Isnin, 26 September 2011

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tiput bawa rakan ke pangkal jalan

Posted:

Tiput bawa rakan ke pangkal jalan

Tiput bawa rakan ke pangkal jalan

Oleh Rosmah Dain
Gambar Amin Farij Hassan


Tiput (kiri) berusaha mendekati rakan-rakannya yang masih mendiami 'rumah tampal'.


SUDAH 40 tahun usianya, namun dalam setiap detik kehidupannya, tidak pernah wanita yang senang dengan gelaran Tiput ini, merasai detik kegembiraan dalam hidupnya kecuali sewaktu bersama suaminya dahulu.

Itu pun hanya sementara, apabila suami yang dikenali sejak di bangku sekolah itu rupa-rupanya seorang penagih dadah tegar yang turut bertanggungjawab memperkenalkan dirinya kepada najis itu.

"Saya bernikah dengan suami ketika berumur 16 tahun dan dia pula berumur 22 tahun. Selepas 10 tahun berumah tangga dia meninggal dunia meninggalkan saya tanpa harta cuma tiga orang anak. Yang sulung perempuan dan di bawahnya adik-adik lelaki," jelas wanita yang berasal dari Johor Bahru, Johor ini.

Anak sulung daripada enam adik-beradik ini memberitahu, sejak itu kehidupannya hancur. Dia terus menjadi hamba kepada najis dadah dan melupakan anak-anaknya sehinggakan anak-anaknya itu diambil oleh pihak mertuanya untuk dipelihara.

Selepas ibu dan ayah kandung Tiput tiada lagi di dunia ini, Tiput terus hilang dari pengetahuan adik-beradiknya dan enggan pulang semula ke Johor Bahru.

"Adik-beradik sebenarnya tidak pernah membuang saya, mereka menerima keadaan saya dengan baik, namun kehidupan seperti ini membataskan saya untuk bertemu dengan mereka," katanya.

Apabila ditanya mengenai anak-anak, Tiput berkata, ketika dia meninggalkan anak-anaknya, umur anak yang bongsu pada ketika itu baru berusia tiga tahun, kini anak yang sulung sudah berusia 22 tahun, menunjukkan betapa lamanya dia telah menghilangkan diri tanpa berita.

"Bagi anak-anak, saya tahu mereka hanya mengetahui ibu mereka masih hidup dan berada di Kuala Lumpur, namun tidak tahu di mana dan apa pekerjaan yang ibunya lakukan," katanya yang turut mengakui amat merindui anak-anaknya.

Mengenang masa silam, Tiput memberitahu, dirinya selalu keluar masuk penjara dan pusat pemulihan berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun akibat dadah dan pada akhirnya selepas keluar dari penjara untuk kesekian kalinya dia ke Kuala Lumpur atas nasihat seorang rakan.

Biarpun masih ketagih dengan najis dadah, dia diperkenalkan kepada satu pekerjaan baru untuk mencari duit dengan mudah.

"Seterusnya saya terlibat dalam kancah pelacuran menyebabkan dijangkiti HIV/AID. Ketika itu saya bekerja di sebuah pusat hiburan, apabila pengurusnya mendapat tahu saya adalah penagih dadah, dia terus memecat saya.

"Selepas dipecat saya tidak rasa susah hati langsung kerana saya masih bergiat dalam bidang pelacuran yang merupakan mata pencarian utama saya.

"Rakan yang saya kenali kemudiannya membawa saya tinggal di sebuah rumah usang yang dinamakan 'rumah tampal'," katanya.

Tiput tinggal di rumah itu selama empat tahun dengan menjalankan kegiatan yang tidak bermoral seperti menghisap dadah dan melacur disertai rakan-rakan lain.

Namun satu hari, Tiput jatuh sakit dan bermula dari saat itu dia merasa dirinya perlu berubah.

Nasibnya baik dia sempat diselamatkan oleh Rumah Sinar Salam di bawah penyeliaan Arfidar Abd. Latif.

"Masa tu, Tuhan sahaja yang tahu peritnya menderita akibat HIV/AIDS. Rasa bagaikan hendak membunuh diri. Kini saya bersyukur diberikan tempat perlindungan, makan dan ubat-ubatan.

"Sudah tujuh bulan berlalu, saya kini bebas sepenuhnya daripada najis dadah.

"Pernah suatu masa saya merasakan tidak layak untuk hidup di muka bumi ini, namun kini saya mempunyai objektif dalam hidup, untuk membantu rakan-rakan lain," jelasnya.

Kini apa yang Tiput lakukan ialah cuba membawa rakan-rakan yang senasib dengannya ke pangkal jalan dan bertaubat dengan setiap perkara.

"Apa yang saya lakukan seiring dengan out reach yang diadakan Rumah Sinar Salam. Biarpun bagi orang luar melihat usaha ini hanya sekadar kegiatan kecil untuk menebus semula dosa-dosa lam namun ia amat bererti bagi insan seperti saya yang hidup bergelumang dosa dan di darahnya mengalir virus HIV/AIDS," katanya.

Jangan bergaduh kerana wang

Posted:

Jangan bergaduh kerana wang

Jangan bergaduh kerana wang

Susunan NOOR FAZRINA KAMAL

Dalam konteks kehidupan suami isteri sememangnya wang memainkan peranan yang penting. Cuba fikir sejenak agak-agaknya bila kali terakhir anda suami isteri bergaduh disebabkan wang?

Pertengkaran mengenai wang adalah sebahagian daripada asam garam dalam rumah tangga.

Apabila membincangkan tentang masalah kewangan ia seharusnya bukan dijadikan satu medan perdebatan untuk membuktikan siapa yang benar atau siapa yang salah.

Sebaliknya ia memerlukan perhatian suami isteri dalam menemukan jawapan yang sebenar berkaitan masalah kewangan tersebut.

Di ibu kota keadaan suami isteri bekerja adalah satu perkara yang lumrah. Memiliki lebih daripada satu sumber kewangan adalah salah satu cara untuk suami isteri menikmati kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Walaupun usia perkahwinan anda menjangkau dua dekad, itu sebenarnya bukan jaminan anda telah mengenali pasangan anda 100 peratus dalam perkara berkaitan wang.

Mungkin adakalanya anda tersentak dengan kebiasaan atau pandangan pasangan mengenai wang yang amat berbeza antara anda dan pasangan.

Komunikasi yang baik antara suami isteri adalah faktor utama untuk berjaya menguruskan kewangan keluarga tanpa menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

Paling penting untuk menghindari sifat mahu menyembunyikan masalah kewangan yang anda hadapi daripada pasangan dan jangan pandang ringan atau menunda jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul membabitkan kewangan keluarga.

Dari mana mahu memulakannya? jawapannya sekarang! Anda berdua harus meluangkan masa berbicara dengan tenang masalah ini.

Sebaiknya masalah kewangan suami isteri dibincangkan secara intim kerana keterlibatan orang yang tidak bertauliah dalam perkara ini hanya akan mengusutkan keadaan sahaja.

Namun jika anda suami isteri telah berhadapan dengan jalan buntu, jangan risau kerana ada orang bertauliah seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau perancang kewangan yang layak memberikan anda jalan penyelesaian.

Tentang anda suami isteri, dari mana mahu memulakannya pertama sekali buat gambaran tentang kedudukan kewangan anda ketika ini.

Untuk tujuan tersebut buat catatan jumlah kewangan yang anda ada. Lihat risiko dan kemungkinan di masa hadapan.

Dengan cara ini anda berdua akan rasa bertanggungjawab untuk memelihara apa yang anda ada supaya ia tidak berkurangan di masa hadapan.

Tindakan kedua yang boleh diambil ialah membuat gambaran tentang sumber pendapatan dan pengeluaran anda berdua.

Catat atau kertas dan lihat adakah jumlah pendapatan mengatasi jumlah pengeluaran atau sebaliknya. Jika ada lebihan sebaiknya disimpan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.

Setelah semua punca kewangan dan harta anda telah dikenalpasti dan tahu perjalanannya setiap bulan barulah anda tentukan siapa yang akan bertanggung jawab untuk menguruskan hal-hal kewangan tersebut.

Boleh dilakukan bersama tapi lebih baik memberikan tugas masing-masing supaya senang.

Dengan ini apabila berlaku sesuatu kesalahan yang boleh menimbulkan masalah dalam kewangan keluarga adalah lebih mudah untuk mengenalpasti puncanya dan tidak menyalahkan satu sama lain hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga anda berdua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


70 rumah berjaya baiki

Posted:

70 rumah berjaya baiki

70 rumah berjaya baiki

Oleh MUHAMMAD ZIKR
utusanjohor@johor.com.my


Penduduk bergotong- royong membaiki sebuah rumah di Kampung Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi, Pontian, semalam,


PONTIAN 25 Sept. - Sebanyak 70 buah rumah berjaya dibaiki menerusi Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian yang dilancarkan Julai lalu dengan kos keseluruhan berjumlah RM500,000.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan berkata, baki sebanyak 50 buah rumah lagi akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, setiap rumah diberikan peruntukan sebanyak RM4,000 untuk menukar atap zink, mengganti dinding dan siling yang dilakukan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selaku tenaga penggerak utama.

"Sokongan dan kerjasama semua pihak amat penting memandangkan kami tidak melantik sebarang kontraktor untuk melakukan kerja-kerja baik pulih tersebut," katanya.

Beliau menjelaskan demikian selepas mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menyertai gotong-royong membaik pulih rumah sebuah keluarga di Kampung Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi di sini hari ini.

Mohd. Fauzi memberitahu, menerusi konsep gotong-royong, kerja baik pulih itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah penduduk kampung berpeluang berbakti kepada golongan yang memerlukan.

"Ahli Parlimen kita amat gembira dengan kemajuan program ini dan berharap semua rumah telah dikenal pasti akan dapat dibaiki sebelum penghujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, penerima bantuan, Zulkifli Iskandar, 42, seorang pemandu lori bersyukur dengan pemberian bantuan itu kerana bumbung dan siling yang usang sebelum ini digantikan baharu.

"Pendapatan saya kecil tidak mampu membaiknya. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan nasib golongan seperti kami," katanya yang tinggal lima beranak di rumah berkenaan.

Dua beranak daif lega dapat bekalan air

Posted:

Dua beranak daif lega dapat bekalan air

Dua beranak daif lega dapat bekalan air


Chik Andot mencuba paip air yang disambungkan di rumahnya di Kampung Singapura sambil diperhatikan oleh Mesran Tukiman (dua dari kanan), di Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 25 Sept. - Seorang warga emas kini boleh menarik nafas lega apabila rumah yang dihuni lebih 40 tahun lalu di Kampung Singapura, Tanjung Sedili dekat sini mendapat bekalan air bersih hasil usaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi baru-baru ini.

Chik Andot, 87, yang tinggal bersama anak lelaki bongsunya, Endot Mahmod, 53, berkata, dia tidak mengharapkan bantuan lain kecuali rumah untuk berteduh yang terletak di kawasan kebun kecil kira-kira 800 meter dari jalan utama itu mendapat bekalan berkenaan.

Menurutnya, Ramadan lalu konvoi Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi singgah untuk bergotong-royong membaiki rumahnya termasuk bahagian bumbung dan mengecat kediaman itu di samping menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bantuan makanan selain kerja membina saluran paip air.

Sementara itu, Endot menyatakan rasa syukur kerana bekalan air itu memberi kemudahan kepada bagi dia dan ibunya menjalani kehidupan harian.

"Dua kakak saya telah mempunyai keluarga sendiri dan tinggal berasingan termasuk seorang yang tinggal 100 meter dari sini. Dari sanalah saya mengangkut bekalan air bersih untuk minum dan memasak.

"Rumah satu bilik ini pun dibina pada 2001 di bawah Program Penempatan Rakyat Miskin (PPRT). Baru-baru ini rumah ini dibaiki oleh kumpulan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dan ditambah ruang bilik air oleh pihak Kejora (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)," katanya.

Endot berkata, ibunya mendapat bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wang itu digunakan untuk menyara kehidupan mereka berdua selain upah yang diperolehnya melakukan kerja-kerja kampung termasuk mengait buah kelapa.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman yang tinggal sekampung dengan pasangan anak beranak daif itu sering menziarahi mereka untuk mengetahui perkembangan dan kesihatan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Islam: Stigma negatif perlu diubah

Posted:

Islam: Stigma negatif perlu diubah

Islam: Stigma negatif perlu diubah

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan Anugerah Anggota Kehormat Perkim kepada Mohamad Hasan sambil diperhatikan oleh Siti Rahmah Kassim (kiri) pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkim peringkat Kebangsaan kali ke-50 di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 25 Sept. - Stigma negatif pemikiran dunia terhadap Islam ketika ini perlu diubah melalui perubahan sikap dan pemikiran penganutnya jika mereka mahu diangkat sebagai umat yang dihormati dan dicontohi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kealpaan umat Islam ketika untuk mengubah sikap ini menyebabkan mereka terus menghadapi cabaran selain mendapat tentangan hebat khususnya di negara barat apabila mereka terus dilabel sebagai umat yang masih jauh ketinggalan dalam segala aspek.

Ini termasuklah diperlekehkan oleh dunia yang kini melihat Islam sebagai pengganas, mundur dan lemah kerana perpecahan sesama sendiri.

''Tidak terkecuali di negara ini, masih ada lagi umat Islam itu sendiri yang sanggup menggadaikan maruah kesucian agama demi kepentingan masing-masing hanya kerana untuk mendapatkan sokongan yang bersifat sementara.

''Ini adalah ancaman yang perlu ditangani dengan segera sekiranya umat Islam di negara ini tidak mahu terpesong yang kemudiannya akan menyebabkan perpecahan sesama sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaydia (Perkim) Kebangsaan kali ke-50 kelmarin.

Turut hadir di majlis itu, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perkim negeri, Datuk Siti Rahmah Kassim.

Justeru Mohamad mahu supaya umat Islam menjadikan agama ini sebagai alat penyatuan dan bukannya untuk menjadi persengketaan sekiranya mereka mahu melihat sebagai umat yang terbaik.

Perluas program jiwa murni

Posted:

Perluas program jiwa murni

Perluas program jiwa murni


HASAN Malek bersalaman dengan anggota tentera AS yang menyertai program komuniti kesihatan di perkampungan Orang Asli Solok Terentang, Jasin, baru-baru ini.


JASIN 25 Sept. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan lebih banyak Program Jiwa Murni bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di penempatan-penempatan Orang Asli yang terdapat di seluruh negara.

Terbaru, Program Mesra Minda dan Jiwa Murni diadakan di Kampung Orang Asli Solok Terentang dekat sini yang mendapat sambutan penduduk.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, program tersebut dilihat mampu menjalin hubungan lebih baik antara masyarakat Orang Asli dengan anggota tentera.

Beliau berkata, program yang berlangsung tiga hari bermula Selasa lalu menyaksikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Amerika Syarikat (AS) menggembleng tenaga memberi perkhidmatan kesihatan kepada seluruh penduduk di situ.

"Saya sifatkan program ini sebagai berjaya kerana sambutan amat menggalakkan, malah Orang Asli dilihat amat seronok menerima kunjungan kami.

"Sepanjang program ini penduduk diberi rawatan kesihatan asas selain ujian pap smear, gigi dan mata secara percuma," katanya selepas menutup program itu baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Datuk Mohd. Sani Mistam dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, R. Perumal.

Program membabitkan anggota tentera dua buah negara itu adalah salah satu daripada aktiviti bersempena Eksesais Keris Strike Siri 15 yang bermula minggu lalu di Kem Terendak di sini.

Menurut Hasan, selain rawatan kesihatan, pasukan tentera juga turut bergotong-royong membersihkan kawasan kampung berkenaan dan melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama masyarakat Orang Asli.

Beliau menambah, melalui program sedemikian, masyarakat Orang Asli akan berasa lebih dihargai sekali gus merapatkan hubungan mereka dengan agensi berkaitan serta pihak tentera.

Ban Zen Motors rai pelanggan

Posted:

Ban Zen Motors rai pelanggan

Ban Zen Motors rai pelanggan

MELAKA 25 Sept. - Seramai 150 pelanggan syarikat pengedaran motosikal terbesar di Melaka, Ban Zen Motors Sdn. Bhd. (BZ) diraikan dalam Majlis Hari Menghargai Pelanggan Sempena Aidilfitri Bersama Bon Siew Honda di sini semalam.

Pengarah Eksekutif BZ, Teh Kim Hock berkata, ia merupakan tahun pertama BZ menganjurkan majlis tersebut bagi menghargai pelanggan mereka yang terpilih dari negeri ini.

"Kami memperuntukan sebanyak RM20,000 untuk menganjurkan majlis ini dengan menyediakan lebih 10 cabutan bertuah termasuk sebuah televisyen plasma, motosikal Honda Icon dan wang tunai RM300 kepada pelanggan bertuah.

"Diharapkan majlis sebegini dapat terus diadakan pada tahun-tahun akan datang sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat kepada pelanggan," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut semalam.

Sambil menikmati pelbagai hidangan disediakan, pelanggan Ban Zen yang menghadiri majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan karaoke.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Basikal tua jangan dilupa

Posted:

Basikal tua jangan dilupa

Basikal tua jangan dilupa

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Sebahagian daripada ahli Getuas beriadah bersama basikal tua mereka untuk mengeratkan silaturahim, baru-baru ini. - utusan/ Halim Khalid


ALOR SETAR 25 Sept. - Sama seperti peminat-peminat barangan lama yang lain, masyarakat yang menggemari basikal tua juga sangat unik.

Sebuah basikal tua atau gerek yang mungkin sekadar besi buruk kepada orang lain, tetapi bagi mereka adalah satu khazanah tidak ternilai.

Barang kali golongan ini lebih istimewa kerana barangan lama yang disimpan bukan sekadar untuk dipamerkan di rumah, malah digunakan walaupun sudah berusia berpuluh-puluh tahun lantas membolehkan khazanah ini dikongsi dengan seluruh anggota masyarakat.

Komuniti yang dimaksudkan adalah ahli Persatuan Gerek Tua Alor Setar (Getuas) yang menaungi lebih 54 ahli terdiri daripada penggemar fanatik basikal tua atau gerek tua.

Persatuan yang diwujudkan sejak lapan tahun lalu itu aktif merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti dalam mendekatkan mereka dengan orang ramai.

Usaha tersebut tentu sedikit sebanyak dilihat mampu mengembalikan nostalgia masa silam yang telah dipinggir dan dilupakan oleh masyarakat hari ini.

Menurut salah seorang peminat basikal tua, Mansor Shaari, 56, yang juga merupakan Setiausaha Getuas, setiap basikal tersebut menyimpan nostalgia tersendiri memandangkan ia sudah digunakan sejak tahun 40-an.

Katanya, keunikan Getuas adalah setiap ahli cuma menyimpan koleksi basikal lama buatan Inggeris dari tahun 40-an hingga 60-an seperti Raleigh, Hercules, Robinhood, Philips, BSA, Hopper Chopper dan Road Puppy.

"Mengikut sejarah, basikal diperkenalkan sebagai pengangkutan untuk kegunaan golongan bangsawan dan kenamaan beratus-ratus tahun dahulu.

"Hanya ketika zaman Inggeris ia digunakan sebagai pengangkutan asas kepada orang awam. Ketika itu juga pelbagai basikal dibawa masuk ke Tanah Melayu seperti Hercules yang segagah namanya digunakan oleh para petani bagi tujuan mengangkut padi," katanya yang memiliki lebih 12 koleksi basikal tua.

Kata Mansor, setiap koleksi basikal tua yang berada dalam simpanannya selain Hercules menyimpan nostalgia tersendiri.


MANSOR Shaari asyik dengan basikal tua kesayangannya.


"Antaranya, Raleigh yang pada tahun 50-an menjadi pengangkutan utama dalam kalangan pegawai kerajaan, Road Puppy pula popular pada tahun 60-an setelah ia digunakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Stadium di sini baru-baru ini.

Mansor turut berbangga kerana memiliki koleksi basikal lama yang pernah digunakan oleh posmen Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia pada tahun 50-an.

Seorang lagi peminat basikal lama, Abdul Rahman Jamil, 56, berkata, dia sanggup merantau hingga ke luar negara untuk mendapatkan basikal tua idamannya.

"Saya terjumpa basikal lama jenis Phillips buatan tahun 60-an di Indonesia beberapa tahun lalu dan terus tertarik lalu membawanya pulang," katanya yang menyimpan lapan basikal lama pelbagai jenis.

Abdul Rahman tidak menafikan hobi menyimpan koleksi basikal tua bukan murah, sebaliknya menelan kos sehingga ribuan ringgit bagi membaik pulihnya.

"Maklumlah nama pun basikal lama, bukan mudah untuk dapat barang ganti. Jadi, kami perlu merantau jauh dan paling tidak mendapatkannya dari Internet. Tetapi adalah satu kepuasan apabila dapat 'menghidupkan' semula basikal ini," katanya.

Sejajar dengan objektif penubuhan Getuas iaitu antaranya mengembalikan nostalgia dan kenangan lama, persatuan itu sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti daripada majlis kenduri kahwin, pameran, kempen sehingga sambutan negara seperti Hari Kemerdekaan.

Menurut seorang lagi ahli Getuas, Noor Khairi Mohd. Noor, 33, khazanah warisan negara itu wajar diterokai oleh semua anggota masyarakat.

"Saya berbangga apabila dapat berkongsi nostalgia ini dengan anggota masyarakat ketika menyertai pelbagai aktiviti persatuan," katanya.

Teman jadi projek perintis RTC

Posted:

Teman jadi projek perintis RTC

Teman jadi projek perintis RTC

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Mohd. Shafie Apdal meninjau hasil perikanan usahawan desa yang menjalankan perniagaan di Pusat Transformasi Luar Bandar di Simpang Pulai, Ipoh, kelmarin.


IPOH 25 Sept. - Pelaksanaan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Terminal Agribisnes Negara (Teman), Simpang Pulai di sini dilihat mampu merancakkan ekonomi masyarakat luar bandar selain membuka peluang menceburi pelbagai bidang keusahawan yang mampu menjana pendapatan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, menerusi projek yang diterajui bersama Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta beberapa kementerian lain itu, mampu menggalakkan masyarakat luar bandar agar lebih berdaya maju dalam meningkatkan pendapatan mereka.

Katanya, projek perintis Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Teman itu juga membolehkan produk usahawan desa diketengahkan seterusnya menghapuskan miskin tegar di kawasan luar bandar.

"RTP merupakan program bersepadu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Mei lalu dan kita memilih kompleks Teman di sini sebagai lokasi perintis RTC.

"RTC bertindak sebagai pusat sehenti yang kelak membolehkan sesuatu produk yang dihasilkan penduduk luar bandar dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya dapat menembusi pasaran eksport," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat RTC di Kompleks Teman di sini semalam.

Mohd. Shafie berkata, melalui RTP terdapat lapan inisiatif tindakan yang sedang dilaksanakan di RTC di sini.

Ia termasuklah latihan kepada penduduk luar bandar, penubuhan kios informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi dan pemprosesan produk agro makanan.

"Kita juga akan melaksanakan program pengurusan rantaian bekalan hasil makanan, kerjasama universiti itu melibatkan sukarelawan pelajar dan pemindahan ilmu, perkhidmatan keselamatan makanan dan farmaseutikal serta pembiayaan kewangan kepada penduduk luar bandar.

"Latihan yang ditawarkan di RTC akan berterusan dan kita berharap kumpulan sasar tidak melepaskan peluang yang terhidang luas ini," katanya.

Katanya, selain di Teman di sini, pihaknya merancang untuk melaksanakan RTC di empat lagi lokasi termasuk di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

"Menerusi pendekatan baru ini, KKLW bersama kementerian-kementerian lain berganding bahu menawarkan peluang untuk menambah pengetahuan, kemahiran danm keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, pekerja dan taraf hidup," katanya.

Program lawat kampung dapat sambutan

Posted:

Program lawat kampung dapat sambutan

Program lawat kampung dapat sambutan


DR. Zambry Abd. Kadir dan Zainol Fadzi Paharudin (dua dari kanan) melihat rumah usang yang didiami warga emas, Manis Mat (tengah) di Kampung Kunci air 12, Pasir Salak, baru-baru ini.


PASIR SALAK 25 Sept. - Program lawatan sehari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik di sini kelmarin, mendapat sambutan hebat daripada penduduk pelbagai kaum di setiap kampung yang dilawati beliau.

Program pertama beliau adalah merasmikan Hari Peladang Hilir Perak di Chenderong Balai di sini yang turut disertai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Pada majlis itu, Zambry menyampaikan anugerah pertanian kepada 10 kakitangan Jabatan Pertanian, 10 petani dan 70 dermasiswa Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Beliau turut menyampaikan bantuan membina rumah baru bernilai RM70,000 kepada seorang warga emas, Manis Mat, 71, yang tinggal di Kampung Kunci Air 12, Chenderong Balai, di sini.

Bantuan tersebut merupakan sumbangan YBUDR menerusi Projek Infra Bina Upaya (IBU).

Selepas merasmikan Hari Peladang Hilir Perak, Zambry kemudiannya berkonvoi bersama puluhan motosikal Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk melakukan upacara pecah tanah Dewan Kuil India Langkap dan Sekolah Agama Rakyat Taman Pelangi.

Beliau turut merasmikan Dewan Orang Ramai Orang Asli dan Dewan Terbuka Kampung Baru Palawan di Langkap dekat Teluk Intan.

Pada majlis di Palawan itu, Menteri Besar menyampaikan geran tanah kepada 206 petani Cina dan penyambungan tempoh pajakan hak milik tanah dari 30 tahun kepada 60 tahun kepada 246 petani Cina.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PDRM sedia timbang heret pemain mesin

Posted:

PDRM sedia timbang heret pemain mesin

PDRM sedia timbang heret pemain mesin

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mengheret orang ramai yang ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan perjudian di premis kafe siber ke muka pengadilan jika mendapati aktiviti menyalahi undang-undang itu sukar dikawal di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis ketika ini, memang mempunyai kuasa untuk mendakwa di mahkamah penganjur, penjaga premis dan pemain judi mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian 1953.

Namun, ujarnya, bertindak atas budi bicara, kebiasaannya hanya penganjur dan pemilik premis akan didakwa, manakala para pemain judi dibebaskan selepas keterangan diambil memandangkan mereka diperlukan sebagai saksi.

"Kita bagaimanapun bersedia untuk mempertimbangkan sepenuhnya undang-undang ini iaitu mengheret ke mahkamah semua pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian termasuk para pemain jika mendapati aktiviti tidak sihat ini semakin sukar dikawal.

"Buat masa ini, kita tidak bercadang melakukan perkara tersebut kerana aktiviti perjudian di negara ini masih lagi terkawal dan tidak serius," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Meskipun tindakan mengheret kaki judi di premis kafe siber ke muka pengadilan belum pernah dilaksanakan di negara ini, namun Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dalam sidang akhbar di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini mengumumkan akan melaksanakan undang-undang tersebut.

Mengulas keputusan Ayub itu, Khalid berkata, beliau menyokong tindakan tersebut kerana tujuannya adalah untuk membendung kegiatan perjudian daripada terus berleluasa.

"Saya secara dasarnya bersetuju dan jika dilaksanakan boleh menakutkan golongan terbabit. Memang sudah sampai masanya kita mengheret sekali pemain judi ke muka pengadilan jika mendapati ia sukar ditangani di negeri itu.

"Kita memang sentiasa memantau aktiviti haram itu dan akan bekerjasama dengan banyak pihak untuk membendungnya seperti pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan media massa," katanya.

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

Posted:

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari mengesahkan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah jatuh di dua laluan utama yang dikenalpasti.

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Mhd. Fairos Assillam berkata, dua laluan tersebut ialah di Lautan Pasifik dan timur Afrika.

"Satelit yang pecah kepada 26 bahagian itu dipercayai telah terbakar dan bertaburan di dua kawasan tersebut semalam, tetapi waktu sebenar belum dapat dipastikan.

"Kita cuma boleh mengesahkan waktu satelit tersebut memasuki atmosfera bumi iaitu di antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengah hari (waktu Malaysia) semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, setakat hari ini belum ada mana-mana laporan serpihan satelit itu dijumpai atau mengorbankan orang awam dan mengalami kerosakan harta benda.

Pada 21 September, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi dan diramalkan jatuh pada hari Jumaat lalu.

Tambah Mhd. Fairos, Malaysia antara negara yang terselamat daripada terkena serpihan itu kerana negara berada di laluan selamat.

Mengulas tentang orang ramai diingatkan tidak mengambil dan menyentuh objek pelik berhubung serpihan satelit, beliau memberitahu, serpihan tersebut dikhuatiri sangat panas disebabkan terbakar.

Selain itu, katanya, menurut Standard Operating Procedur, serpihan satelit itu mungkin mempunyai radiasi yang tidak dikenalpasti memandangkan sudah lebih 15 tahun di angkasa lepas.

Wajibkan subjek Sejarah di IPT

Posted:

Wajibkan subjek Sejarah di IPT

Wajibkan subjek Sejarah di IPT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUBANG PASU 25 Sept. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menyarankan agar mata pelajaran Sejarah turut diwajibkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Titah baginda, pengajian tentang sejarah negara bukan wajib dipelajari di peringkat sekolah kerana subjek itu penting dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.

''Sejarah itu adalah 'guru kehidupan'. Di dalamnya mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan dan kemajuan sesebuah negara bangsa.

''Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus sejarah, falsafah atau pengajian perbandingan agama,'' titah baginda ketika menyampaikan titah ucapan pada Majlis Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) di Jitra dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis itu juga dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar Kedah; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md. Nor Yusof dan Pengarah Polimas, Kamaruzaman Ismail.

Konvokesyen tiga hari bermula hari ini melibatkan 2,309 graduan yang menerima sijil dan diploma.

Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Perdagangan seramai 283 orang, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (599), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (722), Jabatan Kejuruteraan Awam (594) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (133).

Sultan Kedah bertitah, mempelajari sejarah sangat signifikan bagi melahirkan generasi muda yang menghargai erti kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara.

''Justeru, sejarah bangsa itu perlu diketahui, difahami dan diserapkan ke seluruh lapisan masyarakat.

''Mempelajari sejarah bukan semata-mata mendapat pengetahuan, tetapi boleh dijadikan iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku,'' titah baginda.

Baginda turut bertitah, agar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini berusaha keras meningkatkan keupayaan dan sistem institusi masing-masing.

''Di rantau ini, negara seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan China terus gigih berusaha mencipta nama.

''Negara kita tidak boleh ketinggalan dalam perkara ini. Oleh itu suatu nilai tambah perlu disuntik dalam kurikulum pendidikan tinggi kita agar mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai personaliti unggul,'' titah baginda.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Semua taska YPK dilengkapi CCTV

Posted:

Semua taska YPK dilengkapi CCTV

Semua taska YPK dilengkapi CCTV

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my


TENGKU Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff (tiga dari kiri) mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak sambil diperhatikan oleh Mohd. Shafaruddin Mustaffa (kiri) pada majlis sambutan hari raya anjuran Kelab Keluarga Taska Batu Buruk di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 25 Sept. – Sebanyak 66 taska kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di seluruh negeri ini akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak di taska itu.

Pengarah YPK negeri, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga dan pada masa ini sebanyak 16 taska telah dilengkapi kemudahan itu pada tahun ini.

Katanya, pemasangan peralatan itu akan dilakukan secara berperingkat dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM100,000.

''Menjelang akhir tahun depan kesemua 66 taska termasuk 32 Taska Permata Keluarga dilengkapi kemudahan itu,'' katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kelab Keluarga Taska Batu Buruk di sini baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri oleh Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff yang menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak kelab keluarga berkenaan.

Katanya, pemasangan CCTV itu dapat memantau dan mengelakkan sebarang perkara yang ditidak diingini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak di bawah jagaan YPK.

''YPK memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan kanak-kanak, walaupun pada keseluruhannya semua taska berada dalam persekitaran yang selamat," ujarnya.

Pada masa ini katanya, YPK mempunyai 3,500 kanak-kanak yang berusia di bawah empat tahun yang ditempatkan di 66 buah taska seluruh negeri.

Setiap tahun YPK membelanjakan kira-kira RM11 juta untuk pengurusan dan gaji kakitangan di samping bantuan subsidi bayaran kanak-kanak yang ditempatkan di taska berkenaan.

JPJ: 40 saman dalam sejam

Posted:

JPJ: 40 saman dalam sejam

JPJ: 40 saman dalam sejam


ABDUL Rahman Emang Anyie menunjukkan kesalahan sebuah treler membawa muatan melebihi had panjang pada Operasi Pengarah di Gong Badak, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan sebanyak 40 saman terhadap pelbagai kesalahan lalu lintas dalam tempoh hanya satu jam dalam operasi Ops Pengarah di sini hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 30 notis amaran dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap.

Menurutnya, jumlah tersebut boleh disifatkan agak tinggi dan pihaknya yakin dapat mengesan lebih banyak kesalahan yang dilakukan pengguna kenderaan sekiranya operasi itu dilakukan sepanjang hari atau waktu puncak.

"Kita bukan sahaja mencari kesalahan pemandu atau pengguna jalan raya tetapi turut menasihat dan mengingatkan mereka," katanya di sini hari ini.

Operasi melibatkan kira-kira 50 anggota itu dijalankan di dua lokasi iaitu Jalan Kubang Badak yang menuju ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta berhadapan UMT.

Abdul Rahman memberitahu, pihaknya turut mengesan beberapa kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan yang tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan tali pinggang serta kesalahan berkaitan plat kenderaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPJ negeri telah menahan tujuh buah lori yang didapati membawa muatan berlebihan sejak dua hari lalu.

habis

Cepatkan bina lapangan terbang antarabangsa

Posted:

Cepatkan bina lapangan terbang antarabangsa

Cepatkan bina lapangan terbang antarabangsa

KOTA BHARU 25 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan memohon Kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di sini bagi merancakkan lagi perkembangan sektor pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, kerajaan negeri sangat-sangat mengalu-alukan pembinaan lapangan terbang tersebut yang boleh membantu kemasukan terus pelabur asing ke negeri ini tanpa perlu melalui Kuala Lumpur.

''Permohonan supaya pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu dipercepatkan hampir setiap tahun dibangkitkan termasuk oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sendiri dalam titah ucapan baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembentangan bajet,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pejabat Pusat Perkhidmatan Pelancongan Air Asia dimiliki oleh syarikat al-Quds Travel Sdn. Bhd. di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Turut hadir, Pengarah Urusan al-Quds Travel, Wan Mohd. Zamri Wan Salleh dan Ketua Wilayah Jualan dan Pengedaran Air Asia, William Lim.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, ketika ini kerajaan negeri masih menunggu pengesahan daripada Kementerian Pelancongan mengenai status Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang telah dinaik taraf baru-baru ini, untuk dijadikan lapangan terbang antarabangsa.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kita memberi sokongan sepenuhnya kerana kita yakin dengan lapangan terbang yang dinaik taraf, ia akan membantu membangunkan negeri dengan lebih cepat," katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, LTSIP boleh mengendalikan perkhidmatan penerbangan antarabangsa setelah projek menaik taraf bernilai RM45.5 juta yang bermula Jun tahun lalu siap sepenuhnya.

Beliau berkata, dengan pemanjangan landasan dari 1,980 meter kepada 2,400 meter itu, ia membolehkan pendaratan pesawat lebih besar termasuk Airbus A330 dan Boeing 737-800.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan

Posted:

Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan

Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan



KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

"Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

"Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

"Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

"Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut," katanya di sini, hari ini.

Pemain mesin judi boleh dipenjara

Posted:

Pemain mesin judi boleh dipenjara

Pemain mesin judi boleh dipenjara

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.


POLIS menunjukkan sebahagian daripada peralatan untuk permainan judi yang dirampas daripada beberapa individu semasa sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 25 Sept. - Bagi membendung kegiatan perjudian di premis kafe siber daripada berleluasa di negeri ini, selain penganjur dan penjaga premis, polis akan turut mengheret para pemain ke muka pengadilan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata, mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Katanya, di bawah peruntukan undang-undang itu, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.

"Sebelum ini, hanya penganjur dan penjaga premis sahaja didakwa manakala mereka yang bermain mesin judi pula dibebaskan selepas kenyataan diambil. Mereka diperlukan sebagai saksi dalam kes itu.

"Namun kini polis akan usahakan supaya pemain mesin judi di kafe siber juga akan turut didakwa seperti mana yang dibuat kepada pemain judi di tempat terbuka.

"Peruntukan undang-undang itu memang sudah sedia ada, cuma kita belum laksanakannya lagi," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahrudin Abdullah dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi 'panas' aktiviti perjudian di negeri ini dan telah menjalankan operasi bagi membanteras gejala itu.

Katanya, operasi berterusan itu dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Tumpuan utama adalah lokasi-lokasi di tiga daerah iaitu Timur Laut, Barat Daya serta Seberang Jaya Tengah (SPT) dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian sering dijalankan.

"Kita juga turut menjalankan operasi di lokasi-lokasi yang pernah diserbu kerana aktiviti berkenaan masih dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ayub, terdapat peningkatan dari segi rampasan mesin judi yang direkodkan pihaknya antara Januari dan Ogos lalu berbanding tempoh yang sama pada 2010.

"Tahun ini, sebanyak 6,416 set mesin judi dirampas berbanding 1,976 set pada tahun lalu. Kita juga menahan seramai 631 orang tahun ini berbanding 271 orang tahun lalu" ujarnya.

Adil membangunkan pendidikan – Najib

Posted:

Adil membangunkan pendidikan – Najib

Adil membangunkan pendidikan – Najib

Oleh ROKIAH ABDULLAH
dan AZELI ALI
utusanpenang@yahoo.com.

PULAU PINANG 25 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan untuk sentiasa mengamalkan dasar adil dan saksama dalam membangunkan bidang pendidikan negara ini.

Perdana Menteri berkata, komitmen tersebut telah menjadi teras dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga ke hari ini yang terus memberi tumpuan terhadap pendidikan tanpa meminggirkan mana-mana kaum termasuk untuk sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menurut beliau, bantuan dan sokongan itu diberi kerajaan secara berterusan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi sebagai sebahagian daripada program membangunkan negara ini.

''Bila kita bercakap soal pendidikan untuk anak-anak, kita kena ketepikan falsafah dan fahaman politik yang mungkin mempunyai perbezaan kerana setiap anak ini adalah aset dan warisan masa depan negara.

''Sama ada sekolah Cina, India atau sekolah agama, semuanya kita perlu bantu untuk berjaya. Hanya menerusi pendidikan sahaja kita boleh mengatasi semua halangan yang datang dan mencapai kemakmuran yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menamatkan kayuhan sejauh enam kilometer dari Straits Quay ke persimpangan Jalan Gurney di sini hari ini.

Sebanyak RM16 juta berjaya dikutip pada program anjuran bersama 1Malaysia Development Berhad itu yang dianjurkan bagi mengutip dana membantu 10 buah sekolah menengah jenis kebangsaan dan lima buah sekolah menengah persendirian Cina di seluruh Pulau Pinang.

Najib berkata, dalam menjadikan pendidikan lebih baik di Malaysia terutamanya untuk sekolah Cina, beliau telah membuat langkah berani dengan memansuh Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan 1961 semasa menjadi Menteri Pelajaran.

Menurut beliau, pemansuhan itu adalah atas keprihatinannya terhadap bantahan kuat masyarakat Cina kerana akta tersebut memberi kuasa kepada menteri untuk menukar status sekolah jenis kebangsaan (SJK) kepada sekolah kebangsaan (SK).

''Ternyata, tindakan berani saya itu telah berjaya menghasilkan satu anjakan kepada pendidikan negara khususnya sekolah Cina. Salah satu hasil positif berkenaan termasuklah kemampuan sekolah aliran itu menarik hampir 56,000 pelajar bumiputera daripada jumlah keseluruhan pelajarnya sebanyak 612,000 orang ketika ini.

''Nampaknya, pada hari ini, lebih ramai orang Melayu sudah boleh bertutur dalam bahasa Mandarin jika dibandingkan sebelum ini. Transformasi yang berlaku ini sebenarnya amat baik dalam membantu kita menerokai perniagaan dengan China yang merupakan antara kuasa besar ekonomi global," katanya.

Kata Perdana Menteri, beliau amat berbangga dengan kejayaan berkenaan yang turut dicapai hasil daripada peranan dan sumbangan yang telah dimainkan kaum Cina negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved