Ahad, 11 Ogos 2013

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mark mencintai pelampung naga

Posted: 11 Aug 2013 01:43 AM PDT

SETIAP hari, Mark akan meluangkan masa dengan pelampung-pelampung miliknya walaupun sibuk.

PELAMPUNG berbentuk haiwan seperti ikan lumba-lumba sememangnya comel dan menceriakan aktiviti riadah di kolam renang terutama bagi kanak-kanak.

Namun, bagi lelaki berusia 20 tahun dari California, Amerika Syarikat, pelampung haiwan bukanlah sekadar peneman di kolam renang, dia menganggap ia seperti 'teman rapat'.

Mark mempunyai 15 pelampung haiwan yang besar pelbagai rupa di rumahnya. Antaranya ikan paus, ikan jerung, buaya dan naga.

Malah dia jatuh cinta dengan salah satu koleksinya dan bersedia untuk berkahwin dengannya!

Ia bukan rekaan, Mark benar-benar jatuh cinta dengan pelampung haiwan berupa naga berwarna kuning yang diberi nama Lila.

Persahabatan aneh Mark bermula ketika dia berusia 14 tahun sewaktu pertama kali membeli pelampung ikan paus untuk kolam renang rumahnya kerana berasa kurang mendapat kasih sayang daripada ibunya.

Sejak itu, dia begitu obses dengan 'rakan' plastiknya itu dan menurut Mark setiap daripada rakannya itu mempunyai personaliti sendiri seperti ada yang gemar mendengar muzik dan ada yang suka tidur.

Setiap hari, Mark akan memanjakan pelampung-pelampung miliknya dengan memeluk, mencium, berbual malah memasakkan makanan dan keutamaan pastilah untuk cinta sejatinya, Lila.

Dia tidak sanggup berjauhan walaupun sehari dengan rakan-rakannya malah lebih banyak menghabiskan masa dengan koleksinya itu kerana mendakwa pelampung tersebut pendengar yang setia.

Setiap malam, dia akan tidur berpelukan dengan salah satu pelampung kesayangannya.

Risau akan perangai Mark yang pelik, rakan-rakan dan saudaranya mencadangkan dia berjumpa pakar psikologi.

Namun, ia tidak merubah apa-apa cuma kini dia cuba untuk lebih meluangkan masa bersama-sama rakan manusia.

Aduh! by Adu

Posted: 11 Aug 2013 01:43 AM PDT

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Foto ZAKARIA IDRIS

Bagi Chef Adu, masakan dan jahitan adalah dua cabang seni yang diminati.

SUDAH berubah profesion ke Chef?" soal penulis apabila Chef Adu Amran Hassan yang mula dikenali ramai setelah menjadi juri dalam rancangan MasterChef Malaysia terbitan Astro tahun lalu.

Apa tidaknya, semasa ditemui Chef Adu leka menunjukkan koleksi baju-baju Melayu dengan jenama Aduh! by Adu yang pelbagai warna daripada fabrik bermutu dari luar negara.

"Saya tidak akan meninggalkan dunia masakan tetapi akan mengembangkan bidang-bidang seni lain dalam diri saya," katanya yang pernah tinggal di London lebih 10 tahun.

Biasanya beliau akan melakar sendiri pakaiannya dan lebih mudah apabila adiknya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang jahitan yang menjahitnya.

Chef Adu berkata, niatnya hanya untuk berkongsi dengan peminat apabila ada yang bertanya mengenai baju yang dipakai semasa menajdi juri dalam siri MasterChef.

Malahan beliau amat bertuah kerana adik perempuannya memahami citarasanya yang sememangnya cerewet.

FabrikSemua fabrik untuk dibuat pakaian dibeli sendiri oleh Chef Adu semasa beliau ke luar negara dan lebih istimewa paling banyak lima pasang baju sahaja menggunakan fabrik atau corak yang sama.

"Saya mahu menjadikannya eksklusif," katanya.

Chef Adu yang telah mengembara lebih separuh dunia memang teliti dalam pemilihan fabrik untuk pembuatan pakaian.

Misalnya fabrik yang digunakan adalah kain kapas Itali, linen Belgium serta kain tenun dari Thailand dan Vietnam.

Bagi memudahkan peminat untuk mendapatkan Aduh! by Adu, beliau mengwujudkan laman web selain menjual di dalam Facebook.

Ditanya mengenai sambutan Aidil Fitri, Chef Adu berkata, tahun ini boleh dikatakan sambutan paling bermakna bagi dirinya dan keluarga.

"Tahun ini kami lapan beradik beraya di kampung di Kluang, Johor bersama-sama ayah dan ibu.

"Ini kali pertama sejak lebih 15 tahun lalu selepas saya berhijrah ke London dari 1998 hingga 2011," katanya.

Lebih istimewa semua adik beradik yang berada di luar negara seperti di London dan Dubai akan berkumpul dan beraya di Kluang.

Chef Adu dan keluarga gemarkan hidangan tradisional seperti baulu, wajik, kuih ros, dodol dan kuih bangkit.

Ditanya sama ada Chef Adu akan terus menetap di Malaysia selepas lebih 10 tahun berada di London, katanya, semuanya bergantung kepada rezeki.

"Sejak balik ke Malaysia pada November 2011, saya banyak menghabiskan masa di London tetapi tahun ini nampaknya saya lebih senang berada di sini," katanya yang telah menjual sebahagian syernya dalam Restoran Champor-Champor London Bridge.

Chef Adu yang memulakan karier dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari di Kolej Stanford dan mendapat latihan di Hotel Carcosa Seri Negara.

Pernah membuka Restoran Champor-Champor di Langkawi selama dua tahun sebelum mendapat tawaran bertugas di London.

"Ketika itu saya sendiri berbelah-bahagi untuk ke London ditambah tiada saudara-mara di sana tetapi ibu hanya pesan, saya perlu balik sekurang-kurangnya sekali setahun walaupun di rantau orang," katanya.

Setelah dua tahun bekerja, Chef Adu membuka Restoran Champor-Champor di London Bridge pada 2000 sehingga kini.

Membuka restoran di London memang banyak cabaran kerana jatuh bangun mereka bergantung kepada pengkritik makanan.

"Mereka akan datang senyap-senyap dan memberikan komen dalam blog sama ada membina atau akan menjatuhkan," katanya yang bertahan membuka restoran lebih 10 tahun di London.

Terlalu banyak saingan dalam perniagaan restoran di London dan biasanya tempoh dua tahun diberikan bagi memastikan restoran berkenaan boleh terus 'hidup' di sana.

Chef Adu hanya akan memasak untuk 70 pelanggan sehari bagi memastikan kualiti terjamin.

Sebenarnya jelas Chef Adu, pada 2011, beliau terdetik pulang ke tanah air tetapi masih belum merancang apa yang akan dilakukan.

"Saya hanya terfikir untuk kembali dan Alhamdulillah nampaknya rezeki saya di sini," katanya.

Dalam masa terdekat, Chef Adu bercadang mengeluarkan papan pemotong dengan jenamanya yang bakal digunakan dalam siri MasterChef akan datang.

Selain itu Chef Adu juga melebarkan sayap dalam bidang penulisan buku resipi serta masih mengadakan kelas masakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Cukai baharu PBT bantu rakyat

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
fikri.rosly@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Kadar cukai baharu yang akan diperkenal bertujuan memberi keutamaan kepada penduduk tempatan untuk memiliki hartanah di negeri ini selain meningkatkan hasil pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui cukai yang dibayar oleh pegangan asing.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peningkatan hasil yang dinikmati PBT itu juga secara langsung dapat diterjemah kepada keberkesanan dalam mentadbir kawasan di bawah seliaan masing-masing.

"(Kadar) cukai harta berbeza yang akan diperkenalkan bakal memberi lebih banyak pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan sekali gus meningkatkan keberkesanan. Saya juga menggalakkan PBT memberi semula kepada masyarakat dengan menubuhkan yayasan, ada yang sudah wujud tetapi tidak aktif.

"Yayasan ini akan menerima satu peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh PBT dan diwujudkan bertujuan memberi semula kepada masyarakat sekali gus dapat mendekatkan rakyat dengan kerajaan," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Johor Bersama Media, di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan tentang usaha yang dijalankan kerajaan negeri untuk mengkaji taburan kaum di bandar bagi memupuk perpaduan di negeri ini.

Khaled dilantik Penaung Kelab Media Johor

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Mohamed Khaled Nordin menerima watikah pelantikan sebagai penaung Kelab Media Johor daripada Mohd. Fauzi Ishak (kanan) di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Penaung Kelab Media Johor yang baharu menggantikan bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Watikah pelantikan itu diserahkan Presiden Kelab Media Johor, Muhamad Fauzi Ishak dalam majlis di sini baru-baru ini.

Setiausaha Akhbar kepada Mohamed Khaled, Mohd. Ainuddin Aliff Salehuden pula dilantik sebagai Penasihat Kelab Media Johor.

Muhamad Fauzi berkata, warga Kelab Media Johor yang mempunyai seramai 150 orang ahli yang terdiri daripada pengamal media di negeri ini berbesar hati dengan penerimaan Mohamed Khaled selaku penaung berkuat kuasa Selasa lalu.

"Kami berasa amat gembira dengan keterbukaan Datuk Seri Mohamed Khaled untuk menerima pelantikan selaku Penaung Kelab Media Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu pada 14 Mei lalu.

"Diharap dengan pelantikan beliau, hubungan akrab pihak kerajaan negeri dengan pengamal media di negeri ini yang telah sedia terjalin sejak dahulu lebih erat," katanya.

Dalam majlis yang berlangsung selama sejam itu, Mohamed Khaled turut beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama pengamal media yang hadir selain menyampaikan sumbangan kepada kelab.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia malam esok

Posted: 10 Aug 2013 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA

Trafik perlahan dari Utara ke ibu negara

Posted: 10 Aug 2013 10:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke ibu negara setakat 9 pagi ini mula perlahan, manakala di selatan pergerakan kenderaan masih lancar.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, keadaan trafik dijangka terus perlahan menjelang tengah hari kerana pertambahan bilangan kenderaan.

Satu kemalangan dilapor berlaku di Km 299 dari Gopeng ke Tapah arah selatan membabitkan sebuah lori yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan pada 7.55 pagi tadi dan menyebabkan kesesakan.

Namun lori itu telah dialihkan dan lorong terjejas sudah dibuka semula pada 9.35 pagi, katanya. Jurucakap itu berkata aliran trafik antara Kuala Kangsar dan Ipoh juga perlahan berikutan keadaan jalan yang licin kerana hujan.

Aliran trafik dari selatan menuju ke ibu kota, terutama berhampiran Seremban-Nilai masih lancar, namun keadaan dijangka berubah menjelang tengah hari kerana peningkatan jumlah kenderaan, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata status di kesemua lebuhraya termasuk Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), masih lagi lancar dan terkawal, namun kesesakan dijangka berlaku lewat petang ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Tempoh mesyuarat UMNO Cawangan, Bahagian dilanjutkan

Posted: 10 Aug 2013 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Tarikh akhir mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian-bahagian serta tarikh baru penamaan calon Majlis Tertinggi dan sayap-sayap parti dilanjutkan dua minggu berikutan tempoh sebelum ini berlangsung pada Ramadan dan Aidilfitri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Menurutnya, tarikh-tarikh baru lanjutan tempoh mesyuarat tersebut telah dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimaklumkan kepada MT.

Katanya, tempoh mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September ini manakala mesyuarat UMNO bahagian-bahagian serentak hari pemilihan MT UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober ini.

Tambah beliau, pendaftaran penamaan calon Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dilanjutkan daripada 7 September kepada 21 September; persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ditetapkan pada 12 Oktober ini; dan penamaan calon untuk pemilihan MT UMNO daripada 7 September kepada 28 September.

"Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan daripada UMNO Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dengan alasan antaranya mesyuarat sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tempoh asal ialah hingga 31 Ogos.

"Dalam masa yang sama, dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober ini dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat," katanya dalam satu kenyataan hari ini - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Perlis kawasan selamat untuk bertugas

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 10 Ogos - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negeri percaya penurunan pampasan kemalangan sehingga RM570,906.87 dari Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu mampu menjadikan Perlis kawasan selamat untuk bertugas.

Pengarahnya, Mohd. Asri Mohd. Rasid berkata, ini berdasarkan jumlah keseluruhan faedah pampasan yang dibayar kepada orang terbencana di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak RM644,833.10 berbanding tempoh sama tahun tahun lalu sebanyak RM1,215,739.97.

"Trend penurunan pembayaran keseluruhan faedah pampasan ini memberi gambaran baharu kemalangan di Perlis dapat dikurangkan terutamanya kemalangan yang terjadi sewaktu bekerja dan kemalangan sewaktu perjalanan pergi dan balik serta waktu rehat," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd. Asri berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 75 kes kemalangan sewaktu bekerja diproses berbanding 126 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, penurunan itu juga melibatkan bayaran faedah hilang upaya sementara iaitu pembayaran cuti sakit yang berkurangan sebanyak RM135,420.47.

"Ini kerana jika dibandingkan pada Januari hingga Jun tahun lalu sebanyak RM324,779.93 telah dibayar pampasan berbanding tempoh sama tahun ini iaitu hanya RM189,359.46," katanya.

Beliau berkata, trend penurunan kes kemalangan di kalangan pekerja itu disebabkan persepaduan daripada semua agensi sama ada kerajaan atau swasta terutama majikan-majikan yang mengambil berat terhadap kesedaran keselamatan.

Pesawah terimatransformasi kerajaan

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

ALOR SETAR 10 Ogos - Penerimaan pesawah di negeri ini terhadap program transformasi kerajaan seperti di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) semakin baik berbanding semasa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ingin diwujudkan kira-kira 43 tahun lalu.

Pengurus Besar MADA, Datuk Abdul Rahim Salleh berkata, perubahan sikap itu antaranya kerana pesawah mula menyedari program yang dilaksanakan membawa perubahan kepada mereka untuk mendapat taraf kehidupan lebih baik.

Beliau memberi contoh, pada awal penubuhan MADA, dianggarkan sebanyak 72 peratus pesertanya berada di bawah paras kemiskinan, tetapi selepas 40 tahun lembaga itu beroperasi kadar kemiskinan dapat dikurangkan kepada satu peratus.

"Ketika kerajaan hendak mewujudkan rancangan pengairan sekitar 1970-an, banyak tohmahan ditimbulkan dengan mempersendakan penanaman padi dua kali setahun seperti mengatakan hendak lawan kuasa Tuhan dan kain para petani pun tak sempat nak kering.

"Tetapi kita dapat sangkal semua itu apabila sepanjang penubuhannya, MADA telah mencapai satu tahap membanggakan dan rancangan kita agak berjaya untuk mengubah nasib petani selain meningkatkan hasil pengeluaran padi," katanya di sini baru-baru ini.

Abdul Rahim berkata, pihaknya mendapati pelaksanaan projek permulaan (EPP) 10 di bawah program NKEA dalam usaha menjana pendapatan tinggi di kalangan pesawah padi di negeri ini sejak dua tahun lalu, mendapat sambutan baik dalam kalangan pesawah.

Kata beliau, peladang boleh bekerjasama dengan lebih baik berbanding dahulu walaupun masih wujud dakwaan pihak tertentu bahawa projek berkenaan menyusahkan petani.

Dalam pada itu beliau berkata, sejak ditubuhkan bagi membantu dan membela nasib petani, MADA berjaya melakukan perubahan demi perubahan sehingga kawasan lembaga tersebut kini ditanam padi dua kali setahun.

"Hasil pengeluaran padi berjaya ditingkatkan dan pendapatan pesawah juga bertambah sekali gus menyaksikan tahap keupayaan ekonomi mereka menjadi lebih baik berbanding dahulu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Khidmat mereka penting di musim perayaan

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan sempat bersalaman sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semasa mereka bertugas di pagi Syawal lalu.

JEMPOL 10 Ogos - Meskipun terpaksa bertugas pada 1 Syawal, namun sedikit pun tidak melunturkan semangat sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Seri Jempol dekat sini, untuk terus menggalas tanggungjawab membantu orang ramai.

Menurut Pegawai Kanan II, Mohd. Fahmi Abdullah, sudah menjadi kebiasaan baginya menyambut Syawal di balai bomba sejak menjadi anggota bomba kira-kira 21 tahun lalu.

"Ini sudah menjadi tanggungjawab kami, tidak mengapa jika tidak dapat bercuti asalkan kami dapat membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Biasanya apabila musim perayaan banyak kemalangan akan berlaku dan kami sudah bersedia untuk membantu.

"Pada pagi raya kami akan berkumpul di balai dan setiap anggota akan membawa juadah dari rumah masing-masing. Setiap anggota berasal dari negeri yang berbeza dan kami berkongsi juadah yang pelbagai jenis dari negeri yang berlainan, '' katanya yang memangku Ketua Operasi Balai balai berkenaan sepanjang musim perayaan ini.

Bagi Penguasa Bomba, Zulkifli Che Noh, 29, pula, Aidilfitri kali ini merupakan kali pertama baginya beraya di balai bomba.

"Saya berasal dari Kelantan dan biasanya pada pagi raya ibu akan menyediakan hidangan nasi dagang. Pastinya saya akan rindukan masakan tersebut.

"Pada hari pertama Aidilfitri saya tidak bertugas tetapi tidak dibenarkan keluar dari Negeri Sembilan dan perlu bersedia sekiranya ada panggilan kecemasan,'' jelasnya.

Bagi Hisamudin Shafie, 22, dia mengakui rindu saat berkumpul di pagi raya bersama ahli keluarga lain.

"Biasanya pagi raya kami sekeluarga akan berkumpul dan bersalaman sebelum menziarahi pusara ayah yang meninggal dunia 20 tahun lalu, namun tugas saya perlu diberi keutamaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Rumah transit golongan bujang

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Bantuan BR1M dinaikkan dalam Bajet 2014

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kaji semula kursus kahwin elak pasangan mudah bercerai

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Santai bersahur atas puncak Broga

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Bersahur sambil makan angin di atas puncak bukit Broga memang menyelerakan si pendaki yang sudah kepenatan.

RAMADAN 1434 Hijrah baru sahaja melabuhkan tirainya. Tentu banyak kenangan menarik mahupun mencabar yang akan diingati selagi hayat dikandung badan. Antara kenangan itu adalah bersahur di puncak bukit Broga.

Bagi penggemar rekreasi lasak seperti mendaki gunung dan merentas hutan, ibadah berpuasa yang dijalani bukanlah penghalang kepada mereka untuk terus aktif beraktiviti.

Di samping dapat mengekalkan kecergasan diri, aktiviti lasak pada bulan Ramadan juga boleh melatih diri pendaki agar lebih bersabar dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Lebih daripada itu, pendaki dapat mendekati alam semula jadi yang menghijau tanpa perlu berehat selama sebulan.

Bagi pendaki tegar, setiap halangan atau rintangan yang dihadapi seperti hujan dan sebagainya ketika di tengah rimba atau gunung, menjadikan mereka lebih bersemangat dan kental untuk mencapai kejayaan.

Semangat dan komitmen yang tinggi untuk mengatasi sebarang rintangan memberikan keseronokan terutama ketika berada di atas puncak bukit ataupun gunung.

Adalah biasa bagi pendaki tegar akan melakukan aktiviti riadah dengan mendaki bukit atau gunung pada malam hujung minggu dan bersahur di puncak sebelum turun kembali untuk berehat.

Baru-baru ini, sekumpulan pendaki sebanyak 20 orang dari sekitar Lembah Klang telah melakukan pendakian secara santai untuk bersahur di puncak Broga.

Sebaik tiba dengan kenderaan masing-masing di kaki bukit Broga pada pukul 1 pagi, mereka terus menggalas beg masing-masing, meredah laluan mendaki sambil ditemani bunyi cengkerik.

Hanya kilauan lampu suluh menyinari laluan mendaki menuju ke puncak bukit setinggi 400 meter.

Selepas setengah jam berlalu, kesemua pendaki tiba di kawasan puncak dan masing-masing mengeluarkan juadah. Ada juga memasang khemah bagi mengelakkan terdedah pada embun pagi.

Selepas berehat selama setengah jam di kawasan puncak Broga, dapur dinyalakan untuk memasak air, sementara pendaki lain secara bekerjasama mengeluarkan pelbagai menu dari beg galas masing-masing untuk dipanaskan.

Antaranya adalah roti boom, mee goreng, murtabak, nasi goreng dan sebagainya.

Suasana bersahur cukup meriah, ditambah pula dapat menikmati kopi dan teh panas yang membantu mengurangkan sedikit rasa dingin pagi.

Apabila jam menunjukkan pukul 4.30 pagi, semua pendaki mula berkemas dan membuat persiapan untuk turun.

Tepat pukul 5 pagi, seorang demi seorang mula melangkah meninggalkan puncak Broga dan tiba di kaki bukit pukul 5.30 pagi untuk pulang ke rumah masing-masing.

- SYAHRIL/MOHD. NOOR MAT AMIN

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved