Ahad, 24 Julai 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM200,000 bantu petani

Posted:

RM200,000 bantu petani

RM200,000 bantu petani

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Tan Ah Eng (tengah) dan Abdul Aziz Sapian (empat dari kiri) bersama petani dan penternak yang menerima bantuan pertanian di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 23 Julai - Seramai 165 petani dan penternak di kawasan Parlimen Gelang Patah menerima bantuan pertanian daripada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) keseluruhannya bernilai RM200,000 di sini semalam.

Majlis penyampaian bantuan seperti racun, baja, benih ikan, peralatan dan jentera ringan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng selaku Pengerusi MPPP Gelang Patah.

Menurut Ah Eng, MPPP Gelang Patah berperanan menyampaikan bantuan pertanian secara terus kepada petani dan penternak di kawasan tersebut.

"Sejak 2008, lebih daripada 300 petani dan penternak di kawasan Parlimen Gelang Patah menerima bantuan membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM400,000.

"Bantuan ini akan diberikan secara berterusan sehinggalah kesemua petani dan penternak mendapat bahagian masing-masing," katanya pada majlis penyampaian bantuan input dan peralatan kecil pertanian di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Selatan di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian.

Menurut Ah Eng, bantuan tersebut diharap dapat mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung para petani dan penternak di kawasan berkenaan dalam usaha meningkatkan produktiviti pertanian masing-masing.

Sementara itu, seorang penerima, Mohamad Daud, 60, berkata, bantuan tersebut banyak memberi manfaat terutama kepada petani kecil sepertinya.

"Dengan adanya bantuan seperti ini saya dapat menjimatkan lagi perbelanjaan kerana tidak perlu lagi membeli produk pertanian seperti racun.

"Saya berharap agar bantuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia membantu golongan petani di negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

300 peneroka terima geran tanah

Posted:

300 peneroka terima geran tanah

300 peneroka terima geran tanah


JASMAN Wakilan (dua dari kanan) melihat geran yang diterima bersama anak-anak dan isterinya selepas majlis penyerahan geran oleh Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman di Dewan Haji Hashim, Rengit, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 23 Julai - Kira-kira 300 peneroka di Kampung Parit Tengah dan Kampung Belahan Tampok, Rengit kini menarik nafas lega apabila tanah yang diteroka lebih 30 tahun lalu kini menjadi hak milik mereka.

Kesemua mereka berasa teruja apabila menerima geran yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Batu Pahat kelmarin.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan peka terhadap masalah yang membabitkan rakyat dan sedaya upaya kita akan selesaikan dengan sebaiknya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hak milik geran tanah kepada 50 wakil penerima di Dewan Haji Hashim, Parit Tengah Rengit di sini.

Seorang penerima, Zaidon Toha, 71, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana hasil usahanya selama ini berbaloi.

"Alhamdulillah kini semuanya dah selesai dan saya anak beranak rasa lapang dada dan gembira serta terharu," katanya yang menanam kelapa sawit di tanah seluas 0.6 hektar di Kampung Belahan Tampok di sini.

Muhaimin Noor, 74, dari Kampung Parit Tengah yang meneroka tanah itu sejak 30 tahun lalu turut gembira dan bersyukur dengan pemberian geran yang diterimanya itu.

Bagi Muhammad Azli Jasman, 37, usaha ayahnya, Jasman Wakilan yang meneroka tanah di situ kira-kira 30 tahun lalu berbaloi kerana kini mereka memilik geran hak milik sah ke atas tanah berkenaan.

Adiknya, Muhammad Najib, 35, pula menganggap hasil titik peluh ayahnya berbayar dengan geran hak milik tanah yang lama diidamkan selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ros peminat biru

Posted:

Ros peminat biru

Ros peminat biru

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL ARIPIN

BIASANYA wanita lebih sinonim dengan warna merah atau merah jambu. Namun berbeza bagi pemilik kediaman yang menghiasi ruangan Tata Hias minggu ini, dia mudah jatuh cinta pada sesuatu benda yang mempunyai warna biru.

"Bagi saya biru mendamaikan jiwa. Setelah penat seharian di tempat kerja, balik ke rumah dan mengamati warna ini hati saya jadi tenang," kata Rosmah Yusak yang selesa membahasakan dirinya Kak Ros.

Sesuai dengan warna yang dipilih, karakter wanita itu juga banyak dipengaruhi oleh aura biru. Butir tuturnya lembut dan teratur, satu demi satu kisah mengenai kediamannya dicerita dengan teliti.

Menurutnya, kediaman yang didiami sejak lapan tahun itu walaupun tidak luas namun cukup selesa dengan susun atur perabot yang minimum. Tambahan lagi dia sentiasa memastikan ia kemas, menjadikan rumah teres setingkat itu kelihatan agak luas.

kediaman

Dari bahagian porch lagi, warna biru sudah dipilih menjadi latar marmar dan juga cat bahagian luar rumah. Melangkah ke dalam kediaman, Ros bijak menentukan penggunaan warna biru untuk menjadikan ia tidak kelihatan semak.

Cat biru hanya menghiasi dinding bawah yang dipisahkan dengan kertas pemisah, manakala atas dibiarkan putih bersih. Beberapa hiasan berlatar biru cantik bila digandingkan dengan perabot jati, yang mana menurut wanita itu dipilih sendiri oleh suaminya.

"Saya memang jarang ubah kedudukan perabot. Kalau ada pun, cuma bunga-bunga dan perhiasan kecil sahaja. Langsir dan pengalas meja, kalau ditukar pun saya tetap pilih yang ada warna biru. Kalau tak semua biru, sedikit pun jadi," kata Ros.

Wanita berasal dari Klang ini juga meminati hiasan kaca kristal dari Asia Barat. Namun katanya, tidak semua kristal asli mampu dimiliki berikutan harganya. Lantaran itu, perhiasan kaca seakan kristal turut menjadi pilihan.

Selain itu, dia juga gemar kepada konsep Taman Inggeris namun pilihannya tentulah warna biru.

"Memang susah untuk mendapatkan barangan seramik berbunga biru. Macam pinggan ini, saya tempah sendiri dengan jenama Sweet Touch," katanya.

Segalanya biru

Bukan terhad kepada perhiasan rumah sahaja, malah beberapa alatan lain seperti besen, bakul sampah, berus, tuala dan plastik sampah juga berwarna biru.

Demikianlah obses wanita yang berkerja sebagai kerani ini pada warna alam itu. Mujurlah suami tersayang tidak pernah membantah, jauh lagi mencemuh ideanya dalam menghias ruang dalam rumah.

"Biasanya dia mengikut saja apa pilihan saya. Anak lelaki tunggal saya juga begitu. Paling memudahkan kerja, mereka tak pernah sepah-sepahkan barang dalam rumah ini. Jadi mudahlah kerja mengemas saya," katanya.

Bahagian dapur sederhana juga diserikan dengan perhiasan berwarna biru. Dari kabinet dapur, lantai malah koleksi pinggan, mangkuk, periuk dan gelas banyak yang terdiri daripada warna itu.

Disebabkan penghuni kediaman itu cuma tiga orang, maka satu bilik yang kosong diubahsuai pemilik sebagai ruang makan. Dengan itu katanya, ruangan tersebut tidak menjadi sesak andai keluarga besar mereka bertandang.

Masih mengekalkan warna biru, ruang ini kemas tersusun dan berseri dengan gaya bunga-bunga Inggeris.

Masuk ke bilik tidur utama, katil jati berbingkai menarik perhatian. Ros melilit kain berwarna biru polos pada keliling bingkai, menjadikan ia kelihatan unik dan menarik. Tidak banyak perhiasan digunakan, sesuai dengan keluasan yang sederhana.

Bagi peminat setia akhbar Mingguan Malaysia itu, walaupun kediamannya sederhana sahaja, namun ia cukup memberi keselesaan kepada mereka bertiga. Bukan hiasan mahal yang menjadi taruhan atau gah sebuah binaan. Dia menganggap menghias rumah itu bukan bertujuan menunjuk kepada tetamu yang datang, namun kepuasan yang tidak terhingga kepada penghuni yang menginap di dalamnya.

Sesuai dengan kediaman yang terletak jauh dari ibu kota serta di kelilingi tumbuhan menghijau, menjadikan ia setenang warna yang dipilihnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Koleksi Puteh 2011 Rizalman

Posted:

Koleksi Puteh 2011 Rizalman

Koleksi Puteh 2011 Rizalman

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Tiada batas untuk pengalaman dan kreativiti bersatu.

Idea seorang pereka tentang fesyen seharusnya menjangkau lebih daripada

yang biasa. Mereka bijak mencari sesuatu yang baru.

Itu juga semangat yang cuba ditunjukkan oleh pereka tempatan ini di sebalik koleksi terbarunya untuk Puteh Raya dan Pengantin 2011.

Rizalman memang cukup popular dengan revolusi dalam rekaannya sepanjang 20 tahun kariernya sebagai pereka fesyen. Beliau berjaya merubah gaya kaftan dan baju kurung menjadi busana yang sangat moden dan mewah.

Untuk koleksi musim ini, pereka ini bersama butik Puteh mempamerkan kreativiti dan kepakaran dalam melahirkan sesuatu yang segar tanpa mengenepikan elemen lama.

Hasilnya, Rizalman membawa busana tradisional iaitu baju kurung kepada busana anggun yang lebih avant-garde untuk wanita moden hari ini.

Rizalman meminjam beberapa potongan baju kurung tradisional seperti pesak gantung, kolar baju kurung Riau dan baju Kedah kepada sesuatu yang lebih moden.

Perincian dan perhiasan digunakan untuk menambah nuansa avant-garde busana.

Begitu juga kebanyakan daripada busana tersebut menggunakan bahan moden seperti organza kain jersi dan crepe.

Kali ini karyanya bukan hanya cantik tetapi juga segar walaupun permainan warna hanya didominasi putih, hitam dan kelabu.

Kaftan

Antara siluet lain yang menawan dalam koleksi tersebut adalah ilham pereka untuk busana yang berasal dari Asia Barat, kaftan.

Sememangnya sejak kebelakangan ini kaftan seolah-olah sudah menjadi ciri-ciri khas label Rizalman lantaran siluet kaftan yang digemari.

Ramai wanita termasuk artis atau selebriti yang mengenakan busana panjang dan longgar ini.

Hanya dengan perincian ringkas seperti sulaman, kaftan tersebut kelihatan eksklusif dan mewah.

Berbeza dengan rekaan kaftan yang diperoleh di negara asal mereka, koleksi tersebut tentunya menawarkan alternatif gaya Asia Barat terutama dengan nuansa mewah dan elegan itu.

Koleksi tersebut kini dipamerkan di butik Rizalman Ibrahim di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan butik Puteh di Damansara Perdana, Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pilihan raya guna biometrik

Posted:

Pilihan raya guna biometrik

Pilihan raya guna biometrik

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas melawat Pasar Sehari Balai Baru sempena lawatan kerja ke Perlis di Beseri, Padang Besar, semalam. - MINGGUAN/FAIZAL ABU HASSAN


KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melaksanakan sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan sistem tersebut bagi menjamin pilihan raya yang adil tanpa timbul lagi isu pengundi hantu sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.

"Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan pilihan raya yang adil, tak mahu pakai dakwat, kita tak pakai dakwat dan kita setuju supaya SPR gunakan sistem biometrik pada masa akan datang.

"Apabila hendak undi, cap sahaja jari pada pengimbas (scanner), kalau nama betul dengan Mykad, baru undi," katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Najib berkata, langkah tersebut membuktikan kerajaan mahu memastikan sistem yang dilaksanakan dalam pilihan raya di negara ini merupakan yang terbaik.

"Sistem ini (biometrik) yang terbaik di dunia, tak ada negara lain yang menggunakannya walaupun negara maju," tambah beliau.

Sebelum itu, Perdana Menteri meminta rakyat negara ini tidak terpesong atau merasa gusar dengan pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh apabila membangkitkan pelbagai isu seolah-olah terdapat banyak perkara yang tidak kena dalam pentadbiran negara.

"Ada pihak dakwa kononnya pilihan raya negara kita tak telus, ada juga yang menyerang institusi seperti kehakiman, polis dan institusi lain.

"Tetapi hakikatnya, Malaysia tak mungkin dianggap sebagai negara contoh dan menjadi model kalau kita tak tadbir dengan betul, adil dan bertimbang rasa," tegas beliau.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan peruntukan RM1.875 juta daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad untuk membina dan membaik pulih 375 buah rumah dalam 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis kepada Menteri Besar.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr. Hamid Pawanteh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pertahankan keamanan

Posted:

Pertahankan keamanan

Pertahankan keamanan

Oleh Amran Mulup dan Mohammad Dzulhisham Che Hassim
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Naib Pengerusi YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye (kiri), Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersalaman dengan sebahagian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka semalam.


MELAKA 23 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak menggadaikan maruah negara dan keamanan yang dikecapi selama ini semata-mata kerana ingin mencapai matlamat politik mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang usaha sedemikian, sebaliknya akan bangun menentang bagi memastikan negara terus kekal aman dan harmoni.

Menurut beliau, walaupun pembangkang sering menyebarkan pelbagai maklumat palsu yang mempunyai niat buruk mencemarkan imej negara di mata dunia, namun tindakan berkenaan tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan selamat.

''Ini jelas apabila kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara dan menduduki tangga ke -19 daripada 153 negara seluruh dunia,'' katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Kebangsaan 2011 bertemakan 'Remaja Bersatu Memerangi Jenayah' di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Malaysia diletakkan sebagai negara paling aman di rantau Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas Australia, Jepun dan New Zealand.

Pada 2007 dan 2008 Malaysia berada pada kedudukan ke-37 dan ke-38.

Mengulas lanjut hasil kajian GPI yang berpangkalan di Sydney, Australia itu, Muhyiddin berkata, ia menjadi bukti bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan sekali gus menafikan tohmahan pihak yang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej negara.

Muhyiddin berkata, hasil kajian itu amat penting memandangkan persepsi segelintir rakyat negara ini menyifatkan Malaysia tidak selamat dan aman.

Laporan itu katanya, turut membuktikan Malaysia turut berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sementara itu, dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) melahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan negara.

Muhyiddin berkata, keamanan yang dicapai ini bukan diperolehi dalam masa singkat tetapi merupakan hasil usaha berterusan pihak kerajaan dan agensi terlibat termasuk PDRM.

"Setiap rakyat perlu memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan PDRM supaya keamanan yang dikecapi ini terus kekal dan saya berharap pada masa hadapan Malaysia akan disenaraikan pada kedudukan 10 teratas negara paling aman dan selamat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan pertikai Suruhanjaya Diraja

Posted:

Jangan pertikai Suruhanjaya Diraja

Jangan pertikai Suruhanjaya Diraja

KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah menjalankan tanggungjawabnya dengan membuat keputusan berdasarkan kebenaran dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

Menurut Perdana Menteri, suruhanjaya tersebut bebas dan adil, malah, ditubuhkan atas nama Yang di-Pertuan Agung dengan pelantikan individu yang berwibawa dan mempunyai kredibeliti menganggotainya.

"Jika mana-mana pihak tidak puas hati, sebab sudah membuat kesimpulan dan mahukan laporan yang dibuat mencerminkan pemikiran mereka, jadi kehendak mereka, tidak adillah," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Najib ditanya mengenai rungutan daripada pihak tertentu termasuk keluarga Beng Hock mengenai laporan suruhanjaya tersebut yang membuat kesimpulan tentang punca kematian Beng Hock akibat membunuh diri.

Kelmarin, suruhanjaya itu merumuskan bahawa Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam di Selangor pada Julai 2009.

Dalam pada itu, kata Najib, apabila suruhanjaya tersebut membuat keputusan dengan sikap terbuka, sesiapa pun tidak perlu mempersoalkannya lagi.

"Apa makna kita tubuh Suruhanjaya Diraja jika dipersoalkan, apa lagi bentuk yang perlu kita lakukan untuk mencari kebenaran.

"Kebenaran tetap kebenaran, sama ada ia sesuatu yang pahit atau mudah untuk diterima, kebenaran adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan," kata beliau.

Mengenai tiga pegawai SPRM yang didakwa menyoalsiasat secara agresif dan keterlaluan ke atas Beng Hock, Najib berkata, segala-galanya perlu disiasat berdasarkan undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pesta Durian diserbu

Posted:

Pesta Durian diserbu

Pesta Durian diserbu

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


ORANG ramai menikmati buah durian yang diberikan secara percuma pada Pesta Durian Perak 2011 di Bukit Gantang, semalam. - MINGGUAN/ROY AZIS ABD. AZIZ


BUKIT GANTANG 23 Julai - Pesta Durian Perak 2011 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Dataran Long Jaafar dekat sini mendapat sambutan luar dugaan apabila diserbu kira-kira 5,000 penggemar 'Raja Buah' tersebut.

Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, sebanyak 12,000 biji durian disediakan pada hari ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 50,000 pada hari terakhir.

Katanya, kesemua durian tersebut dari seluruh Perak dan dibekalkan oleh 18 peraih durian.

"Sambutan yang kita terima cukup menggalakkan kerana yang datang pada hari ini bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah, ada juga yang datang dari jauh.

"Kita menjangkakan lebih ramai pengunjung akan datang esok dan bekalan durian akan ditambah bagi menampung jumlah pengunjung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pesta tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pemantauan) Kementerian Pelancongan, Dr. Junaida Lee Abdullah dan Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Perancangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Noorsiah Sabri.

Pesta anjuran bersama kerajaan negeri itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok juga menyediakan pelbagai acara menarik seperti pertandingan makan durian, pameran dan jualan, acara lelong durian, kejuaraan kaki durian dan demonstrasi masakan tradisonal.

Zainol berkata, selain buah durian, terdapat buah-buahan tempatan lain yang turut disediakan dengan kadar bayaran RM9 seorang.

"Pesta durian ini diadakan sempena musim durian di negeri ini dan bertujuan mempromosikan buah- buahan tempatan yang lain.

"Selain itu, ia juga bagi mempromosikan makanan tradisional berasaskan durian yang unik dan eksotik kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar," katanya.

Sementara itu, sebanyak 2,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia telah diedarkan kepada orang ramai yang hadir pada pesta itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Swasta digesa bantu OKU

Posted:

Swasta digesa bantu OKU

Swasta digesa bantu OKU

IPOH 23 Julai - Syarikat korporat di negeri ini digesa menunaikan tanggungjawab sosial bagi membantu meringankan beban yang dihadapi golongan orang kurang upaya (OKU).

Yang Dipertua Baiduri Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, langkah itu bagi memastikan insan istimewa tersebut tidak tercicir daripada mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kita perlu memberi sumbangan kerana golongan OKU masih lagi tidak menikmati faedah seperti insan biasa," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Baiduri ke program Ceria Lebaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)-Baiduri di pusat membeli-belah Jaya Jusco Kinta City.

Empat PDK yang terbabit program semalam ialah PDK Batu Gajah, PDK Felda Ijok, PDK Gerik dan PDK Slim River.

Saripah berkata, sebanyak RM18,000 diperuntukkan oleh Baiduri bagi membeli pakaian kepada anak-anak OKU di enam PDK yang dipilih tahun ini bagi membolehkan mereka membeli pakaian sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mayat lelakibogel ditemui di jeti

Posted:

Mayat lelaki<br />bogel ditemui di jeti

Mayat lelaki
bogel ditemui di jeti

GEORGE TOWN 23 Julai - Orang ramai yang melalui kawasan tepi laut di Bandar Seri Pinang di sini terkejut melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaaan tertiarap pada 9 pagi.

Katanya, lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu mempunyai tatu di tangan kanan dan memakai gelang besi.

Tiada sebarang kecederaan terdapat lelaki itu, yang mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi pegawai penyiasat Zakaria Shafie di talian 04-2825922 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pusat sehenti akan diwujud

Posted:

Pusat sehenti akan diwujud

Pusat sehenti akan diwujud

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (tiga dari kanan) melawat gerai pameran buah durian selepas merasmikan Maha Negeri Sembilan (Maha NS) 2011 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah pusat sehenti, dekat sini yang bakal berfungsi sebagai pusat borong hasil pertanian, penternakan serta perikanan negeri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif tersebut selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, sekali gus mengatasi kebergantungan sumber makanan dari luar negeri mahupun negara.

"Pusat ini akan berfungsi sebagai tapak jualan hasil pertanian, penternakan serta perikanan, di mana peniaga boleh mendapatkan barangan secara borong pada harga yang lebih rendah sebelum diagihkan kepada pembeli dan masyarakat umum.

"Namun, apa yang lebih penting kita mahu semua barangan yang dipasarkan di pusat ini dijual pada harga lebih rendah kerana ia tidak membabitkan orang tengah atau pemborong," katanya.

Mohamad berkata demikian selepas merasmikan Maha Negeri Sembilan (Maha NS) 2011 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri, di Bekas Tapak Kem Tentera Paroi di sini, hari ini.

Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, pihaknya sedang meneliti segala aspek pelaksanaannya termasuk lokasi dan pihak yang akan menguruskannya.

"Pusat ini mungkin akan diwujudkan di sekitar daerah ini dan kita sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk membukanya nanti.

"Dalam cadangan awal, pusat ini akan diwujudkan di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan tidak melebihi empat hektar," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengucapkan tahniah terhadap kejayaan penganjuran Maha NS yang kini menjadi acara tahunan sehingga menyaksikan ia mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk negeri ini.

"Sambutan ini menjadi semakin besar setiap tahun, di mana tahun lalu sahaja penganjurannya selama lima hari telah mencatatkan hasil kutipan jualan sebanyak RM13 juta.

"Tahun ini, kita terpaksa melanjutkan penganjurannya sehingga lapan hari atas permintaan pelbagai pihak. Bagi Maha NS 2011 kita menyasarkan hasil kutipan jualan melebihi RM15 juta," katanya.

Maha NS 2011 menempatkan hampir 350 peniaga di gerai jualan yang disediakan. Pelbagai produk termasuk hasil pertanian, ternakan dan nelayan boleh didapati di karnival jualan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

82 pelajar miskin Pantai Timur Sabah terima sumbangan Shell

Posted:

82 pelajar miskin Pantai Timur Sabah terima sumbangan Shell

82 pelajar miskin Pantai Timur Sabah terima sumbangan Shell


Tawfiq Abu Bakar Titingan (duduk, tengah) bersama sebahagian 82 pelajar miskin yang menerima bantuan Shell Malaysia Sabah di Tawau, Sabah, baru-baru ini.


TAWAU 23 Julai - Shell Malaysia terus menunjukkan komitmen apabila menyumbang dermasiswa bernilai RM61,500 kepada 82 pelajar miskin dari Pantai Timur Sabah, kelmarin.

Mereka merupakan sebahagian daripada 160 pelajar yang terpilih menerima bantuan itu di negeri ini dan setiap daripada pelajar bertuah itu mendapat dermasiswa bernilai RM750.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, bantuan itu diharap menjadi motivasi kepada pelajar berkenaan untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Penglibatan syarikat-syarikat swasta seperti Shell Malaysia dalam menyumbang ke arah kemajuan pendidikan di negara ini sememangnya sesuatu yang diharapkan oleh kerajaan," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Shell di sini.

Terdahulu, Pengurus Kontrak dan Perolehan, Penjelajahan dan Produksi Shell Malaysia, Terry Buising berkata, Shell Malaysia menjalankan Program Sokongan Pendidikannya sejak 40 tahun lalu.

Dalam tempoh itu, katanya, hampir RM140 juta dilaburkan bagi membolehkan lebih 2,000 anak muda di negara ini mencapai potensi penuh akademik mereka.

Pada tahun ini, beliau berkata, syarikat itu telah menganugerahkan 100 biasiswa bernilai RM11 juta, termasuk RM3.5 juta untuk negeri Sabah, bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu, tidak kurang daripada 300 pelajar dari Sabah ditaja bagi melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara," katanya.

Sementara itu, dua penerima bantuan itu, Siti Norasiah Junah, 16, dan Radjham Abraham, 16, ketika ditemui melahirkan kesyukuran di atas bantuan yang diberikan.

Menurut Siti Norasiah, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya, Lahad Datu, wang bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli keperluan sekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jadikan membaca amalan rutin harian masyarakat

Posted:

Jadikan membaca amalan rutin harian masyarakat

Jadikan membaca amalan rutin harian masyarakat

SEREMBAN 23 Julai - Amalan membaca buku harus menjadi rutin harian setiap lapisan masyarakat sekiranya mahu menjadi individu yang berilmu.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata, melalui pembacaan, segala maklumat dan ilmu boleh diperoleh bukan sekadar untuk kegunaan seharian tetapi boleh disebarkan kepada orang ramai.

"Kita perlu sedar dengan pembacaan sahaja dapat meningkatkan lagi kefahaman mengenai sesuatu hal termasuklah hal-hal mengenai sains teknologi.

"Malah, semangat membaca yang tinggi menjadikan seseorang individu memiliki pemikiran yang kritis dan kreatif," katanya ketika menghadiri Program Menjejaki Ketokohan Angkasawan Negara Sempena Pesta Buku 2011 di Jusco Seremban 2 di sini, hari ini.

Menceritakan pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas sebelum ini, Sheikh Muszaphar berkata, ia merupakan satu peluang yang sukar dilupakan apatah lagi menerokai bidang sains dan teknologi angkasa lepas.

"Ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan apatah lagi ia memberi peluang kepada saya untuk melihat dunia angkasa lepas secara realiti selain menimba ilmu pengetahuan untuk disebarluaskan kepada orang ramai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Penyerang solo Oslo dikenal pasti

Posted:

Penyerang solo Oslo dikenal pasti

Penyerang solo Oslo dikenal pasti


Seorang wanita berlumuran darah diberi bantuan berikutan serangan bom yang meragut sekurang-kurangnya 92 nyawa di Oslo, Norway kelmarin. Letupan itu menyebabkan beberapa bangunan termasuk pejabat perdana menteri terjejas teruk dengan kaca tingkap dan dokumen berselerakkan di atas jalan raya. – Gambar AP/AFP


STOCKHOLM 23 Julai - Seorang lelaki rakyat Norway berusia 32 tahun dikenali sebagai Ander Behring Breivik didakwa hari ini selepas dikenal pasti sebagai penyerang dalam dua serangan berkembar yang mengakibatkan 92 maut di Oslo, semalam.

Breivik ditahan oleh pasukan polis khas di Pulau Utoya, barat Oslo selepas dipercayai menyerang kem belia yang dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri, Jens Stoltenberg.

Bagaimanapun, latar belakang suspek masih menjadi misteri kepada polis Norway kerana dia yang berhaluan kanan itu mempunyai pandangan anti Islam selain tiada hubungan dengan kumpulan pelampau.

Suspek dipercayai meletupkan bom di kompleks bangunan kerajaan di sini sebelum menyamar sebagai anggota polis serta melepaskan tembakan di sebuah kem belia.

Saluran penyiaran awam NRK dan beberapa media Norway melaporkan, Breivik sering melahirkan pandangan haluan kanan dan anti Islam di Internet.

Agensi berita Norway, NTB berkata, suspek memiliki beberapa senjata api berdaftar dan menyertai sebuah kelab senjata api.

Breivik juga menguruskan satu firma pertanian yang membolehkannya mendapat baja dalam kuantiti yang banyak iaitu bahan yang berpotensi digunakan dalam membuat bom.

Seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan berkata, lelaki itu tidak menganggotai sebarang kumpulan pelampau dan tiada rekod jenayah berat.

"Dia bukan tergolong dalam mereka yang dipantau dan tidak terlibat dalam kumpulan neo-Nazi. Namun, dia mungkin mempunyai ideologi berkenaan,'' ujarnya.

Kumpulan neo-Nazi melancarkan beberapa siri pembunuhan dan rompakan di Scandinavia pada 1990-an, tetapi tidak lagi aktif ketika ini.

Ketua Polis Negara, Sveinung Sponheim berkata, berdasarkan apa yang dinyatakan suspek di Internet, Breivik mendedahkan dia cenderung berhaluan kanan dan anti Islam.

"Bagaimanapun, sama ada sifat itu menjadi motivasi untuk dia melakukan dua serangan berkenaan masih belum diketahui,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harimau Malaya terluka

Posted:

Harimau Malaya terluka

Harimau Malaya terluka

Daripada MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


SUGUL... Sebahagian barisan pemain Malaysia meninggalkan padang dengan rasa kecewa sejurus tewas 3-5 kepada Singapura dalam aksi kelayakan bola sepak Piala Dunia di republik itu malam tadi. Malaysia dan Singapura akan bertemu sekali lagi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. – Mingguan/ASWAD YAHYA


SINGAPURA – Harimau Malaya perlu bangkit di laman sendiri pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini, setelah tumpas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini, semalam.

Kepincangan pertahanan yang menyaksikan gawang negara bolos sebanyak lima kali, wajar diberi perhatian serius oleh anak-anak buah Datuk K. Rajagobal jika mereka berhajat besar mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Kerapuhan barisan pertahanan Malaysia yang terserlah dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini berterusan sekali gus membantu kemenangan musuh tradisi di Stadium Jalan Besar, semalam.

Itu pengakuan terbuka daripada jurulatih negara, Rajagobal tanpa berselindung mengakui barisan pertahanan telah mempamerkan aksi terburuk dalam perlawanan berkenaan yang menjadi punca utama kekalahan Malaysia.

''Ini merupakan persembahan paling buruk pertahanan. Jika anda sendiri boleh perhatikan, gol yang berjaya diperoleh Singapura semuanya jaringan-jaringan yang mudah dan kelalaian barisan pertahanan kami sendiri." Itu kata-kata jujur jurulatih negara pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Walaupun Malaysia bermula garang dengan gol pertama pada 25 saat permainan menerusi Safee Sali, Singapura membalas dengan empat gol yang dihasilkan oleh Aleksandar Duric (minit ke-7 dan 80), Qiu Li (minit ke-21), Mustaffic Fahrudin (minit ke-44) dan Shi Jiayi (minit ke-45).

Malaysia berjaya bangkit seketika pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Abdul Hadi Yahaya (minit ke-69) dan Safee sekali lagi pada minit ke-70 tetapi Duric memadamkan api perjuangan Harimau Malaya dengan gol kelima, 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Gandingan Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Muslim Ahmad di barisan pertahanan jelas gagal mengekang rangkaian Awang Import, Aleksandar Duric, Shi Jiayi dan Qiu Li yang menjadi watak penting kepada lima gol yang berjaya dihasilkan Singapura.

Ketiadaan Mohd. Aidil Zafuan di benteng negara jelas dirasai jika dinilai kepada tahap persembahan Muslim-Fadhli yang sering kali melakukan beberapa kesilapan dan tewas kepada fizikal barisan Awang Import tuan rumah.

Bertambah malang buat pasukan negara, perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini mereka harus melakukannya tanpa ketua pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujurlah Singapura turut beraksi dengan 10 pemain apabila Ismail Yunos turut menerima kad merah selepas mendapat kad kuning kedua pada minit ke-53 yang menyebabkan perlawanan kembali seimbang.

Peluang Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya dilihat masih ada namun mereka wajib kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Selain itu, Rajagobal berkata, kehilangan tonggak pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan dan gandingan Safee Sali di bahagian serangan, Norshahrul Idlan Talaha memberikan sedikit kesan kepada persembahan Malaysia secara keseluruhan.

''Saya juga mungkin perlu memikirkan pengganti Safiq yang tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya kerana dia seorang pemain yang berpengaruh," ujarnya.

Dia juga yakin Harimau Malaya masih ada peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dengan melakukan kebangkitan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MINGGUAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Qari, qariah Malaysia muncul johan

Posted:

Qari, qariah Malaysia muncul johan

Qari, qariah Malaysia muncul johan

oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Julai - Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.

Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 hadirin dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 bersama trofi dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Dalam pada itu, qari Filipina, Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 beserta sijil.

Peserta-peserta lain menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 beserta sijil.

Bagi kategori qari, tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.

Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.

Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Durian sejuk beku untuk eksport

Posted:

Durian sejuk beku untuk eksport

Durian sejuk beku untuk eksport


Durian kunyit atau lebih dikenali 'musang king' yang sesuai untuk tujuan disejuk beku dan dieksport. - GAMBAR HIASAN


KUALA TERENGGANU 23 Julai - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merancang mewujudkan kebun durian di Terengganu bagi tujuan sejuk beku dan eksport ke luar negara.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata dalam hal ini, pihaknya akan cuba mendapatkan kerjasama daripada pihak universiti di Terengganu untuk menjayakan projek tersebut.

"Pihak Fama rancang untuk laksanakan satu projek durian sejuk beku jenama negeri Terengganu. Ini kerana durian sejuk beku belum diusahakan di Terengganu," katanya.

Dalam hal ini, Hasan berkata, Fama akan cuba mencari kawasan yang sesuai untuk ditanam durian di Terengganu, mungkin di Hulu Terengganu.

Beliau berkata, ada beberapa jenis durian yang didapati sesuai untuk disejuk beku dan dieksport seperti durian D24 dan 'musang king' yang akan ditanam oleh Fama nanti.

Hasan berkata, walaupun Terengganu banyak mengeluarkan buah durian tetapi buah tersebut tidak menepati pasaran luar negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hasrat Fama untuk mengadakan kempen makan durian sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu yang bermula esok tidak kesampaian.

Katanya, ini kerana durian di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Kedah yang dirancang untuk program itu, tidak menjadi tahun ini.

Walaupun begitu, beliau berkata, Fama akan menggantikan acara itu dengan pameran durian sejuk beku yang dieksport ke negara Cina.

Raja buah itu dibawa dari Pahang, Pulau Pinang dan Perak, katanya.n — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Guni bungkusan pakaian tertera kalimah Allah

Posted:

Guni bungkusan pakaian tertera kalimah Allah

Guni bungkusan pakaian tertera kalimah Allah


Mohd. Ghazali Pua Abdullah menunjukkan tulisan 'Allah' pada bungkusan pakaian terpakai di kilangnya di Pengkalan Chepa, baru-baru ini.


KOTA BHARU 23 Julai - Seorang peniaga pakaian dan barangan terpakai terkejut apabila mendapati salah satu daripada ratusan guni yang berada di kilangnya di Pengkalan Chepa dekat sini tertera kalimah Allah.

Apa yang menarik, jika guni bungkusan itu diletakkan dalam keadaan menegak, ia seolah-olah berbentuk manusia dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Peniaga terbabit, Mohd. Ghazali Pua Abdullah, 66, berkata, tulisan dan bentuk manusia itu ditemui oleh seorang pekerjanya minggu lalu ketika mengemas bungkusan pakaian di kilang berkenaan.

Menurutnya, bungkusan-bungkusan itu sudah lama berada di kilang berkenaan, namun 'keajaiban' itu baharu disedari dan menganggap ia bukti kebesaran Allah serta rezeki buat dirinya sekeluarga.

"Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat sendiri kebesaranNya," katanya ditemui pemberita di kilang miliknya di Pengkalan Chepa, kelmarin.

Mohd. Ghazali memberitahu, bagi mendapatkan kepastian, dia turut bertanya tentang penemuan itu kepada beberapa pelanggan yang datang ke kedainya dan rata-rata mendakwa tulisan yang tertera pada guni bungkusan itu adalah kalimah Allah dan Muhammad.

"Saya tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ditawarkan dengan harga jutaan ringgit kerana ia adalah anugerah daripada Allah kepada saya dan keluarga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anggota polis cedera dirempuh

Posted:

Anggota polis cedera dirempuh

Anggota polis cedera dirempuh

BACHOK 23 Julai - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang sedang menjalankan sekatan jalan raya cedera parah selepas dirempuh seorang penunggang motosikal di Hujung Tanjong, Sering di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa, Zulkaflie Che Abdullah, 47, yang berasal dari Pasir Puteh dirempuh menyebabkan dia terjatuh di atas jalan raya dan mengalami patah kaki kanan selain cedera di lengan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama enam lagi anggota polis yang diketuai Ketua Balai Polis Binjai, Sarjan Mejar Hamidah Awang sedang mengadakan operasi sekatan jalan raya.

"Tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju dan cuba membolosi sekatan tersebut. Penunggangnya dikatakan panik kerana tidak mempunyai lesen, merempuh mangsa yang ketika itu berada di kiri jalan.

"Selepas kedua-duanya terjatuh, penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya namun berjaya ditahan oleh polis kira-kira 20 meter dari tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat mangsa yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Azham berkata, suspek yang berusia 31 tahun dan berasal dari Tawang Bachok ditahan reman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan polis.

Selain tidak memiliki lesen, katanya, penunggang motosikal itu juga disahkan positif mengambil dadah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved