Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jauhi gejala sosial - Sultan

Posted:

Jauhi gejala sosial - Sultan

Jauhi gejala sosial - Sultan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


Penerima anugerah akademik gembira bersama piala dan ijazah masing-masing pada majlis Konvokesyen UTHM Ke-11 di Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 29 Okt. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi peringatan kepada penuntut dan graduan agar menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Baginda bertitah, golongan itu seharusnya bersyukur dengan peluang diberi kerajaan untuk menuntut ilmu justeru, adalah tidak wajar mereka terpengaruh atau terlibat dengan aktiviti politik semasa dan menjadi pengikut kumpulan jalanan yang berunsurkan anti kerajaan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)), di masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.

"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM di sini, hari ini.

Seramai 2,245 graduan yang terdiri daripada Ijazah Doktor Falsafah seramai sembilan orang, Sarjana (164), Sarjana Muda (1,832) dan Diploma (240) menerima sijil masing-masing pada konvokesyen itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Sultan Ibrahim yang merupakan Canselor UTHM bertitah, antara gejala sosial lain yang sering dipaparkan akhbar melibatkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti sanggup menjual maruah diri semata-mata untuk mendapat kemewahan dengan cara mudah.

"Kecemerlangan yang dicapai sehingga kini dicemari oleh sikap segelintir graduan dan penuntut yang masih dalam pengajian tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh pihak universiti dan kerajaan amnya," titah baginda.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan berusaha bersungguh-sungguh mengharumkan nama universiti bagi membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.

Sementara itu, baginda turut berpesan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran UTHM supaya mempercepatkan proses pembinaan kampus untuk kegunaan penuntut pengajian bidang aeronautik yang sedang dibina di atas tanah kerajaan negeri di Tanjung Labuh, di sini.

"Kelewatan projek ini hanya akan menjejaskan pelaksanaan pengajian bidang aeronautik dan melibatkan kos sampingan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda disokong

Posted:

Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda disokong

Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda disokong


ANTARA aksi perlumbaan hari pertama Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor di Mersing, semalam.


MERSING 29 Okt. - Penganjuran Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor di Tanjung Leman, dekat sini, mendapat sambutan baik bukan saja dari peserta kejohanan tersebut malah mendapat sokongan daripada penduduk tempatan terutama di Felda Tenggaroh yang terletak berdekatan.

Bagi Ketua Unit Inovasi dan Generasi Baru Felda, Mohd. Syumaimi Rameli berkata, penganjuran kejohanan yang berpindah dari Tanjung Langsat, Pasir Gudang ke kawasan pesisiran pantai di daerah ini turut memperkenal sukan baru kepada anak-anak Felda.

"Pertama sekali saya sangat berterima kasih kepada Persatuan Pelayaran Johor yang membawa kejohanan ini ke mari. Ini merupakan satu inovasi baru bagi remaja dan belia tanah rancangan di sini dan bertepatan dengan teras Felda yang keempat iaitu membangun potensi generasi baru.

"Kelab Pelayaran Majlis Belia Felda Malaysia juga akan ditubuhkan dan bernaung di bawah Persatuan Pelayaran Johor. Kami melihat sukan ini mempunyai potensi untuk menyumbang pingat dan mungkin juga kejayaan di peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui di sini ketika perlumbaan perahu layar sedang berlangsung.

Peserta dari Neptunes Sailing Club, Indonesia, Allison Maner, 15, berkata, Tanjung Leman merupakan lokasi yang cantik dengan tiupan angin dan arus yang bersesuaian untuk aktiviti perahu layar.

Dia yang bertanding dalam kelas Laser 4.7 berkata, dia pernah menyertai beberapa kejohanan lain di negara ini seperti di Langkawi, Kedah dan Port Dickson, Negeri Sembilan dan penyertaan kali ini adalah antara yang terbaik pernah disertainya.

"Saya diberitahu kejohanan ini akan diteruskan di sini untuk tahun-tahun seterusnya dan jika saya tidak ada peperiksaan untuk diduduki, sudah tentu saya akan turut serta dalam siri yang akan datang," katanya.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tenggaroh 3, Mohamed Shahrizal Suhaimi, 12, berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai perlumbaan perahu layar, malah dapat mencatatkan kedudukan yang agak baik sebagai pendatang baru.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai aktiviti perahu layar apabila sering melihat kejohanan dan regatta yang ditayangkan di kaca televisyen.

"Sukan ini bagus kerana ia sesuatu yang baru untuk mengisi masa dengan lebih berfaedah," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Johor, Lukman Abu Bakar berkata, SK Felda Tenggaroh 3 adalah sekolah pertama memasukkan sukan perahu layar dalam aktiviti kokurikulumnya yang mana seramai 31 orang murid menawarkan diri untuk mencuba sendiri sukan ini.

"Pusat Perahu Layar Negeri Johor juga kini dipindahkan ke Tanjung Leman, sekali gus memudahkan sebarang aktiviti pelayaran di sini. Dengan adanya aktiviti perahu layar di sini, ia menjadi nilai tambah kepada kawasan pantai ini sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Sensasi haruman Pure Mediterranean

Posted:

Sensasi haruman Pure Mediterranean

Sensasi haruman Pure Mediterranean

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


ENIGMA Tech memperkenalkan rangkaian minyak wangi, Pure Mediterrranean. Selain berkonsepkan produk halal, ia boleh dijadikan hadiah untuk tetamu di majlis perkahwinan.


BUKAN sesuatu yang keterlaluan jika ada beranggapan bahawa wangian mampu menebarkan aroma yang melengkapkan personaliti atau karakter.

Menginginkan sesuatu yang menyerlah diri anda? Enigma Tech mempunyai sesuatu yang hebat untuk wanita dan lelaki.

Jenama tempatan itu mengeluarkan produk wangian, minyak wangi Pure Mediterranean.

Wangian ini khas untuk mereka yang ingin mencari minyak wangi tanpa alkohol yang memberi kesegaran, boleh dibawa solat dan tahan lama.

Sedikit sebanyak aroma ilham antarabangsa tersebut berusaha menafsirkan gaya seorang wanita yang menawan, elegan dan bersedia untuk menyerlah dalam apa saja yang ingin dilakukan.

Manakala si lelaki tampil segak dengan haruman yang berani dan segar.

Justeru, Enigma Tech percaya wangian melambangkan personaliti dan aromanya terlalu peribadi buat si empunya diri.

"Haruman keluaran kami berbeza dari segi tahap kepekatan kerana produk kami tiada campuran alkohol atau white oil.

Pati haruman yang tahan lebih lama berbanding sesetengah yang produk di pasaran hanya mampu bertahan untuk beberapa jam sahaja. Aromanya semakin lama dipakai semakin wangi," jelas Pengurus Enigma Tech, Furyna Azmeer.

Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan adunan pati gred A inspirasi jenama terkenal antarabangsa .

Selain itu, tahap kepekatannya menjadi fenomena luar biasa apabila haruman ini kekal pada pakaian lebih dari 48 jam memberikan impak si pemakai untuk tampil lebih berkeyakinan.

Rangkaian Pure Mediterranean terdiri daripada lima set eksklusif yang mengandungi empat botol setiap kotak.

Set Macho dan Elegant untuk lelaki manakala 3 Sweet,Sexy dan Gorgeous untuk wanita.

Dengan harga hanya RM 28 sekotak, ia mengandungi 35 variasi haruman. Antara haruman inspirasi adalah dari rangkaian Paco Robanne, Giorgio Armani,Calvin Klein, Hugo Boss, Ralph Lauren, Guess, DKNY, Lancome, Paris Hilton dan sebagainya.

Minyak wangi ini juga mempunyai pek individu botol besar dengan wajah baru kotak kayu eksklusif yang berharga RM 25 sekotak.

Kini promosi untuk mereka yang inginkan menambah pendapatan hanya dengan bermodal RM 200 layak menjadi agen. Selain itu, Enigma Tech menyediakan pakej khusus untuk mereka yang ingin menjadikan minyak wangi ini sebagai hadiah untuk tetamu di majlis perkahwinan.

Full content generated by Get Full RSS.

IFF cipta sejarah di Kelantan

Posted:

IFF cipta sejarah di Kelantan

IFF cipta sejarah di Kelantan

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

SIRI pengembaraan Festival Fesyen Islam (IFF) diteruskan buat kali ke-18 di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah hujung minggu lalu.

Buat pertama kalinya persembahan penuh prestij itu kembali ke persada tanah air selepas merantau ke 10 ibu kota metropolitan dunia.

Kejayaan di Jakarta, Dubai, Abu Dhabi, New York, Monte Carlo, Singapura, Astana, Bandung dan London dijadikan penanda aras supaya persembahan di Kota Bharu, Kelantan lebih istimewa.

Semuanya berjalan seperti mana dirancang pasukan berpengalaman IFF. Hotel Grand Riverview Kota Bharu menyaksikan betapa meriahnya pertunjukan fesyen yang dianjurkan secara tertutup itu.

Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat hadir sebagai tetamu kehormat Diraja. Turut berangkat hadir Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Tetamu-tetamu kehormat lain ialah isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Menteri Pelancongan, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Majlis tersebut juga mendapat sokongan sepenuhnya kerabat diraja pelbagai negeri, tetamu kehormat, pegawai atasan kerajaan, ahli sosial dan penggiat fesyen.

Keindahan setiap rekaan fesyen sememangnya tidak boleh disembunyikan. Malah ia sesuai dengan tema IFF di Kota Bharu, Kelantan iaitu Zayaan bermaksud Sesuatu Yang Indah di bawah naungan Tengku Amalin A-Ishah Putri, anakanda bongsu Sultan Ismail Petra.

Pertunjukan kali ini mengetengahkan rekaan busana Muslimah 10 pereka terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Pereka fesyen Malaysia diwakili Datuk Tom Abang Saufi menggunakan tema Tasiman yang mengutarakan batik serba ungu. Mona Din juga tidak kurang hebatnya dengan tema Sang Bintang yang memaparkan rekaan kasual dan denim berinspirasikan harimau bintang.

Datuk Radzuan Radziwil mengkagumkan hadirin dengan rekaan Chic Fadila sebelum himpunan pakaian mandi rekaan Nuraini Mohd. Ariffin mengambil tempat.

Tampil dengan rekaan polos dan warna tanah, Ida Royani dari Indonesia berjaya menarik perhatian hadirin menerusi rekaan A Journey To The Past. Begitu juga dengan koleksi Nor Aini Mohd. Shariff yang menggunakan warna terang tetapi masih ada kelembutan tersendiri.

Penyanyi Itang Yunasz tidak ketinggalan mempamerkan koleksi baju kasual dan telekung yang sangat moden.

Tidak ketinggalan rekaan Natasha Mirpuri dan Sabeena Bani Ahuja menggunakan jenama Mantra yang begitu selesa dengan penggayaan warna terang disulami batik.

Melinda Looi juga tidak mahu ketinggalan dengan koleksi batik serba menawan sebelum diakhiri oleh rekaan Ghea Panggabean.

Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah melahirkan rasa gembira kerana misi perjuangan IFF yang bukan eksklusif di kalangan pereka fesyen Islam semakin diterima pada hari ini.

"Benar, pada mulanya ada pereka fesyen tidak mencerminkan Islam. Namun sesuai dengan nilai-nilai Islam, kita tidak terus menghukum sebaliknya memberi peluang.

"Kepercayaan yang diberikan telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempelajari berkenaan Islam dan saling memperbaiki diri. Dan Alhamdulillah, kini rekaan mereka menepati keperluan fesyen Islam.

''IFF akan terus memainkan peranan sebagai pendidik di dalam penghayatan fesyen Islam dalam erti kata sebenar," katanya penuh makna.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Dibidas enggan guna hasil negeri

Posted:

Dibidas enggan guna hasil negeri

Dibidas enggan guna hasil negeri

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dibidas kerana hanya tahu meminta-minta daripada Kerajaan Pusat tanpa mahu menggunakan pendapatan negeri untuk menangani masalah banjir.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas sering mendakwa kononnya hasil pembalakan negeri diraih lebih tinggi berbanding ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, maka hasil itu sepatutnya digunakan untuk menangani masalah banjir.

"Apa sudah jadi dengan keuntungan dalam hasil balak yang dijual kerana sebelum ini mereka kata hasilnya lebih tinggi berbanding waktu BN memerintah Kedah?

"Kalau benar hasilnya tinggi sepatutnya ia digunakan untuk rakyat dalam menangani masalah banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah akan merayu untuk mendapatkan bantuan banjir sekurang-kurangnya RM10 juta daripada Kerajaan Pusat dengan segera kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menghadapi bencana itu.

Azizan berkata, pihaknya akan mengarahkan bahagian kewangan negeri untuk menulis surat rayuan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan bantuan banjir tersebut.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan hasil pembalakan itu untuk persediaan menghadapi sebarang bencana yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Bagi BN, beliau berkata, sama ada memohon atau tidak daripada Kerajaan Pusat, BN tetap akan membantu dengan menyediakan bantuan kepada rakyat memerlukan jika berlaku bencana atau malapetaka.

"Cuma kita nak pastikan agar jangan pula apabila Kerajaan Pusat beri bantuan, kerajaan negeri pula nak ambil nama dengan mengatakan ia daripada mereka.

"Sepatutnya, jangan dipolitikkan soal bantuan bencana dan sebab itu BN mahu ia (bantuan) terus kepada rakyat dan tidak perlu pihak ketiga," tegasnya.

Tambah Mukhriz, berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan Pas negeri tidak mampu untuk membantu rakyat menghadapi bencana banjir dan kerja-kerja agihan bantuan lebih banyak dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan BN sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

36 ekor lembu korban diagihkan di Jerai

Posted:

36 ekor lembu korban diagihkan di Jerai

36 ekor lembu korban diagihkan di Jerai


Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA, Guar Chempedak, Kedah, semalam.


GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Sebanyak 36 ekor lembu korban diagihkan ke sekitar kawasan Parlimen Jerai di sini hari ini untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha pada 6 November ini.

Sumbangan tersebut adalah daripada individu dan ahli korporat termasuk 10 ekor lembu daripada Koridor Utara yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk, Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah.

Selain itu, Mukhriz turut menyampaikan bantuan zakat kepada 330 warga miskin dari kawasan itu dalam bentuk wang tunai RM100 seorang sempena Aidiladha.

Dalam ucapannya, Mukhriz berkata, sambutan Aidiladha membawa mesej penting iaitu kepentingan umat Islam untuk terus berkorban demi agama, bangsa dan negara serta masa depan generasi akan datang.

"Rakyat perlu berkorban dan kerajaan pun sememangnya berkorban untuk rakyat. Pengorbanan ini penting untuk masa depan anak cucu kita," katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Jerai, Datuk Suhaimi Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian kawasan itu.

Mukhriz memberitahu, setiap kali tiba sambutan Aidiladha juga, pelbagai pihak yang prihatin tampil menghulurkan sumbangan termasuk daripada mereka yang tidak mahu namanya didedahkan.

Menurutnya, ini menunjukkan tahap keprihatinan rakyat terhadap kesusahan golongan memerlukan amat tinggi bagi memastikan mereka terbela terutama dalam musim perayaan seperti itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Ceroboh hutan: MB arah siasat

Posted:

Ceroboh hutan: MB arah siasat

Ceroboh hutan: MB arah siasat

IPOH 29 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengarahkan siasatan terperinci dibuat berhubung isu pencerobohan tanah seluas kira-kira 4,000 hektar di kawasan Hutan Simpan Chikus di Teluk Intan di sini.

Zambry berkata, beliau sudah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin supaya mendapatkan laporan penuh daripada pihak terbabit termasuk Jabatan Perhutanan negeri.

Menurutnya, isu pencerobohan itu dimaklumkan sendiri kepada beliau oleh penduduk Orang Asli yang bimbang dengan kegiatan penerokaan tanah secara berleluasa di kawasan hutan simpan tersebut.

"Sebab itu saya meminta Datuk Zainol Fadzi untuk turun dan melihat sendiri masalah tersebut. Selain susulan laporan-laporan (media) selepas itu, kita juga mahu dapatkan maklumat di lapangan sama ada perkara ini serius atau tidak.

"Kita mahu lihat sama ada wujud percanggahan maklumat, justeru penting untuk kita dapatkan laporan daripada Jabatan Perhutanan terlebih dahulu," katanya di sini semalam.

Beliau diminta mengulas isu pencerobohan tanah seluas kira-kira 4,000 hektar di Hutan Simpan Kekal Chikus oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kemusnahan pokok-pokok di kawasan tersebut.

Zainol Fadzi yang membuat tinjauan di hutan tersebut kelmarin mendedahkan, kawasan itu ditanam dengan sawit serta tanaman kontan seperti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pengeluar produk komoditi terbesar

Posted:

Pengeluar produk komoditi terbesar

Pengeluar produk komoditi terbesar

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin menyerahkan replika cek bernilai RM10.000 kepada penerima hadiah Pekebun Kecil Terbaik, Abdul Wahab Ismail diperhatikan Bernard Dompok pada Miccos 2011 di Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kerajaan komited untuk meningkatkan pengeluaran produk-produk berasaskan komoditi bernilai tambah tinggi dalam usaha menjadikan negara ini pengeluar terbesar di dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai sasaran itu tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan produktiviti di peringkat huluan dan pengukuhan pengeluaran produk di peringkat hiliran.

"Sumber-sumber daripada sektor perladangan dan komoditi negara harus diterokai dan dikembangkan bagi menghasilkan lebih banyak produk berasaskan komoditi bernilai tambah tinggi.

"Aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi juga perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (Miccos) 2011 di Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Timbalannya, Datuk Hamzah Zainudin serta Ketua Setiausaha kementerian itu, Nurmala Abd. Rahim.

Acara tiga hari yang bermula semalam bertema 'Menjana Kekayaan Melalui Inovasi' itu merupakan yang terbesar menghimpunkan para penggiat industri termasuk syarikat perladangan, usahawan dan pekebun kecil.

Muhyiddin berkata, meskipun Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar komoditi utama masa kini, kerajaan tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan itu apatah lagi dengan keluasan kawasan tanaman pertanian negara yang telah mencapai tahap maksimum.

Sehubungan itu katanya, kerajaan mengambil langkah mempelbagaikan asas ekonomi melalui penggalakan pelaburan termasuk dalam sektor perkilangan bagi menyokong pengeluaran hasil komoditi.

"Sebahagian daripada usaha itu adalah memberi bantuan dan peluang kepada pekebun kecil dan usahawan komoditi di luar bandar untuk menjadikan mereka lebih berdaya maju," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Semua guru tabika Kemas miliki diploma 2015

Posted:

Semua guru tabika Kemas miliki diploma 2015

Semua guru tabika Kemas miliki diploma 2015

KOTA KINABALU 29 Okt. - Dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan prasekolah, kerajaan menyasarkan kesemua guru taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara memiliki diploma menjelang 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setakat ini seramai kira-kira 2,000 daripada 9,824 guru Tabika Kemas telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma.

"Dalam hubungan ini kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mempastikan tenaga guru kita dapat ditingkatkan keupayaannya.

"Jadi untuk murid-murid tabika mendapat ilmu pengetahuan mencukupi, kita perlu mempunyai tenaga guru berkebolehan dan berkeupayaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam (MUIS) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd. Amin dan Pengarah Kemas Negeri, Anisah Saidin.

Pada majlis itu, seramai 94 warga kerja Kemas Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Menurutnya, pada masa ini guru-guru Tabika Kemas dihantar menjalani kursus dalam cuti di institusi perguruan di seluruh negara.

Dalam pada itu beliau berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pendidikan prasekolah kementerian itu telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.

"Pada tahun ini sasaran 9,816 kelas Tabika Kemas telah berjaya dicapai sejak Julai lalu dengan bilangan kanak-kanak seramai 215,834 orang.

"Selain itu, menjelang 2015 kesemua guru-guru tabika dijangka bergred S27," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Peserta Felcra jangan terpengaruh hasutan

Posted:

Peserta Felcra jangan terpengaruh hasutan

Peserta Felcra jangan terpengaruh hasutan


Mohd. Shafie Apdal dan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib bersama penerima anugerah cemerlang Jabatan Kemas Sabah di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 29 Okt. - Peserta Felcra diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang sebenarnya tidak pernah membantu mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia penting bagi memastikan segala program bantuan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada mereka.

"Cerita ini (hasutan) langsung tidak membantu kita, bukan bagi beli kelapa sawit, bukan bagi beli getah, bukan dia buat rumah untuk kita.

"Kadang-kadang dia cerita tentang kerajaan tidak bantu, dividen tidak cukup tetapi kita sedar dan tahu kerajaan bantu kita sedangkan yang tabur fitnah ini tidak membantu, jadi apa hal kita mahu dengar dia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam (MUIS) di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


KM lawat Jepun tarik pelabur

Posted:

KM lawat Jepun tarik pelabur

KM lawat Jepun tarik pelabur

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 29 Okt. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berlepas ke Jepun hari ini bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari ke negara matahari terbit itu sehingga 3 November ini.

Mohd. Ali dalam satu kenyataan di sini berkata, lawatan kerja tersebut diadakan adalah atas undangan rasmi Datuk Bandar Kirishima, Shuji Maeda dan Datuk Bandar Kagoshima, Hiroyuki Mori.

"Lawatan ini bagi membolehkan kerajaan negeri meninjau peluang pelaburan di negara tersebut selain mempelawa beberapa syarikat di negara tersebut membuat pelaburan ke negeri ini," katanya.

Rombongan itu turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Ali.

Ketika berada di sana katanya, beliau akan melawat dan mendengar taklimat mengenai operasi syarikat pengeluar perisa makanan (Black Vinegar), Sakamoto Kurozu Co. Ltd dan pengeluar elekronik dan mikrocip terbesar dunia, Sony Semiconductor Co. Ltd.

Selain itu, katanya, pusat penyelidikan dan pengeluar makanan laut, Higashimaru Co. Ltd. dan kilang pengeluar kereta Honda akan turut dilawati.

"Saya melawat sekitar bandar raya Kirishima yang terkenal dengan landskap terbaik di dunia. Kejayaan bandar raya ini diaplikasikan di Melaka selaras dengan negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020," katanya.

Terdahulu sebelum berlepas ke Jepun, Mohd. Ali turut mengucapkan selamat jalan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim yang berlepas ke Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini untuk menunaikan ibadat haji.

Full content generated by Get Full RSS.

45 pengawal USIM gotong-royong bersih tasik

Posted:

45 pengawal USIM gotong-royong bersih tasik

45 pengawal USIM gotong-royong bersih tasik


Beberapa anggota pengawal keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia bergotong-royong membersihkan sekitar tasik di Nilai, semalam.


SEREMBAN 29 Okt. - Seramai 45 pengawal keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tasik di sekitar kawasan universiti berkenaan menjelang Pesta Konvo yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember ini.

Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, program tersebut merupakan persediaan awal pihaknya sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong perdana yang dijangka selepas Aidiladha nanti.

"Ini merupakan salah satu inisiatif pihak bahagian keselamatan USIM yang mana kita tidak mahu dilihat hanya terikat pada tugas hakiki semata-mata, tetapi turut berperanan membantu pihak universiti dalam segala aspek.

"Pada masa sama, kita melihat tasik yang berkeluasan hampir 10 hektar ini mempunyai daya tarikan dan sesuai bagi menjalani pelbagai aktiviti sukan air dan memancing,'' katanya di sini, hari ini.

Tasik berkenaan dijangka dibuka kepada umum pada Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvokesyen Ke-9 anjuran USIM dan Kumpulan Utusan pada 4 Disember ini.

Abdul Wahab menjelaskan, tasik mempunyai potensi tersendiri yang mana ia bukan sahaja luas dari segi saiznya, malah ia juga mampu dikomersialkan bukan sahaja pada warga USIM semata-mata, malah boleh menarik orang ramai untuk mengunjunginya.

Malah katanya, terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di kawasan tasik ini termasuklah ikan toman dan tilapia.

"Kita melihat pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pihak USIM dan Kumpulan Utusan ini adalah satu langkah yang tepat kerana sudah sampai masanya tasik ini dijadikan sebagai tarikan kepada orang ramai," katanya.

"Saya yakin bahawa pihak pengurusan universiti mempunyai perancangan mereka untuk menjadikan kawasan ini sebagai lokasi yang sesuai bukan sahaja untuk para pelajar, malah kepada orang ramai beriadah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Polis sedia beku cuti anggota

Posted:

Polis sedia beku cuti anggota

Polis sedia beku cuti anggota

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Okt. - Polis negeri ini bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi termasuk membekukan cuti semua anggota dan pegawainya sekiranya khidmat mereka diperlukan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abd. Rahman berkata, beliau juga mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah agar bersedia menghadapi banjir terutama dalam aspek kelengkapan dan logistik.

"Mengenai operasi banjir, kita akan lihat kepada keadaan, jika memerlukan ramai anggota dan pegawai, maka kita tingkatkan jumlahnya supaya lebih bersiap sedia.

"Pembekuan cuti juga akan dilakukan jika keadaan memerlukan, namun tidaklah begitu 'keras' kerana kita turut menimbang kebajikan anggota dan pegawai kita," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Urusetia Karnival Jom Heboh TV3 2011 dan melakukan lawatan ke gerai pameran di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin.

Mengenai jenayah di negeri ini, beliau berkata, polis menyelesaikan 40 kes samun melibatkan dua kumpulan berikutan kejayaan menumpaskan dua kumpulan penjenayah iaitu Geng 7-Eleven dan Geng Din.

Menurut beliau, kedua-dua kumpulan samun berkenaan bergerak aktif pada waktu malam dengan menjadikan kedai serbaneka di Kelantan dan Terengganu sebagai sasaran rompakan.

Katanya, kumpulan Geng Din yang berpangkalan di Besut, Terengganu didapati turut melakukan jenayah di Pahang.

"Geng 7-Eleven ini bergerak pada waktu malam dengan menyamun rokok dan wang hasil jualan di premis itu. Bagaimanapun kita menumpaskannya sehingga berjaya menyelesaikan 19 kes samun di Kelantan.

"Satu lagi kumpulan iaitu Geng Din dari Besut pula ditumpaskan sehingga kita berjaya menyelesaikan 15 kes samun di Kelantan serta Terengganu dan enam di Pahang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

20 sukarelawan gotong-royong bersih Rumah Pekayatim

Posted:

20 sukarelawan gotong-royong bersih Rumah Pekayatim

20 sukarelawan gotong-royong bersih Rumah Pekayatim


Mohamad Salihuddin Ahmad (lima dari kiri) bersama sebahagian sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan Rumah Pekayatim di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, semalam. - MINGGUAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 29 Okt. - Seramai 20 sukarelawan dari Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) turun padang bagi menjayakan program khidmat masyarakat bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Pekayatim) di Jalan Guchil Bayam dekat sini, hari ini.

Program itu turut disertai Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad yang bergotong-royong membersihkan Rumah Pekayatim dan beramah mesra dengan 23 anak yatim di rumah berkenaan.

Bertemakan, Riadah Ria Sambil Beramal, program itu membawa mesej untuk mengeratkan silaturahim dan beriadah antara sukarelawan dan anak-anak yatim berkenaan.

Program dimulakan dengan acara gotong-royong membersihkan kawasan luar rumah anak yatim itu diikuti acara sukan seperti pingpong, bola sepak dan catur.

Kehadiran sukarelawan itu yang dikenali sebagai i-GrEaT fella turut mendedahkan anak-anak yatim berkenaan mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan kemahiran berinteraksi.

Mohamad Salihuddin berkata, program turun padang itu bersempena dengan penganjuran Mini Karnival GETSB di sini dan ia bertujuan mendekatkan syarikat dengan masyarakat khususnya penghuni Rumah Pekayatim.

"Tujuan diadakan karnival dan kerja amal ini bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan perlindungan takaful untuk orang tersayang.

"Kerja amal ini merupakan projek tanggungjawab sosial korporat syarikat yang sebelum ini telah menganjurkan program serupa di Cyberjaya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, GETSB dilancarkan pada 10 Disember tahun lalu dan menyediakan produk takaful yang komprehensif serta perkhidmatan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bukan Islam.

Rumah Pekayatim menempatkan 23 anak yatim lelaki berumur dari 10 hingga 15 tahun dengan aktiviti utama tertumpu kepada memberi pendidikan terbaik seperti kelas celik al-Quran, tahfiz, fardu ain, asas bahasa Arab, khemah ibadah, kem motivasi dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hulu Terengganu buat persiapan rapi hadapi banjir

Posted:

Hulu Terengganu buat persiapan rapi hadapi banjir

Hulu Terengganu buat persiapan rapi hadapi banjir

HULU TERENGGANU 29 Okt. - Pejabat Parlimen Hulu Terengganu akan mengekalkan pusat pemindahan sedia ada termasuk di setiap kampung seperti tahun lepas bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar tahun ini.

Ahli Parlimennya, Mohd. Nor Othman berkata, pihaknya juga mengenal pasti kampung yang sering terjejas akibat banjir dan persiapan sedang dibuat untuk menghadapi bencana itu.

"Ramai sedia maklum bahawa daerah ini sering dilanda banjir apabila tiba musim tengkujuh setiap tahun. Justeru, kita susun pelan menyeluruh dan membuat persiapan rapi untuk hadapi banjir pada tahun ini," katanya di sini, hari ini.

Antara kampung yang sering dilanda bencana itu ialah Kampung Bukit Tadok, Kampung Nibong, Kampung Lubuk Perah dan beberapa kampung lain di kawasan Hulu Berang.

Tambah Mohd. Nor, bilik gerakan juga akan dibuka 24 jam semasa banjir nanti.

Mohd. Nor turut menasihati penduduk setempat agar berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti arahan pihak berwajib semasa banjir.

"Jangan leka dan tunggu saat akhir baru nak buat persiapan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


TLDM gagalkan cubaan lanun rampas kapal tangki

Posted:

TLDM gagalkan cubaan lanun rampas kapal tangki

TLDM gagalkan cubaan lanun rampas kapal tangki

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


Kapal MT Nautica Johor Bahru yang membawa muatan minyak dan gas yang cuba dirampas sekumpulan lanun di perairan Selat Singapura berhampiran Pulau Batu Putih, semalam. –MINGGUAN/RUSHDI SALLEH


KUANTAN 29 Okt. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan lanun melarikan sebuah kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru yang membawa muatan minyak dan gas bernilai kira-kira RM12 juta, malam tadi.

Kapal yang dalam pelayaran dari Melaka ke Sibu, Sarawak itu dirampas di perairan Selat Singapura berhampiran Pulau Batu Putih pada pukul 5.30 pagi kelmarin oleh sekumpulan 10 perompak berkenaan.

Panglima Wilayah Laut Satu TLDM, Laksamana Pertama Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata, berikutan itu, kesemua anak kapal dan kapal tersebut dapat diselamatkan pukul 9.10 malam di lokasi kira-kira 17 batu nautika (30.6 kilometer) dari Pulau Jemaja, Indonesia.

"Tiada kecederaan dilaporkan bagaimanapun lanun bersenjatakan sepucuk pistol dan parang itu berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah bot laju.

"Perompak tersebut turut merampas beberapa barangan peribadi 19 krew kapal tersebut antaranya telefon bimbit, wang tunai dan komputer riba. Muatan kapal tersebut dilaporkan selamat," katanya pada sidang akhbar di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, insiden rompakan itu disedari oleh pihak pengurusan kapal tersebut yang gagal menghubungi kapten kapal terbabit sebelum melaporkan kepada Maritim Malaysia semalam.

"Bertindak atas maklumat tersebut, Maritim Malaysia menugaskan pesawat Douphin M7 002 dan berjaya mengesan kedudukan kapal tersebut di lokasi kira-kira 85 batu nautika (153 kilometer) dari timur Pekan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

CHOGM perlu bentuk piagam

Posted:

CHOGM perlu bentuk piagam

CHOGM perlu bentuk piagam


Najib Tun Razak bersama Presiden Malawi, Dr. Bingu Wa Mutharika di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Perth, Australia, semalam. - BERNAMA


PERTH 29 Okt. - Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) bersetuju supaya Komanwel membentuk piagam dan secara prinsipnya melantik seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia dalam usaha menjadi badan itu kembali relevan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, secara umumnya, CHOGM bersetuju untuk menerima pakai cadangan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) yang mahu nilai dan prinsip semua negara anggotanya digabungkan dalam satu piagam.

Perdana Menteri berkata, melalui cara itu, pemimpin CHOGM percaya dunia dan generasi akan datang dapat mengetahui dan menghayati aspirasi dan matlamat penubuhan Komanwel.

"Bagaimanapun, pengwujudan Piagam itu perlu melalui beberapa proses sebelum ia dapat dibentuk untuk dijadikan rujukan semua negara anggota," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi pemukiman (retreat) sidang CHOGM kali ini yang diadakan di Kings Park dekat sini.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Najib menjelaskan, ekoran persetujuan itu, Menteri Luar Komanwel akan menghalusi draf piagam tersebut untuk dibawa ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar di Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada September 2012.

Selepas itu, katanya, draf tersebut akan sekali lagi dirujuk kepada ketua-ketua kerajaan untuk diterima atau sebaliknya, sebelum ia dijadikan piagam.

Mengenai cadangan melantik pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Najib berkata, perkara itu akan dirujuk kepada Setiausaha Agung Komanwel, Kamalesh Sharma dan Kumpulan Bertindak Menteri Komanwel (CMAG).

Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu akan tertumpu kepada bagaimana hasrat memperkukuhkan komitmen setiap negara dalam aspek hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.

"Secara prinsipnya, ia diterima tetapi kita sedang mengkaji bentuk pelaksanaannya," katanya sambil menambah kedua-dua cadangan itu adalah sebahagian daripada 106 syor EPG kepada Ketua-ketua Negara Komanwel untuk dipertimbangkan dalam sidang CHOGM kali ini.

Menurut beliau, Menteri-menteri Luar CHOGM akan membincangkan baki 104 lagi cadangan EPG malam ini sebelum melaporkan kepada ketua-ketua kerajaan esok, sama ada ia boleh diterima serta-merta atau memerlukan kajian seterusnya.

Perdana Menteri berkata, selain itu, ketua-ketua negara turut membincangkan antaranya mengenai isu perubahan iklim dan kepentingannya kepada negara-negara pulau serta pembangunan mapan.

Katanya, ramai yang telah memberi pandangan mereka mengenai pentingnya mengambi langkah konkrit dan berkesan untuk menyelamatkan negara-negara pulau yang terancam akibat perubahan iklim.

Laporan EPG menyebut beberapa negara pulau dijangka lenyap ekoran daripada perubahan iklim dan keadaan ini dikhuatiri akan menimbulkan isu pelarian atau perpindahan penduduk pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Najib berkata, beliau mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa isu perubahan iklim bukan hanya memberi kesan terhadap negara kecil tetapi turut di rasai oleh negara-negara besar.

Beliau mengambil contoh, Thailand dan Kemboja yang walaupun bukan negara Komanwel, mereka merupakan negara jiran yang kini mengalami banjir yang dahsyat dalam sejarah akibat perubahan iklim.

"Keadaan ini menunjukkan tiada sebuah negara pun yang terkecuali daripada kesan perubahan iklim," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan CHOGM perlu memastikan matlamat Protokol Kyoto, yang mahu negara-negara maju mengambil tindakan mengurangkan pelepasan gas dipatuhi.

Walaupun Protokol Kyoto akan tamat pada 2012, kata beliau, ia bukanlah alasan untuk negara-negara maju menggubal satu syarat baru terma-terma berkaitan dengan apa yang telah dipersetujui. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

EPG nafi CHOGM galakkan homoseksual

Posted:

EPG nafi CHOGM galakkan homoseksual

EPG nafi CHOGM galakkan homoseksual


Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Perth, Australia, semalam. Turut sama, ahli EPG (dari kiri) Dr. Emmanuel Akwetey, Samuel Kavuma dan Malcolm Rifkind. - BERNAMA


PERTH 29 Okt. - Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Komanwel membidas laporan kononnya ia menggalakkan hubungan homoseksual dengan mencadangkan kepada mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) kali ini agar menghapuskan undang-undang yang menjadikan hubungan sejenis sebagai satu jenayah.

Pengerusi EPG, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan, kumpulan itu sebaliknya hanya mencadangkan supaya undang-undang yang berupa diskriminasi terhadap mereka yang mengidap AIDS dan HIV dihapuskan.

Menurut beliau, ini kerana masih terdapat banyak negara Komanwel yang mewarisi sistem perundangan British yang menghalang pengidap AIDS dan HIV daripada menerima rawatan kerana ia dianggap sebagai satu jenayah.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, pada masa ini, jumlah penghidap AIDS dan HIV di negara-negara anggota Komanwel adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada negara-negara bukan ahli pertubuhan itu.

Sehubungan itu, katanya, EPG menerima cadangan daripada negara-negara anggotanya yang berdepan dengan masalah ini dan mahu sesuatu dilakukan bagi membolehkan penghidap AIDS dan HIV menerima rawatan sewajarnya bagi membendung penularan wabak itu.

"Apa yang dikemukakan oleh EPG hanyalah satu syor dan ia terpulang kepada setiap negara anggota sama ada untuk menerimanya atau tidak. Laporan yang dikemukakan oleh EPG tidak mengikat mana-mana negara anggota untuk melaksanakannya,'' jelas beliau.

Syor EPG berhubung isu AIDS dan HIV dilaporkan telah mendapat tentangan kerana ia dikhuatiri akan dianggap homoseksual sebagai satu perlakuan yang boleh diterima.

Cadangan EPG itu bagaimanapun masih terbuka kepada pelbagai tafsiran sebelum ia diterima atau ditolak oleh para pemimpin CHOGM di akhir persidangan mereka esok.

Abdullah berkata, satu lagi cadangan yang mendapat tentangan ialah penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Demokrasi dan Kedaulatan Undang-undang.

Menurut beliau, cadangan itu sebenarnya ialah untuk membantu menteri-menteri luar negara Komanwel dan setiausaha agung badan tersebut menjalankan kerja masing-masing dengan lebih efisyen.

"Seorang Pesuruhjaya yang bebas dan tidak terikat dengan kepentingan politik boleh memainkan peranan untuk memaklum atau menghebahkan sesuatu masalah kepada umum jika ada.

"Pesuruhjaya ini juga boleh membantu dari segi membela negara yang dikecam secara tidak adil berhubung perlanggaran hak asasi manusia,'' jelas beliau.

Terdahulu Abdullah memberitahu, CHOGM harus menerima sebulat suara cadangan EPG demi survival pertubuhan 54 negara bekas tanah jajahan British itu yang kini didakwa lesu dan tidak relevan.

Ini kerana, katanya, 106 syor yang dikemukakan EPG kepada Mesyuarat CHOGM adalah suara negara-negara anggota yang mahu perubahan dilakukan ekoran ia didakwa tidak bersikap pro-aktif ketika sesuatu krisis berlaku, walaupun di kalangan negara anggota.

Katanya, dalam tempoh 16 bulan EPG diwujudkan, ia menerima 330 cadangan daripada pertubuhan dan individu dalam negara-negara Komanwel sebelum memutuskan untuk menyenarai pendekkan 106 daripadanya, dikumpul dan kemukakan untuk perbincangan Ketua-ketua Negara CHOGM.

Hari ini, para pemimpin CHOGM meneruskan perbincangan mereka dalam sesi pemukiman (retreat) yang diadakan di Kings Park tidak jauh dari sini.

Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved