Selasa, 25 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kanser bukan pengakhiran segalanya

Posted:

Kanser bukan pengakhiran segalanya

Kanser bukan pengakhiran segalanya

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL dan ROSLI MANSOR AHMAD RAZALI

IA bagai satu mimpi yang mengerikan dalam hidup saya. Penderitaan yang saya tanggung satu pengalaman yang pahit. Walaupun ia dapat diatasi namun keperitannya akan dikenang sehingga akhir hayat saya."

Begitulah kesengsaraan yang sukar digambarkan melalui kata-kata oleh penghidap kanser payu dara.

Walaupun bibir mereka mengukir senyuman namun sinar mata mereka menceritakan segalanya.

Kanser payu dara sebagai antara jenis kanser terawal yang dikenal pasti dalam dunia perubatan dan kanser paling meluas di kalangan wanita.

Penyakit berbahaya ini ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payu dara.

Kisah Mardianah Yusuf

Mardianah Yusuf, 54, menerima ketentuan takdir penuh reda apabila disahkan sebagai pesakit kanser ketika berusia 45 tahun.

Bagi Mardianah penyakit tersebut satu ujian yang harus dilalui dengan tenang dan bukanlah satu pengakhiran dalam kehidupannya.

"Selepas mengetahui saya mengidap penyakit kanser, saya tidak merasa ia satu bebanan yang memusnahkan kehidupan saya.

"Saya menjadi semakin reda dan kuat kerana sebelum ini saya pernah berdepan dengan pesakit kanser yang merupakan anak sulung saya sendiri. Saya kehilangannya ketika dia berusia 10 tahun akibat leukemia.

"Daripada pengalaman itu saya bangun untuk membina kehidupan saya. Saya percaya masih ada lagi sinar dalam kehidupan saya untuk gembira bersama keluarga," katanya.

Mardianah yang merupakan Presiden Persatuan Pink Champion, Perak, mula mengesan penyakit kanser payu dara setelah membuat pemeriksaan payu dara yang dilakukan sendiri.

Apabila mendapati ada ketulan kecil pada payu dara sebelah kanannya, tanpa berfikir panjang dia terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

"Apabila saya diberitahu oleh doktor yang ketulan itu merupakan sel kanser yang semakin membesar pada tahap pertama, sebagai manusia biasa agak sukar menerima kenyataan ini.

"Doktor memberi kata dua sama ada saya ingin membuang sebelah payu dara saya atau menjalani rawatan kemoterapi.

"Mujur saya mampu menerima ujian ini dengan sokongan daripada suami yang banyak memberi semangat untuk saya terus melawan penyakit ini.

"Suami saya tidak menghalang saya untuk membuang sebelah payu dara saya sekiranya itu jalan terbaik untuk saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Keperitan menanggung kesengsaraan sewaktu pembedahan payu dara secara konservatif tidak berakhir di situ sahaja.

Kesabarannya diuji lagi sewaktu menerima rawatan seterusnya iaitu radioterapi sebanyak 25 kali dalam lima minggu.

"Setiap kali rawatan saya merasakan cukup tersiksa kerana kesan bahan panas radiasi. Kulit dan tisu di bawah kulit kelihatan merah dan mengelupas. Bengkak bahagian lengan akibat gangguan pengaliran cecair limfa serta kesakitan di kawasan payu dara tidak boleh dibayangkan," katanya.

Menurut Mardianah, selepas menjalani rawatan beliau disarankan untuk meneruskan rawatan terapi hormon melibatkan penggunaan dadah anti estrogen bagi menyekat pertumbuhan sel-sel kanser. Dadah anti estrogen yang biasa digunakan ialah Tamoxifen.

"Selama lima tahun saya menjalani terapi hormon ini, kesan dari itu tempoh menopaus saya menjadi cepat.

"Walaupun saya mengalami menopaus pada usia lebih awal daripada sepatutnya tetapi saya merasakan kehidupan saya semakin tenang.

"Saya memikirkan ruang keselesaan untuk saya memperbanyakan beribadat kepada Tuhan semakin terbuka luas, itu hikmah yang saya dapat," katanya.

Kini kehidupan seharian Mardianah lebih bermakna apabila masanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti persatuan yang bertujuan menyampaikan maklumat murni kepada masyarakat senasib.

Kisah Molly Mourin

Molly Mourin, 78 , seorang wanita berbangsa Serani bersemangat kental dalam menangani penyakit kanser payu dara sewaktu berusia 60 tahun.

Dia disahkan menghidap kanser pada tahap kedua.

"Saya tidak menyangka sama sekali yang saya juga boleh mengidap penyakit kanser payu dara pada usia 60 tahun.

"Seperti kebanyakan pesakit kanser lain, saya beranggapan harapan untuk saya mengecapi kebahagiaan sudah berakhir.

"Namun kehadiran orang sekeliling pada waktu itu sangat membantu untuk saya bangkit dan bersemangat melawan penyakit ini.

"Keluarga dan rakan-rakanlah yang memberi saya semangat untuk terus bersedia menerima rawatan demi rawatan dan saya bagai tidak percaya yang saya sekarang dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Molly mengakui ia ibarat tamparan hebat selepas dikesan menghidap kanser payu dara pada satu ujian mamogram.

Kesedihannya terus menular apabila doktor menyarankan untuknya menjalani pembedahan bagi membuang sebelah payu dara yang dijangkiti kanser.

"Selepas pembedahan saya menerima rawatan radioterapi dan disusuli pula dengan terapi hormon Tamoxifen selama lima tahun. Kesengsaraan saya semakin bertambah apabila melalui rawatan seterusnya iaitu kemoterapi sebanyak enam kali setiap tiga minggu.

"Sepanjang rawatan itu selera untuk menjamah makanan tiada langsung dan apa yang saya ingin cuma tidur dan terus tidur. Namun berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan saya bersemangat semula dan kini saya kembali sihat bagi menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Molly turut menyertai Persatuan Pink Champion lebih lima tahun lalu dan penglibatannya menjadikan kehidupan lebih bermakna.

"Saya mahu membantu rakan-rakan senasib. Bagi saya masih ada kehidupan selepas menghidap kanser payu dara, sungguh pun ada yang tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Sentiasalah berfikiran positif dan jangan sekali-kali mengalah pada keadaan," katanya.

Kisah Mahalectchimi

Disebabkan penyakit kanser payu dara tahap pertama yang dihidapinya, Mahalectchimi Palamappan, 48, melupakan kerjayanya sebagai jururawat.

Ketabahan Mahalectchimi mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser teruji apabila pada peringkat awal terpaksa menyembunyikan daripada pengetahuan suami.

"Pada waktu itu saya tidak mahu suami saya bertambah sedih memandangkan suami saya sudah dua kali mengalami serangan jantung. Saya khuatir kesihatan suami semakin buruk setelah mengetahui yang saya mengidap kanser payu dara.

"Saya tidak pernah menunjukkan kesedihan saya di hadapan orang yang saya sayangi. Saya memilih untuk mengurungkan diri dalam bilik dan menangis sepuas-puasnya untuk meluahkan derita.

"Namun lama-kelamaan saya gagahkan juga untuk menyatakan pada suami dan anak-anak yang saya mengidapi penyakit kanser payu dara dan harus menjalani rawatan.

"Mujurlah mereka menerima dan memberi sokongan untuk saya terus tabah. Suami mengizinkan saya menjalani pembedahan demi masa depan saya," katanya.

Seperti penghidap kanser payu dara yang lain, selepas tiga bulan menjalani pembedahan dia menerima rawatan kemoterapi sebanyak enam kali selama enam bulan.

"Ujian saya tidak berakhir di situ. Saya terpaksa menjalani satu lagi pembedahan di bahagian kerongkong apabila doktor mengesahkan terdapat sel kanser di bahagian tersebut. Nasib saya baik ia tidak serius dan dapat diatasi," katanya yang juga ahli Persatuan Pink Champion.

Dia menasihatkan semua wanita agar melakukan sendiri pemeriksaan payu dara selalu.

Buangkan sikap negatif yang ada jika anda mendapati sebarang masalah dan pergilah membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.

Kepada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan Persatuan Pink Champion, Perak bolehlah menghubungi Mardianah Yusof di talian 012-516 1240 untuk sebarang keterangan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tingkat ronda Pekan Jabi

Posted:

Tingkat ronda Pekan Jabi

Tingkat ronda Pekan Jabi

Saudara pengarang,
Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kawasan rekreasi di belakang Balai Raya Pekan Jabi, Segamat, yang dimanfaatkan sebaiknya oleh semua lapisan masyarakat.

Kawasan tersebut menjadi tumpuan untuk beriadah terutama pada sebelah petang walaupun terdapat kemudahan seperti buai dan gelongsor yang telah rosak.

Namun apabila tiba waktu malam, kawasan rekreasi itu yang agak tersorok bertukar wajah apabila dijadikan tempat untuk melakukan beberapa aktiviti negatif.

Kawasan itu yang gelap dijadikan tempat melepak mat rempit serta menguji motosikal masing-masing dengan memulas tempat minyak tanpa menghiraukan penduduk setempat.

Pada hujung minggu pula, mereka yang terdiri daripada remaja dalam beberapa kumpulan akan menunggang motosikal di kawasan berdekatan antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi.

Keadaan ini menimbulkan suasana bising dan tidak tenteram kerana semua rumah berdekatan balai raya tersebut adalah mereka yang sudah berkeluarga.

Dipercayai kawasan itu turut dijadikan tempat menghisap dadah selain tempat remaja berpeleseran dan bergelandangan tanpa arah tuju.

Kadang-kadang dilihat pasangan remaja duduk berdua-duaan di tempat gelap melakukan maksiat tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Justeru, sebagai penduduk berdekatan diharap pihak polis melakukan rondaan di kawasan tersebut pada sebelah malam bagi mencegah sebarang kegiatan negatif.

PENDUDUK RUNSING, Pekan Jabi

Full content generated by Get Full RSS.

Laksana janji tukar SAR kepada SABK

Posted:

Laksana janji tukar SAR kepada SABK

Laksana janji tukar SAR kepada SABK

Saudara pengarang,
PENGUMUMAN bahawa mana-mana Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Johor yang masih belum berdaftar dengan kerajaan negeri akan didaftarkan menjadi sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) pada 8 Jun 2010 amat menggembirakan warga SAR.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang membuat pengumuman itu sempena sambutan Hari Guru di Dewan Jubli Intan, Johor dilihat dapat meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah jenis itu.

Sejak ia diuar-uarkan pada 2005, itulah kali pertama pemimpin tertinggi kerajaan negeri mengumumkan bahawa pendaftaran itu akan dilaksanakan pada 2011.

Pengumuman yang sangat dinanti-nantikan itu dibuat di hadapan lebih 1,000 tenaga pengajar dari sekolah agama negeri dan SAR.

Sebagai guru SAR, pengumuman itu seperti satu rahmat kerana bukan sahaja manfaat akan dinikmati oleh murid-murid, tetapi juga kebajikan warga pendidik akan terbela.

Bagaimanapun, setelah lebih setahun perkara itu diumumkan, tidak terdapat tanda-tanda pelaksanaannya dan cerita mengenai cadangan tersebut tidak kedengaran lagi.

Hanya tinggal dua bulan lebih sahaja lagi 2011 akan melabuhkan tirainya dan diharap janji untuk pendaftaran itu dapat dikotakan dalam tempoh yang singkat ini.

Kelewatan pendaftaran itu akan menyebabkan bantuan kerajaan Pusat yang sangat diperlukan dalam pembangunan SAR yang masih jauh ketinggalan, tertangguh.

Anak-anak Johor di SAR memerlukan pembelaan sebagaimana nasib pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah itu di negeri lain yang telah didaftarkan sebagai SABK.

Saya harap isu ini tidak dibiarkan sepi begitu sahaja dan tidak terlepas pandang oleh Jawatankuasa Agama Negeri Johor serta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang memainkan peranan utama dalam pendaftaran tersebut.

WARGA SAR, Batu Pahat

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kembara rimba didik kehidupan

Posted:

Kembara rimba didik kehidupan

Kembara rimba didik kehidupan

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


TIDAK pernah menyangka bahawa jeti usang yang dibuat daripada kayu hanyut ini telah menerima kunjungan lebih sepuluh negara asing bagi melihat keunikan Taman Lokan.


ALOR GAJAH 24 Okt. - Deruan angin sepoi-sepoi bahasa, kicau burung yang mempersona dan teriakan unggas hutan cukup mendamaikan.

Ia pasti memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dunia rimba.

Selain dihiburkan alunan irama rimba, mata juga dihidangkan dengan keunikan dan kecantikan flora dan fauna.

Jika bernasib baik, akan muncul kelibat hidupan yang belum pernah dilihat dan akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Seperti kata bijaksana, pengalaman adalah guru yang terbaik. Justeru, manusia perlu melalui pengalaman itu bagi memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Atas dasar itu memberikan ilham kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar (SKRCB), Masjid Tanah, Pouziah Ghani, untuk membawa seramai 50 muridnya meredah hutan belukar dan merentasi ladang kelapa sawit di Kampung Solok Paya Lebar, di sini, baru-baru ini.

Tujuannya hanyalah satu iaitu mahu mendidik anak muridnya mengenal erti kehidupan yang bukan sahaja berkisar tentang manusia malah meliputi hidupan flora, fauna dan masyarakat setempat.

"Aktiviti ini merupakan salah satu daripada proses pembelajaran yang bermatlamat mendidik murid mengenai erti kehidupan sebenar selain menerapkan sikap cintakan alam sekitar," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, sepanjang program berjalan, murid didedahkan dengan kehidupan hutan seperti mengenali jenis pokok, haiwan dan serangga serta jenis-jenis hidupan sungai sama ada yang boleh dimakan dan beracun.

Katanya, program yang julung kalinya diadakan itu turut dibantu 10 guru pengiring dan penduduk setempat yang juga merupakan pengusaha Taman Lokan, Zainal Md. Ali.

Beliau berkata, program yang bermula seawal pukul 7.30 pagi itu bermula dengan sesi taklimat keselamatan di SKRCB sebelum bertolak ke ladang kelapa sawit di Kampung Solok Paya Lebar.

Peserta ekspedisi kemudiannya berjalan kaki kira-kira sejauh 200 meter meredah hutan belukar di kampung berkenaan sebelum tiba di pesisir Sungai Linggi-Rembau dan seterusnya ke Taman Lokan untuk sesi taklimat kali kedua dan aktiviti gotong-royong.

Pouziah berkata, sepanjang perjalanan, jelas tergambar keseronokan di wajah muridnya yang ada di antara mereka pertama kali didedahkan pengalaman seumpama ini.

"Tidak lekang daripada mulut peserta mengajukan pelbagai soalan mengenai hidupan hutan dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan bergambar dan ada juga yang mencatatkan butir-butir penting dalam buku nota," katanya.

Menurutnya, program berkenaan bertujuan mengisi masa lapang murid tahun enam dengan aktiviti berfaedah selepas menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Katanya, warga SKRCB berpuas hati dan berbangga apabila berjaya menganjurkan program sedemikian yang merupakan salah satu daripada proses pembelajaran di luar bilik darjah.

"Murid bukan sahaja dapat melihat dan mendengar tetapi merasa sendiri melalui sentuhan yang akan memberikan mereka pengalaman baru dan berguna," katanya.

Dalam program ini, murid diberikan peluang untuk memasuki ke dalam lumpur di tebing sungai Rembau-Linggi untuk mencari lokan iaitu sejenis spesies yang tergolong dalam kumpulan kepah dan kupang.

Keseronokan tergambar di wajah murid apabila kesemua hasil tangkapan itu dibakar bersama udang galah dan ikan yang diberikan oleh nelayan setempat untuk dijadikan juadah makan tengahari sebelum berangkat pulang ke SKRCB kira-kira jam 2 petang.

Full content generated by Get Full RSS.

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu

Posted:

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu


PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.


JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jenayah babitkan belia turun 67%

Posted:

Jenayah babitkan belia turun 67%

Jenayah babitkan belia turun 67%

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


HASAN Rahman (tengah) dan Chuah Ghee Lye (dua dari kanan) bersama wakil pertubuhan belia, Jabatan Belia dan Sukan negeri dan Kementerian Dalam Negeri ketika melancarkan Skuad Sukarelawan Rakan Muda Antijenayah di Cheng, Melaka, kelmarin.


MELAKA 24 Okt. - Kadar jenayah melibatkan golongan belia di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 67 peratus daripada 1,420 kes yang direkodkan pada tahun lalu berbanding 948 kes tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kejayaan itu dicapai hasil daripada kempen cegah jenayah yang dijalankan secara berterusan selain penglibatan masyarakat dalam membantu polis membendung kegiatan itu di negeri ini.

"Masyarakat memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sehingga membawa kepada penangkapan suspek terlibat," katanya pada majlis pelancaran Program Skuad Sukarelawan Rakan Muda Antijenayah di Cheng, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman menyempurnakan majlis tersebut.

Ghee Lye berkata, antara jenis jenayah yang dikesan dilakukan golongan belia berusia 15 hingga 40 tahun adalah mencuri motosikal, komputer riba dan curi kecil-kecilan sama ada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi (IPT).

Justeru katanya, golongan belia disaran untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukarela seperti menjadi ahli Rakan Cop, Sukarelawan Rakan Muda Antijenayah atau menyertai mana-mana pertubuhan yang mampu mendidik mengenai aspek pencegahan jenayah.

Melalui penglibatan belia katanya, usaha membendung kegiatan jenayah dapat dilakukan secara bersama dan bersepadu yang dilihat akan memberikan hasil yang lebih berkesan.

"Golongan remaja dan belia ini akan menyalurkan maklumat berkaitan pencegahan jenayah kepada rakan mereka yang secara tidak langsung dapat menghalang jenayah daripada berlaku selain menjadi mata dan telinga polis," katanya.

Beliau berkata, dengan wujudnya jalinan kerjasama antara masyarakat, belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis, usaha mengekang kejadian jenayah akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


1Malaysia mampu majukan negara

Posted:

1Malaysia mampu majukan negara

1Malaysia mampu majukan negara

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang kepada penyanyi, Syed Mohd. Sobri Syed Kechik.


PEKAN 24 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, falsafah dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan mampu menjaminkan kemajuan serta kemakmuran rakyat di negara ini.

Baginda bertitah, falsafah dan pendekatan baru iaitu gagasan 1Malaysia, program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik serta Model Baru Ekonomi (MBE) mampu terus memajukan negara ini dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Beta percaya dan yakin falsafah serta pendekatan ini adalah sangat baik untuk negara. Beta berdoa supaya hasrat Perdana Menteri untuk mengurus dan memajukan negara akan tercapai," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 baginda di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim.

Pada istiadat itu, seramai 66 individu menerima darjah kebesaran dengan 15 orang menerima pingat Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antaranya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Datuk Zaleha Kamaruddin dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah bertitah, Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini ternyata memberi faedah kepada semua golongan termasuk rakyat berpendapatan rendah.

"Beta berharap Bajet 2012 dapat menangani masalah kos hidup rakyat yang semakin tinggi serta membantu mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan yang lebih selesa," titahnya.

Sementara itu, baginda berharap keamanan, kestabilan politik dan hubungan antara kaum di negara ini akan terus stabil tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.

"Beta sukacita melihat rakyat hidup harmoni, bersatu padu dan menjalani hidup tanpa diganggu. Agama Islam juga perlu terus disuburkan dengan kaedah yang sesuai mengikut perkembangan dunia semasa yang bersifat global.

"Rakyat yang bukan beragama Islam juga berhak mengamalkan agama masing-masing tanpa diganggu atau mengganggu sesiapapun," titah baginda.

Baginda bertitah, setiap penerima darjah dan pingat agar menghargai kurniaan itu dan tidak merendahkan martabat dalam apa juga cara sekalipun.

Full content generated by Get Full RSS.

Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia

Posted:

Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia

Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Belia dan Sukan akan meneliti dakwaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bahawa lebih enam juta belia di negara ini menghadapi krisis kecelaruan identiti.

Sambil menolak kemungkinan program dilaksanakan kerajaan selama ini kurang berjaya, Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengkaji semula takrifan 'kecelaruan' yang digunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu.

"Untuk memahami maksud kecelaruan, satu penelitian yang holistik perlu dilakukan sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama).

"Siapa pula yang tidak celaru identiti? Apakah mekanisme yang digunakan bagi mengukurnya? Adakah ia setakat melalui media alternatif seperti laman sosial Facebook dan Twitter," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman semalam bahawa lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan tersebut disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.

Beliau turut memberitahu, usaha memperkasakan belia turut terletak di tangan kementerian lain termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.

"Kita perlu mengetahui baki lima juta yang dikatakan tidak celaru itu. Adakah kejayaan mereka itu atas usaha kerajaan atau sebagainya?

"Bagaimanapun, saya mengalu-alukan konvensyen seperti yang dilakukan Isma itu. Saya harap mereka akan menghuraikan takrifan tersebut dengan lebih terperinci bagi semua isu yang mereka kemukakan selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kajian terperinci penting bagi membolehkan tindakan sewajar diambil membendung masalah tersebut.

''Laporan tersebut terlalu umum. Jika dilihat kepada angka enam juta juga terlalu besar, malah akan menjadi liabiliti kepada negara.

''Jadi perlu perincian tentang aspek mana yang mereka kaji sama ada celaru jantina, orientasi seks, moral atau kesihatan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, beliau bersetuju masalah tersebut perlu ditangani secara serius kerana ia boleh mendorong belia ke arah pemikiran liberal.

''Laporan tersebut juga dikhuatiri akan menjejaskan peluang kerja kerana majikan tidak berminat untuk menggaji belia yang menghadapi kecelaruan identiti,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Duta Amerika Syarikat tarik perhatian berbaju Melayu, bertengkolok

Posted:

Duta Amerika Syarikat tarik perhatian berbaju Melayu, bertengkolok

Duta Amerika Syarikat tarik perhatian berbaju Melayu, bertengkolok


PAUL W. Jones (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis (dua dari kanan) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam. – UTUSAN/ Mahathir Ali


PEKAN 24 Okt. - Biarpun sesetengah rakyat negara ini selesa memilih pakaian istiadat untuk ke majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran raja-raja Melayu, namun bagi Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones, beliau memilih sebaliknya.

Dengan lengkap berbaju Melayu dan tengkolok ketika hadir pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini, pilihan Jones itu ternyata membuatkan beliau menjadi tumpuan ramai.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Jones yang dikurniakan pingat Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk berkata, beliau sebenarnya boleh memilih untuk memakai pakaian istiadat ke majlis tersebut.

Namun katanya, dengan memakai baju Melayu yang lengkap bersamping dan tengkolok membuatkan beliau dapat merasai pengalaman sebenar hadir ke majlis penganugerahan darjah kebesaran di negara ini.

"Saya sukakannya (baju Melayu), saya nampak berbeza dan ini pengalaman pertama saya memakai baju kebangsaan rakyat Malaysia.

"Saya dan keluarga bangga kerana berpeluang untuk menyelami budaya masyarakat negara ini dan memakai pakaian yang dipakai rakyat negara ini," katanya yang hadir ditemani isterinya, Catherine Jones, 48, yang anggun memakai baju kebaya rona krim.

Jones yang jelas tidak kekok dengan baju Melayu menyelitkan keris di pinggang dan ternyata ia menarik perhatian para penerima pingat dan tetamu yang lain.

"Saya selesa. Ada wakil yang dihantar untuk membantu saya memakainya pagi ini. Memang ini pengalaman pertama saya dan cukup mengujakan," ujarnya.

Sementara itu, Catherine yang sentiasa di sisi menemani Jones sepanjang majlis itu mengakui suaminya kelihatan segak dan bergaya memakai baju Melayu.

"Saya dan suami sukakan pakaian rakyat Malaysia, ia cantik dan menggambarkan kepelbagaian budaya masyarakat di sini. Inilah 1Malaysia," katanya.

Mengenai darjah kebesaran yang diterimanya, Jones berterima kasih kepada kerajaan negeri Pahang dan Malaysia kerana memberi anugerah itu kepadanya.

"Saya menerima anugerah ini dengan rasa rendah diri dan melihatnya sebagai tanda persahabatan antara AS dan Malaysia.

"Apabila pulang ke AS nanti, saya akan maklumkan kepada penduduk di sana bahawa bukan sahaja rakyat tempatan, malah rakyat negara lain juga berpeluang menerima penganugerahan sebegini di Malaysia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mengangkat legasi kraftangan negara

Posted:

Mengangkat legasi kraftangan negara

Mengangkat legasi kraftangan negara

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


Sebahagian peserta melakukan teknik anyaman asas rotan pada program Pendidikan Kraf Perdana Peringkat Negeri Perak anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak di Enggor, Kuala Kangsar, baru-baru ini.


KUALA KANGSAR 24 Okt. - Tatkala hasil kraftangan tempatan menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa ekoran nilai estetika yang tersendiri, masih ada pihak yang lebih cenderung mengagung-agungkan produk dari luar negara.

Keunikan hasil kraftangan anak tempatan yang ternyata halus buatannya wajar dikagumi apatah lagi kepelbagaiannya melangkau pelbagai sempadan negeri.

Di Perak misalnya, nama labu Sayong cukup sinonim dengan kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional sejak zaman-berzaman.

Diperbuat daripada tanah liat yang diuli, ia kemudiannya diterap dengan pelbagai corak sebelum diasap serta dibakar bagi menghasilkan bentuk yang cukup unik.

Pada kelazimannya, labu Sayong yang berwarna hitam mudah didapati di bandar ini dan biasanya ia dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan air minuman.

Corak permukaannya yang menggarapkan motif alam seperti bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih serta perspektif geometri harmoni membangkitkan lagi hiasan luarannya.

Di Bumi Kenyalang, 'Pasu Sarawak' terkenal dengan motif hiasannya yang berwarna-warni sementara tembikar mambong pula lebih dikenali dengan warnanya yang kemerah-merahan dan biasa digunakan sebagai perkakas dapur di Kelantan.

Bukan sahaja produk tembikar, kekayaan kraftangan tempatan juga terserlah melalui seni tekat emas yang dihasilkan dengan menggayakan sulaman benang ke atas kain baldu.

Menyingkap sejarahnya di Perak, seni bermutu tinggi ini pada asalnya dimonopoli golongan bangsawan istana berikutan ia hanya digunakan dalam adat istiadat dan upacara tertentu.

Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke-19 dikatakan merupakan pereka bentuk selain banyak menghasilkan reka hiasan tekat suatu masa dahulu. Namun kini, potensi mengangkat seni warisan ini kepada produk komersial yang bermutu tidak sama sekali boleh dinafikan.

Menyedari kepentingan meneruskan tradisi ini kepada generasi muda, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak buat julung kalinya menganjurkan Program Pendidikan Kraf Perdana peringkat negeri di Enggor, Kuala Kangsar baru-baru ini.

Pengarahnya, Mohd. Yusof Abd. Rani berkata, program yang antara lain bertujuan memberi kesedaran, pendedahan dan pengetahuan kepada golongan itu disertai oleh kira-kira 300 peserta.

Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Perak termasuk mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.

"Kita mahu kumpulan sasar ini mampu menghayati dan mengenali warisan melalui motif-motif seni yang melambangkan identiti tertentu khususnya di negeri Perak," katanya.

Melihat kepada senario pada masa kini, beliau berkata, hanya golongan yang berusia 45 tahun ke atas yang benar-benar memahami manifestasi seni yang ditonjolkan melalui kraftangan tempatan.

Sebaliknya, kata beliau, golongan lebih muda hanya cenderung memandang kraftangan sebagai hadiah dan cenderamata untuk kenang-kenangan.

"Industri kraftangan di Perak berpotensi untuk dibangunkan. Selain Sayong di sini yang terkenal sebagai tempat penghasilan labu Sayong, ia juga ada diusahakan di Parit.

"Selain itu, kita juga mempunyai usahawan yang membangunkan kraf berasaskan kayu dan acuan kuih masing-masing di Sitiawan dan Taiping selain anyaman di Jenalik dan batik di sekitar Ipoh," katanya.

Tambah beliau, kraftangan Perak juga boleh dijadikan ikon kepada pencetus perkembangan pelancongan negeri melalui Tahun Melawat Perak 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Teknik asas pembuatan tembikar pengalaman berharga

Posted:

Teknik asas pembuatan tembikar pengalaman berharga

Teknik asas pembuatan tembikar pengalaman berharga

KUALA KANGSAR 24 Okt. - Pertama kali mempelajari teknik asas pembuatan tembikar merupakan pengalaman berharga buat Nurul Haniza Abdul Rahman, 22, yang mengikuti Program Pendidikan Kraf Perdana Peringkat Negeri Perak baru-baru ini.

Mahasiswa tahun akhir jurusan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu ternyata tidak kekok untuk mempraktikkan kembali teknik picit cubit yang baru dipelajarinya tidak sampai sehari.

"Pembuatannya tidak begitu susah. Hanya bentukkan tanah liat menjadi bebola, kemudian tekan ibu jari ke dalamnya di tapak tangan kiri, seterusnya tekan ia dengan jari lain untuk membentuk dinding pasu.

"Selepas itu, picit dengan tangan kanan sambil dipusingkan pasu itu dengan tangan kiri. Akhir sekali, pasu itu diletakkan di atas permukaan rata untuk dileperkan pada bahagian tapak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Nurul Haniza berkata, penyertaannya dalam program tersebut secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahirannya dalam bidang seni memandangkan tiada pembelajaran seumpama itu dapat dipelajari di universiti.

"Bagi saya, kalau bukan kita generasi muda yang mempertahankan seni kraftangan negara, siapa lagi yang akan berbuat demikian?

"Lagipun, peluang mengikuti program sebegini semuanya percuma," katanya yang turut menyertai Kelab Gamelan UTP sebagai aktiviti sampingannya di universiti.

Sementara itu, penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Hoo Wai Yee, 21, yang terpilih memenangi hasil kraf terbaik dalam teknik asas batik mengakui berasa teruja dapat menyertai program tersebut.

Dia yang pernah mengikuti program sama sewaktu di bangku sekolah, menyifatkan teknik tekap, canting serta mewarna batik memerlukan satu hasil kerja yang teliti.

"Namun, bagi saya, ia tidaklah sukar berbanding mewarna lukisan pada poster kerana ia hanya menggunakan cat air," kata Wai Yee yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni sebagai subjek elektif dalam pengajiannya di IPG.

Seorang lagi peserta sekolah rendah, B. Kaviscyna, 12, daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mahatma Gandhi Kalasalai, Sungai Siput turut terpilih memenangi hasil cantingan batik terbaik.

"Saya fikir program sebegini harus diadakan pada setiap tahun dan diperluaskan kepada semua pelajar berbilang kaum," katanya sambil menyifatkan seni kraftangan Malaysia cukup unik dan menarik untuk dipelajari.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes dera kanak-kanak menurun

Posted:

Kes dera kanak-kanak menurun

Kes dera kanak-kanak menurun

Oleh Ani Awang
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 24 Okt. - Sebanyak 207 kes penderaan kanak-kanak dan 26 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga Ogos lalu.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 336 kes penderaan kanak-kanak dan 42 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya bimbang kerana kes penderaan ke atas kanak-kanak dan keganasan rumahtangga akan meninggalkan kesan buruk kepada mangsa.

Beliau berkata, penderaan terhadap kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk penderaan emosi.

"Tingkah laku buruk ibu bapa menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak.

"Keganasan terhadap wanita pula melibatkan kes rogol, gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan penyimbahan asid yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental serta kematian kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kesedaran Pencegahan Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumah Tangga peringkat negeri di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Taman Meru di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Zambry berkata, mangsa penderaan akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri.

Bagi mangsa rogol pula katanya, selain kecederaan fizikal, mangsa turut menanggung risiko kehamilan dan jangkitan virus HIV serta penyakit kelamin.

"Trauma yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa dipandang hina oleh masyarakat, kehilangan harga diri akan meninggalkan kesan buruk kepada mangsa sepanjang hayat mereka," ujarnya.

Menurut beliau, kajian menunjukkan, keluarga yang tidak berupaya menghadapi cabaran dan tekanan hidup merupakan penyumbang kepada peningkatan gejala negatif seperti keretakan keluarga, keganasan rumah tangga, penceraian, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pelacuran, pembuangan bayi dan jangkitan HIV.

Sehubungan itu Zambry berkata, usaha membanteras keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak merupakan tanggungjawab dan komitmen bersama semua pihak dalam aspek pencegahan, intervensi dan pemulihan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bank ditipu RM37 juta

Posted:

Bank ditipu RM37 juta

Bank ditipu RM37 juta

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.

Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat sebarang pembayaran balik.

Kata sumber itu, pihak bank yang menjalankan siasatan dalaman gagal mengesan syarikat berkenaan dan akhirnya membuat laporan polis setelah diminta berbuat demikian.

"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal.

Beliau juga enggan mendedahkan identiti syarikat yang membuat pinjaman itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan selain tidak menjejaskan proses pertuduhan di mahkamah kelak.

Ini kes kedua melibatkan institusi kewangan menjadi mangsa penipuan pinjaman berjumlah tinggi.

Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut sumber itu lagi, berikutan penipuan terbesar itu, polis sedang menyiasat secara terperinci termasuk meneliti semua dokumen berkaitan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.

"Berikutan penipuan itu juga, bank berkenaan telah mencatatkan kerugian teruk dan terpaksa melakukan perubahan ke atas pengurusannya," kata sumber itu.

Bank berkenaan kemudiannya telah mencatat keuntungan semula.

Full content generated by Get Full RSS.

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan

Posted:

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

'Deepavali tahun ini istimewa'

Posted:

'Deepavali tahun ini istimewa'

'Deepavali tahun ini istimewa'

KUALA LUMPUR 24 Okt. — Perayaan Pesta Cahaya kali ini adalah istimewa kerana ia disambut ketika usaha-usaha transformasi negara mula membuahkan hasil, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, bahkan usaha kerajaan dalam penglibatan dan penyampaian terus khidmat kepada masyarakat India telah mula menunjukkan kesan.

"Pelbagai inisiatif khas yang kita laksanakan sejak dua tahun lepas telah membuahkan hasil yang mempunyai impak nyata dan positif terhadap individu-individu dan keluarga-keluarga masyarakat India.

"Ini telah memberikan kami keyakinan untuk memperkukuh serta meluaskan lagi usaha kami supaya dapat menolong semua yang memerlukan bantuan," katanya dalam blognya www.1Malaysia.com.my sempena sambutan Hari Deepavali Rabu ini.

Najib berkata, dalam hal ini, kerajaan akan mengusahakan inisiatif secara langsung untuk menambah pendapatan di kalangan masyarakat India.

Perdana Menteri menambah, kerajaan juga komited untuk merealisasikan kemahiran perniagaan masyarakat India dan akan melakukan usaha-usaha untuk memupuk potensi ini.

"Dalam usaha untuk mencapai wawasan kita untuk menaik taraf kehidupan masyarakat India secara komprehensif, saya memerlukan komitmen dan kepercayaan masyarakat India untuk bekerja bersama saya.

"Kepercayaan atau 'nambikei' daripada setiap rakyat Malaysia berketurunan India adalah amat penting dalam menjalin perkongsian penuh dan berkesan di antara kerajaan dan masyarakat," katanya.

Najib berkata, ini akan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk generasi masa kini serta generasi masa akan datang.

"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru golongan profesional dan tokoh-tokoh korporat serta pemimpin masyarakat untuk bekerjasama dengan kerajaan dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang inovatif dan kreatif dalam usaha untuk menambahbaikkan kehidupan ahli komuniti India secara langsung dan positif," katanya.

Najib berkata, satu perkara yang penting ke arah transformasi negara adalah hakikat bahawa setiap seorang daripada rakyat negara ini terlibat di dalam perjalanan ini.

"Ia adalah mustahil, tanpa komitmen dan sokongan daripada setiap kumpulan, untuk mencapai hasrat yang kita inginkan bersama untuk Malaysia. Inilah sebabnya kerajaan sentiasa menekankan penglibatan semua rakyat Malaysia supaya kita sama-sama dapat menggerakkan yang terbaik demi negara kita," katanya.

Beliau turut mengucapkan "Deepavali Vaalthukal" dan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia beragama Hindu.

"Marilah kita bersama-sama dengan sahabat handai meraikan perayaan ini dengan harapan bahawa ia akan membawa cahaya kebahagiaan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Karnival Iktiraf Terengganu meriah

Posted:

Karnival Iktiraf Terengganu meriah

Karnival Iktiraf Terengganu meriah

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


MAHASISWA daripada anak-anak warga Felda yang mengikuti program anak angkat sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) di Ketengah Jaya, Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 24 Okt. – Mohd. Fauzi Mat Adam bersama rakan-rakan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menjayakan apa yang diamanahkan, sekali gus menjadi ujian terhadap kepimpinan dan kesepakatan anak-anak muda Felda itu.

Mereka mungkin berupaya membuktikan dengan kemeriahan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) Wilayah Terengganu berdasarkan sambutan warga Felda dan masyarakat umumnya terhadap program itu yang berlangsung di ketengah Jaya selama tiga hari baru-baru ini.

Karnival dipenuhi dengan pelbagai kegiatan melibatkan pelbagai peringkat usia dengan penghayatan konsep Iktiraf iaitu ke arah transformasi dalam usaha membangun komuniti Felda secara holistik yang terarah kepada pembinaan generasi baru.

Iktiraf menitikberatkan peningkatan kualiti insaniah melalui program keagamaan, keilmuan, kebajikan, kebudayaan, sukan selain pemerkasaan organisasi setempat dan penyuburan semangat muhibah dalam kalangan pelbagai komponen warga Felda.

Mohd. Fauzi selaku Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu (MBFT) menyifatkan penganjuran Karnival Iktiraf peringkat negeri kali kedua ini sebagai medan latihan kepimpinan bagi MBFT dan 20 persatuan gabungannya.

Beliau gembira kerana karnival peringkat wilayah anjuran MBFT dengan kerjasama Seranta Jabatan Perdana Menteri dan Felda itu dikategorikan antara yang terbaik dari segi penganjuran dan pengisiannya.

''Setiap wilayah menganjurkan karnival serupa dan dijadikan satu kegiatan tradisi tahunan yang berusaha menyatukan 700,000 anggota masyarakat di 317 tanah rancangan Felda seluruh negara di samping generasi baru Felda di luar rancangan'' ujarnya.

Katanya, Karnival Iktiraf turut didokong dan disokong oleh pimpinan masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan pusat pengajian tinggi.

Mohd. Fauzi memberitahu, karnival ini menghimpunkan warga Felda seluruh negeri ini terutama generasi kedua dalam program mengiktiraf peranan dan mengukuhkan jalinan hubungan mereka.

Karnival yang dirasmikan oleh Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda, Faizoull Ahmad di padang awam Bandar Ketengah Jaya dimulakan dengan Program Jelajah Iktiraf.

Dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada wakil pengurusan Felda, kepimpinan Majlis Belia Felda kebangsaan, negeri dan belia setempat, mereka menziarahi golongan tidak bernasib baik yang telah dikenal pasti.

Mereka menjelajah di sekitar penempatan Kertih Satu hingga Kertih 6 untuk meninjau kehidupan mereka yang kurang upaya dan menyampaikan sumbangan di samping meneliti aspek bantuan susulan.

Di samping itu, seramai 40 orang mahasiswa anak warga Felda dari seluruh negara yang menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu ditempatkan bersama keluarga angkat untuk bersama menyelami suasana kehidupan setempat.

''Di tapak karnival, turut dibuka 40 gerai jualan dan pameran keusahawanan, kerjaya, pendidikan serta peranan agensi kerajaan manakala sukaneka Kemas pula berlangsung," ujarnya.

Pada sebelah malamnya, majlis tahlil, bacaan yasin dan solat hajat diadakan di masjid bersama para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam serta keluarga mereka, disusuli dengan forum perdana bertajuk Syukur dan Nikmat.

MBFT mengatur Kem Iktiraf Generasi Cemerlang yang berbentuk program motivasi kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hari kedua di samping pertandingan bola sepak tujuh sebelah, pertandingan suara azan, gubahan dan kugiran.

Pada hari ketiga pula diadakan pertandingan futsal dan bola jaring di samping Explore Race, Bakat Felda Idol serta acara sukan kategori persatuan.

Turut diadakan penyampaian anugerah persatuan belia terbaik dan tokoh belia cemerlang kepada Persatuan Belia Felda Kertih 1 dan Mohd Khairi Yaacob yang disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan pada majlis penutup.

''Mereka yang telah banyak menabur bakti secara sukarela kepada masyarakat diberikan penghargaan sebagai satu pengiktirafan dan rangsangan kepada yang lain," katanya.

Rosli merumuskan, karnival ini sebahagian usaha 'menyatukan hati' warga Felda agar terus ikhlas mempertahan dan memartabatkan institusi warisan ini demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Curi kabel TM meningkat 13 peratus

Posted:

Curi kabel TM meningkat 13 peratus

Curi kabel TM meningkat 13 peratus

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

PASIR MAS 24 Okt. - Kadar kecurian kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di negeri ini meningkat sebanyak 13 peratus dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengurus Besar TM Kelantan, Abd. Rashid Othman berkata, kabel yang dicuri dalam tempoh sembilan bulan tahun ini adalah sepanjang 129.5 kilometer berbanding 114.7 kilometer tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah kecurian kabel tersebut kemungkinan akan terus meningkat dalam masa tiga bulan terakhir ini sekiranya masyarakat tidak bersama-sama dengan pihak berkuasa untuk membanterasnya.

"Kejadian kecurian kabel menjadi cabaran dan ancaman bagi TM Kelantan di mana dalam tempoh sembilan bulan kita terpaksa membelanjakan sebanyak RM3.88 juta bagi menyambung semula kabel yang dicuri melibatkan 923 kes, meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas iaitu 712 kes.

"Akibatnya, seramai 31,553 pelanggan di seluruh Kelantan terjejas," katanya selepas majlis penghargaan kepada pasukan keselamatan dan penyampaian saguhati kepada penangkap pencuri kabel TM di Dewan Kada Kampung Gelang Mas di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. Turut hadir Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Abdul Hadi Mohd. Salleh.

Pada majlis tersebut, TM Kelantan menyampaikan saguhati bernilai RM20,000 kepada 128 penangkap pencuri kabel untuk 2010 dan 2011 terdiri daripada 33 anggota polis, 13 kakitangan TM, 62 ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta Rakan Cegah Jenayah (RCJ) dan beberapa Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Abd. Rashid berkata, sehingga Mac tahun ini, hasil kerjasama dengan pihak polis dan pasukan SRS seramai 31 pencuri kabel ditangkap di seluruh Kelantan.

"TM memberi sumbangan kepada mereka yang bekerjasama menangkap pencuri kabel sebagai menghargai jasa mereka. Sepanjang tahun lepas TM Kelantan telah membayar saguhati sebanyak RM65,000 manakala tahun ini sebanyak RM24,000," jelasnya.

Katanya, biarpun jumlah tersebut meningkat ia tidak melemahkan TM Kelantan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis persandingan sepuluh pasangan meriah

Posted:

Majlis persandingan sepuluh pasangan meriah

Majlis persandingan sepuluh pasangan meriah


TENGKU Putera Tengku Awang (duduk dua dari kiri) dan isteri serta Wan Ahmad Farid dan isteri (duduk tiga dari kiri) bergambar bersama sepuluh pasangan pengantin yang disandingkan bersama dalam satu majlis persandingan Program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 24 Okt. - Majlis persandingan sepuluh pasangan yang dinikahkan Jumaat lalu menerusi program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan berlangsung dalam suasana meriah di Dataran Shahbandar dekat sini malam semalam.

Dihadiri hampir 20,000 tetamu, majlis dimulakan dengan perarakan masuk kesemua mempelai ke pelamin yang dihias indah bertemakan warna putih.

Ia turut disaksikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama isteri masing-masing.

Sungguhpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah berlangsung perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Terengganu dengan Selangor, namun ia tidak menjejaskan kemeriahan kenduri.

Majlis itu juga diserikan dengan acara menepung tawar pengantin oleh para jemputan khas dan dihiburkan dengan persembahan gesekan gergaji oleh Ismail Jejaka serta persembahan kebudayaan Terengganu.

Setiap pasangan turut ditaja sebuah pelamin indah di hadapan para jemputan masing-masing bagi memberi peluang kepada mereka mengabadikan kenangan manis itu bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Kemuncak majlis adalah upacara memotong kek tiga tingkat serentak dengan persembahan bunga api.

Kesemua pasangan dipilih daripada kalangan yang berpendapatan rendah melalui program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Menerusi kemenangan tersebut, pasangan terlibat bukan sahaja menerima hadiah pakej perkahwinan, malah turut menerima wang tunai RM5,000 beserta pakej bulan madu.

Terdahulu, Tengku Putera dalam ucapannya berkata, penganjuran program seperti itu perlu diteruskan kerana dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

Katanya, kerajaan negeri bersedia menyokong usaha seperti itu jika mahu diadakan pada masa akan datang.

"Majlis kenduri memang memerlukan kos yang tinggi, namun jika diadakan serentak dapat menjimatkan wang selain lebih meriah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved