Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rumah retak membimbangkan

Posted:

Rumah retak membimbangkan

Rumah retak membimbangkan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Shamshuhaimi Abd. Razak menunjukkan plastik yang digunakan sebagai penyendat untuk mengelakkan air keluar daripada bahagian sambungan tangki air di Taman Mas, Sepang selepas mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Sepang.


PUCHONG 27 Julai – Walaupun baru kira-kira enam tahun siap dan dihuni, namun pelbagai masalah sudah dikesan di Blok D, Pangsapuri Jati, Taman Mas di sini sehingga menyebabkan ramai penduduk yang bimbang terhadap keselamatan mereka.

Malah, ada di antara pembeli unit pangsapuri tersebut tidak berani untuk tinggal atau menyewakan rumah mereka berikutan keretakan teruk yang dialami di unit-unit tertentu kerana bimbang sesuatu buruk akan berlaku.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Jati, Shamsuhaimi Abdul Razak, 33, berkata, pangsapuri yang mula didiami sejak tahun 2005 itu dikesan mulai retak sejak setahun lalu.

Katanya, sudah banyak kali pihaknya membuat aduan mengenai perkara itu, namun tidak ada pihak yang mahu mengambil berat sehinggalah semalam apabila Majlis Perbandaran Sepang, pihak pemaju, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bomba datang melawat.

"Sebelum ini, hanya pihak bomba sahaja yang datang melawat. Pangsapuri ini mempunyai banyak masalah selain dinding retak, tangki air juga tidak diselenggara," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Muliyadi Halim, 36, berkata, rumahnya retak teruk terutamanya pada dinding bilik dan juga balkoni.

"Pada mulanya dinding bilik dan balkoni itu hanya retak sedikit sahaja tetapi lama-kelamaan kesan retakan makin banyak dan saya pun sudah tidak berani untuk tinggal atau menyewakan kepada orang kerana bimbang akan membahayakan.

"Saya yang rugi apabila perkara ini berlaku kerana duit pinjaman rumah tetap perlu dibayar tetapi kami tidak dapat tinggal atau sewakan rumah ini," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Normah Abdul Manan, 38, berkata, kesan retakan pada rumahnya semakin banyak sejak satu projek pembinaan mula dilaksanakan di sebelah blok pangsapuri itu.

"Saya bimbang dan risau terhadap keselamatan keluarga saya kerana adalah tidak mustahil keretakan itu menjadi lebih teruk jika tiada usaha membaikinya diambil segera.

"Saya berharap pihak pemaju dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memainkan peranan mereka untuk membantu kami," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPSepang akan berbincang dengan pemaju

Posted:

MPSepang akan berbincang dengan pemaju

MPSepang akan berbincang dengan pemaju

PUCHONG 27 Julai - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan mengadakan perbincangan dengan pemaju Pangsapuri Jati, Taman Mas di sini berkenaan masalah rumah atau dinding retak yang dialami oleh penduduk di Blok D.

Ahli Majlis MPSepang, M. Phulanthran berkata, perbincangan itu akan diadakan bagi membantu menyelesaikan masalah berkaitan keretakan yang dihadapi oleh penduduk tersebut dan juga masalah melibatkan jabatan lain seperti bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kebanyakan masalah yang berkaitan bomba dan TNB sudah pun selesai. Bagi masalah rumah retak pula, ia akan diuruskan oleh pemaju.

"Semasa lawatan dilakukan, kami juga mendapat aduan mengenai tangki air yang kelihatan tidak selamat dan pihak kami akan berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk memastikan tahap keselamatannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pangsapuri tersebut di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, wakil pemaju, Mohamad Shahrul Nizam Mat Isa berkata, pihak pemaju tidak akan lepas tangan, sebaliknya akan membantu membaiki keretakan yang berlaku di pangsapuri itu.

"Pihak pemaju akan membaiki rumah-rumah yang didapati retak, malah sebelum ini pun, jika ada masalah keretakan kami sudah membaikinya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPPPKWP martabatkan penjaja

Posted:

MPPPKWP martabatkan penjaja

MPPPKWP martabatkan penjaja

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Julai – Majlis Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan (MPPPKWP) akan ditubuhkan pada hujung tahun ini bagi memartabat golongan tersebut dan membantu melonjakkan sektor tersebut.

Majlis yang akan diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu akan bertindak sebagai jawatankuasa tertinggi berkaitan pembangunan penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, MPPPKWP akan berfungsi sebagai platform dan forum bagi membantu usaha-usaha pembangunan sektor penjajaan dan perniagaan kecil.

Ujarnya, usaha itu meliputi pelbagai aspek perancangan dan penggubalan sebarang bentuk dasar, strategi, peraturan mahupun garis panduan.

"MPPKWP turut dilihat sebagai ruang bagi meningkatkan kerjasama di antara kementerian, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, persatuan penjaja dan individu yang berpengetahuan dalam bidang perniagaan kecil," katanya.

Beliau berkata, MPPPKWP akan melantik dua orang sebagai wakil penjaja dan peniaga kecil dari setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dalam organisasi itu nanti.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Dasar dan Majlis Pembangunan Penjaja dan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fuad Ismail, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ahmad Phesal Talib serta Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, Dasar Penjaja dan Peniaga Wilayah Persekutuan pula akan menyediakan panduan berkaitan prinsip dalam perniagaan dan perancangan kepada penjaja dan peniaga.

Ujarnya, panduan itu digubal untuk menterjemahkan hasrat, matlamat dan prinsip pelan strategik kementerian itu terutamanya dalam aspek sosio-ekonomi bagi penjaja dan peniaga kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


4 sungai paling teruk tercemar

Posted:

4 sungai paling teruk tercemar

4 sungai paling teruk tercemar

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


GURU-GURU bersama pelajar sekolah menanam pokok pada majlis Pelancaran Karnival Sungaiku Hidupku di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 27 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor mengenal pasti empat batang sungai di negeri ini yang paling teruk tercemar dan rendah kualiti airnya.

Timbalan Pengarah JPS Johor, Mahyan Esa berkata, usaha untuk merawat dan membersihkan sungai-sungai tersebut kini sedang berjalan tetapi mengambil masa untuk pulih.

"Empat batang sungai berkenaan ialah Sungai Skudai, Tebrau, Tukang Batu dan Air Baloi kini berada pada tahap empat iaitu dalam kategori kedua terburuk.

"JPS mempunyai lima tahap dan tahap kelima adalah yang paling buruk sekali. Sementara kira-kira 43 batang sungai lagi di Johor berada pada tahap satu hingga tiga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sungaiku Hidupku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SMK SETA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengetua SMK SETA, Sallina Hussain dan Pengarah Jabatan Lanskap Negeri Johor, Abu Bakar Mohamed Salleh.

Mahyan berkata, disebabkan kos merawatnya tinggi pihaknya menjalankan kempen kesedaran tentang penjagaan sungai dan kepentingan untuk mengekalkan kebersihannya.

Katanya, JPS turut merawat semua sungai-sungai yang tercemar di negeri ini dengan menggunakan bahan efektif mikroorganisma (EM) selain kegiatan gotong-royong membersihkannya yang mana EM berfungsi membunuh bakteria dalam kos murah dan berkesan membersihkan air tercemar.

"JPS memperoleh RM1 juta setahun daripada kerajaan pusat untuk kerja-kerja merawat dan membersihkan sungai-sungai di Johor termasuk menganjurkan kempen kesedaran," ujarnya.

Sementara itu, Sallina berkata, JPS memperuntukkan lebih RM20,000 untuk membesarkan alur sungai di belakang sekolah itu untuk menjadi anak sungai bersempena karnival yang diadakan dengan tujuan melahirkan generasi muda cintakan alam sekitar bagi jangka masa panjang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

Posted:

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

PONTIAN 27 Julai - Sebanyak 120 buah rumah di Parlimen Pontian akan dibaik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM500,000.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, program baik pulih rumah tersebut dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kesemua rumah terlibat adalah milik golongan miskin tegas dan miskin yang akan dibaikpulih dengan kos sebanyak RM4,000 bagi setiap rumah.

''Kita tidak melantik mana-mana kontraktor untuk program ini sebaliknya kerja-kerja baik pulih rumah ini akan dijalankan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

''Dijangka kesemua rumah yang terpilih akan siap dibaik pulih selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Ramadan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 dan Program Kelab Media Johor Masuk Kampung di sini, semalam.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon dan Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Menurut Ahmad, program seumpama itu diharap dapat membantu masyarakat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang lebih selesa selain bermatlamat untuk membasmi golongan miskin tegar di parlimen tersebut.

Sementara itu, Muji berkata, berdasarkan program pembasmian kemiskinan, e-Kasih, daerah Pontian mencatatkan seramai lima keluarga miskin tegar, 421 keluarga miskin dan 587 keluarga mudah miskin.

Katanya, daripada jumlah tersebut Parlimen Pontian pula mempunyai tiga keluarga miskin tegar, 236 keluarga miskin dan 345 keluarga mudah miskin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tanah generasi kedua Felda

Posted:

Tanah generasi kedua Felda

Tanah generasi kedua Felda

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my


ZAMBRY Abd. Kadir menyerahkan surat hak milik kepada salah seorang peneroka Felda di Lenggong, kelmarin.


LENGGONG 27 Julai - Perak sedia menyediakan tanah kepada generasi kedua peneroka Felda di negeri ini untuk membolehkan mereka membina tempat tinggal masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu penting memandangkan jumlah kedua generasi tersebut semakin bertambah.

"Ingin saya ingatkan di sini supaya jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan putar belit pembangkang yang menjanjikan tanah untuk generasi kedua sedangkan ia hanyalah politik singkat mereka untuk menarik sokongan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penyerahan Surat Hak Milik kepada 446 peneroka Felda Lawin Utara, Lawin Selatan dan Papulut di Dataran Lawin di sini semalam.

Zambry berkata, peneroka perlu berfikir secara waras bagi menilai janji kosong yang ditaburkan oleh pembangkang yang kononnya berjaya mengeluarkan 100,000 geran tanah kepada rakyat di Perak dalam tempoh 11 bulan mereka memerintah.

"Kita juga mendapat maklumat pembangkang cuba menarik sokongan rakyat di sekitar Lenggong terutamanya generasi kedua Felda, pesara polis, kakitangan bawahan Felda dan golongan belia dengan mengedarkan borang memiliki tanah milik Felda yang dianggarkan seluas kira-kira 4,000 hektar.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka hanya ingin meraih sokongan golongan sasaran sedangkan pada hakikatnya 51 peratus pemegang saham Felda Plantations itu adalah peneroka sendiri," katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, kira-kira 90 peratus peneroka Felda di negeri ini sudah mendapat surat hak milik daripada kerajaan negeri, sekali gus menjadi negeri yang paling banyak mengeluarkan dokumen itu berbanding negeri lain.

Katanya, sejak dua tahun lalu, kerajaan negeri mengarahkan supaya segala urusan berkaitan penyerahan surat hak milik kepada peneroka disegerakan selepas mereka berjaya melunaskan bayaran kembali kepada Felda.

"Arahan dikeluarkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk menyegerakan proses itu agar ia tidak memakan masa yang terlalu lama," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peladang perlu sedia berubah - MB Perlis

Posted:

Peladang perlu sedia berubah - MB Perlis

Peladang perlu sedia berubah - MB Perlis

KANGAR 27 Julai - Perlis kini melangkah ke arah transformasi pertanian dalam usaha menjadikan bidang berkenaan sebagai antara produk yang mampu menjana pendapatan khususnya bagi penduduk di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, ini kerana petani perlu mempertingkatkan hasil kerja termasuk menggunakan kaedah terkini dalam usaha menambahkan hasil produk masing-masing.

"Dalam zaman sekarang, peladang, penternak dan nelayan tidak boleh lagi terlalu bergantung semata-mata kepada sistem yang dijalankan pada masa kini, sebaliknya mereka perlu menambah baik sistem sedia ada itu menerusi kaedah terkini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2011 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program selama empat hari itu seperti pameran dan jualan hasil pertanian dan ternakan, pameran agensi-agensi berkaitan pertanian, pameran kuda, bonsai, keldai serta pertunjukan ular.

Selain itu, pertandingan burung merbah jambul dan beruk memetik kelapa turut menjadi acara tumpuan sempena dengan hari berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Sabry Ahmad berkata, penduduk Perlis seharusnya merebut peluang untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian yang kini merupakan antara industri penting bukan sahaja di Perlis malah di negara ini.

"Pertanian merupakan industri yang berpotensi untuk diceburi oleh rakyat di negeri ini dan peluang seumpama ini seharusnya direbut," tambah beliau.

Bagaimanapun, kata beliau, peladang perlu sentiasa bersedia untuk membuat perancangan termasuk perubahan dalam bidang diceburi supaya ia selaras dengan tuntutan semasa.

"Di samping itu, semua agensi berkaitan pertanian perlu berganding bahu dalam menjayakan transformasi pertanian di negeri ini supaya setiap hasrat dapat dicapai," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pusat bayar RM4.7 juta elaun sara hidup nelayan Kedah

Posted:

Pusat bayar RM4.7 juta elaun sara hidup nelayan Kedah

Pusat bayar RM4.7 juta elaun sara hidup nelayan Kedah

JERLUN 27 Julai - Kerajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM4.7 juta untuk pemberian bantuan elaun sara hidup nelayan di negeri ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Noor Had (gambar) berkata, pembayaran tersebut melibatkan lebih 5,000 nelayan berdaftar di seluruh negeri yang menerima elaun sebanyak RM200 seorang setiap bulan.

Katanya, secara purata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM900,000 setiap bulan bagi tujuan tersebut.

"Bantuan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Pusat dalam membantu mengekalkan kesejahteraan dan mengukuhkan ekonomi masyarakat nelayan," katanya selepas majlis bayaran elaun sara hidup kepada 261 nelayan Parlimen Jerlun di Dewan UMNO Jerlun, di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, Kerajaan Persekutuan turut memberikan pelbagai lagi bentuk bantuan lain kepada golongan itu seperti subsidi, kelengkapan penangkapan ikan dan bayaran insentif hasil tangkapan ikan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat nelayan supaya menghargai dan memanfaatkan segala bantuan yang diberikan itu dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, beliau berkata, tahap penyelewengan diesel bersubsidi oleh nelayan di negeri ini adalah terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, LKIM dengan kerjasama agensi penguat kuasa tempatan yang lain sentiasa memantau kegiatan berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini itu daripada berlaku.

"Hanya sekitar satu atau dua peratus sahaja daripada kira-kira 5,000 nelayan yang dikesan terlibat menyeleweng diesel bersubsisi dan nama mereka telah disenarai hitam bagi tempoh tertentu sebagai hukuman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Limpahan cahaya di Bukit Tangga

Posted:

Limpahan cahaya di Bukit Tangga

Limpahan cahaya di Bukit Tangga

Oleh FARABI SHEIKH SAID ALJABRI
utusanN9@utusan.com.my


PEMANDU kenderaan kini boleh berasa lega apabila lampu jalan dipasang di sekitar kawasan Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.


JELEBU 27 Julai - Bukit Tangga bukan suatu nama asing bagi masyarakat di negeri ini apatah lagi buat warga penduduk sekitar daerah ini yang sering menggunakan laluan utama itu untuk berulang-alik ke Seremban serta kawasan sekitarnya.

Walaupun laluan utama ini telah dinaik taraf sejak 2006 namun ketiadaan lampu jalan di kawasan sekitarnya menyebabkan laluan ini dilihat merbahaya dan sering menjadi lokasi utama kemalangan maut di negeri ini.

Namun segala-galanya berubah apabila kerajaan negeri melalui Dasar Pencahayaan melaksanakan projek pencahayaan di lokasi ini agar ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melalui laluan itu malah ia sekaligus mengurangkan kadar kemalangan maut di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelaksanaan projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam memastikan semua kawasan yang bergelap dapat dicahayakan secara berperingkat.

Malah kata beliau, usahasama yang dilakukan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu sedikit sebanyak mampu melonjakkan kawasan sekitar daerah ini sebagai kawasan pelaburan baru selain merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

"Kita tidak mahu laluan ini bergelap dan kerana itulah kerajaan negeri melihat sudah tiba masanya untuk laluan ini diterangi dengan cahaya lampu bagi kemudahan orang ramai yang menggunakan laluan ini untuk ke Seremban dan kawasan sekitarnya.

"Malah pada masa yang sama, ia sekaligus membolehkan kadar kemalangan maut di sini dapat dikurangkan kerana sebelum ini banyak kes-kes kemalangan berlaku di lokasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Lampu Jalan Awam di Bukit Tangga Sempadan Jelebu-Seremban di Dataran Bukit Tangga dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin.

Mohamad juga menjelaskan, Dasar Pencahayaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri akan diteruskan secara berperingkat bagi membolehkan masyarakat menikmati keselesaan secara berpanjangan terutama bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Projek pencahayaan di seluruh negeri ini akan menelan belanja RM22 juta yang mana ia akan dilakukan secara berperingkat dan kita akan memberikan keutamaan di lokasi-lokasi yang dilihat amat memerlukan kemudahan ini," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RM560,000 pasang lampu jalan elak bahaya

Posted:

RM560,000 pasang lampu jalan elak bahaya

RM560,000 pasang lampu jalan elak bahaya

JELEBU 27 Julai - Kemudahan lampu jalan di sekitar kawasan Bukit Tangga merupakan satu kemudahan yang bermakna bukan sahaja bagi orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan, malah kepada masyarakat di sekitar kawasan Kuala Klawang dan daerah ini secara amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, sebelum ini ramai di kalangan masyarakat khususnya di Kuala Klawang mahu supaya lokasi itu dipasang lampu berikutan suasana gelap ketika waktu malam.

Malah, kata beliau, situasi itu bukan sahaja bakal mengundang bahaya kepada pengguna malah ia boleh mengakibatkan tragedi buruk berlaku melibatkan kemalangan maut di kawasan berkenaan.

"Oleh yang demikian kita telahpun meminta kerajaan negeri dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyediakan lampu jalan seperti mana yang diharapkan oleh masyarakat setempat khususnya di daerah ini.

"Kita bersyukur kerana perkhidmatan lampu jalan ini dapat disediakan dan ia merupakan satu kemudahan yang amat dihargai bukan sahaja di kawasan sekitar malah penduduk di daerah ini," katanya.

Yunus berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Lampu Jalan Awam di Bukit Tangga Sempadan Jelebu-Seremban di Dataran Bukit Tangga dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkhidmatan itu, Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang berkata, RM560,000 dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk menyiapkan projek pemasangan di laluan utama berkenaan.

Malah, katanya, 156 batang tiang lampu dipasang di lokasi berkenaan bagi membolehkan orang ramai khususnya di daerah ini dapat menggunakan laluan berkenaan terutamanya pada waktu malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kelong Serkam produk terbaru

Posted:

Kelong Serkam produk terbaru

Kelong Serkam produk terbaru

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Julai - Kelong memancing akan menjadi produk pelancongan terbaru yang akan dibangunkan di sepanjang pantai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad berkata, usaha tersebut dilihat mampu menjadikan Serkam sebagai kunjungan pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan untuk menarik minat kedatangan pelancong ke daerah ini.

"Memandangkan Serkam berdekatan kawasan pantai dan ia dilihat amat sesuai jika lebih banyak kelong memancing dibina bagi menjadikan daerah ini syurga memancing kepada kaki pancing," katanya kepada pemberita pada program Bersantai Sambil Memancing Bersama Warga Media di kelong Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, Jasin, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Bahrain Omar dan wakil dari Jabatan Perikanan negeri.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, setakat ini, sebanyak dua kelong memancing telah beroperasi diuruskan nelayan di situ.

Dua kelong itu, katanya, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaki pancing penduduk tempatan dan juga dari Kuala Lumpur, Johor serta Negeri Sembilan.

"Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan cuti umum banyak tempahan diterima," katanya.

Beliau berkata, cadangan untuk menambah beberapa lagi kelong memancing mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan dan LKIM negeri.

"Saya dimaklumkan LKIM menyediakan peruntukan untuk membangunkan kelong memancing, tetapi ia mesti dimohon melalui persatuan nelayan dan bukannya atas pemilikan individu," ujarnya.

Katanya, kelong memancing mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada nelayan di Serkam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Semangat sambut kemerdekaan luar biasa

Posted:

Semangat sambut kemerdekaan luar biasa

Semangat sambut kemerdekaan luar biasa

KUALA LUMPUR 27 Julai - Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, warna kulit, kaum serta agama perlu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 dengan semangat yang luar biasa, kerana negara ini masih lagi berdepan dengan ancaman luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selepas fasa kemerdekaan, negara berdepan dengan penjajahan minda sehingga boleh menghakis jati diri rakyat dan ancaman tersebut dapat diatasi dengan semangat perpaduan serta akal budi yang tinggi.

Pada masa sama, beliau mahu seluruh rakyat Malaysia memahami erti sebenar kemerdekaan dan menyemat kukuh pengertian tersebut dalam hati masing-masing, di samping mengibarkan Jalur Gemilang kerana terkandung di dalamnya empat prinsip utama negara.

"Sambutlah kemerdekaan tahun ini dengan semangat yang luar biasa. Kibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara dengan semangat perjuangan. Seluruh rakyat Malaysia perlu ada semangat sanggup berjuang habis-habisan demi negara sempena kemerdekaan kita ini.

"Jangan ingat kita tiada ancaman. Ancaman selepas merdeka adalah penjajahan minda. Jadi generasi hari ini perlu berjuang dengan minda dan jati diri yang kental. Kita perlu meneruskan segala perjuangan generasi terdahulu bagi membawa Malaysia ke arah negara yang lebih baik.

"Ayuh kibarlah Jalur Gemilang kerana terkandung dalamnya empat tonggak utama yang mewakili empat jalur iaitu perpaduan nasional; nilai sanggup berjuang dan berkorban untuk negara; nilai keharmonian dan keamanan serta nilai jati diri, harga diri dan akal budi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, di Stesen KL Sentral di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, para menteri Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih istimewa berbanding sambutan terdahulu kerana buat pertama kalinya menteri Kabinet menaiki Express Rail Link (ERL) dari Putrajaya ke KL Sentral untuk melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bekalan ayam tempatan dikacau?

Posted:

Bekalan ayam tempatan dikacau?

Bekalan ayam tempatan dikacau?

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Julai – Isu kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini didakwa berpunca daripada tindakan pengendali industri makanan segera yang 'mengaut' sumber bekalan daripada penternak tempatan.

Menurut sumber, tindakan pengendali industri itu menyebabkan bekalan ayam untuk pasaran tempatan berkurangan sehingga membuatkan penjual menaikkan harga dari RM7.50 kepada RM8 hingga RM8.20 sekilogram sejak seminggu lalu.

''Pengendali industri makanan segera itu sebenarnya memiliki ladang sendiri di luar negara. Namun, disebabkan ayam ternakan diserang penyakit dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini, mereka terpaksa mendapatkan bekalan domestik.

''Hal tersebut menjadi punca bekalan ayam tempatan di pasaran berkurangan hingga menyebabkan penjual menaikkan harga,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, menurut maklumat mereka sedang berunding dengan penternak tetapi difahamkan penternak, tidak setuju dan menyatakan bahawa permintaan bekalan ayam ketika ini tinggi.

''Rupa-rupanya mereka mendapat permintaan daripada pengendali industri makanan segera dan mengetepikan peruncit serta pengguna tempatan,'' ujarnya.

Atas dasar itu, kata sumber tersebut, kerajaan dicadang supaya membuka permit import (AP) kepada industri makanan segera bagi membolehkan mereka mengimport bekalan ayam dan tidak mengganggu bekalan tempatan.

''Bekalan ayam dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, manakala AP dikawal oleh Jabatan Veterinar.

''Bukalah AP untuk mereka (pengendali industri makanan segera) supaya hak pengguna tidak diketepikan,'' tambah sumber berkenaan.

Sumber itu menambah, sempena musim perayaan nanti, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyenaraikan ayam di bawah Skim Kawalan Harga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10,000 al-Quran ke Kemboja

Posted:

10,000 al-Quran ke Kemboja

10,000 al-Quran ke Kemboja

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my


Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima sumbangan naskhah al-Quran daripada Abdul Latiff Mirasa pada Majlis Penyerahan al-Quran Wakaf Minoriti Islam Kemboja di Pangkalan Udara TUDM, Subang, semalam.


SUBANG 27 Julai - Kerajaan serta rakyat Malaysia terbukti komited memperjuangkan syiar Islam bukan sahaja dalam negara malah usaha itu turut disebarkan ke negara luar.

Buktinya, kerajaan melalui para petugas Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Yayasan Restu hari ini bertolak ke Kemboja bagi menyampaikan sumbangan 10,200 naskhah al-Quran, 500 muqaddam dan 1,000 sejadah kepada para penduduk Islam di sana.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan berikutan janji beliau dan kerajaan kepada Mufti Kemboja, Kamarudin Yusof pada tahun lalu.

''Sumbangan itu dapat membantu umat Islam di Kemboja yang merupakan golongan minoriti untuk mempelajari al-Quran secara lebih mendalam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas ke Kemboja bagi mengetuai rombongan kementerian, ATM, Yayasan Restu dan sekumpulan wartawan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Lebih menarik, naskhah al-Quran yang disumbangkan itu merupakan hasil tulisan khat pemuda dan pemudi Islam Malaysia yang diluluskan jawatankuasa khas Kementerian Dalam Negeri serta diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Ia diperolehi melalui pengumpulan derma rakyat Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan sejak tahun lalu.

Program Pengumpulan Dana Wakaf al-Quran Sinar Sejagat 2 yang diusahakan Yayasan Restu turut mendapat kerjasama Kumpulan Utusan yang bertanggungjawab menyediakan ruang bagi memaparkan nombor SMS program berkenaan di muka hadapan akhbar dan semua penerbitan keluaran kumpulan itu.

Kumpulan Utusan juga bertanggungjawab mencetak al-Quran berdasarkan jumlah dana wakaf yang terkumpul tahun ini selain memperkenalkan Akademi Jawi dan Kaligrafi menerusi ruangan Mari Belajar Khat.

Yayasan Restu dan pihak terlibat kini berusaha menterjemahkan naskhah al-Quran ke dalam bahasa Khmer pula bagi membantu masyarakat Islam Kemboja mempelajari kitab suci itu dengan lebih efektif.

"Selepas Kemboja, kami bercadang meluaskan usaha ini ke Afrika Selatan, China, Jepun, Korea, Sri Lanka dan beberapa negara Eropah Timur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Terengganu peruntuk RM3 juta

Posted:

Terengganu peruntuk RM3 juta

Terengganu peruntuk RM3 juta

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 27 Julai - Kerajaan negeri akan memperuntukkan lebih RM3 juta bagi program pengimarahan masjid di seluruh negeri ini sepanjang Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan itu merangkumi penyediaan program bercorak keagamaan, pengagihan bubur lambuk, buah kurma serta air zam-zam.

Katanya, sejumlah 2,000 bungkusan bubur lambuk akan mula diedarkan pada hari pertama Ramadan manakala buah kurma dan air zam-zam pula telah mula diedarkan di masjid-masjid di seluruh negeri.

Tambahnya, kerajaan negeri juga akan menjemput 15 imam dari Arab Saudi serta 10 imam dari Mesir untuk mengetuai solat tarawih sepanjang bulan puasa ini.

"Imam-imam dari Arab Saudi dijangka tiba Sabtu ini, manakala dua imam dari Mesir pula akan tiba pada Jumaat.

"Lapan lagi imam dari Mesir telah berada di sini kerana menjadi guru bahasa Arab, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan imam yang dijemput berjumlah 25 orang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Tambah Ahmad, mereka akan ditempatkan di masjid dalam setiap daerah di Terengganu secara bergilir-gilir sehingga 28 Ramadan ini.

"Kita jangka mereka pulang ke tanah air masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas tarikh itu," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad meminta pengusaha bazar yang beroperasi sempena bulan puasa ini hendaklah menjaga kebersihan premis mereka.

"Jika kita dapat kesan mereka tidak menjaga kebersihan, kita akan gantung operasi mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah

Posted:

Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah

Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah


Nik Khairul Zaman Zahari menyusun kotak sebelum dijual bagi menyara keluarganya di Kampung Cina, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 27 Julai - Akibat kemiskinan, seorang pelajar tingkatan empat, Nik Khairul Zaman Zahari, 16, terpaksa berhenti sekolah bagi membantu bapanya menyara keluarga dengan mengutip barangan terbuang sekitar bandar ini.

Remaja terbabit berhenti sekolah awal tahun ini bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh masa dengan 'kerjaya' tersebut dan memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jika sebelum ini, dia bangun pagi untuk ke sekolah, namun kini rutin hidup anak sulung daripada tiga beradik berusia antara satu hingga 16 tahun itu berubah apabila sebelah pagi membantu ibunya, Nik Suriani Deris, 37, menghantar adiknya berusia lapan tahun yang menghidap sakit sawan ke sebuah sekolah pendidikan khas.

Pada sebelah petang, dia mengutip barangan terbuang seperti kotak dan botol-botol sekitar bandar ini, sebelum dijual kepada peraih.

"Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga mencari rezeki halal dengan mengutip kotak dan barangan terbuang.

"Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cina dekat sini, semalam.

Menurut Nik Khairul, tekanan hidup yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia tidak lagi bersemangat untuk meneruskan persekolahan, ditambah pula dengan prestasi pelajarannya yang semakin merosot.

Lantaran itu, katanya, dia sanggup mengorbankan masa depan demi membantu bapanya, Zahari Musa, 43, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan.

"Emak saya tidak bekerja dan terpaksa menjaga adik-adik yang salah seorang daripadanya mengalami penyakit sawan," katanya.

Sementara itu, Nik Surina mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh hasil jualan barangan terbuang itu sedikit sebanyak telah membantu keluarga.

"Saya tidak tahu nak cakap apa lagi, dia sudah tidak mahu ke sekolah. Lagi pun yuran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tidak dapat ambil.

"Mujurlah anak kedua saya masih bersekolah dan dia menerima bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM500 setahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zakat fitrah kekal RM7, lantik 641 amil di Kelantan

Posted:

Zakat fitrah kekal RM7, lantik 641 amil di Kelantan

Zakat fitrah kekal RM7, lantik 641 amil di Kelantan

KOTA BHARU 27 Julai - Kadar zakat fitrah untuk negeri Kelantan pada tahun ini sama seperti sebelum ini iaitu RM7.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Beliau berkata, pihaknya melantik seramai 641 amil terdiri daripada imam masjid di setiap mukim di seluruh negeri ini dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat tahanan bagi memudahkan urusan pembayaran zakat dijalankan.

"Sehubungan itu, bagi memudahkan orang ramai menjalankan kewajipan tersebut, pihak kami membuka kaunter bergerak di pasar raya utama di negeri ini iaitu di KB Mall (1 hingga 25 Ogos), Tesco (14 hingga 25 Ogos) dan Mydin Kubang Kerian (14 hingga 25 Ogos).

"Pada tahun ini, pembayaran zakat juga boleh dibuat di kaunter-kaunter mini yang dibuka di beberapa buah masjid utama jajahan iaitu Masjid Bandar Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Pasir Mas dan Bandar Baru Gua Musang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen Maik yang dilantik seperti Bank Islam, CIMB, RHB, Ambank, Maybank dan pejabat pos di seluruh negeri ini.

Kamaruddin memberitahu, pihaknya dijangka mampu memungut RM7.5 juta bagi zakat fitrah iaitu jumlah yang sama pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Kamaruddin turut mengumumkan kadar nisab zakat wang simpanan iaitu sebanyak RM11,000.

"Sehingga semalam, pihaknya berjaya memungut zakat RM35.7 juta berbanding RM24 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu iaitu meningkat RM11 juta.

"Peningkatan dalam nilai kutipan ini menunjukkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab menunaikan zakat semakin tinggi," katanya.

Mengenai zakat harta, beliau menambah, umat Islam boleh menunaikan kewajipan mereka dengan membayar zakat harta di kaunter Maik, Balai Islam Lundang di sini yang beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang Ramadan ini termasuk cuti am bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Perangi kos kehidupan – Najib

Posted:

Perangi kos kehidupan – Najib

Perangi kos kehidupan – Najib

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak berhubung melalui telefon memberikan kata-kata perangsang kepada Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebelum perlawanan timbal balik Malaysia dan Singapura esok sebelum mempengerusikan perbincangan Meja Bulat dalam talian 1Malaysia bersama beberapa personaliti di Putrajaya, semalam. Antara yang hadir Amy Search, Aznil, Lisa Surihani, Tan Sri Lim Kok Wing dan beberapa orang lagi. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.

"Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

"Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

"Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam," katanya.

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.

Menurutnya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

"Kita mahu lihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan, mungkin kita boleh benarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan," katanya.

Sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA, ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berjuanglah habis-habisan!

Posted:

Berjuanglah habis-habisan!

Berjuanglah habis-habisan!

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempat meluangkan masa bersama pemain skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.

''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

Posted:

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

KUALA LUMPUR 27 Julai - Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.

Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.

Bermula di Putrajaya Sentral, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri menaiki Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral dengan 'diiringi' kira-kira 1,000 hadirin yang menunggu sejak pukul 11 pagi.

Sebelum menaiki tren, Perdana Menteri terlebih dahulu menandatangani plak majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen itu.

Sebaik tiba di KL Sentral kira-kira 45 minit kemudian, beliau disambut dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum serta laungan '1Malaysia' oleh lebih 5,000 hadirin termasuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terlebih dahulu menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengajak rakyat mengibar bendera dengan penuh bangga tanpa mengira perbezaan yang ada termasuk fahaman politik.

Semangat patriotik hadirin kemudiannya terus 'dibakar' melalui persembahan lagu-lagu seperti Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang serta Malaysia1 oleh beberapa artis terkenal antaranya Roy, Fiq dan One Nation Emcees.

Mengambil alih pentas, Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan menyifatkan empat warna yang terdapat pada bendera kebanggaan negara itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.

"Jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan untuk kita bergerak ke hadapan.

"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya.

Selepas itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil agensi-agensi kerajaan, NGO serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved