Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tunggu masa tutup kedai

Posted:

Tunggu masa tutup kedai

Tunggu masa tutup kedai

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


KAWASAN yang menempatkan gerai makan di Pudu Sentral lengang daripada pengunjung menyebabkan peniaga mengalami kerugian sehingga tidak mampu membayar sewa. - UTUSAN/ Wan Naqiuddin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Peniaga di Pudu Sentral mendakwa semakin tertekan berikutan suasana perniagaan yang hambar dan pelbagai masalah yang wujud di terminal itu terutama soal sewa gerai yang tinggi dan kos-kos sampingan yang lain.

Kata mereka, semenjak berpindah semula ke terminal itu pada pertengahan tahun, perniagaan di situ didapati sudah tidak serancak dahulu dipercayai akibat lokasi tempat berniaga yang kurang strategik.

Seorang peniaga, Hussain Hassan, 53, berkata, dia sudah tidak mampu lagi bertahan untuk terus berniaga di terminal bas itu kerana tidak ramai pelanggan sedangkan kos sewa gerai terlalu tinggi.

Menurutnya, gerainya yang berada di bahagian hujung terminal itu telah menyebabkan tidak ramai pelanggan datang ke gerainya sekali gus menyaksikan pendapatan hariannya tidak sampai RM100.

"Saya mungkin terpaksa mengambil keputusan untuk tidak berniaga lagi di sini bermula bulan ini iaitu selepas tamat tempoh enam bulan sewa percuma kepada peniaga yang tidak berpindah ke Bukit Jalil dahulu.

"Ini kerana saya tidak mampu untuk membayar sewa kedai sebanyak RM1,500 sebulan tidak termasuk bil elektrik dan air. Saya sudah 36 tahun berniaga di sini dan sangat berharap sewa dapat dikurangkan supaya dapat terus berniaga di sini," katanya ketika ditemui bersama beberapa peniaga lain yang turut mengadu perkara yang sama baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga gerai makan, Norazian Mohd. Isa, 33, berkata, situasi perniagaan di terminal itu amat teruk kerana tidak ramai pelanggan yang datang makan di gerai mereka.

Katanya, medan selera yang berada di tingkat atas menyebabkan orang ramai tidak mengetahui kewujudannya di samping pihak pengurusan yang tidak mempunyai usaha untuk mempromosikan tempat itu.

"Bukan itu sahaja, kami turut dibebani dengan sewa dan caj perkhidmatan yang amat tinggi. Sewa kami hanya RM265 tetapi caj perkhidmatan dikenakan sampai RM1,980.

"Ini memang tidak patut. Bagaimana caj perkhidmatan boleh lebih daripada sewa sedangkan perkhidmatan yang diberikan mereka tidak memuaskan," ujarnya.

Tambahnya, peniaga juga merasa terbeban dengan tindakan pihak pengurusan yang mengenakan bil elektrik, gas dan air untuk bulan April hingga Oktober secara sekali gus.

"Mana kami ada wang untuk membayar sebanyak itu. Sepatutnya mereka memberi bil setiap bulan supaya peniaga tidak terbeban dengan jumlah bil yang besar. Bil itu juga tidak menunjukkan jumlah yang digunakan oleh peniaga," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Piket kalau tiada perubahan - Peniaga

Posted:

Piket kalau tiada perubahan - Peniaga

Piket kalau tiada perubahan - Peniaga


Peniaga-peniaga gerai makan di Pudu Sentral menunjukkan surat-surat yang pernah mereka hantar kepada pihak-pihak berkenaan untuk menyatakan masalah mereka.


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Peniaga di Pudu Sentral tidak menolak kemungkinan mengadakan piket jika rayuan mereka berhubung isu sewa tidak diendahkan oleh pihak pengurusan terminal itu.

Kata mereka, jika piket adalah jalan terakhir, mereka bersedia untuk melakukannya demi memastikan peniaga di situ tidak gulung tikar kerana tidak tertanggung dengan kos yang tinggi tetapi ketiadaan pelanggan.

Setiausaha Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga dan Penyewa-Penyewa Bangunan Hentian Puduraya, Fahmi Baharin berkata, peniaga kecil di terminal itu menderita rentetan daripada pelbagai masalah yang timbul selepas pembukaan semula terminal itu.

Katanya, kadar sewa baru yang tinggi iaitu RM15 per kaki persegi memberi impak yang besar kepada peniaga khususnya kepada peniaga kecil bumiputera.

"Peniaga-peniaga kecil di sini semakin tertekan. Mereka sudah lama berniaga di tempat ini tetapi jika nasib mereka tidak dibela, lambat-laun tiada peniaga kecil Melayu di sini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia juga berharap agar pihak kerajaan mengambil perhatian serius terhadap perkara itu dan membantu mereka supaya dapat meneruskan perniagaan seperti dulu.

Sementara itu, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai David berkata, mereka telah berusaha untuk berbincang dengan pihak pengurusan namun tidak dilayan.

Menurutnya, bukan sahaja pihak berkenaan enggan berbincang, malah peniaga diminta keluar dari premis mereka jika tidak mampu untuk berniaga di situ.

"Kami juga telah cuba pelbagai cara lain termasuk berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib serta menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Peniaga berharap agar pihak berkuasa dapat turun padang untuk melihat keadaan peniaga di sini dan membantu kami," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

DBKL siap sedia hadapi banjir

Posted:

DBKL siap sedia hadapi banjir

DBKL siap sedia hadapi banjir

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir di ibu negara, malah bersedia memberi bantuan kepada negeri-negeri lain yang menghadapi bencana itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bantuan kepada negeri lain akan diberikan jika ia tidak mengganggu operasi di Kuala Lumpur.

Menurutnya, DBKL melalui Sekretariat Jawatankuasa Bencana Alam DBKL akan bertanggungjawab memantau dan memberi bantuan jika berlaku banjir dan juga saluran air yang tersumbat.

"Berdasarkan kepada pengalaman yang lepas, saya yakin kita sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pasukan ini juga pernah dihantar ke negeri-negeri seperti Johor dan Kedah yang berlaku banjir yang agak teruk pada tahun lepas," katanya pada majlis penyampaian sumbangan wang dan lembu korban di Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq di Bangsar baru-baru ini.

Raja Nong Chik berkata, menurut Jabatan Meteorologi, hujan yang turun pada penghujung tahun ini dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus berbanding sebelum ini.

Katanya, Alam Flora turut diminta bekerjasama bagi mengurangkan risiko banjir di ibu negara dengan memastikan saliran air tidak tersumbat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Wanita tidak suka lelaki pendek

Posted:

Wanita tidak suka lelaki pendek

Wanita tidak suka lelaki pendek

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar RIDUAN RIZAL


VIOLET Lim menunjukkan laman web sosial terbaru untuk mencari pasangan eSynchrony.


MEMANG terbukti lelaki Malaysia semakin bersikap terbuka tentang kriteria wanita yang mahu dijadikan teman. Tidak kisah sama ada wanita itu berstatus lebih tinggi, bergaji besar malah tidak menjadi masalah sekiranya dari segi fizikal pasangan lebih tinggi daripada mereka.

Tetapi tidak bagi wanita Malaysia yang tetap mahukan lelaki pasangan mereka lebih tinggi, lebih bijak, lebih berupaya terutama dari aspek kewangan.

Ini bukan satu pendapat suka-suka atau omongan kosong, sebaliknya fakta berasas ini diperoleh menerusi satu kaji selidik yang dijalankan ke atas 1,895 orang dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Daripada sampel tersebut seramai 654 responden adalah dari Malaysia.

Kaji selidik yang dijalankan menerusi Internet itu telah dijalankan dari 25 Ogos hingga 14 September tahun ini.

Sejumlah 76 peratus daripada jumlah responden tersebut adalah mereka yang berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun, manakala lebih 75 peratus responden memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

Fakta mengejut itu dibongkar oleh Lunch Actually, sebuah agensi khidmat sosial yang terkemuka di Asia.

Pengasasnya, Violet Lim berkata, lelaki Malaysia memang sudah tidak kisah untuk berpacaran dengan wanita yang lebih hebat daripada mereka.

"Namun wanita Malaysia tidak mempunyai penerimaan yang sama. Mereka masih lagi mahukan lelaki yang lebih hebat daripada segi kerjaya dan mempunyai penampilan fizikal yang lebih tinggi daripada mereka," jelasnya yang ditemui Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, 70 peratus wanita Malaysia tidak akan keluar dengan lelaki yang lebih pendek daripada mereka.

Namun 55 peratus lelaki Malaysia pula sanggup keluar dengan wanita yang lebih tinggi daripada mereka.

Violet yang juga penulis buku Lesson from 15,000 First Dates berkata, hasil kaji selidik tersebut juga mendapati wanita Malaysia kini menjadi lebih fokus terhadap kewangan sendiri dan kewangan pasangan mereka.

Lebih 60 peratus wanita Malaysia mengakui tidak akan keluar dengan lelaki yang mempunyai pendapatan lebih rendah daripada mereka.

Angka ini merupakan yang tertinggi berbanding wanita di Singapura (47 peratus) dan Hong Kong 27 peratus sahaja.

"Bagi lelaki Malaysia seramai 72 peratus sanggup keluar dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih dari mereka berbanding lelaki di Hong Kong sebanyak 69 peratus dan Singapura pula 76 peratus," jelas Violet lagi.

Menurut Violet, daripada segi tahap pendidikan juga wanita Malaysia mencatatkan peratusan tinggi berbanding wanita Asia lain bahawa mereka tidak akan 'dating' dengan lelaki yang mempunyai tahap pendidikan lebih rendah dari mereka.

"Cuma daripada segi berpacaran dengan lelaki yang lebih muda, wanita Malaysia bersikap terbuka dengan tujuan tersebut. Beza umur pula tidak dicatatkan dalam kajian tersebut.

"Dari segi bayaran pertama pada pertemuan pertama pula wanita Malaysia begitu berharap lelaki akan membayarnya.

"Namun 32 peratus responden Malaysia berkata mereka sanggup membayar separuh daripada jumlah perbelanjaan makanan mereka berdua," jelasnya.

Untuk subjek kaum pasangan pula, wanita dan lelaki Malaysia menganggapnya sebagai satu perkara yang terbuka untuk keluar dengan pasangan berlainan bangsa.

"Sebanyak 72 peratus lelaki Malaysia mendakwa perkahwinan amat penting bagi mereka, namun masih ramai juga yang takutkan komitmen.

"Antara sebabnya ialah mereka masih perlukan kebebasan sendiri dan tidak mahu dikongkong isteri," ujar Violet lagi.

Dari segi daya tarikan bagi seorang lelaki terhadap wanita yang tidak pernah berubah ialah kecantikan rupa wajah, namun bagi wanita pula ciri lelaki idaman mereka ialah yang mempunyai keyakinan diri dan karakter yang gagah.

eSynchrony untuk mencari pasangan

Serentak dengan pendedahan fakta kaji selidik tersebut, Violet turut melancarkan satu laman web pencarian pasangan terbaru yang diberi nama eSynchrony.

Perkhidmatan ini menggabungkan pertemuan di dalam talian serta di luar.

"eSynchrony telah terbukti berkesan di negara yang telah mencubanya. Di Malaysia kami baru saja melancarkannya, jadi calon boleh memilih pasangan mereka secara dalam talian menerusi kaedah pencarian tepat yang menepati personaliti, kegemaran sebelum calon itu bertemu secara bersemuka antara satu sama lain," jelasnya yang turut mendemonstrasikan penggunaan laman web ini kepada media.

Sehingga kini terdapat 3,800 keahlian untuk eSynchrony dan seramai 75 peratus mengatakan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


TNB sangkal berlaku sabotaj

Posted:

TNB sangkal berlaku sabotaj

TNB sangkal berlaku sabotaj

Saudara pengarang,

TENAGA Nasional Berhad (TNB) Kluang menyangkal dakwaan berlakunya sabotaj dalam kejadian gangguan bekalan elektrik pada sambutan Deepavali di beberapa kawasan di daerah itu baru-baru ini.

Pengurus Kawasan, Bahagian Pembahagian Tenaga TNB KLuang, Ir. R. Selvaraja berkata, gangguan bekalan pada 26 Oktober lalu itu adalah disebabkan letupan yang menjadi punca pemutus litar hampagas di Pencawang Masuk Utama (PMU), Kluang New di sini, memutuskan litar untuk keselamatan.

"Punca letupan pada pukul 7 malam itu sedang disiasat dan saya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ia perbuatan sabotaj TNB. TNB sentiasa membuat penyelenggaraan namun kejadian letupan tersebut berlaku di luar jangkaan.

"TNB juga belum dapat menganggarkan jumlah kerugian sebenar kerana proses siasatan sedang dijalankan, antara yang mengalami kerosakan adalah komponen yang diimport dari Itali," katanya ketika ditemui dalam satu sesi penjernihan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada sesi penjernihan tersebut adalah Jurutera Kendalian Selenggaraan TNB, Ekhwan Harith Zainudin; Pegawai Perhubungan Pelanggan TNB, Mohd. Faisal Wong Abdullah dan wakil pengguna yang juga Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Sembrong, S. Raja Sagaram.

Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dan beredar selepas tiga jam menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Sementara itu, S. Raja Sagaram berkata, selaku pengguna dan juga pemimpin setempat, beliau banyak menerima rungutan dan aduan pengguna yang mahu mengetahui perkara sebenar.

"Penjelasan sudah diberikan dan kita kini tahu bahawa tuduhan yang timbul adalah tidak berasas. Mungkin dakwaan tersebut timbul akibat salah faham yang berlaku," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Lakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City

Posted:

Lakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City

Lakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City

Saudara pengarang,


Bangunan JB Waterfront yang terbiar sejak sekian lama di pesisiran Selat Tebrau, Johor Bahru.


PERTUBUHAN Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa kerajaan negeri supaya melakukan sesuatu terhadap bangunan JB Waterfront City di sini yang menjadi projek gajah putih sejak lebih 15 tahun lalu.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, bangunan di Jalan Persiaran Tun Sri Lanang itu mencemarkan pemandangan Selat Tebrau dan keadaan tersebut amat merugikan kerana kewujudannya tidak dapat dimanfaatkan.

"Kita minta kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) supaya mengadap dan memohon perkenan Sultan Johor untuk melakukan sesuatu terhadap bangunan itu.

"PPPMM mencadangkan bangunan itu dijadikan pusat sehenti untuk orang awam, tempat rujukan untuk pelancong, bangunan kerajaan atau apa sahaja yang difikirkan sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

A. Rahman berkata, sekiranya bangunan berkenaan tidak dapat dimanfaatkan adalah lebih baik ia dirobohkan dan tapaknya dijadikan tempat untuk rekreasi.

Katanya, semua cerucuk berdekatan bangunan itu juga perlu dicabut bagi memastikan kawasan tersebut yang menghadap Singapura tidak menjejaskan imej bandar raya ini.

"Kami dukacita dengan kegagalan projek mega seperti ini yang melibatkan wang rakyat melalui pinjaman institusi kewangan, ini bererti setiap rakyat menanggung hutang," katanya.

Beliau berkata, dikhuatiri jika bangunan tersebut terus dibiarkan akan menjadi sarang penagih dadah atau tempat melakukan kegiatan sumbang.

Menurut beliau, sudah sampai masanya masalah tersebut diselesaikan kerana bangunan itu telah lama terbengkalai dan tiada siapa pun yang mempedulikannya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kementerian Pelancongan buat penjelasan

Posted:

Kementerian Pelancongan buat penjelasan

Kementerian Pelancongan buat penjelasan

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ia berkaitan dengan aktiviti pengiklan 2009 dan 2010, pengiklanan melalui billboard (papan iklan), rak risalah dan cenderahati.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Ong Hong Peng dalam isu berkaitan aktiviti pengiklan 2009 dan 2010 terdapat dua kaedah perolehan pengiklanan dilaksanakan oleh LPPM iaitu melalui agensi pengiklanan yang dilantik sama ada tender terbuka atau secara tempahan terus.

''Pembelian secara tempahan terus telah menjimatkan kos komisen agensi iaitu sebanyak 15 peratus berbanding penggunaan khidmat agensi pengiklanan yang dilantik melalui tender terbuka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hong Peng berkata, melalui kaedah pembelian secara tempahan terus, pihak kementerian juga berjaya membuat penjimatan kos sebanyak RM19.93 juta pada tahun 2009 dan RM9.20 juta (2010).

''Langkah ini telah dapat membantu LPPM membuat rancangan perbelanjaan bagi tahun 2009 dan 2010 dengan pengurusan kewangan yang lebih baik serta mengurangkan semua defisit yang tertunggak.

''Keberkesanan strategi ini dapat dilihat dengan kejayaan Malaysia menarik 23.6 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM53.4 bilion pada 2009 dan 24.6 juta pelancong dengan pendapatan RM56.5 bilion pada 2010,'' ujarnya.

Untuk rekod, katanya, kaedah pembelian secara tempahan terus telah dilaksanakan oleh LPPM sejak tahun 1998 mengikut Pekeliling Pengurusan LPPM Bil. 10 Tahun 1998.

Full content generated by Get Full RSS.

Cadangan belum muktamad

Posted:

Cadangan belum muktamad

Cadangan belum muktamad

TEMERLOH 7 Nov. – Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, ia adalah satu cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

"Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan peminjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Ismail berkata, keputusan mutlak mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

"Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya, malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga ini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun depan, katanya, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Benarkan PTPTN melabur - Gagasan

Posted:

Benarkan PTPTN melabur - Gagasan

Benarkan PTPTN melabur - Gagasan

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kerajaan dicadang membenarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat pelaburan bagi memastikan perbadanan tersebut dapat menjana ekonomi sendiri.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, dengan cara itu PTPTN dapat mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman bank untuk mendapatkan bantuan kewangan.

"Gagasan yakin PTPTN mampu mengatasi masalah kewangannya dengan mendapatkan sumber lain melalui pelaburan dalam bidang hartanah, perumahan dan perladangan.

"Malah kerajaan perlu memberi sedikit 'layanan istimewa' kepada mereka kerana asas pelaburannya adalah untuk memberi pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan PTPTN yang mahu menghentikan pemberian pinjaman 'perbelanjaan' kepada penuntut IPT sebagai langkah mengurangkan beban akibat jumlah peminjam yang bertambah setiap tahun.

Terbaharu, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said dipetik berkata, perkara itu bukan keputusan muktamad tetapi hanya cadangan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Sambil menyifatkan cadangan itu bukan langkah terbaik, ujar Syed Anuar, pihaknya tidak mahu pelajar-pelajar IPT yang tidak berkemampuan menjadi mangsa akibat masalah tanggungan PTPTN yang semakin bertambah.

"Ramai pelajar tidak akan dapat meneruskan pengajian akibat kos sara hidup dan kos sampingan meningkat jika cadangan itu diteruskan. Jadi, kaji semula keputusan tersebut," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Idzuan Jamalludin yang tidak bersetuju mengenai cadangan menghentikan bantuan perbelanjaan itu bagaimanapun mengingatkan pelajar mencari inisiatif lain bagi menampung kos sara hidup.

"Memang tidak dinafikan PTPTN sangat membantu pelajar kurang berkemampuan meneruskan pengajian dan akan menyukarkan mereka jika bantuan perbelanjaan dihentikan.

"Namun, sebagai mahasiswa kita digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan yang mampu menjana pendapatan tanpa hanya menunggu bantuan daripada pihak lain," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Idzuan, PTPTN patut menimbang semula cadangan mereka kerana pihaknya khuatir akan ramai pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian ekoran kekangan kewangan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sukan air bendang meriah

Posted:

Sukan air bendang meriah

Sukan air bendang meriah

Oleh AZMAN MD NOOR
utusankedah@utusan.com.my


PESERTA menyelongkar selut untuk menangkap ikan keli pada acara Sukan Air Dalam Bendang, Kampung Baru Bakai, Baling, baru-baru ini. - utusan/Azman Md. Noor


BALING 7 Nov. - Lebih 1,000 penduduk menyaksikan Sukan Air Dalam Bendang yang pertama kali diadakan sehingga mampu mengukirkan pengalaman berharga buat peserta dan para penonton.

Lebih terhibur apabila air bendang dengan selut menyaluti setiap peserta menjadikan setiap acara yang disertai mereka lebih menarik.

Lima acara dipertandingkan dalam sukan air yang diadakan di Kampung Baru Bakai di sini baru-baru ini. Sukan berkenaan dianjurkan oleh UMNO Bahagian Baling, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil dan Jasa Parlimen Baling.

Sukan air yang dirancang sempena Program Juara Rakyat daerah itu diyakini mampu mengembangkan minda dan pengetahuan anak-anak muda dalam mengetengahkan potensi alam iaitu kawasan bendang sebagai lokasi sukan.

Acara-acara yang diadakan ialah tangkap ikan keli, tangkap itik, tarik tali, bola baling dan memancing ikan keli dengan menggunakan batang kail buatan sendiri.

Pelbagai aksi dan gaya peserta sudah cukup menghiburkan penonton yang berdiri di sekeliling bendang tersebut.

Setiausaha penganjur, Suharto Tijo berkata, sukan air dalam bendang yang dianjurkan pihaknya bertujuan untuk mengeratkan hubungan penduduk di samping memanfaatkan bendang sebagai lokasi sukan yang menyihatkan badan serta menyeronokkan.

Justeru, katanya, pihaknya berpuas hari apabila sukan itu berjaya menarik ramai peserta serta mencungkil bakat mereka dalam sukan air khususnya dalam bendang.

"Bukan mudah untuk beraksi dalam selut dan air lumpur seperti ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Mohd. Khairul Azhar Abdullah yang hadir turut menyertai beberapa acara bagi mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

"Acara begini perlu diteruskan lagi pada masa depan kerana ia cukup menarik dan mendapat perhatian ramai," katanya.

Tambahnya, penggunaan bendang sebagai medan menunjuk bakat juga boleh menggalakkan anak-anak muda cintakan bendang yang dulu menjadi tempat utama masyarakat dari segi pulangan ekonomi dan kita boleh pelbagaikan kegiatan itu.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan diterima bukan sahaja peserta, malah juga daripada penonton, membangkitkan semangat pihaknya untuk mengadakan lagi acara pelik seperti itu pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Uji kesabaran, timbang rasa peserta

Posted:

Uji kesabaran, timbang rasa peserta

Uji kesabaran, timbang rasa peserta


SEBAHAGIAN remaja yang menyertai perlawanan bola baling pada acara Sukan Air Dalam Bendang di Baling,


BALING 7 Nov. – Jom kita main selut sambil tangkap ikan dan itik!

Begitulah antara kata-kata yang disuarakan oleh seorang anak muda di Kampung Baru Bakai di sini baru-baru ini.

Kata-kata itu ternyata menggalakkan beberapa anak muda dan belia lain untuk turut sama pergi ke program Juara Rakyat yang dinamakan Sukan Air Dalam Bendang dan tentunya cabaran pelawaan ini tidak disia-siakan langsung oleh penduduk lain.

Program yang pertama kali diadakan itu memberi makna mendalam kepada generasi baharu yang selama ini tidak mengetahui betapa laman bendang yang menjadi sebahagian ekonomi masyarakat luar bandar rupa-rupanya boleh bertukar menjadi pentas menarik untuk disaksikan bersama.

Seorang peserta, Badrul Hisham Ahmad, 35, berkata, buat pertama kalinya Sukan Air Dalam Bendang itu mampu menarik ramai peserta dan penonton kerana tertarik dengan acara yang dianjurkan.

"Memang sungguh menarik apalagi sukannya mencabar dari segi fizikal dan mental peserta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Badrul Hisham yang teruja dengan sukan itu berkata, cabaran paling penting sukan air ini iaitu memerlukan semua peserta saling bertimbang rasa untuk mencapai kejayaan.

Zainab Ibrahim, 43, berkata, sukan itu benar-benar menguji tahap kesabaran yang perlu ada pada setiap peserta agar tidak mudah mengalah atau gelojoh.

Menurutnya, dengan keadaan keseluruhan kaki terbenam di dalam selut, tenaga yang banyak diperlukan dan ini menguji kebolehan dan kesabaran.

Seorang peserta, Salwani Abdul Wahab, 19, juga teruja dengan sukan itu kerana boleh mempelajari pengalaman mengerjakan bendang.

"Paling tidak saya boleh berada dalam selut bendang merasai pengalaman menarik ini, memang menyeronokkan," ujarnya yang turut berjaya menangkap seekor itik.

Bagi Abdul Razak Ahmad, 38, sukan itu mampu mengetengahkan bendang bukan sahaja sebagai medan menanam padi, malah boleh menjadi pentas sukan dalam mendekatkan persaudaraan antara semua peserta.

Katanya, sukan sebegini boleh menggalakkan persaudaraan sesama peserta dan meningkatkan kesedaran kepada generasi muda bahawa bendang juga menjadi tempat terbaik menyatukan semua masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Pusat tidak janji kosong

Posted:

Kerajaan Pusat tidak janji kosong

Kerajaan Pusat tidak janji kosong

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 7 Nov. - Kerajaan Persekutuan tidak pernah bercakap kosong ketika berjanji untuk membantu rakyat negeri ini malah ia telah dibuktikan melalui Program Bantuan Rumah (PBR) yang dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Penasihat kementerian itu, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya tampil membantu masyarakat yang memerlukan dan bukan hanya bergantung kepada kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat sentiasa ikhlas menolong rakyat negeri ini agar mereka dapat hidup sempurna dan meningkatkan kualiti hidup rakyat agar tidak dipinggirkan.

"Melalui PBR yang dilaksanakan RISDA, banyak peruntukan disediakan kepada penerima e-kasih di seluruh negeri," katanya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan enam buah rumah PBR di Kampung Sungai Udang di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Pengarah RISDA negeri, Awiskarni Zulkarnaini.

Rumah baru yang dibina melalui PBR itu bernilai RM33,000 seunit dilengkapi tiga bilik tidur, bekalan elektrik dan air manakala sebanyak RM11,000 diperuntukkan bagi membaik pulih rumah yang rosak dan daif.

Sementara itu Awiskarni berkata, sebanyak 209 buah rumah telah dibina baru melalui PBR sepanjang tiga tahun lalu manakala 715 lagi dibaik pulih di seluruh negeri Pulau Pinang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kesatuan sekerja bantah DAP

Posted:

Kesatuan sekerja bantah DAP

Kesatuan sekerja bantah DAP

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA, MD. AZRIN ROSLY, FAZRINA AYU RADUIAN dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.

Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

"Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.

"Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.

"Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.

"Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.

"Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan," jelasnya.

Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja'apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.

"Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu," katanya.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.

"Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran," katanya.

Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.

"Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara," katanya.

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.

Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Full content generated by Get Full RSS.

NGO cabar DAP kurangkan kakitangan awam di negeri dikuasai

Posted:

NGO cabar DAP kurangkan kakitangan awam di negeri dikuasai

NGO cabar DAP kurangkan kakitangan awam di negeri dikuasai

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencabar DAP melaksanakan hasrat bagi mengurangkan bilangan penjawat awam di negeri-negeri yang dikuasainya terlebih dahulu bagi menunjukkan keberkesanan langkah tersebut.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan itu perlu dibuat sekiranya mereka benar-benar serius dan bukan hanya cakap mulut bagi menimbulkan isu dan provokasi untuk mendapat publisiti.

"Memang sejak dari dulu lagi, kita ketahui mereka (DAP) mempunyai agenda-agenda tersirat dan kebanyakan penjawat awam adalah orang Melayu. Tidak mustahil sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan, lebih banyak perubahan yang berkaitan dengan orang Melayu dibuat.

"Sebelum ini pun, kita lihat dengan jelas banyak isu-isu dipertikaikan dan diprovokasikan atas pelbagai alasan seperti dasar hak asasi manusia dan kebebasan yang boleh mengundang huru-hara serta keresahan di kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat DAP mengurangkan kakitangan awam sekiranya memerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Tambah Hilmi, kebanyakan bukan Melayu tidak begitu minat menyertai perkhidmatan awam kerana lebih gemar berniaga dan bekerja dengan swasta yang boleh memberikan lebih banyak pendapatan.

"Justeru, diharap agar orang Melayu sedar dan kembali bersatu hati. Janganlah kerana pangkat dan harta menyebabkan maruah, bangsa serta agama sanggup digadaikan. Tidak guna menyesal jika suatu masa nanti, anak bangsa kita menjadi pengemis di negara sendiri ," tegasnya

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, kenyataan DAP sebenarnya ibarat mahu menabur pasir ke dalam periuk nasi orang Melayu.

Menurutnya, majoriti yang bekerja sebagai kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu dan isu yang dibangkitkan ini mempunyai agenda tersendiri bagi DAP yang nyata bersikap rasis terhadap kaum tersebut.

"Apa yang diusulkan oleh DAP memang sengaja dicipta sebagai salah satu langkah untuk mencapai matlamat sebenarnya bagi menjatuhkan orang Melayu seperti yang dirancangkan sejak dahulu lagi.

"Cuma yang menghairankan ialah bagaimana pemimpin pembangkang Melayu yang seolah-olah buta dengan apa yang cuba dilakukan oleh DAP sehingga mereka bebas melakukan keputusan yang mampu menjatuhkan Melayu," katanya.

Beliau turut menyatakan yang AP seharusnya tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana ramai kaum bukan Melayu lebih minat untuk bekerja sendiri.

"Bangsa Cina terutamanya lebih berminat untuk bekerja sendiri dan berniaga berbanding berkhidmat sebagai kakitangan awam dan ternyata pendapatan yang mereka peroleh lebih lumayan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Keselesaan mengerjakan haji

Posted:

Keselesaan mengerjakan haji

Keselesaan mengerjakan haji

MEKAH 7 Nov. - Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dan yang sedang dirancang oleh kerajaan Arab Saudi ketika ini dilihat mampu menjadikan ibadah haji pada masa akan datang semakin bertambah selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, contoh ketara yang dapat dilihat ketika ini adalah pembangunan tempat melontar di ketiga-tiga jamrah secara bertingkat, yang menjadikan ibadah melontar cukup selesa.

Beliau berkata, selain itu, dengan pengenalan tempoh khusus buat jemaah dari pelbagai benua untuk melontar, ia tambah memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan kewajipan itu.

"Saya yakin dengan pelbagai inisiatif dan infrastruktur yang sedang dirancang seperti pembesaran Masjidil Haram, pembangunan jaringan kereta api lebih baik, insya-Allah semua ini akan tambah memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa hendak melontar di tiga jamrah, awal hari ini.

Hari ini merupakan 11 Zulhijjah, yang menyaksikan kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini melontar di tiga jamrah, yang merupakan salah satu daripada wajib haji.

Jemaah haji membanjiri kawasan Mina semasa menunaikan kewajipan itu, dengan kerajaan Arab Saudi menyediakan ratusan ribu khemah buat semua jemaah muasassah.

Sementara itu, ada juga jemaah haji yang bermalam di kaki-kaki lima dan bukit berbumbungkan langit di sekitar kawasan melontar di jamrah sehingga menyesakkan lagi keadaan, semasa pihak berkuasa Arab Saudi bekerja keras memastikan orang ramai tidak berhimpun terlalu lama di kawasan laluan jamrah.

Jamil Khir berkata, beliau yakin kerajaan Arab Saudi akan berusaha mencari inisiatif terbaik untuk mengurangkan lagi kesesakan, yang pastinya akan membangkitkan lagi kecantikan persekitaran di tanah suci. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Karnival rangsang pencapaian

Posted:

Karnival rangsang pencapaian

Karnival rangsang pencapaian

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI dan SAFEE MAT JUNUS
pengarang@utusan.com.my


Pelajar-pelajar turut diberi peluang mempamerkan perhidmatan di bawah mata pelajaran MPV pada Karnival Pendidikan Terengganu 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini.


KEMAMAN 7 Nov. - Karnival Pendidikan Terengganu 2011 berlangsung di sini baru-baru ini sebagai meneruskan tradisi dalam usaha peningkatan kecemerlangan pendidikan negeri.

Melaluinya, para pelajar diberi pengiktirafan dan penghargaan atas keupayaan mereka mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum sekaligus mengharumkan nama negeri dan negara.

Pengiktirafan dan penghargaan turut diberikan kepada sekolah -sekolah yang cemerlang dalam pengurusan prasarana serta pencapaian cemerlang sekolah dalam peperiksaan awam di peringkat negeri.

Karnival selama tiga hari itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti para pelajar yang diperagakan melalui Pameran Keusahawanan Pendidikan Terengganu.

Ia melibatkan Kelas MPV Sekolah Menengah, Kelab Keusahawanan, Sains Pertanian, Robotik dan Roket serta acara permainan tradisional dan sukaneka.

Selain itu, forum perdana serta acara mengetengahkan bakat pelajar-pelajar turut diadakan, melibatkan penyertaan lebih 50 buah sekolah.

Pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman itu, seramai 142 pelajar dan 85 buah sekolah menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud.

Sebanyak 33 kategori anugerah disampaikan antaranya Anugerah Sekolah Terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, SK Tengku Mahmud dan SK Rantau Petronas.

Anugerah yang sama bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) diterima oleh Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

SK Tengku Mahmud, Besut dan SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu terpilih menerima Anugerah Pelaksanaan e-Book Terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penerima anugerah Anugerah Khas Kokurikulum (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong dan SMK Bukit Besar), Anugerah Pengurusan Kelas Pendidikan Khas Terbaik (SMK Ibrahim, Fikri dan SK Padang Mengkuang).

Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Terbaik (SMK Guntong, SK Landas), Anugerah Pengurusan Disiplin Terbaik (SMK Kompleks Mengabang Telipot dan SK Pasir Panjang), Anugerah Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Terbaik (SMK Agama Tok Jiring dan SK Sultan Sulaiman I) dan Anugerah Pengurusan Surau Terbaik (SMK Seri Serating).

Anugerah Pengurusan Asrama Terbaik dimenangi SMK Pulau Serai, Dungun dan Anugerah Pengurusan Koperasi Terbaik berjaya digondol SMK Agama Sheikh Abdul Malek.

Bagi Anugerah Pengurusan Makmal ICT Terbaik ia diraih SMK Rusila, Marang dan SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.

Sementara itu, SMK Padang Negara Kuala Terengganu, SMK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SMK Putera Jaya Setiu menerima Anugerah Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah Tertinggi.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri berusaha untuk menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik kepada rakyat agar kejayaan yang ditempa dapat terus memperkayakan potensi diri mereka.

Menurut Ahmad, ia bagi mempersiapkan diri mereka sebagai modal insan yang hebat pada masa depan yang dapat menyumbang kepada rakyat, negeri dan negara.

Katanya, jika satu masa dahulu Terengganu bukan satu 'ancaman' kepada negeri lain dalam bidang pendidikan, kini negeri itu boleh berbangga apabila banyak kejayaan diraih bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

"Misalnya, Nurusyahamah Taqiah Nurunnajmi yang baru berusia 12 tahun yang mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar, pada Ogos lalu mendapat tempat ketiga dalam acara yang besar itu.

"Dengan pelbagai kejayaan yang dilakar oleh generasi muda di negeri ini, saya yakin Terengganu bakal menjadi sebuah negeri hebat dengan ramai pakar akan dilahirkan dalam bidang.

''Kejayaan demi kejayaan jelas membuktikan bahawa kita mengambil serius untuk memantapkan pendidikan di negeri ini," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 warga pendidik.

Dalam pada itu, Razali berkata, program sebegini merupakan salah satu bentuk galakan dan rangsangan secara berterusan kepada warga sekolah untuk terus mencipta kejayaan dan mewarnai landskap pendidikan negeri.

Menurut beliau, sempena karnival pendidikan itu, penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan sekolah yang bertungkus-lumus menguruskan institusi itu dengan baik.

Katanya, mereka yang terdiri daripada warga belakang tabir itu merupakan tonggak sesebuah sekolah untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada pelajar.

"Terima kasih kepada mereka ini yang bukan sahaja melancarkan tugas sesebuah sekolah malah memberi imej yang baik kepada masyarakat dalam merakyatkan pendidikan," jelasnya.

Tambah Razali, program yang sebelum ini dikenali sebagai Ekspo Pendidikan digerakkan ke setiap daerah mulai tahun ini dan Kemaman menjadi destinasi pertama.

"Atas usaha untuk berkongsi kecemerlangan pelajar dengan banyak peringkat masyarakat program tahunan ini diteruskan ke daerah-daerah lain tahun depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan serius soal pendidikan

Posted:

Kerajaan serius soal pendidikan

Kerajaan serius soal pendidikan

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 7 Nov. - Kerajaan Persekutuan sentiasa menitik berat aspek pendidikan dengan menyediakan segala kemudahan dan bantuan kepada pelajar seluruh negara bagi melahirkan generasi berwawasan, berilmu dan bermaklumat.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, dari semasa ke semasa, kerajaan sentiasa mengkaji pelbagai struktur pembangunan pendidikan berkesan bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Beliau berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan setiap pelajar dapat menumpukan perhatian dengan lebih efisien semasa di bangku persekolahan.

"Sebab itu kalau kita tengok pada Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri baru-baru ini, banyak kemudahan yang diperkenalkan untuk membantu pelajar di seluruh negara dan tidak terkecuali Kelantan walaupun ia dikuasai pembangkang sepenuhnya.

"Contohnya sumbangan RM100 kepada setiap pelajar di samping menghapuskan yuran persekolahan selain sejak 10 tahun lalu kerajaan telah memperkenalkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk pelajar yang berkelayakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bemban dan Penyampaian KWAPM 2011 kepada 308 pelajar di sekolah berkenaan di sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Romainor Ali; Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Aziz Daud dan Guru Besar, Mariani Mustafa.

Mohd. Fatmi berkata, setiap pelajar seharusnya memanfaatkan segala faedah tersebut dengan wajar demi kemajuan diri sendiri.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan memberikan impak positif dengan bantuan daripada ibu bapa dan guru-guru.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelab Komuniti Fotograf Kelantan rai 80 murid

Posted:

Kelab Komuniti Fotograf Kelantan rai 80 murid

Kelab Komuniti Fotograf Kelantan rai 80 murid


Sebahagian anak yatim dan miskin dari Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor yang menyertai majlis keraian di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 7 Nov. - Seramai 80 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundor diraikan dalam satu majlis di sebuah restoran makanan segera anjuran Komuniti Huru Hara di bawah Kelab Komuniti Fotograf Kelantan.

Pengerusi program, Jihan Meghaa Ismail memberitahu, mereka mengadakan majlis untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid terbabit yang tinggal di kawasan pinggir bandar serta tidak berpeluang menikmati suasana sedemikian.

"Kami mahu memberikan pengalaman itu supaya mereka tidak berasa rendah diri berikutan keadaan kehidupan keluarga mereka," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut di sini semalam.

Jihan berkata, seramai lebih 20 ahli kelab telah berusaha mendapatkan pelbagai tajaan bagi mengadakan majlis tersebut, di mana murid-murid terbabit turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian.

"Kami juga mengadakan kuiz dan memberi hadiah kepada mereka, selain menyediakan hadiah hari jadi bagi yang menyambut ulang tahun," katanya.

Menurut Jihan, ahli kelab sentiasa memikirkan cara untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan khususnya membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati kehidupan dengan lebih bermakna.

Lantaran itu katanya, pihak kelab berhasrat menjadikan program seumpama itu sebagai acara tahunan supaya dapat meraikan lebih ramai pelajar luar bandar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved