Sabtu, 17 Ogos 2013

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Televisyen masih relevan

Posted: 17 Aug 2013 06:29 AM PDT

Terlalu leka menonton televisyen juga boleh membuatkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Remaja tidak bosan dengan video

HAKIKATNYA televisyen mempunyai tarikan tersendiri buat para remaja dan ia tidak mampu ditangani oleh subjek lain seperti facebook, twitter dan instagram.

Wartawan penyiaran TV Al Hijrah, Raja Nooranis Sufiya (gambar), 21, berpendapat, remaja dilihat tidak dapat dipisahkan dengan televisyen walaupun pada masa yang sama aktif berblogging mahupun chatting melalui laman sosial. Ini kerana katanya televisyen menyiarkan 100 peratus video.

Seperti yang kita tahu, video adalah subjek yang sentiasa bertukar-tukar dalam setiap saat dan semestinya tidak membosankan sesiapa sahaja yang menontonnya," katanya.

Selain itu, percaturan stesen televisyen menyiarkan drama-drama dan filem yang dibintangi artis-artis terkenal yang tampan dan menawan serta bakat-bakat baharu membuatkan para remaja terutama perempuan tidak mahu melepaskan peluang mengikuti bakat lakonan mereka melalui rancangan yang disiarkan.

Tambahan pula bagi remaja yang gemar mengikuti gaya artis-artis pujaan, mereka pasti akan mengingati setiap gerak-geri dialog yang dituturkan dan digunakan semula dalam komunikasi seharian.

Bermaafan kukuhkan silaturrahim keluarga

Posted: 17 Aug 2013 06:29 AM PDT

SALING bermaafan sesama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sempena sambutan Aidilfitri dapat mengeratkan silaturahim yang terjalin. - Gambar Hiasan

SETELAH sebulan berpuasa, menahan dahaga, lapar dan nafsu serakah dalam bulan Ramadan, kini tibalah masa untuk kita meraikan hari kemenangan buat umat Islam yang berada di Malaysia.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menggalakkan saudara sekalian agar mengambil kesempatan pada hari mulia ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kejiranan supaya ia lebih utuh di masa akan datang, bukan sekadar pada hari raya sahaja.

Selain itu, marilah kita mengekalkan hubungan dengan Allah SWT yang telah dibina sepanjang bulan Ramadan.

Semoga segala amal jariah pada bulan lalu diteruskan pada bulan akan datang. Insya-Allah!

Ampun dan maaf andai terkasar bahasa dalam bicara, tersilap bicara semasa bersama dan termarah yang tak kena tempatnya.

Jika sebarang pertanyaan yang tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpekik kuat di telinga atau terambil harta dan benda sebelum ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan.

Semoga hari yang berbahagia ini disambut meriah oleh seluruh warga Islam dan semoga hubungan baik ini diteruskan sepanjang hayat.

Di hari yang mulia ini, ku hulur sepuluh jari memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana diri ini masih bernama manusia, pastinya tak terlepas daripada membuat dosa.

Semoga dimaafkan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

WAN AZLI WAN MAHMOOD

Kerteh, Terengganu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mangsa kebakaran terpaksa pindah

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Mangsa kebakaran di Kampung Chubadak, Sentul bukan dipaksa berpindah dari pusat perlindungan, sebaliknya mereka terpaksa dipindah berikutan tempat itu ditempah lebih awal untuk majlis perkahwinan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika memperjelas isu yang dimuat dalam artikel Malaysiakini semalam bertajuk \Mangsa Kebakaran Dipaksa Pindah Dari Pusat Perlindungan\, dan \Menteri Digesa Timbang Rayuan Mangsa Kebakaran\.
"Mangsa kebakaran di Kampung Chubadak ini, yang ditempatkan di Pusat Komuniti Taman Ibukota, terpaksa berpindah kerana tempat itu akan diguna untuk kenduri perkahwinan dan telah ditempah lebih awal. Pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sebelum ini telah menawarkan rumah kepada mangsa tersebut di PPR (Projek Perumahan Rakyat) Bukit Jalil pada 13 Ogos yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kebakaran di Kampung Chubadak berlaku pada 8 Ogos lepas, ketika umat Islam mula menyambut Aidilfitri dan selang dua hari kemudian, Kampung Puah Bahagia pula terbakar, menyebabkan 31 rumah setinggan musnah.
Tengku Adnan berkata, semua keluarga mangsa kebakaran yang bersetuju untuk berpindah akan menerima sagu hati perpindahan sebanyak RM1,000 serta bantuan bencana RM300 daripada DBKL selain disediakan lori bagi membantu mereka berpindah ke PPR Bukit Jalil.
"Saya juga telah menyampaikan bantuan ihsan sebanyak RM500 dan pihak Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyampaikan bantuan sebanyak RM300 kepada keluarga mangsa terlibat. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah menyampaikan bantuan sebanyak RM3,000 kepada keluarga mangsa terlibat," katanya.
Tengku Adnan berkata mangsa kebakaran yang setuju berpindah akan turut ditawar membeli rumah berkenaan dan pihak Yayasan Wilayah Persekutuan akan menyediakan kemudahan pinjaman bagi urusan pembelian.
"Rumah yang ditawarkan untuk disewa di PPR Bukit Jalil juga akan dipasang kemudahan elektrik dan air serta-merta, serta dikecualikan bayaran sewa selama tiga bulan.
"Bagi keluarga yang bersetuju untuk berpindah juga dan mempunyai masalah berkenaan persekolahan anak, pihak DBKL akan membantu menyediakan perkhidmatan bas dari PPR Bukit Jalil ke stesen LRT dan Monorel berdekatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, DBKL akan mempertimbang untuk menyediakan rumah di kawasan berdekatan, jika terdapat kekosongan. - BERNAMA

Rumah staf stesen tv hangus

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Mahadi Abdullah melihat perabot di dalam rumahnya yang musnah dalam kebakaran di tingkat 20 Kuaters Kerajaan Blok H di Jalan Duta, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Sebuah rumah didiami seorang kakitangan sebuah stesen televisyen musnah dalam kebakaran di tingkat 20 Blok H Kuarters Kerajaan, Jalan Duta di sini hari ini.

Unit apartmen mangsa yang terletak di tingkat 20 itu dikatakan terbakar selepas percikan bunga api menyambar kain dalam bilik tengah kediaman tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari.

Kejadian itu disedari oleh jiran yang tinggal di Blok G setelah melihat api marak dalam bilik berkenaan lalu menjerit meminta keluarga mangsa segera keluar menyelamatkan diri.

Seorang penduduk, Zainal Sharif berkata, dia yang tinggal di tingkat 15 blok yang sama, terdengar bunyi bising jeritan penghuni di bangunan bersebelahan memaklumkan mengenai kebakaran itu ketika sedang menonton televisyen di rumahnya.

"Saya terus keluar ke balkoni dan terkejut melihat api sedang marak di sebuah rumah di tingkat paling atas.

"Saya kemudian naik ke tingkat 20 untuk membantu keluarga tersebut dan sempat membawa keluar anak-anak mereka dan barang berharga," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Japari Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.09 tengah hari dan tiba di lokasi kebakaran dalam tempoh 10 minit.

"Api berjaya dikawal daripada merebak dalam masa 20 minit tetapi rumah tersebut musnah 100 peratus.

"Sebuah rumah terletak bersebelahan pula hanya terbakar lima peratus iaitu bahagian balkoni," katanya.

Menurut Japari, kebakaran bermula dari bilik tengah dan ketika kejadian pemilik rumah sedang tidur dalam sebuah bilik manakala isterinya memasak.

Beliau berkata, kesemua ahli keluarga berkenaan termasuk anak berusia dua hingga lapan tahun sempat menyelamatkan diri.

Persatuan penjaja akhbar rai vendor

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Dr. N. Muneandy (empat dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif ABN Sdn. Bhd., Tan Sri K. K. Eswaran (empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam dalam majlis makan malam di Klang, semalam.

KLANG 17 Ogos - Seramai 400 vendor dan ahli keluarga hadir dalam majlis makan malam ke-18 anjuran Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam di Klang Executive Club semalam.

Presiden Persatuan Penjaja Orang India Selangor dan Wilayah, Datuk Dr. N. Muneandy berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara pihak persatuan dan pengedar-pengedar akhbar.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam, M. Perumal manakala Utusan Melayu (M) Berhad diwakili oleh Pengurus Kanan Pengedarannya, Rosman Zulkifli dan Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah, Mohd. Azman Mansor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Suspek ada lebih 10 rekod jenayah

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

AZMAN Ayob menunjukkan kapak dan jaket SRS iaitu antara barangan yang dicuri dari stor simpanan barang SRS, pada sidang akhbar di IPD Muar, Johor, semalam.

MUAR 16 Ogos - Salah seorang daripada dua suspek yang ditahan kerana terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Mawar, Jalan Abdul Rahman di sini, Rabu lalu didapati mempunyai lebih 10 rekod kesalahan lampau.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek berusia 46 tahun itu telah melakukan pelbagai kegiatan jenayah sejak 1983 antaranya tiga kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.

"Tiga rekod lagi adalah di bawah Seksyen 454 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi. Selain itu, suspek juga memiliki tiga rekod kerana kesalahan dadah serta satu rekod di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, suspek dan rakannya yang berusia 50 tahun ditangkap semasa memecah masuk rumah ketika penghuninya pulang berhari raya di kampung.

Kejadian itu disedari jiran mangsa yang curiga dengan gerak-geri mereka yang datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta lalu menghubungi polis.

Kedua-duanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kemudian diberkas masing-masing di dalam kereta dan rumah sebelum sempat melarikan barangan berharga.

Azman seterusnya berkata, rakan suspek yang berusia 50 tahun pula memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta, polis merampas serangkai kunci kereta, sebatang kayu cota, playar, kuku kambing dan sebuah beg sandang.

"Susulan itu polis menyerbu rumah mereka di Alai, Melaka dan merampas 18 barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah iaitu sebuah komputer riba, sembilan utas jam tangan pelbagai jenama, satu sistem kedudukan global (GPS), sebuah beg yang mengandungi lesen memandu dan sebuah komputer tablet berjenama Samsung," ujar beliau.

Tambah Azman, kedua-dua suspek yang positif dadah jenis syabu direman sehingga Ahad ini dan dengan penangkapan mereka, polis percaya telah dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah di daerah ini dan Melaka Tengah sepanjang tahun lalu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis turut menyiasat jika mereka terlibat dalam jenayah lain," katanya.

UMNO Sekijang bakal saksi persaingan sengit

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

Baharum Mohamed (enam dari kiri) bersama tetamu yang hadir sewaktu Majlis Rumah Terbuka anjuran UMNO Sekijang di Bukit Siput, Segamat, malam kelmarin.

SEGAMAT 16 Ogos - Pemilihan UMNO Bahagian Sekijang kali ini dijangka sengit kerana beberapa pemimpin bahagian itu menawarkan diri untuk merebut jawatan penting terutamanya jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Ketuanya, Datuk Baharum Mohamed berkata, beliau bersedia untuk dicabar dan dalam masa sama mempertahankan jawatannya di dalam UMNO jika mendapat sokongan daripada akar umbi di Sekijang.

"Saya telah mendapat sokongan daripada mereka yang berkepentingan di dalam UMNO sendiri yang meminta agar mengekalkan jawatan. Pada pemilihan kali ini saya akan kekal bertanding di atas tiket jawatan yang sama.

"Walaupun ramai yang menginginkan kerusi panas ini, merupakan suatu perkara yang normal. Walaupun saya bukan lagi Ahli Parlimen, namun saya tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui semasa sambutan Rumah Terbuka anjuran UMNO Sekijang di Bukit Siput di sini kelmarin.

Baharum percaya masih ada yang memberi sokongan kepadanya dalam perjuangan parti membela nasib bangsa.

Menurutnya, pemilihan dan pertandingan dalam mana-mana parti politik tidak dapat lari daripada krisis dalaman antara ahlinya, namun perkara sedemikian tidak berlaku dalam UMNO dan hanya dapat disaksikan dalam kalangan pakatan pembangkang.

"Hal ini (krisis) bagi saya tidak menjadi masalah kerana di mana sahaja pun kita pergi, pasti kita akan menghadapi masalah yang sama dan saya ambil perkara ini dari sudut positif," katanya.

"Menang kalah terpulang kepada sokongan orang ramai dan saya tidak mendabik dada sekiranya diberi peluang sekali lagi menerajui UMNO Sekijang. Penambahbaikan dan pembaharuan merupakan perkara konsisten yang berterusan telah saya lakukan pada musim lalu dan kami mengungguli kategori 'Juara Rakyat' dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini," katanya lagi.

Justeru, Baharum mengharapkan persaingan yang bakal berlaku akan berlangsung secara sihat dan keputusan pemilihan kelak harus diterima dengan lapang dada untuk meneruskan perjuangan parti dalam membela nasib rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sistem pengairan dinaik taraf - Tajudin

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@yahoo.com

TAJUDIN Abdul Rahman (kiri) ditemani beberapa pegawai dan kakitangan kementeriannya meninjau sebahagian kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di Seberang Perak, Pasir Salak, semalam.

PASIR SALAK 16 Ogos - Kira-kira 6,000 petani terutama pesawah di sekitar Seberang Perak dan Sungai Manik yang menghadapi masalah bekalan air kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf sistem pengairan di kawasan itu.

Berita baik itu diumumkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajudin Abdul Rahman ketika mengadakan lawatan di kawasan sawah padi Seberang Perak, di sini hari ini.

Tajudin berkata, kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan kawasan seluas 6,318 hektar di Mukim Sungai Manik dan Labu Kubong termasuk membaiki tali-tali air di kawasan berkenaan.

"Masalah utama yang dihadapi oleh petani ialah berlaku kehilangan air melalui resapan tanah di sepanjang tali air selain mendapan serius berpunca daripada hakisan tebing.

"Justeru, tujuan projek ini adalah untuk menaik taraf sistem pengairan sedia ada agar dapat membekalkan air yang mencukupi untuk seluruh kawasan pengairan Sungai Manik dan Seberang Perak," katanya kepada pemberita selepas lawatan tersebut.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Menurut Tajudin, langkah tersebut wajar diambil memandangkan masalah kekurangan air akan mengurangkan pendapatan petani sekali gus menjejaskan matlamat untuk meningkatkan hasil padi daripada 3.5 tan metrik sehektar kepada 6.5 tan metrik sehektar.

Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di beberapa kawasan sekitar Sungai Manik pada 2009 melalui lima fasa dan disiapkan sepenuhnya pada 2011 dengan kos RM70.7 juta.

"Saya harap pelaksanaan projek seumpama ini bukan sahaja dapat memudahkan petani, malah mampu meningkatkan pendapatan mereka dan menyumbang kepada perkembangan sektor pertanian secara keseluruhan," ujarnya.

Kes tembak: Bantu polis salur maklumat

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

IPOH 16 Ogos - Polis sering berdepan masalah untuk mendapatkan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat berhubung kes-kes jenayah termasuklah membabitkan kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, meskipun masyarakat sedar mengenai peningkatan jenayah bunuh dan tembak-menembak sebagai sesuatu yang membimbangkan, namun polis sukar mendapatkan kerjasama daripada orang awam termasuk saksi kejadian.

"Apabila kita hendak mendapatkan kerjasama khususnya untuk mereka memberikan keterangan dan lain-lain yang boleh membantu siasatan polis, amat jarang sekali kita dapat.

"Orang ramai seharusnya merasa bertanggungjawab untuk memberi apa jua maklumat termasuk keterangan yang boleh membantu siasatan, justeru kerjasama ini dapat memastikan operasi polis berjalan lebih lancar dan kemas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemakaian pangkat kepada Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam yang dinaikkan pangkat daripada Asisten Komisioner Polis kepada Deputi Komisioner Polis berkuat kuasa 2 Ogos lalu.

Pada majlis tersebut, Mohd. Shukri turut menyampaikan sijil ucapan tahniah kepada Ketua Jabatan Pengurusan Perak, Senior Asisten Komisioner Zulkapli Ahmad; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid; Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abd. Gaffar Muhamad; Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba; Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong dan Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon.

Beliau diminta mengulas mengenai tiga kejadian tembak yang berlaku di negeri ini iaitu di Kampung Simee di sini, Chemor dan Simpang Empat, Semanggol baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Selamat, Mohd. Shukri berkata, hanya tiga rumah yang dilaporkan dipecah masuk sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri setakat ini.

Selain itu katanya, pihak polis juga berjaya mengekalkan penurunan indeks jenayah sebanyak 12.57 peratus untuk lapan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Setakat ini, kita juga telah menyelesaikan sebanyak 52.27 peratus kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis," katanya.

17 peniaga kecil terjejas ekoran kerja baik pulih gerai belum siap

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

ASMAH Azim menunjukkan deretan kedai EMBA yang masih tidak boleh digunakan kerana masalah teknikal hingga menjejaskan perniagaan peniaga di Bagan Ajam, Tasek Gelugor, semalam.

TASEK GELUGOR 16 Ogos - Pendapatan 17 peniaga di premis Ekonomi Melayu Bagan Ajam (EMBA) di Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam di sini terjejas berikutan kerja-kerja baik pulih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pulau Pinang masih belum disiapkan.

Peniaga nasi dan kuih muih, Asmah Azim, 62, berkata, mereka sebelum itu dimaklumkan kerja-kerja berkenaan hanya mengambil masa dua bulan tetapi kini sudah melebihi tempoh tersebut.

"Kerja-kerja baik pulih dimulakan 1 April dan kami diberi jaminan akan siap sepenuhnya hujung Mei lalu.

"Namun sampai sekarang kedai itu baru 90 peratus siap dengan tiada penyaluran bekalan elektrik dan air," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di premis perniagaan terbabit mendapati struktur bangunan telah siap sepenuhnya tetapi disebabkan tiada bekalan elektrik dan air, lot gerai di situ tidak boleh digunakan.

Peniaga minuman, Ronyzam Abdul Ghaffar, 36, pula memberitahu, dia kesal dengan pihak pengurusan projek itu yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk membela nasib peniaga kecil seperti mereka.

"Kehilangan mata pencarian menyebabkan kehidupan kami dibebani dengan masalah hutang termasuk sewa rumah, ansuran bulanan kenderaan dan kos hidup lain.

"Kita hairan apa lagi yang tidak kena dengan proses itu kerana kami difahamkan peruntukan telah disalurkan," ujarnya.

Sementara itu, peniaga nasi berlauk, Saripah Baki, 44, menjelaskan, selain hilang mata pencarian, kehidupannya lima beranak semakin dihimpit kesusahan.

"Saya ibu tunggal yang menyara anak-anak dengan berniaga dan kelewatan menyiapkan kedai ini mengundang pelbagai masalah terutama dari segi pendapatan.

"Kalau kami diberi sagu hati sementara menantikan siapnya gerai ini bolehlah tahan juga tetapi kelewatan mereka menyiapkannya terpaksa kami menanggung kesannya," jelasnya.

Menurut peniaga yong tau fu, Huszaimi Abu Hassan, 40, dia terpaksa berhutang dengan ahli keluarganya untuk menjelaskan pelbagai kos tanggungan kerana hampir tiga bulan tidak dapat berniaga di situ.

Huszaimi berkata, sebelum ini mereka telah beberapa kali bertemu dengan pihak pengurusan projek berkenaan meminta lot kedai disiapkan segera namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

"Kami disuruh bersabar hingga kerja siap sepenuhnya tapi persoalannya sampai bila?" soalnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Trafik perlahan di lebuh raya petang ini

Posted: 17 Aug 2013 03:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa lebuh raya petang ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Jurucakap Plusline, ketika dihubungi Bernama berkata, setakat 5 petang, trafik perlahan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) iaitu dari Subang ke Damansara selepas tol Damansara ke Lebuhraya Sprint.

"Trafik juga perlahan selepas tol Sungai Besi ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) dan kenderaan dilihat bertambah dan meningkat dari Nilai ke Seremban.

"Di utara, trafik sibuk dari tol Juru ke Bukit Tambun, dan perlahan dari Juru ke Seberang Jaya," katanya sambil menambah peningkatan jumlah kenderaan mungkin disebabkan cuti persekolahan berakhir esok, dan orang ramai yang keluar untuk ke rumah terbuka.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan di beberapa lebuh raya berikutan berlaku kemalangan.

"Kemalangan berlaku dari Sungai Petani Utara ke Gurun di Kilometer 87.4, Kuala Kangsar ke Ipoh di Kilometer 265.7, arah ke Universiti Putra Malaysia di Kilometer 308.8 dan Simpang Renggam ke Macap di Kilometer 64.4. Ini mengakibatkan trafik bergerak perlahan," katanya.

Jurucakap itu berkata, trafik juga perlahan sebelum tol Skudai, Johor dan kenderaan dilihat mula bertambah di pertengahan jambatan Pulau Pinang namun trafik masih terkawal.

"Bagaimanapun, dari Kuala Lumpur ke Karak, trafik masih lancar ketika ini," katanya. - BERNAMA

Rompak: Mufti Perlis ceritakan 5 jam tunggu rawatan di HUS

Posted: 17 Aug 2013 02:55 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

KUCHING 17 Ogos - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menceritakan bagaimana beliau yang menjadi mangsa rompak di rumahnya di Samariang di sini awal pagi semalam, terpaksa menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) harus dipertingkatkan kerana ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Dr. Juanda meminta kerajaan menempatkan lebih ramai anggota polis di Balai Polis Gita di sini bersesuaian dengan peningkatan jumlah penduduk dan keluasan kawasan kawalan.

Dalam kejadian semalam, beliau mengalami detik-detik cemas apabila kediamannya di Samariang dirompak dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.

Beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak. - UTUSAN ONLINE

Perkasa kutuk tindakan kejam di Mesir

Posted: 17 Aug 2013 02:30 AM PDT

Oleh MD. AZRIN ROSLY

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim haram Mesir yang telah membunuh rakyatnya sendiri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, apa yang dilakukan oleh rejim haram Mesir ke atas para penyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi tersebut adalah di luar batas-batas atau nilai-nilai kemanusiaan.

"Penggunaan senjata oleh sebuah rejim terhadap rakyatnya sendiri adalah perbuatan bacul dan dayus yang wajib dikecam oleh keseluruhan tamadun kemanusiaan yang cintakan keamanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Angka kematian berikutan kekejaman yang berlaku terus meningkat dengan semalam, sekurang-kurangnya 70 orang lagi maut selepas beberapa pertempuran berlaku di antara penyokong Mohammed Mursi dan pasukan keselamatan di bandar-bandar utama negara itu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Dua penjenayah samun penyambut tetamu

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN9@utusan.com.my

KUALA PILAH 16 Ogos - Dua penjenayah menggunakan taktik berpura-pura bertanyakan bilik hotel sebelum bertindak menyamun seorang penyambut tetamu lelaki di sebuah hotel, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia 23 tahun sedang bertugas di kaunter pertanyaan sebelum muncul kedua-dua suspek dan bertanyakan sekiranya ada bilik kosong.

Jurucakap polis berkata, tiba-tiba salah seorang suspek mengeluarkan sebilah parang dan mengacukan ke leher mangsa seterusnya melompat masuk ke dalam kaunter itu.

"Suspek kemudian mengambil wang tunai berjumlah RM400 yang disimpan dalam sebuah peti besi di kaunter berkenaan. Mereka kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah," katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abdul Rahim ketika mengesahkan kes itu berkata, identiti suspek sedang dikenal pasti berdasarkan keterangan mangsa dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di hotel berkenaan.

"Kita telah membuat lakaran wajah suspek berdasarkan keterangan mangsa dan rakaman CCTV malah usaha mengesan mereka sedang giat dilakukan," katanya yang memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Anak angkat Bistari terima suntikan semangat

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

IDRIS Haron (tiga dari kiri) turut membaca doa untuk anak-anak angkat Bistari yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah sambil diaminkan oleh Fadilah Abdullah (dua dari kiri) di Ayer Keroh, kelmarin.

MELAKA 16 Ogos - Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Bistari) negeri mengambil inisiatif mendekatkan seramai 67 anak angkatnya dengan pemimpin dalam usaha menyuntik semangat mereka untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik.

Pengerusinya, Datin Fadilah Abdullah berkata, usaha mendekatkan pelajar yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini bersama Ketua Menteri, Datuk Idris Haron akan memberi kegembiraan kepada mereka.

Menurutnya, anak-anak angkat itu turut berpeluang mendengar kata-kata semangat serta pengalaman dilalui Idris semasa zaman kecilnya yang boleh dijadikan panduan serta dorongan kepada mereka.

"Majlis ini juga merupakan tanda sokongan dan tanggungjawab Bistari Melaka dalam memastikan anak-anak angkat berupaya mengulangi kecemerlangan seperti yang dicapai rakan-rakan mereka terdahulu," katanya ketika berucap dalam majlis anak-anak angkat Bistari Melaka bersama pemimpin iaitu 'Tak Kenal Maka Tak Cinta 2013' di Dewan Seri Bendahara, Ayer Keroh, di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Idris turut menyampaikan sumbangan duit raya serta kelengkapan alat tulis bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Jelas Fadilah, anak-anak angkat Bistari yang diraikan itu merupakan kumpulan ketiga anak-anak Melaka yang dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

"PMR merupakan ujian kedua bagi anak-anak angkat ini untuk menunjukkan kemampuan mereka mempertahankan kecemerlangan akademik seperti yang mereka capai dalam UPSR lalu.

"Pertemuan khas ini diharap dapat memberi dorongan dan inspirasi kepada anak-anak ini demi memikul tanggungjawab sebagai aset cemerlang kerajaan negeri," ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar, Muhamad Shafiq Haizad, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad berkata, dia teruja dan berbangga kerana mendapat peluang bertemu serta bersalaman dengan ketua menteri.

"Pengalaman dan panduan yang diberikan beliau banyak memberi manfaat kepada saya dan kawan-kawan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

"Saya berazam untuk belajar sebaik mungkin bagi mendapat keputusan yang cemerlang dan bercita-cita untuk berjaya seperti Datuk Idris suatu masa nanti," katanya.

Seorang lagi pelajar, Syamilia Josli, 15, dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin berkata, program yang dianjurkan itu memberinya lebih semangat untuk berjaya dalam bidang akademik.

"Saya bersyukur dengan segala suntikan yang diberikan terutamanya oleh pemimpin dan berjanji untuk melipatgandakan usaha memberikan yang terbaik dalam peperiksaan dan seterusnya mengharumkan nama Melaka," ujarnya.

Pihak pengurusan SWM siasat lori miliknya rempuh warung

Posted: 16 Aug 2013 10:48 AM PDT

JEMPOL 16 Ogos - Pihak pengurusan SWM Environment Sdn. Bhd. akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kejadian kompaktor (lori sampah) syarikat tersebut merempuh sebuah warung makan dalam satu kejadian di pekan Bahau kelmarin.

Pengurus negerinya, Mahadi Abd. Talib memberitahu, pihaknya amat terkilan dengan kejadian tersebut dan akan cuba mencari jalan penyelesaian.

"Buat masa ini, pemandu yang membawa lori sampah tersebut telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Jempol.

"Bagi pihak SWM pula, kita akan jalankan siasatan tentang kejadian ini dalam masa terdekat. Sekiranya terbukti bahawa kejadian ini berlaku akibat kecuaian pekerja, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terlibat," jelasnya.

Akhbar hari ini melaporkan beberapa pelanggan di sebuah warung terpaksa menyelamatkan diri apabila premis tersebut dirempuh oleh sebuah lori sampah yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

Lori yang mengundur itu merempuh warung dan sebuah motosikal Yamaha LC 135 milik pelanggan.

Malah, dalam kejadian tersebut, seorang pekerja di warung turut tercedera apabila minyak panas dalam kuali mengenai bahagian badannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Utusan Online - Berita Utama

Posted:

Utusan Online - Berita UtamaIkuti berita penuh untuk ruangan Berita Utama menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/ Utusan Online - Berita Utamahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/ 22 terbunuh, 300 lagi cederahttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/lu_04/22-terbunuh-300-lagi-cedera BEIRUT 16 Ogos - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh, manakala lebih 300 cedera dalam satu letupan bom kereta yang menggegarkan kubu kuat pergerakan Hezbollah di selatan ibu negara ini, semalam. Menurut...2013-08-17T01:48:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130817/lu_04/22-terbunuh-300-lagi-cedera </image></item><item><title>Kibar bendera, hayati erti kemerdekaanhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/dn_02/Kibar-bendera-hayati-erti-kemerdekaan SUNGAI PETANI 16 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik atau satu keperluan untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan...2013-08-17T01:48:42+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130817/dn_02/Kibar-bendera-hayati-erti-kemerdekaan </image></item><item><title>Pegawai veterinar didakwa belasah isteri dalam lifhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/je_01/Pegawai-veterinar-didakwa-belasah-isteri-dalam-lif BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Selepas rakaman video perbuatan seorang lelaki membelasah isterinya di dalam lif tersebar di internet, seorang pegawai veterinar hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...2013-08-17T01:48:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130817/je_01/Pegawai-veterinar-didakwa-belasah-isteri-dalam-lif </image></item><item><title>Felda terus cari pelaburanhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/dn_01/Felda-terus-cari-pelaburan PENDANG 16 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus mencari peluang pelaburan baharu yang memberi pulangan lumayan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Felda pada masa akan...2013-08-17T01:48:42+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SAFINA RAMLI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130817/dn_01/Felda-terus-cari-pelaburan </image></item><item><title>UTC sebagai hargai rakyat Kedahhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/dn_03/UTC-sebagai-hargai-rakyat-Kedah ALOR SETAR 16 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah adalah bagi menghargai rakyat negeri ini kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada...2013-08-17T01:48:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd KENYATAAN AKHBARhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/po_01/KENYATAAN-AKHBAR * KEBELAKANGAN ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua...2013-08-17T01:48:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd DAP tiada kredibiliti - PMhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/po_02/DAP-tiada-kredibiliti---PM PENDANG 16 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi, namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut...2013-08-17T01:48:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Op Selamat dipertingkathttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/je_02/Op-Selamat-dipertingkat SEREMBAN 16 Ogos - Meskipun kelonggaran dan advokasi diberikan dalam kempen keselamatan jalan raya sekarang, namun jumlah kematian yang terus meningkat direkodkan menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)...2013-08-17T01:48:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130817/je_02/Op-Selamat-dipertingkat </image></item><item><title>Mufti Perlis dirompakhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/je_03/Mufti-Perlis-dirompak KUCHING 16 Ogos - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya dan isteri melalui detik-detik cemas apabila kediaman mereka di Jalan Sultan Tengah, di sini disamun dua perompak bersenjatakan pedang samurai pagi...2013-08-17T01:48:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Suri rumah dituduh dera amahhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/ma_01/Suri-rumah-dituduh-dera-amah PETALING JAYA 16 Ogos - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan memukul serta menyimbah...2013-08-17T01:48:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh UMAVATHI RAMAYAH<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130817/ma_01/Suri-rumah-dituduh-dera-amah </image></item><item><title>Pemandu teksi suspek kes tembak mati pengasas AmBank didakwahttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/ma_02/Pemandu-teksi-suspek-kes-tembak-mati-pengasas-AmBank-didakwa KUALA LUMPUR 16 Ogos - Susulan kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi bulan lalu, seorang pemandu teksi yang dipercayai membawa suspek meninggalkan tempat...2013-08-17T01:48:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Patuhi sistem francaisorhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/ek_01/Patuhi-sistem-francaisor KUALA LUMPUR 16 Ogos - Industri francais tempatan perlu mengutamakan pematuhan sistem agar lebih berdaya maju setanding dengan produk francais luar negara. Ini kerana, kebanyakan operasi francais yang gagal...2013-08-17T01:48:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Ekonomi/ek_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130817/ek_01/Patuhi-sistem-francaisor </image></item><item><title>MAA hantar kertas cadanganhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/ek_02/MAA-hantar-kertas-cadangan KUALA LUMPUR 16 Ogos - Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bagi memohon lanjutan pengecualian cukai eksais dan import terhadap kereta hibrid serta elektrik...2013-08-17T01:48:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Ekonomi/ek_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130817/ek_02/MAA-hantar-kertas-cadangan </image></item><item><title>Mengapa pinjaman PKS sukar diluluskan?http://www.utusan.com.my/utusan//20130817/ek_03/Mengapa-pinjaman-PKS-sukar-diluluskan PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia dan institusi kewangan lazimnya bersedia untuk membantu mereka berkembang maju dengan menyediakan pelbagai...2013-08-17T01:48:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd LUQMAN ZUHDI merupakan Ketua Perbankan Perniagaan & Pembangunan Bumiputera, OCBC Al-Amin Bank Berhad.70 maut keganasan baharuhttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/lu_01/70-maut-keganasan-baharu KAHERAH 16 Ogos - Sekurang-kurangnya 70 orang maut dalam pertumpahan darah terbaharu di Mesir hari ini selepas beberapa pertempuran berlaku di antara penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi dan pasukan...2013-08-17T01:48:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0817/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130817/lu_01/70-maut-keganasan-baharu </image></item><item><title>Banyak jenazah masih belum dikenalpastihttp://www.utusan.com.my/utusan//20130817/lu_02/Banyak-jenazah-masih-belum-dikenalpasti KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan menyebabkan beribu-ribu...2013-08-17T01:48:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved