besi buruk untuk dijual dan sebagainya.

"Kadang-kadang kami naik basikal sejauh 12 kilometer untuk balik ke kampung ibu di Bachok semata-mata untuk menangkap ikan di sawah bagi dibuat lauk.

"Tiada bantuan kewangan khusus kami terima dari mana-mana agensi, hanya sekadar bantuan persekolahan yang bersifat sekali sekala.

Nasi tanpa lauk

"Makanan kami juga kadang-kadang tidak cukup. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada rancangan makanan tambahan, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan," cerita Mohd. Yazid lagi.

Walau keadaan hidup begitu susah, menurut Mohd. Yazid, tidak pernah sekalipun ibunya berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.

Ibunya juga jarang berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun menurut Mohd. Yazid, beberapa kali dia melihat ibunya menangis mungkin kerana tidak tertahan menanggung keperitan hidup.

"Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

"Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Mujur abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah," jelasnya.

Sehingga tahun 2001, ibunya masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas.

Kalau bekalan kayu api berkurang, mereka adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarganya sahaja.

"Emak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung.

"Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung," imbas Mohd. Yazid sambil memberitahu bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2000 akibat penyakit yang dihidapi .

Solat berjemaah

Sepanjang ingatan Mohd. Yazid, semasa bapanya masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian anak-anak di sekolah kerana bapanya lebih mengutamakan solat berjemaah di masjid.

"Arwah ayah selalu pesan, 'tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.

"Justeru, walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.

"Apa pun saya tidak pernah lupa pesanan emak. Katanya, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah," katanya mengakhiri bicara. - NOOR FAZRINA KAMAL

Ajar anak cintai buku

Posted: 30 Oct 2013 11:32 PM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar AZLAN HADI

Nazaruddin Rahman bersama isteri Sheahnee Iman Lee dan anak sulongnya, Zarah Aaliyah menyertai kempen membaca anjuran Scholastic Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MEMBACA adalah jambatan ilmu. Tidak mengira usia, tabiat membaca membantu seseorang menambah ilmu pengetahuan dan keyakinan diri.

Minat membaca bukan terhad kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu dipupuk minat untuk mencintai buku dan membaca seawal usia mereka masih muda.

Selebriti popular, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengakui, cara ayahnya yang menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian bagi anak-anak sejak dari kecil lagi telah membentuk dirinya sebagai individu yang gemar meluangkan masa lapang dengan membaca.

Bagi Wardina, cara ayahnya mendidik dan memupuk minat dia dan adik-adiknya yang lain mencintai buku kini diturunkan pula pada tiga orang cahaya matanya yang sedang membesar dengan sihat dan aktif.

Pelakon dan pengacara TV itu sangat yakin kanak-kanak yang dipupuk minat membaca dari usia muda akan membantu meningkatkan daya kreativiti dan intelektual mereka.

"Anak sulong saya, Amna diperkenalkan dengan buku sejak bayi lagi. Walaupun masih bayi dan belum faham apa-apa tetapi saya biasakan Amna dengan buku-buku bergambar dan kerap bercerita dengannya..

" Apabila memasuki usia empat tahun dia sudah boleh membaca. Sekarang, tanpa disuruh masa lapangnya banyak dihabiskan dengan membaca buku kegemarannya.

"Tidak dinafikan, disebabkan Amna sangat gemar membaca pada waktu lapang, tahap pengetahuan dan daya intelektualnya sangat baik. Jenis bacaan pula saya biarkan Amna memilih sendiri mengikut minatnya," jelas Wardina.

Tambahnya lagi, oleh kerana tabiat membaca perlu dipupuk pada usia yang awal supaya kanak-kanak membesar dengan budaya mencintai ilmu dan pengetahuan, kedua ibu bapa perlu memainkan peranan sewajarnya.

"Seeloknya tabiat baik tersebut dimulakan oleh ibu bapa dahulu baharu proses menyuntik minat tersebut akan diikuti oleh anak-anak," katanya.

Menurut Wardina, bagi membudayakan tabiat membaca dalam keluarganya, dia menyediakan sebuah perpustakaan mini di rumah yang memuatkan pelbagai jenis bahan bacaan.

"Membeli buku adalah satu pelaburan. Ibu bapa tidak perlu kedekut untuk membelikan anak-anak buku.

"Biasanya saya akan membawa anak-anak ke kedai buku dan biarkan mereka memilih buku kesukaan masing-masing.

"Seeloknya, bagi menggalakkan anak-anak minat membaca, ibubapa perlu menghabiskan masa bersama-sama anak mereka membaca buku kegemaran mereka.

"Tabiat membaca buku kepada anak-anak sebelum tidur juga adalah satu rutin yang baik untuk memupuk kemesraan selain bertujuan meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka," jelasnya.

Praktikal dan santai

Bagi pasangan pengacara TV, Nazaruddin Rahman dan isterinya, Sheahnee Iman Lee, mereka mempunyai cara tersendiri untuk memupuk minat membaca terhadap kedua-dua orang anak kesayangan.

"Walaupun anak sulong baru berusia tiga tahun, masih kecil tetapi kami cuba memupuk minatnya untuk mencintai buku seterusnya menjadikan amalan membaca sebagai suatu yang disukainya melalui beberapa kaedah yang praktikal dan santai.

" Sejak anak sulong, Zarah Aaliyah masih kecil lagi kami sudah dedahkan dia dengan bahan bacaan yang berbentuk santai dan menarik seperti soft book dan buku bergambar.

"Sesibuk mana sekalipun, setiap hari kami akan pastikan ada masa untuk membaca bersama anak, biarpun sekadar 10 minit. Masa yang singkat itu kalau digunakan sebaik mungkin kesannya pada tumbesaran dan perkembangan mental anak-anak sangat bagus," jelas Sheahnee.

Menyedari kepentingan menanam tabiat membaca di kalangan kanak-kanak, satu kempen Read 2013: One Nation Reading Together "Reading Expands Your Knowledge telah diadakan pada 28 Oktober lalu di Dewan Sekolah Kebangsaan Puteri, Jalan Labu Lama, Seremban Negeri Sembilan.

Kempen diusahakan oleh Scholastic Malaysia, sebuah syarikat pengeluar dan pengedar buku kanak-kanak dan teknologi terbesar di dunia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Kempen ini bertujuan untuk mempromosi, menghargai buku dan maklumat selain menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah.

Sehubungan dengan itu, Scholastic telah menderma 50 buah buku kepada sekolah yang terlibat yang kesemuanya berjumlah 125,000 buah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Seni tangan empat wanita

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

Jalimah Atan memeriksa stok rotan yang menjadi bahan asas untuk menghasilkan bakul agar tidak berkulat dan dimakan serangga perosak.

LABIS 30 Okt. - Pelbagai aktiviti dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Ada yang memenuhi hobi masing-masing seperti mengumpul setem atau menanam bunga, namun ada juga yang menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan produk kraf tangan yang menarik.

Bagi empat suri rumah di daerah ini, mereka berjaya membuktikan aktiviti masa lapang boleh membawa pulangan lumayan kepada seisi keluarga.

Itulah yang dilakukan oleh Normah Masdar, 61, Kalsum Surip, 65, Jalimah Atan, 57 dan Halimah Atan, 59, yang membuat bakul rotan secara kecil-kecilan di rumah.

Kini setelah 10 tahun berlalu selari dengan perkembangan masa mereka adalah antara usahawan kraf tangan yang disegani menerusi syarikat Gemilang Kraf.

Halimah memberitahu, pada mulanya mereka tidak pernah mengimpikan untuk menjadi usahawan kraf kerana beranggapan masih belum mampu bersaing dengan pengusaha lain jika hanya mempertaruhkan ilmu yang diperoleh ketika mengikuti beberapa bengkel anyaman rotan sebelum ini.

Tetapi berkat galakan keluarga dan bantuan daripada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, mereka memberanikan diri menubuhkan Gemilang Kraf pada 2004 bagi mengembangkan aktiviti dan memperkenalkan produk mereka.

Kini Gemilang Kraf menghasilkan hampir 30 barangan kraf yang kebanyakannya berbentuk bakul, hasil kerja tangan mereka berempat yang dijual dengan harga antara RM3 hingga RM150 bergantung kepada saiz dan bentuk.

"Sebenarnya kami memang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang anyaman rotan sebelum ini dan hanya didedahkan dengan cara menganyam bakul rotan ketika mengikuti beberapa kursus anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Labis ketika itu.

"Selepas itu, kami mula mempraktikkan apa yang dipelajari secara berkumpulan sebagai mengisi masa lapang tanpa menyedari apa yang kami usahakan rupa-rupanya mendapat perhatian pelbagai pihak yang kemudian tampil membantu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di bengkel Gemilang Kraf di Tanah Rancangan Beliawanis dekat sini semalam.

Mengimbau kembali bagaimana mereka bermula, katanya, mereka terpaksa menggunakan wang simpanan masing-masing yang dikumpulkan sebagai modal sejumlah RM2,000 untuk membeli rotan sebagai bahan utama untuk membuat bakul.

Halimah mengakui mereka berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya mendapatkan bekalan rotan yang telah diproses daripada pembekal dan selepas perkara itu berjaya diatasi, kekangan modal turut dihadapi kerana harga rotan agak mahal sehingga mencecah belasan ringgit setiap kilogram bergantung kepada saiznya.

Namun, selepas dibantu oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, mereka tidak lagi berdepan masalah mendapatkan bekalan rotan kerana dibekalkan oleh pihak tersebut secara percuma mengikut keperluan mereka.

Malah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia turut memberi bantuan membina sebuah bangunan bersebelahan rumahnya sebagai bengkel bagi menjalankan kerja-kerja menghasilkan pelbagai bakul rotan.

Kini mereka bersyukur kerana hanya perlu menumpukan kepada kerja mengeluarkan produk, manakala aspek pemasaran dan promosi dibantu oleh pihak perbadanan berkenaan.

"Kami juga sering diundang menyertai pelbagai pameran berkaitan kraf di seluruh negara atas bantuan perbadanan yang dapat membantu kami berkembang bukan sahaja dari aspek pemasaran tetapi menjana idea baharu menerusi pergaulan dengan rakan-rakan lain.

"Sebenarnya saya berasa sedikit kecewa kerana tiada generasi pelapis yang berminat untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Ini kerana makan gaji dianggap lebih menjamin masa depan berbanding mengusahakan perniagaan sendiri," katanya yang sentiasa membuka pintu kepada golongan muda yang ingin mempelajari ilmu dan seni anyaman rotan.

Halimah berkata, usaha tersebut boleh dilakukan dengan mewujudkan ruang pameran bersaiz kecil di setiap pejabat kerajaan bersesuaian agar hasil kerja tangan pengusaha dapat dilihat dengan mudah oleh orang ramai yang datang berurusan di situ.

Menceritakan penglibatan awalnya dalam bidang anyaman seni kraf rotan, dia hanya berhasrat membantu kakaknya menguruskan bengkel dari aspek kebersihan sahaja.

Tetapi lama kelamaan melihat rakan-rakannya menganyam helaian rotan menjadi pelbagai bentuk bakul timbul minat untuk mencuba dan sekarang berasa bagai ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidupnya jika tidak melakukan kerja menganyam bakul rotan.

"Betul kata pepatah, tak kenal maka tak cinta kerana saya begitu sukar meninggalkan bidang ini selepas mengenalinya walaupun pada mulanya langsung tidak berminat untuk menceburinya.

"Saya berharap lebih banyak pihak tampil untuk memperkenalkan bidang seni kraf kepada generasi muda di negara ini bagi memastikan semua orang akan mengenali dan mencintai bidang ini," katanya.

Tambahnya, dia yang berasa bangga berjaya memasarkan barangan keluaran Gemilang Kraf ke luar negara dengan bantuan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Gemilang Kraf gigih hasilkan reka cipta baharu

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Jalimah Atan (kanan), Halimah Atan (tengah) dan Normah Masdar sentiasa bertukar-tukar idea dalam meningkatkan kualiti kraf yang dihasilkan.

LABIS 30 Okt. - Walaupun hanya tiga daripada empat pengasas Gemilang Kraf yang bergiat aktif dalam menghasilkan produk anyaman rotan, keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk melonjakkan nama syarikat itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Normah Masdar, 61, mereka bertiga amat memahami situasi seorang rakan, Kalsum Surip, 65, yang tidak mengizinkan untuk bergiat aktif dan terpaksa selalu berulang alik ke rumah anaknya di Johor Bahru.

"Sebaliknya, situasi sekarang membuatkan kami lebih bersemangat untuk menghasilkan produk dengan reka bentuk baharu yang lebih menarik bagi memastikan Gemilang Kraf terus dapat bersaing dengan pengeluar barangan kraf lain.

"Sebenarnya kami terpaksa sentiasa mereka cipta pelbagai bentuk baharu kerana jika hanya bergantung dengan bentuk sedia ada, mungkin kami tidak dapat menarik pelanggan baharu," kata ibu kepada lima anak itu ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, dia melahirkan rasa terkilan kerana masyarakat terutama golongan muda semakin tidak berminat dengan warisan seni kraf rotan dan melihatnya sebagai satu usaha yang tidak menguntungkan.

Katanya, usaha memperkenalkan bidang seni kraf harus dimulakan di peringkat sekolah dengan memperkenalkannya sebagai mata pelajaran tambahan yang perlu diikuti oleh setiap pelajar, tetapi bukan subjek wajib lulus.

Dengan cara tersebut, warisan seni bangsa akan terus hidup dalam diri setiap ahli masyarakat apabila mereka dewasa dan tidak timbul masalah budaya dan warisan bangsa yang dilupakan pada masa akan datang.

Bagi Jalimah Atan, 57, pula usaha mempromosi seni kraf tidak harus dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sahaja, sebaliknya boleh dilakukan oleh semua agensi kerajaan di seluruh negara.

"Kalau semua berusaha mempromosikan barang kraf, usaha itu mampu menjadikan produk kraf tangan negara semakin dikenali di persada antarabangsa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tanaman hidroculture dalam rumah

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

SEBAHAGIAN pengunjung tertarik dengan kaedah KAZZ Hidroponik di mana ia boleh menggabungkan tanaman sayuran dengan membela ikan di dalam akuarium di samping menggunakan baja di Kazz Agro Valley Sdn. Bhd. di Blok A, Kompleks Industri Bersepadu Duyung, Melaka baru-baru ini.

MELAKA 30 Okt. - Bayangkan anda boleh bercucuk tanam di dalam ruang tamu rumah sambil membela ikan.

Kaedahnya cukup mudah, pemilik boleh membela ikan air tawar menggunakan sebuah akuarium sementara tanaman tertentu jenis sayuran pula ditanam di dalam bekas khas yang diletakan di atas akuarium itu.

Bukan sahaja akuarium malah pelbagai bekas terbuang seperti bekas minuman plastik, botol dan sebagainya boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Tidak hanya sayur-sayuran boleh ditanam dengan kaedah tersebut malah pelbagai jenis tanaman pokok hiasan boleh ditanam di ruang tamu rumah bagi menghiasi ruan tamu menjadi lebih mesra alam.

Kaedah tersebut kini menjadi kegemaran suri rumah kerana tidak memerlukan tanah untuk menanam pokok hiasan atau sayur-sayuran cukup dengan botol, bekas minuman plastik, balang kaca atau akuarium.

Ia lebih dikenali sebagai revolusi dalam tanaman dengan kaedah yang dikenali sebagai tanaman hidroculture (tanaman air).

Sebuah syarikat bumiputera yang juga pembekal utama bagi produk hidroponik, Kazz Agro Valley Sdn. Bhd. di Blok A, Kompleks Industri Bersepadu Duyung bergiat aktif dalam memperkenalkan kaedah baharu tanaman hidroculture.

Kazz Agro Valley mengubah suai tanaman hidroponik dalam takungan air yang terdapat ikan untuk dibela dengan menggunakan air baja keluaran syarikat itu yang dijamin selamat kepada manusia.

Pengurusnya, Khadijah Surif berkata, cara menggunakan kaedah tanaman hidroculture lebih mudah dan senang untuk dilakukan khususnya bagi suri rumah sepenuh masa.

Menurutnya, dapatkan sebuah balang kaca yang telah diisi dengan air serta dimasukkan bancuhan baja cecair kazponic.

''Dapatkan pokok yang sedang membesar. Bersihkan akarnya daripada tanah dan dicuci. Balang itu perlu ditutup dengan cawan kecik ditebuk lubang bagi membolehkan akar masuk ke air," katanya.

Ujarnya, hanya akar pokok perlu dimasukkan ke dalam air yang sudah disebatikan dengan baja cecair kazponic serta satu atau dua ekor ikan pelaga atau sepat dilepaskan dalam balang tersebut.

Khadijah berkata, kaedah itu dianggap cukup mudah untuk diusahakan dan balang kaca tersebut boleh diletakan di setiap sudut di ruang tamu rumah.

Jelasnya, kaedah itu dianggap lebih selamat untuk tanaman hidroponik sambil membela ikan bagi mengelakkan jentik-jentik hidup di dalam air.

Menurutnya, menggunakan baja cecair kazponic yang dicipta khas itu terbukti berkesan untuk semua jenis tanaman.

''Kaedah ini selamat digunakan selain mempercepatkan hasil tanaman di samping ikan boleh hidup di dalam air bancuhan baja itu," katanya lagi.

Di samping tanaman hidroculture, syarikat Kazz Agro Valley turut menyediakan pakej tanaman hidroponik bagi tanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

Pakej set peralatan hidroponik turut disediakan bagi memudahkan orang ramai yang berminat menceburi bidang tersebut.

Pakej tersebut bernilai RM50 itu dilengkapi satu takungan (mampu bertahan lima tahun), penutup polistrin, cawan penyukat, paket benang, paket baja, lapan biji bakul media dan dua jenis benih.

Di samping itu, pakej rumah Eduponic berharga RM5,000 dan pakej Agropreneur bernilai RM3,000 ditawarkan bagi mereka yang ingin melibatkan sebagai usahawan hidroponik.

Bagi mereka yang berminat ingin mendapat maklumat lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang disediakan Kazz Agro Valley boleh menghubung Khadijah ditalian 017-6640441 atau Ahmad Yahya 017-6640460.

Orang ramai kagum tanaman menghias rumah

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

MELAKA 30 Okt. - Orang ramai menyifatkan tanaman hidroculture dalam sebarang takungan sambil membela ikan dianggap unik dan mudah untuk diusahakan.

Kaedah tersebut dilihat boleh diusahakan golongan suri rumah bagi mengisi masa lapang di samping dapat menghias rumah dengan pelbagai jenis tanaman sayuran ataupun pokok hiasan.

Bagi Muslihi Muhammad, 50, dari Jasin berkata, beliau tertarik dengan kaedah tanaman itu yang disifatkan cukup menarik dan mudah untuk diusahakan.

Menurutnya, ia boleh ditanaman menggunakan sebarang bekas minuman plastik, balang kaca atau akuarium dan boleh diletakan di ruang tamu rumah.

''Saya lihat apa sahaja jenis pokok yang berakar boleh menggunakan kaedah ini dan dalam pada itu ikan boleh dibela di dalamnya.

''Baja cecair kazponic tidak mendatangkan kemudaratan kerana saya lihat ikan boleh hidup," katanya.

Bagi Dr. Zainal Abidin, 55, dari Jawa Timur turut mengkagumi kaedah tanaman hidroculture yang tidak terdapat di daerahnya.

Menurutnya, kaedah itu cukup unik kerana boleh menanam pelbagai jenis tumbuhan tanpa perlu menggunakan tanah sebaliknya sekadar menggunakan bekas takungan atau akuarium.

''Bagi saya tanaman ini cukup mudah dan senang untuk diusahakan dan kaedah ini di Jawa Timur belum diperkenalkan lagi.

''Saya lihat kita boleh tanam apa sahaja jenis pokok tanpa menggunakan tanah sekadar dengan takungan air di samping boleh membela ikan," ujarnya.

Katanya, lebih menarik tanaman itu boleh ditempatkan di mana-mana ruang di dalam rumah sama ada di ruang tamu atau di dapor.

Penduduk cemas rumah dinaiki air

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN9@utusan.com.my

RUMAH Azmi Din yang diselaputi lumpur selepas dilanda banjir di Kampung Ulu Senaling, kelmarin. - utusan/ MOHAMAD AIZIM BAHARON

KUALA PILAH 30 Okt. - Beberapa penduduk di Kampung Ulu Senaling dekat sini cemas selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat, sekali gus menyaksikan kejadian pertama berlaku dalam tempoh 60 tahun.

Penduduk malang, Azmi Din, 57, berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan dipercayai terjadi selepas kerja penebangan dan penanaman pokok kelapa sawit di kawasan Selaru dekat sini.

''Saya terjaga selepas tabung duit cucu terjatuh ke dalam lopak air. Apabila bangun, saya lihat rumah sudah dinaiki air pada pukul 1 pagi semalam," katanya di sini hari ini.

Kata Azmi, walaupun sebelum ini berlaku hujan lebat, tidak pernah berlaku banjir seperti ini dan hanya air bertakung di luar kawasan rumah.

''Lihatlah, banyak barangan yang rosak, rumah dipenuhi lumpur. Alhamdulillah, kami bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya sambil menganggarkan kerugian hampir RM10,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampung berkenaan, Mohd. Radzi Abd. Manap memberitahu, punca berlaku kejadian banjir lumpur disebabkan penebangan dan penanaman kelapa sawit di kawasan Selaru.

''Air lumpur dari kawasan tersebut telah memasuki Sungai Ulu Senaling dan menyebabkan beberapa rumah dinaiki air. Ini perlu diatasi segera kerana keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini," jelasnya.

Kata Mohd. Radzi lagi, bukan rumah Azmi sahaja yang terlibat dalam kejadian banjir ini, tetapi turut melibatkan sebuah lagi rumah penduduk, Zaleha Ismail.

''Hujan lebat dan air deras telah menyebabkan bilik air di rumah Zaleha dihanyutkan kerana hakisan tanah," tegasnya.

Dalam pada masa sama, sebanyak lapan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Pilah diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Adnan Awalluddin telah membantu membersihkan lumpur di rumah Azmi menggunakan kemudahan peralatan bomba.

''Kami bukan sahaja membantu individu yang terlibat dalam kemalangan tetapi menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir. Dengan bantuan ini, kami harap dapat meringankan beban mangsa banjir," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Masjid jadi tarikan pelancong

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Masjid Kapitan Keling dibangunkan oleh Caudeer Mohuden bagi kemudahan kaum India Muslim yang datang berniaga ke Pulau PInang lebih 200 tahun lalu kini antara masjid tercantik di negeri tersebut . - utusan/ISMAIL KAMADIN.

PULAU PINANG 30 Okt. - Georgetown sememangnya amat dikenali dalam peta pelancongan kerana status bandar Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) pada 2008.

Atas faktor berkenaan, bandar ini menerima kunjungan lebih sejuta pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun yang mahu menyaksikan sendiri keistimewaan sebenar bandar yang mempunyai lebih 500,000 penduduk itu.

Tumpuan utama sudah pasti terarah pada bangunan-bangunan lama yang memayungi hampir segenap pelosok bandar selain beberapa lokasi pelancongan menarik lain dan kepelbagaian makanan yang terdapat di negeri ini.

Ketika ini kebanyakan bangunan lama yang terdapat di sini dijadikan sekolah, pusat pentadbiran kerajaan, balai polis, hotel, pusat beli-belah, pejabat pos, kuil dan gereja termasuk sebuah kota yang didirikan Francis Light di Padang Kota Lama.

Namun daripada lebih 12,000 buah bangunan lama yang terdapat di Georgetown, terdapat puluhan masjid yang turut menjadi tarikan dan meningkatkan lagi status bandar ini sebagai lokasi percutian yang mempunyai pelbagai sejarah tamadun bangsa dan agama.

Salah satu daripadanya yang menjadi tumpuan ialah Masjid Kapitan Keling yang terletak di persimpangan Lebuh Buckingham dan Jalan Masjid Kapitan.

Masjid yang dibina pada kurun ke-19 itu boleh dikatakan sebagai lokasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke negeri yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara itu.

Binaan masjid tersebut berunsurkan campuran seni bina Islam dan Monggol yang mula dibina pada 1801.

Bangunan tersebut merupakan antara masjid tertua di negeri ini dan mampu menampung lebih 500 jemaah pada satu-satu masa.

Selain berfungsi sebagai tempat beribadat, masjid berkenaan juga dijadikan tempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan oleh penduduk sekitar terutama bagi golongan India Muslim.

Setiap minggu pelbagai program diadakan di situ termasuk pameran, kerja amal seperti memberi makanan kepada orang gelandangan selain terdapat sebuah muzium mini.

Pengurusan masjid tersebut juga 'mesra' kepada pelancong dengan turut membenarkan pelancong bukan Islam melawat ke dalam kawasan-kawasan tertentu di dalamnya sama seperti di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pihak pengurusan masjid menyediakan jubah kepada pelancong wanita supaya tuntutan menurut aurat dalam kawasan masjid dilaksanakan di situ.

Dianggarkan lebih 100,000 pelancong asing melawat masjid itu setiap tahun dengan majoritinya dari Eropah, Australia dan Jepun.

Seorang pelancong Australia, Rebecca Voulkulos, 25, berkata, dia tertarik untuk melawat masjid berkenaan setelah membaca risalah mengenainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Seni binanya menarik dan kawasan sekitar dijaga rapi dan bersih. Saya berasa sangat dialu-alukan apabila menerima layanan mesra malah turut dibenarkan masuk ke bahagian tertentu dalam masjid.

"Ini membuatkan kunjungan saya ke negara ini lebih bermakna dan sudah pasti banyak lagi tempat lain yang ingin saya kunjungi selepas ini," katanya.

Bagi pelancong tempatan pula, terdapat satu lagi tarikan istimewa di kawasan masjid tersebut menjelang pukul 10 malam.

Ini kerana sebuah kedai nasi kandar yang cukup popular iaitu Nasi Kandar Beratur terletak di penjuru pintu masuk masjid berkenaan yang dikunjungi ramai pelanggan setiap malam.

Ada yang sanggup beratur sepanjang hampir 100 meter semata-mata mahu menikmati nasi kandar di situ.

Populariti nasi kandar berkenaan turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengambil peluang menikmatinya ketika melakukan lawatan kerja ke sini awal tahun ini.

Jelaslah Masjid Kapitan Keling turut memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi penduduk Islam di kawasan berkenaan kerana lawatan ke situ pasti akan diakhiri dengan acara membeli-belah di sekitar kedai-kedai pakaian dan emas yang terdapat di situ.

Selain Masjid Kapitan Keling, beberapa masjid lain di tengah bandar ini turut menarik perhatian pelancong seperti, Masjid Jamek Simpang Enam yang terletak di Jalan Macalister, Masjid Jamek Titi Papan (Jalan Burma), Masjid Jamek Benggali (Lebuh Leith), Masjid Jamek Alimshah Walley (Lebuh Chulia), Masjid Jamek Lebuh Acheh dan Masjid Jamek Jalan Hutton.

Kelab usahawan di seluruh Kedah

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Mohd. Ali Mohd. Rustam memberi sumbangan zakat kepada Roslan Md. Daud yang cacat penglihatan dalam program Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bersama penduduk Simpang Tiga Sungai Limau di Pusat Daerah Mengundi Simpang Tiga, Jerai, Kedah, semalam.

JERAI 30 Okt. - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), akan menubuhkan Kelab Usahawan PUNB di seluruh negeri bagi menyediakan ruang kepada para usahawannya untuk berhubung dan menyokong antara satu sama lain.

Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penubuhan kelab berkenaan juga bertujuan memberi inspirasi kepada usahawan dan seterusnya menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli.

"Menerusi kelab ini, para usahawan bukan sahaja dapat memantapkan hubungan silaturahim malah dapat menggunakan platform ini untuk bertukar dan berkongsi sebarang permasalahan serta pengalaman perniagaan melalui sesi perkongsian ilmu, bengkel dan jaringan sosial," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama, usahawan PUNB Kedah dan penyampaian zakat perbadanan itu di Sungai Limau di sini hari ini.

Pada majlis itu PUNB turut menyampaikan zakat kepada 30 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menurut Mohd. Ali, penubuhan Kelab Usahawan PUNB turut memberi manfaat kepada usahawan untuk mendapatkan idea-idea perniagaan baharu yang kreatif dan inovatif menerusi perbincangan untuk dikongsi bersama.

"Semua perancangan ini memerlukan sokongan semua pihak terhadap usaha yang dijalankan kerajaan untuk membela nasib rakyat.

"Kedah merupakan negeri pertama menubuhkan kelab ini. Selain menubuhkan di negeri-negeri, kita juga merancang untuk menubuhkannya mengikut beberapa industri seperti perniagaan emas," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat 25 Oktober lalu, PUNB telah membeli sebanyak 102 unit premis perniagaan yang bernilai secara keseluruhan kira-kira RM113 juta.

Di Kedah, katanya, sebanyak lima unit telah dibeli oleh perbadanan itu dengan nilai pelaburan sebanyak RM2.62 juta.

Rakyat sudah lama idam pusat tahfiz

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Sebuah rumah dilekat dan digantung penuh dengan bendera Barisan Nasional di Kepala Simpang Sedaka, Sungai Limau, Yan Kedah semalam. - utusan/Kamal Basir

JERAI 30 Okt. - Rancangan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim untuk membina sebuah pusat tahfiz agama dan sains di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau disambut baik oleh rakyat di kawasan tersebut.

Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia menyuarakan hasrat masing-masing yang sudah lama mengimpikan sebuah pusat tahfiz di kawasan tersebut.

Penduduk, Azizah Nayan, 53, berkata, ketika ini dia terpaksa menghantar anaknya berusia 13 tahun ke sebuah pusat tahfiz di Alor Setar dan berpendapat langkah itu amat baik dalam melahirkan generasi muda berakhlak tinggi dan menghafal al-Quran.

"Memanglah di sini sudah ada pusat tahfiz namun tidak salah untuk menambah bilangan sedia ada supaya ibu bapa dapat membuat pilihan terbaik untuk anak-anak.

"Ini juga memberi peluang kepada penduduk di kawasan ini menghantar anak mereka ke pusat tahfiz di sini tanpa perlu pergi ke luar kawasan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kamarudin Awang, 49, berkata, dengan latar belakang pendidikan dan kerjaya sebagai ahli akademi, dia yakin Dr. Ahmad Sohaimi mampu melaksanakan perancangan tersebut dengan baik.

Ujarnya, perancangan calon BN itu juga sekali gus dapat memenuhi keperluan pendidikan di kawasan DUN Sungai Limau.

"Bukan sahaja memberi pendidikan agama kepada penduduk malah apabila pusat tahfiz ditubuhkan di sini kelak ia juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Rokiah Abdul Razak, 58, memberitahu, sebagai rakyat dia mengharapkan sebuah pusat tahfiz yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Dia berkata, kebanyakan pusat tahfiz yang dibina oleh pihak swasta menyebabkan tidak semua golongan terutama kurang berkemampuan mampu menanggung kos yuran dan perbelanjaan.

"Apa yang saya dengar yuran setiap bulan RM200 jadi kalau yang berpendapatan rendah memang tidak mampu hantar anak ke sana.

"Kalau beliau (Dr. Ahmad Sohaimi) mahu membinanya biarlah yang dibiayai oleh kerajaan atau separuh-separuh," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Halang pemaju: 6 wakil rakyat DAP ditahan di Nilai

Posted: 31 Oct 2013 02:14 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN 31 Okt. - Enam wakil rakyat DAP negeri ini ditahan selepas enggan keluar dari dalam sebuah dewan lama di Kampung Hakka, Mantin dekat sini selepas beberapa kali diminta oleh polis meninggalkan kawasan bagi kerja merobohkan rumah setinggan di kawasan itu.

Enam wakil rakyat DAP itu bersama beberapa aktivis propembangkang bertindak duduk di dalam dewan berkenaan walaupun kerja itu sepatutnya dimulakan sejak 9 pagi ini, tertangguh hampir tiga jam.

Wakil rakyat DAP yang ditahan terdiri daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J. Arulkumar; ADUN Senawang, P. Gunasekaran (Senawang); ADUN Bahau, Chew Seh Yong (Bahau) dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, pihak polis yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan aktivis dan wakil rakyat berkenaan agar bersurai tetapi mereka enggan.

"Semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju. - UTUSAN ONLINE

Setiap hari 60 orang bankrap Malaysia - Menteri

Posted: 31 Oct 2013 01:55 AM PDT

PUTRAJAYA 31 Okt. - Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Katanya, kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.

"Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap," katanya.

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Rohana Abd Malek.

Katanya, sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.

Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).

Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor.

Katanya, di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masyarakat menjadikan kebankrapan sebagai pelindung dengan memfailkan permohonan kebankrapan dan membuat penstrukturan semula hutang.

"Budaya inilah yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat kita. Kita tidak mahu rakyat yang hanya tahu berhutang tetapi akhirnya lari daripada tanggungjwab pinjaman yang telah dibuat.

"Bagi Januari hingga September sahaja, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahmakah.

"Daripada jumlah tersebut 99.2 peratus (27,210 kes) petisyen kebankrapan dibuat oleh pemiutang, manakala 221 kes (0.8 peratus) sahaja petisyen kebankrapan dipohon penghutang sendiri," katanya.

Bagi mereka yang mengalami bebanan hutang dan kesukaran membayar balik jumlah hutang yang tinggi, katanya kerajaan di bawah Bank Negara telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP)yang berperanan dalam pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan pengurusan kredit.

Selain itu, katanya, undang-undang kebankrapan sedia ada juga sedang dalam proses pembaharuan agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa kebankrapan. - BERNAMA

Masalah kurang bekalan diesel akan diselesai - KPDNKK

Posted: 31 Oct 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah ketiadaan bekalan diesel yang dihadapi lebih 100 pengusaha stesen minyak di Lembah Klang pada setiap akhir bulan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah tersebut perlu diberi keutamaan memandangkan masalah kekurangan bahan api itu bukan sahaja membebankan pengusaha tetapi turut melibatkan usahawan dan peniaga kecil yang menggunakannya secara kerap.

"Kementerian akan menyiasat segera aduan berlaku masalah tersebut.

"Siasatan akan dilakukan untuk melihat sama ada kekurangan itu berpunca daripada masalah penghantaran bekalan bahan api terbabit atau disebabkan perkara lain sebelum menyelesaikannya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Saman Bachik bahawa pengusaha stesen minyak di Lembah Klang menanggung kerugian akibat ketiadaan bekalan diesel.

Abu Saman mendakwa masalah itu berlaku pada setiap akhir bulan sejak Jun lalu dan mengakibatkan semua pengusaha stesen minyak di Lembah Klang berhadapan dengan risiko kehilangan pelanggan selain berdepan kemarahan pengguna.

Beliau juga memberitahu masalah sama juga berlaku di tempat lain seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Minyak masak kitar semula

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kembang ekonomi berasas syariah

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved