Sabtu, 29 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kg. Merchong perintis PTC

Posted:

Kg. Merchong perintis PTC

Kg. Merchong perintis PTC

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Ishak Muhamad (tengah) bertanya sesuatu kepada peniaga runcit Norizan Mohamad merupakan salah seorang daripada lapan orang yang dilantik sebagai Ejen Perbankan Tanpa Cawangan BSN di Kampung Merchong, Pekan, semalam. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI


PEKAN 29 Okt. - Kampung Merchong di sini menjadi perkampungan pertama di Malaysia dipilih sebagai perintis program Perbankan Tanpa Cawangan (PTC) yang merupakan perkhidmatan terbaharu Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pengarah BSN Pahang, Roslin Marjumin berkata, PTC dilaksanakan bagi merealisasikan Program Akses Perkhidmatan Perbankan kepada penduduk luar bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012.

"PTC merupakan strategi perbankan terbaharu yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendekatkan pelanggan kepada perkhidmatan kewangan di kawasan yang tiada kemudahan perbankan.

"Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan 5,000 buah ejen PTC menjelang tahun 2013," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Terminal Pos Ejen PTC BSN yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad di sini hari ini.

Roslin berkata, BSN yang merupakan satu-satunya syarikat perbankan di negara ini yang diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan PTC menyasarkan sebanyak 500 ejen akan dilantik di seluruh negeri Pahang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Di kawasan Pekan kita sudah lantik lapan ejen PTC dan ia akan terus diperluaskan bagi memberi kemudahan kepada rakyat di negeri ini dalam melakukan urusan perbankan. PTC sebenarnya sudah dilaksanakan di negara luar seperti Brazil, Colombia, India, Filipina dan Peru," katanya.

Sementara itu, Ishak yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan dalam ucapannya berkata, pelaksanaan PTC merupakan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah melupakan kesulitan rakyat di kawasan luar bandar.

"Tidak ada bangunan BSN seperti di bandar pun tidak apa, apa yang penting perkhidmatan PTC yang diberikan ini akan memberi kemudahan kepada kita (rakyat) untuk melakukan urusan perbankan termasuk membayar bil-bil utiliti seperti bil air dan elektrik.

"Inilah transformasi yang dilakukan kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan luar bandar. Pelbagai program pembangunan lain akan turut dilaksanakan dari semasa ke semasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bahasa Melayu buka peluang lanjutkan pelajaran

Posted:

Bahasa Melayu buka peluang lanjutkan pelajaran

Bahasa Melayu buka peluang lanjutkan pelajaran

KUANTAN 29 Okt. - Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara membolehkan lebih ramai pelajar dari luar bandar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safian Ismail berkata, kejayaan penuntut tersebut di menara gading akan menyanggah tanggapan segelintir pihak yang tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu.

"Sejak ia dijadikan sebagai bahasa pengantar, ramai pelajar berjaya masuk universiti.

"Peluang melanjutkan pelajaran ke universiti bukan lagi menjadi milik eksklusif anak-anak golongan bangsawan dan hartawan tetapi anak-anak petani, nelayan, penoreh getah, buruh kasar, peniaga kecil, guru dan kerani juga berpeluang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Syarahan Pak Sako sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang dibacakan oleh Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Zulkifli Othman di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Menurut Safian, dengan peluang pendidikan yang berkualiti dalam bahasa kebangsaan, anak-anak bangsa kini berjaya memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

"Mereka inilah kemudiannya menjadi generasi awal rakyat tempatan yang mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor profesional.

"Mereka juga yang mempelajari ilmu-ilmu moden dalam bahasa Melayu dan kemudiannya menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekali," jelasnya.

Beliau tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris tetapi bahasa berkenaan bukan satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan sesebuah negara.

"Sebagai contoh, China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi.

"Mereka cukup menyanjung bahasa sendiri malah menghormati bahasa kebangsaan negara-negara lain," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir dijangka awal Disember

Posted:

Banjir dijangka awal Disember

Banjir dijangka awal Disember

KUANTAN 29 Okt. - Angin monsun yang membawa hujan lebat secara berperingkat sehingga boleh menyebabkan banjir dijangka melanda negeri ini bermula awal Disember ini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Rabiah Al Adawiah Zakaria berkata, lazimnya kawasan timur negeri ini seperti daerah Kuantan dan Rompin akan mengalami keadaan tersebut setiap tahun.

"Malaysia diramal mengalami Angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh terutama bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Sarawak mulai awal November ini dan akan berterusan sehingga awal Mac 2012.

"Pada awal Angin Monsun Timur Laut iaitu November hingga Januari, episod hujan lebat biasa berlaku terutamanya di negeri-negeri sebelah Pantai Timur Semenanjung iaitu bermula di Kelantan dan Terengganu pada bulan November dan awal Disember.

"Hujan monsun yang lebat secara perlahan-lahan akan beranjak ke selatan, lazimnya kawasan timur negeri Pahang dan Johor akan mengalami hujan lebat pada bulan Disember dan awal Januari," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Rabiah berkata, semasa tempoh musim Monsun Timur Laut, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung akan mengalami beberapa episod hujan lebat menyeluruh yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat ledakan keluar udara sejuk yang kuat atau dikenali sebagai luruan monsun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Etnik Asia paling banyak dibuli di AS

Posted:

Etnik Asia paling banyak dibuli di AS

Etnik Asia paling banyak dibuli di AS


Pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia yang belajar di sebuah sekolah awam di Philadelphia mengadakan bantahan secara aman Mac lalu ekoran sering dibuli sejak dua tahun lalu. - AGENSI


WASHINGTON 29 Okt. - Remaja Amerika Syarikat (AS) berketurunan Asia paling banyak dibuli di sekolah-sekolah di AS berbanding kumpulan etnik lain.

Kajian kerajaan menunjukkan komuniti tersebut tiga kali ganda sering berdepan cemuhan dalam Internet.

Setiausaha Pendidikan AS, Arne Duncan berkata, antara faktor gangguan itu ialah masalah bahasa yang dihadapi sesetengah pelajar Amerika-Asia dan sentimen perkauman yang semakin meningkat sejak insiden 11 September 2011 terhadap kanak-kanak Islam.

"Perkara ini memang tidak dapat diterima dan perlu diubah. Kanak-kanak sepatutnya pergi ke sekolah tanpa perasaan takut," katanya.

Kajian itu dikeluarkan Sabtu lalu, mendapati 54 peratus remaja Amerika-Asia dibuli di kelas dan 31.3 peratus golongan kulit putih turut dilaporkan mengalami masalah sama.

Menurut seorang pegawai yang terlibat dalam kajian tersebut, data juga menunjukkan 38.4 peratus golongan Amerika-Afrika dan 34.3 peratus bagi Hispanik turut dibuli.

Bagi kes buli di Internet, kira-kira 62 peratus etnik Amerika-Asia dilaporkan diganggu sekali atau dua kali sebulan, berbanding dengan 18.1 peratus golongan kulit putih.

Kajian tersebut dilakukan berdasarkan satu tinjauan pada 2009 yang disokong oleh Jabatan Pendidikan dan Keadilan AS.

Dalam kajian itu, kira-kira 6,500 pelajar berumur antara 12 hingga 18 tahun diwawancara dan golongan Amerika-Asia secara umumnya ditakrifkan sebagai keturunan Asia Timur, benua kecil India atau Pasifik Selatan.

Pegawai-pegawai kajian merancang mengumumkan data itu pada satu majlis mengenai isu buli di New York sebagai sebahagian daripada Inisiatif White House Presiden Barack Obama terhadap golongan Amerika-Asia dan Kepulauan Pasifik. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Dadah dari Malaysia bertambah

Posted:

Dadah dari Malaysia bertambah

Dadah dari Malaysia bertambah

MEDAN 29 Okt. - Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia, Agung Kuswandono berkata, penyeludupan dadah dari Malaysia ke Indonesia semakin meningkat ekoran peningkatan jumlah tangkapan suspek ejen sindiket dadah.

Jakarta Post melaporkan bahawa Agung berkata, penangkapan penyeludup dadah dari Malaysia meningkat mendadak baru-baru ini.

''Beberapa tahun lalu, penangkapan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya di Jawa Timur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

''Bagaimanapun sekarang, penyeludup dadah ditangkap di beberapa lapangan terbang lain di Indonesia termasuk Medan, Aceh, Tarakan dan Lombok,'' katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, penyeludup menggunakan pelbagai kaedah untuk menyeludup dadah dari Malaysia.

''Hari ini (kelmarin) seorang suspek cuba menyeludup dengan memasukkan dadah dalam duburnya. Ini dianggap satu kes baru,'' katanya merujuk kepada satu kes yang ditangkap di Lapangan Terbang Polonia, Medan kelmarin.

Agung berkata, antara kaedah lain digunakan termasuk menelan, menyembunyikan dadah dalam beg dan kasut, selain al-Quran.

Ketua Divisyen Penguatkuasaan dan Pencegahan Pejabat Kastam dan Eksais Medan, Bobby Patigor berkata, sebanyak tujuh kes penangkapan penyeludup dari Malaysia dibuat di lapangan terbang di sini sehingga Oktober tahun ini berbanding enam kes pada tahun lepas. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Yingluck antara banjir dan politik

Posted:

Yingluck antara banjir dan politik

Yingluck antara banjir dan politik

Ku Seman Ku Hussain


Banjir besar yang melanda Thailand membantutkan YingLuck memulihkan ekonomi dan politik.


Perdana Menteri Thailand, Yingluck Sinawatra kini berada di antara dua cabaran. Pertama, banjir luar biasa yang melanda beberapa bahagian negara itu termasuk kota metropolitan Bangkok. Keduanya, gelombang politik yang terus mengancam kedudukannya apabila dikaitkan bekas Perdana Menteri dalam buangan, Thaksin Sinawatra. Banjir besar menjadi penghalang utama untuk Yingluck menunaikan janji memulihkan kemelut ekonomi Thailand kepada rakyat.

Krisis banjir menjadi penanda aras kemampuan Yingluck, wanita berusia 44 tahun yang menduduki kerusi Perdana Menteri Ogos lalu. Dua bulan selepas detik gembira membawa parti "baju merah" memenangi pilihan raya, Yingluck diuji dengan bencana banjir. Dia tidak sempat "berbulan madu" apabila banjir mengubah banyak perkara termasuk pelan pemulihan ekonomi dan politiknya. Banjir menuntut tindakan segera, sistematik dan kelicinan penyelarasan antara agensi kerajaan. Dalam mendepani permainan politik di sebalik bencana alam, kekuatan Yingluck sebagai komandan akan diuji. Pada masa yang sama Yingluck didesak menunaikan janji politiknya untuk menaikkan kadar gaji terendah, menyiapkan landasan keretapi laju, memberi komputer tablet percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menambahbaikan program kebajikan dan kesihatan kepada rakyat.

Penyelewengan

Harapan rakyat kepada Yingluck terlalu tinggi. Mereka bukan sahaja menanti dasar-dasar popular yang tidak menjejaskan ekonomi malah ketelusan. Yingluck tidak seharusnya menjadi Thaksin yang penuh dengan penyelewengan, skandal, kepentingan peribadi dan sekatan kepada kebebasan media.

Tetapi banjir memaksa Yingluck menangguhkan dasar-dasar bersifat popular kepada rakyat terutama penyokongnya dari parti Thai Rak Thai (TRT). Menangani bencana menuntut tumpuan, terpaksa turun padang dan pada masa yang sama menjadi penyelaras yang bijak antara agensi kerajaan. Ini meletakkan Yingluck dalam tekanan antara langkah-langkah pemulihan ekonomi, merangka strategi untuk menangani pembangkang dari parti "baju kuning", People Alliance for Democracy (PAD) kerana terpaksa memberi tumpuan kepada banjir.

Yingluck sukar mengikis bayangan abangnya, Thaksin sama ada segi kewangan atau strategi dalam kerjaya politiknya. Ini kerana TRT mendapat dana daripada Thaksin yang pernah memiliki syarikat telekomunikasi Shin Corp kemudiannya menjualnya kepada Temasek (Singapura). Kekayaan Thaksin yang luar biasa menjadi faktor kemenangan Yingluck dan TRT pada pilihan raya lalu.

Banjir besar bukanlah fenomena biasa terutama di utara Bangkok yang menjadi jelapang padi Thailand. Wilayah ini juga menempatkan kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh syarikat multinasional lebih sedekad lalu sekaligus penyumbang kepada ekonomi Thailand. Sebelum ini banjir besar melanda Bangkok berlaku pada 1942, 1983 dan terbaru sebelum ini pada 1995. Tetapi kali ini yang terbesar akibat limpahan dari sungai Chao Phraya yang menjejaskan kawasan pertanian lebih luas di sekitarnya. Bermula akhir Julai lalu hingga tiga bulan berikutnya, bencana ini mengorbankan 307 nyawa, menjejaskan kehidupan 2.3 juta orang dan mengakibatkan kerosakan harta benda dianggarkan AS$5.1 bilion.

Limpahan sungai Chao Phraya menenggelamkan kawasan enam juta hektar termasuk 300,000 hektar kawasan pertanian dalam 58 wilayah bermula Chiang Mai hingga ke utara dan sebahagian Bangkok. Bencana banjir terburuk dalam sejarah Thailand ini dianggap hamparan permaidani merah dan ucapan "selamat datang" kepada Yingluck.

Persediaan

Tetapi dia kurang pengalaman dan persediaan. Buktinya pelan tindakan kecemasan kerajaan sangat lemah dan tidak ada penyelarasan yang cekap untuk melicinkan tugas. Arahan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi kerajaan bertentangan antara satu dengan lain. Malah keutamaan yang diberikan oleh Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra bertentangan dengan Yingluck. Persoalannya apakah ini disebabkan kelemahan Yingluck sebagai komandan atau wujud permainan politik pembangkang di sebalik bencana untuk mengikis keyakinan rakyat?

Dalam keadaan sekarang Yingluck tidak boleh meminggirkan tumpuannya terhadap banjir. Pada masa yang sama rakyat menuntut disegerakan pelan pemulihan ekonomi akibat krisis yang melanda Asia pada 1997. Penyokong-penyokongnya sebahagian besar terdiri daripada kaum pekerja dan petani dari bahagian tengah Thailand hingga kota metropolitan Bangkok. Malah banyak pekerja asing yang berkerja di wilayah ini menyokong Yingluck. Ini berbeza dengan parti PAD yang mendapat sokongan besar daripada kalangan bangsawan dan elitis.

Krisis ekonomi 1997 memberikan kesan yang sangat besar kepada rakyat apabila kerajaan Demokrat gagal menangani dengan bijak. Malah membuat kesilapan besar mengikut nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Ini memberi peluang kepada TRT pimpinan Thaksin tampil dengan kerangka pemulihan ekonomi yang menyelamatkan negara dari neokolonialisme ekonomi Barat. Hasilnya TRT berjaya mencatat sejarah dalam politik Thailand menguasai dua pilihan raya berturut-turut pada 2001 dan 2005.

Tetapi TRT diterajui Yingluck masih belum teruji, apa lagi mendepani dua ujian sekaligus. Saki baki PAD dalam kerajaan menjadi penghalang kepada perlaksanaan pelan pemulihan ekonomi. Malah kegagalan menangani krisis banjir juga dilihat sebagai satu tindak balas politik pembangkang yang terdiri daripada kalangan pro istana dan kelas pertengahan. Rakyat akan melihat pendekatan menangani krisis banjir sebagai satu penanda aras kemampuan Yingluck.

Maka timbul persoalan adakah banjir besar ini akan turut menghanyutkan Yingluck sebelum sempat menyelesaikan penggal pertamanya? Perlu diingat, kebangkitan rakyat yang berdarah antara "baju merah" dan "baju kuning" hingga melumpuhkan Bangkok sama hebatnya dengan banjir kali ini. Kebangkitan ini boleh berlaku pada bila-bila masa apa lagi mereka menumpang semangat kebangkitan di dunia Arab yang semuanya membawa kejayaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkasa dan Rahim

Posted:

Perkasa dan Rahim

Perkasa dan Rahim

Majlis perasmian Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di ibu negara, baru-baru ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit.

Hampir 7,000 perwakilan dan pemerhati hadir sehingga melimpah ke luar dewan.

Di sebalik Perkasa menerima banyak tekanan dan asakan, ternyata sokongan kepada pertubuhan tersebut terus meningkat termasuk dari kalangan orang muda.

Awang turut hadir ke majlis perasmian Perkasa bagi memenuhi jemputan sebagai pemerhati. Memang terasa getarannya, sorakan daripada perwakilan dan para hadiri silih bergema.

Seperti biasa ucapan Presiden, Ibrahim Ali menjadi tumpuan. Kandungan ucapannya menarik, segar dan dikupas secara ilmiah dengan mencakupi persoalan agama dan bangsa dalam konteks kesejahteraan untuk semua kaum. Memang tepat dengan tajuk ucapannya, Perkasa Pemangkin Perpaduan, yang harus diamati oleh musuh-musuh Perkasa jika mahu berlaku adil kepada pertubuhan itu.

Antara penekanan yang mendapat sorakan besar daripada perwakilan apabila Ibrahim mengulangi tekad Perkasa untuk mempertahankan perlembagaan dan asas kenegaraan.

Selain itu, pendirian Perkasa untuk terus menyokong kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah mesej yang jelas kepada semua bahawa pertubuhan itu bukan ancaman.

Awang angkat topi kepada Ibrahim. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, hakikatnya beliaulah yang banyak mencorakkan kejayaan Perkasa.

Dari sebuah pertubuhan yang pada awalnya tidak banyak diberi harapan, kini Perkasa terus melangkah gagah. ''Hanya yang cekal dan berani sahaja dapat membina mercu perjuangan penuh mencabar,'' kata Ibrahim. Awang setuju.

Majlis perasmian Persidangan Agung Perkasa ke-2 menyaksikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor diberi anugerah tertinggi Perkasa.

Anugerah itu diberikan atas sumbangan besar beliau kepada negara terutama aspek keselamatan negara. Rahim merupakan tokoh ketiga menerima anugerah tersebut selepas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.

Rahim turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan perasmian persidangan.

Beliau memberikan perspektif menarik tentang cabaran keselamatan negara dengan berlatar belakang sejarah ancaman pengganas komunis yang ada hubungan kait ketika itu dengan gelombang aliran fahaman marxisme dunia.

Rupa-rupanya banyak yang boleh digali daripada bekas Ketua Cawangan Khas Polis ini untuk mendalami realiti. Ini termasuk sebahagian daripada aktivis Melayu berhaluan haluan kiri yang menjadi musang berbulu ayam. Matlamat ulung mereka adalah untuk menjadikan Malaysia negara republik. Ada yang berselindung atas imej agama dan nasionalis. (Persoalan marxisme dan komunisme turut melanda Indonesia. Antara buku yang boleh dijadikan rujukan ialah Siapa Menabur Angin Akan Menuai Badai tulisan Soegiarso Soeroyo. Ia turut memaparkan sebahagian dari fail sulit unit perisikan yang belum pernah terdedah.)

Alangkah baiknya jika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dapat mengikuti ucapan Rahim untuk memahami realiti sebenar sebelum menjulang Mat Indera, salah seorang pengganas komunis sebagai wira.

Tetapi Awang lebih tersentuh dengan seruan Rahim agar Melayu kembali bersatu sebagaimana yang dibuktikan ketika menentang Malayan Union dan menolak ideologi komunis.

Katanya, orang Melayu ketika itu miskin dari segi ideologi, ilmu pengetahuan apatah lagi ekonomi. Namun tiga perkara yang orang Melayu 'kaya' iaitu ketaatan kepada raja-raja Melayu, agama dan perpaduan. Kekayaan itulah yang menyebabkan ancaman dan krisis pada era berkenaan mampu ditangani. Persoalannya mampukah Melayu kembali kepada tiga kekayaan tersebut terutama melibatkan perpaduan pada era gelombang lain iaitu hak asasi manusia? Sedangkan ancaman untuk menjadikan Malaysia republik - sama ada disedari atau tidak - makin mengasak kita. Awang tiada jawapan.

BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Giliran Faezah Elai mengamuk

Posted:

Giliran Faezah Elai mengamuk

Giliran Faezah Elai mengamuk



ARTIS mengamuk di Twitter bukan perkara asing bagi masyarakat kita. Setakat nak tulis bermacam-macam perkara yang tak baik tu dah jadi lumrah pada golongan anak seni kita yang hebat ni.

Terbaru pelakon Faezah Elai pula menggunakan Twitter sebagai tempat meluah perasaan. Tak pasti pula Joyah apa yang dah berlaku kepada Faezah. Apa yang bersarang di hatinya sampai sanggup twit ayat yang kurang enak didengar.

Itu hak Faezah nak luah perasaan. Itu Twitter dia dan ikut suka hati dia nak tulis apa pun. Dia juga manusia biasa dan ada perasaan. Lalu, apa yang pengikut Faezah baca, itulah dirinya yang sebenar.

Tapi pada pada pandangan Joyah sedikit berbeza. Maaf cakaplah, kalau twit perkara yang kurang elok sedikit sebanyak tempiasnya kena batang hidung kita balik. Artis yang bijak tidak akan buat perkara yang tak elok memandangkan dia tahu impaknya pada diri sendiri.

Joyah tak kata Faezah tak bijak. Hanya tindakannya sahaja yang nampak tak bijak. Nak mengamuk sakan macam mana pun janganlah sampai nak beritahu satu dunia. Ala, bukan dia sahaja yang dah buat macam ni, ramai lagi artis kita berperangai sama. Tak gitu?

Full content generated by Get Full RSS.

Farahdhiya mengamuk di hotel

Posted:

Farahdhiya mengamuk di hotel

Farahdhiya mengamuk di hotel



BETUL ke Farahdhiya mengamuk di hotel? Terkejut juga Syed dengar cerita yang disampaikan oleh peminat daripada Pantai Timur ni.

Kata mereka penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati tu memang cukup marah dengan layanan yang diterimanya dalam satu pertunjukan fesyen di sana.

Kata mereka Farahdhiya memang dijemput ke satu pertunjukkan fesyen di sana. Tapi berlaku salah faham yang menyebabkan penyanyi itu terpaksa menunggu di lapangan terbang sampai satu jam.

Alamak, lama tu. Kalau Syed di tempat Farahdhiya pun Syed akan marah. Tapi yang tak sedapnya bila sampai sahaja di hotel dia terus mengamuk dan memarahi petugas yang sedia ada di situ.

Kalau mengikut sumber yang memberitahu Syed macam-macam perkataan yang tak sedap didengar keluar daripada mulut Farahdhiya sampaikan semua orang yang ada terdiam begitu sahaja.

Mujur ada orang yang berjaya mententeramkan dia dan bawa masuk bilik. Lepas tu berlaku lagi satu insiden yang sepatutnya tak patut berlaku. Ketika sesi nak cuba baju, dia hanya mengenakan seluar jeans dan baju yang sedikit seksi.

Iyalah, kalau dah berada di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tu, memang perkara macam ni akan menjadi satu isu. Lantas menyebabkan pihak penganjur rasa kecewa dengan tindakannya itu.

Entahlah, Syed yang mendengar cerita ni pun rasa serba salah. Bukan apa sebab tak sangka Farahdhiya sanggup buat macam tu. Harap-harap cerita yang disampaikan oleh sumber Syed ini tak benar sebab rasanya dia tak macam tu.

Syed: Selalu amuk nyamuk.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Derita akibat masalah kencing

Posted:

Derita akibat masalah kencing

Derita akibat masalah kencing

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Adakah anda merasai saat genting kerana tiba-tiba mahu kencing pada siang hari? Tidur malam pula terganggu gara-gara bangun ke tandas. Anda juga berasa malu kerana kebocoran air kencing apabila ketawa, bersin, batuk atau berlari.

Kebiasaannya masalah tersebut jarang dikongsi kerana rasa malu. Namun, ia perlu dititikberatkan untuk mengenal pasti kemungkinan anda berisiko tinggi menghidapi masalah kawalan kencing (OAB).

Penyakit yang menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita itu lazim menimpa sesiapa saja pada semua peringkat umur.

Bagi pesara guru, Siti Aidah Abdullah, 76, menderita sakit OAB sejak lima tahun lalu, bukan lesen untuk dia berputus asa.

Percaya setiap penyakit ada ubatnya, dia tidak aktiviti hariannya terhad hanya kerana OAB.

Selain rawatan, Aidah mengamalkan senaman untuk mengawal air kencing dengan baik.

Bercerita pengalamannya melancong ke Iran, dia berasa kecewa masa di situ banyak dihabiskan untuk ke tandas.

Ketika rakan-rakan lain sibuk merakam gambar kenangan, Aidah sibuk mencari tandas untuk membuang air kecil.

"Seorang rakan memberitahu, setiap kali ke tandas saya perlu melekat setem sebagai tanda kenangan. Bukan setakat sukar melancong, setiap kali ketawa, bercakap atau batuk, saya seperti terkencing. ''Walaupun belum ada benda yang memalukan, saya kurang selesa. Sebab itu saya segera berjumpa doktor,'' katanya.

Mencari jalan penyelesaian, dia melakukan senaman pemulihan otot pelvik seperti kegel dan senaman pengawalan pundi kencing. Dia juga menjaga diet serta menggunakan pelapik berkesan untuk kekal kering dan selesa sepanjang hari.

Aidah berkongsi pengalaman semasa majlis pelancaran ubat OAB terbaru, Toviaz oleh Pfizer di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Masalah OAB menjadi rumit apabila setiap kali mendengar bunyi air mengalir atau rakan bercerita mengenai tandas, si pengidap gagal mengawal air kencing.

Perkara itu kelihatan remeh, tapi Aidah berasa kurang selesa jika perlu tergesa-gesa ke tandas.

Nasihatnya pada wanita lain, jika ada tanda-tanda OAB, segera berjumpa doktor.

"Jangan hanya mengambil ubat tanpa pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang seusia saya, senaman mengawal OAB tidaklah sukar kerana sambil duduk pun anda melakukannya," ujarnya.

Derita lelaki

Perasaan sama turut dialami pesara Pegawai Kanan Polis, M. Navaratnam, 84.

Baginya, masalah OAB menyukarkan dia melancong lebih-lebih lagi jika menaiki bas.

"Saya sering ke Singapura. Walaupun perjalanan agak lama, saya suka menaiki keretapi. Tanpa kemudahan tandas di dalam bas, saya sukar ke mana-mana. Bukan itu sahaja, OAB jelas menganggu tidur. Saya kerap berjaga kerana tidak dapat mengawal masalah kencing," ceritanya.

Tambah M. Navaratnam, rakan-rakan lelakinya yang lain turut berkongsi masalah yang sama tetapi mereka enggan berjumpa dengan doktor.

Baginya, lelaki atau wanita, tidak perlu malu berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah itu.

"Pemeriksaan lanjut boleh menjelaskan kepada kita tentang ubat yang sesuai. Saya yakin ubat OAB yang baru membantu orang ramai untuk melalui kehidupan dengan baik khususnya mengurang kesan-kesan sampingan yang tidak serasi dengan pesakit," ujarnya.

Rawatan

Dalam pada itu, Perunding Urologi Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM), Dr. Ong Teng Aik ketika ditemui memberitahu, OAB bukan saja boleh merunsingkan, tetapi boleh memalu dan mengehadkan kehidupan harian pesakit.

Katanya, pesakit perlu digalakkan untuk berbincang mengenai masalah tersebut selalin dididik bahawa OAB bukan proses penuaan yang normal atau masalah lazim tetapi penyakit yang memerlukan rawatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelbagai cara elak kehamilan

Posted:

Pelbagai cara elak kehamilan

Pelbagai cara elak kehamilan

Soalan:
Saya ada satu kemusykilan di sini, adakah isteri saya boleh mengandung jika semasa mengadakan hubungan seks dengan dia tidak membuka seluar dan juga dia juga memakai seluar dalam serta panty liner. Kami hanya bermain secara luaran sahaja hingga mencapai kepuasan hingga saya klimaks. Ini kerana dia tidak mahu ada anak lagi dan masih sambung belajar dengan alasan dia tidak mahu ada anak kerana takut dia terpaksa menangguhkan pelajarannya. Saya harap doktor dapat membantu kemusykilan saya ini.

- R, Utara.

Jawapan:

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik R yang sudi berkongsi dan bertanyakan soalan ini. Mungkin tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua. Saya agak anda berdua adalah pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga. Saya juga dapat membayangkan yang Encik R adalah seorang yang amat penyabar dan amat bertimbang rasa. Anda sanggup bersusah payah 'bermain secara luaran sahaja' bersama isteri bagi mencapai kepuasan dan klimaks.

Kepuasan

Cara yang anda amalkan bersama si isteri adalah bukan cara yang terbaik bagi menikmati kepuasan seks atau memperolehi kenikmatan bersuami isteri.

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai cara yang lebih baik yang perlu dipraktiskan jika tujuan utama adalah untuk mengelak kehamilan. Cara yang anda berdua amalkan adalah cara yang tidak tepat dan membebankan diri anda berdua. Sebenarnya saya agak gusar jika hubungan sebegini diamalkan oleh anda berdua dalam jangka masa yang agak panjang memandangkan isteri anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Mungkin akan timbul perasaan stres, kemurungan dan pemikiran yang tertekan jika amalan yang 'kurang normal' itu diamalkan. Nasihat saya ialah untuk anda menghentikan amalan tersebut dan nikmatilah hubungan seks antara suami dan isteri secara normal. Anda boleh mengamalkan salah satu cara pencegah kehamilan bagi mengelakkan daripada isteri anda hamil.

Pencegahan

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pencegahan kehamilan (dikenali juga sebagai perancang keluarga atau kontraseptif) membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Justeru itu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada kesesuaian, kehidupan sosial dan kehendak pasangan tersebut. Semua kaedah pencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio. Memang saya tidak menyangkal yang tiada kaedah kontraseptif yang memang 100 peratus berkesan mencegah kehamilan. Tetapi kegagalan dengan kaedah ini hanyalah lebih kurang satu hingga dua peratus sahaja.

Pil

Terdapat pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran seperti pil pencegahan hamil (OCP), alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), implan (susuk) pencegah kehamilan, suntikan pencegah kehamilan, cincin pencegah kehamilan (Nuva Ring), kondom untuk lelaki dan lain-lain lagi. Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah 'termengandung' yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil. Pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan dan mudah didapati pada masa kini. Seperti mana kata perumpamaan 'Tepuk Dada Tanyalah Selera'. Anda berdua boleh memilih yang mana yang paling sesuai untuk anda amalkan setelah berbincang dengan doktor.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jejambat dibuka awal bulan depan

Posted:

Jejambat dibuka awal bulan depan

Jejambat dibuka awal bulan depan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

SERDANG 28 Okt. - Projek jejambat di Jalan Serdang Raya-Lebuh raya Bukit Jalil di sini dijangka siap sepenuhnya dan boleh digunakan pada minggu pertama bulan depan.

Ketua Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, projek yang terbengkalai sejak lima tahun lepas itu kini berada di peringkat akhir pembinaan.

"Pihak kontraktor sedang mencuba sedaya-upaya untuk menyiapkan projek pembinaan jejambat tersebut untuk dibuka sebelum sambutan Hari Raya Haji.

"Projek ini yang bermula pada Disember 2006 dan pada mulanya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2008 tetapi tergendala berikutan berlaku beberapa masalah teknikal," katanya di sini hari ini.

Pian Hon berkata, projek menaik taraf persimpangan bernilai RM14.2 juta itu sering mendapat desakan daripada komuniti sekitar kawasan itu supaya disiapkan segera.

"Ini kerana jejambat itu mampu melancarkan aliran trafik, seterusnya mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang terpaksa dihadapi setiap hari di situ," katanya.

Sementara itu, Pian Hon berkata, selepas isu jejambat itu selesai, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) perlu melihat usaha menaik taraf Jalan Serdang Raya yang didakwa berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan.

"Terdapat sebanyak 62 simpang di sepanjang jalan tersebut yang perlu dilalui pengguna setiap hari dan ia bukan sahaja punca kesesakan tetapi juga kemalangan.

"Kajian perlu dijalankan segera bagi mewujudkan sistem lalu lintas yang lebih baik di kawasan itu supaya ia mampu menyokong aliran trafik dari jejambat yang bakal dibuka itu," jelasnya.

Apabila jejambat sepanjang 250 meter itu siap kelak, lampu isyarat untuk keluar dari Jalan Serdang Raya yang dikatakan punca kesesakan di kawasan itu tidak akan digunakan lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

'Bus stand Klang' akhirnya ditutup 1 November

Posted:

'Bus stand Klang' akhirnya ditutup 1 November

'Bus stand Klang' akhirnya ditutup 1 November


Pasarama Kota atau lebih dikenali 'bus stand Klang' akan ditutup 1 November bagi memberi laluan pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah.


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasarama Kota atau lebih dikenali oleh kebanyakan warga kota sebagai 'bus stand Klang' akan ditutup mulai 1 November depan bagi tujuan pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah yang baru.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya memberitahu, semua perkhidmatan bas yang beroperasi dari terminal tersebut akan dihentikan operasinya selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober ini.

"Syarikat bas Cityliner serta Causeway Link yang beroperasi di Pasarama Kota akan memulakan operasinya pada awal November depan di lokasi yang baru iaitu di Pudu Sentral (Puduraya).

"Syarikat bas Seranas atau Wawasan Sutera yang beroperasi di Jalan Sultan Mohamed turut terlibat dalam penutupan ini dan juga akan memulakan operasi di Pudu Sentral," menurut kenyataan itu.

Selain itu, syarikat bas RapidKL akan memulakan operasi barunya di Jalan Sultan Mohamed iaitu di luar Pasarama Kota.

"Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ke Klang, Pelabuhan Klang dan Banting perlu menaiki bas di Pudu Sentral (dahulu dikenali sebagai Puduraya)," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pengusaha bas RapidKL 03-78852585, Cityliner 03-55129424 atau Causeway Link 07-360 2244.

"Segala kesulitan yang timbul melalui penutupan ini amat dikesali dan penutupan ini bertujuan untuk membina pengangkutan awam yang moden bagi kemudahan pengguna," kata kenyataan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Generasi kedua Felda dapat rumah

Posted:

Generasi kedua Felda dapat rumah

Generasi kedua Felda dapat rumah

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) menyerahkan borang Rumah Mesra Rakyat kepada salah seorang penerima di Dewan Raya Kampung Felda Bukit Besar, Kulaijaya, baru-baru ini.


KULAIJAYA 28 Okt. - Penantian 551 generasi kedua dari empat kawasan Felda di sini untuk memiliki rumah baru sejak dua tahun lalu akhirnya tercapai.

Mereka dari Felda Bukit Ramun (170), Felda Bukit Besar (67), Felda Pasir Raja (97) dan Felda Sungai Sayong (217) menerima berita gembira itu yang disampaikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique baru-baru ini.

Halimah berkata, pada Bajet 2012, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diberi peruntukan tambahan untuk membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan daripada jumlah itu, sebanyak 551 unit diperuntukkan untuk generasi kedua di gugusan Felda Bukit Besar di sini.

"Segala urusan berkaitan edar dan serah borang, temuduga, lawatan tapak, pelantikan peguam, tandatangan perjanjian jual beli dan sebagainya akan diuruskan oleh SPNB tidak lama lagi.

"Kerja-kerja membina rumah dijadualkan bermula pertengahan Januari 2012 iaitu dua minggu selepas pelantikan kontraktor dilakukan oleh SPNB dan ia dijadual disiapkan dalam masa enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Tenggara dan SPNB di Dewan Raya Kampung Felda Bukit Besar di sini.

Seorang penerima rumah tersebut, Azhar Abd. Manab, 47, dari Felda Bukit Besar bersyukur kerana nasib generasi kedua Felda sepertinya sentiasa mendapat perhatian kerajaan.

"Pengumuman itu melegakan sekali gus menjawab serta menafikan persoalan, tohmahan dan kemusykilan yang menghantui kami selama ini. Ia juga cukup bermakna bagi kami yang sememangnya memerlukan rumah sendiri," kata bapa kepada lima orang anak itu.

Mohd. Hata Kamal, 45, pula tidak dapat menahan sebak serta terharu selepas menerima perkhabaran gembira itu.

"Mudah-mudahan segala perancangan berjalan dengan lancar dan impian untuk tinggal di rumah sendiri bersama keluarga menjadi kenyataan," katanya yang tinggal bersama ibu bapa mentua di Felda Sungai Sayong di sini.

Sahara Ahab, 39, dari Felda Pasir Raja pula berterima kasih kepada kerajaan kerana diberi tapak untuk mendirikan rumah sendiri.

"Saya akan memanfaatkan tanah ini dengan membina rumah sendiri untuk kami sekeluarga," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bersara, sambut hari lahir serentak

Posted:

Bersara, sambut hari lahir serentak

Bersara, sambut hari lahir serentak


ROHANI Wahab menerima hadiah daripada murid-murid SK Taman Johor Jaya sempena hari persaraan dan hari lahirnya di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 28 Okt. - Persaraan Rohani Wahab sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Johor Jaya di sini hari ini lebih istimewa kerana tarikh lahirnya juga jatuh pada hari ini.

Rohani, 56, dari Kampung Dato' Sulaiman Menteri di sini yang sudah 38 tahun berkhidmat sebagai guru menyifatkan hari ini sebagai sesuatu yang indah dan tidak dapat dilupakan.

Menurutnya, bersara tidak bermakna beliau tidak lagi terlibat dalam dunia pendidikan, sebaliknya akan terus aktif menyumbang dalam bidang tersebut.

"Saya akan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menyalurkan segala pengalaman yang ada untuk kebaikan serta kemajuan sektor pendidikan.

"Dengan cara ini semua pengalaman tidak akan sia-sia selain dapat membantu warga pendidik yang baru dalam era perguruan yang amat mencabar," katanya pada Majlis Harum Budi Baktimu Serikandi di Dewan Bestari sekolah itu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pengalaman sebagai mendapati semua dasar pendidikan kerajaan adalah relevan dan sesuai dengan perkembangan di negara ini.

Menurutnya, semua warga pendidik perlu mendukung aspirasi dan dasar Kementerian Pelajaran dengan sepenuh hati bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya.

Mengenai latar belakang pendidikannya, beliau mendapat pendidikan di SK Bukit Senyum dan Sekolah Menengah (SM) Sultan Ismail sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di sini.

Beliau pernah mengajar di enam sekolah rendah dan menengah di Terengganu dan Johor dari 1976 hingga 2008 sebelum menjadi guru besar sekolah itu pada 2008.

Rohani juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1994 dan 2003 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 (Guru Besar).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved