Isnin, 28 April 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Dharma janji kebangkitan

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Muhammad Dharma Raj Abdullah

KUANTAN - Ketua jurulatih skuad hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah tidak menafikan prestasi hambar yang dipamerkan anak buahnya ketika berdepan dengan Korea Selatan dan Perancis dalam dua perlawanan awal kempen Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki, Indera Mahkota di sini kelmarin dan semalam disebabkan tiada keserasian antara pemain.

Bagaimanapun, menurut Muhammad Dharma, pihaknya telah mengambil pelbagai pendekatan termasuk dari segi psikologi bagi memastikan penampilan aksi yang lebih mantap oleh skuad negara, bermula perlawanan malam ini.

"Semuanya berlaku disebabkan beberapa perubahan dari segi taktikal permainan. Eksperimen tersebut terpaksa dilakukan dalam aksi peringkat kumpulan untuk menentukan kesebelasan terbaik sebagai persediaan menghadapi pusingan kalah mati Khamis ini.

"Ramai berpendapat berdasarkan permainan semalam, (ketika menentang Korea Selatan) pasukan kelihatan tidak bersemangat. Pemain senior dan junior dikatakan tiada persefahaman serta ada pemain yang tidak gembira, namun semua itu tidak benar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pasukan negara tewas 2-3 kepada Perancis dalam perlawanan pertama Sabtu lalu sebelum tewas lagi 1-3 menentang Korea Selatan kelmarin untuk menduduki tangga tercorot Kumpulan B.

Tambah Dharma, pihaknya kini dalam situasi sukar untuk bertemu pasukan pilihan, iaitu New Zealand dalam pusingan seterusnya sekiranya mengekalkan kedudukan tercorot sebaik tamat perlawanan peringkat kumpulan.

"Kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan menentang Kanada esok (malam ini), namun ia mungkin tidak memberikan sebarang makna sekiranya Perancis menang atau seri menentang Korea Selatan dalam perlawanan sebelumnya," jelasnya.

New Zealand hampir pasti akan mengekalkan kedudukan teratas dalam kumpulan A dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan dan pasukan di tangga teratas Kumpulan A akan bertemu pasukan tangga tercorot Kumpulan B Khamis ini.

Sementara itu, pengurus pasukan, George Koshy menolak andaian bahawa wujud konflik dalaman dalam skuad negara sehingga menyebabkan Malaysia masih gagal meraih kemenangan pada kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 semalam.

Beliau berkata semangat berpasukan pemainnya tidak terjejas oleh masalah kecil.

"Mereka semua adalah pemain profesional dan tidak mudah patah semangat jika terdapat masalah kecil yang timbul dalam pasukan, kerana semua telah dilatih untuk bijak bertindak apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan. Sebab itu mereka dipilih untuk mewakili negara," katanya.

Tok Gajah cari rentak menjelang aksi Piala FA

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN - Pahang memilih pendahulu Liga Perdana, PDRM FC untuk menguji prestasinya di Stadium Temerloh malam esok sebagai persiapan mengharungi saingan separuh akhir Piala FA.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, pasukannya kini sedang membuat persiapan rapi untuk mencari kemenangan pertama berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tempat lawan pada 5 Mei depan.

"Pemain Tok Gajah akan diuji oleh anak-anak buah Dollah Salleh yang belum tewas setakat ini setelah mengharungi 14 perlawanan dalam kancah Liga Perdana.

"Ini adalah peluang terbaik untuk para pemain mempamerkan aksi sebelum bertandang ke Larkin nanti," katanya.

Menurutnya, beliau mempunyai banyak pilihan kerana semua pemain berada pada prestasi terbaik tanpa sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu, semua pemain perlu bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama kerana hanya pemain terbaik sahaja layak untuk berdepan dengan skuad kendalian Bojan Hodak.

"Saya tidak mahu mereka bermain sambil lewa berdepan dengan PDRM nanti sebaliknya menganggap perlawanan itu seperti aksi sebenar untuk memantapkan skuad Tok Gajah," ujarnya.

Zainal Abidin berkata, beliau juga mahu dua tonggak importnya, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti terus mempamerkan mutu permainan yang cemerlang seperti sebelum ini menerusi hantaran dan umpanan yang menarik untuk menghasilkan jaringan.

"Kedua-dua bintang import ini semakin serasi dan kelibat mereka ternyata mampu melumpuhkan pemain pertahanan lawan, kami mahu lihat ia berlaku lagi apabila berdepan JDT nanti," jelasnya.

Tambahnya, kehadiran semula pemain sayap kanan, Mohd. Azamuddin Mohd. Akil yang telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan akan membantu memperkuatkan lagi jentera serangan.

Biarpun rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada Tok Gajah yang menewaskan JDT 3-2 di Kuantan namun skuad Harimau Selatan kini tampil dengan dua import baharu iaitu Marcos Elias Santos dari Brazil dan Pereyra Diaz (Argentina) yang menggantikan Pablo Aimar serta Baihakki Kaizan.

"Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan dua pemain import baharu JDT jadi pemain-pemain saya harus bermain berlatih bersungguh-sungguh agar tidak terkulai pada perlawanan pertama separuh akhir Piala FA di tempat lawan," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved