Utusan Online - Hiburan |
Di Bawah Lindungan Kaabah dipentaskan bermula 9 Mei Posted: 28 Apr 2014 03:50 AM PDT Oleh HASNURUL MOHAMED KUALA LUMPUR 28 April - Teater Di Bawah Lindungan Kaabah iaitu sebuah karya yang diadaptasi daripada naskhah Allahyarham Prof. Dr. Hamka akan dipentaskan di Istana Budaya, di sini selama 10 hari bermula 9 Mei ini. Pementasan bernilai RM2 juta yang membariskan para pelakon terkenal termasuk Adi Putra dan Nasha Aziz itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu majlis di sini hari ini. Rosmah dalam ucapannya berkata, Di Bawah Lindungan Kaabah merupakan sebuah pementasan yang menjadi kesinambungan seni teater yang harus ditonton oleh semua penggemar seni tempatan. "Generasi hari ini perlu menyokong pementasan terbitan produksi tempatan kerana ia adalah seni teater yang tidak harus dibiarkan ditelan zaman. "Justeru syabas diucapkan kepada tenaga produksi dan pihak Istana Budaya yang membuka ruang dan peluang untuk pementasan ini," katanya. Di Bawah Lindungan Kaabah dibawakan oleh CTRA Production dan Istana Budaya serta diarahkan oleh pengarah teater yang tidak asing lagi, Roseminah Tahir, manakala Kumpulan Utusan berperanan sebagai media rasmi. Tiket berharga RM35 ke atas sudah mula dijual dan boleh diperoleh melalui AirAsia Redtix.com - UTUSAN ONLINE |
Adam AF dan Fiza Elite bercerai talak satu Posted: 27 Apr 2014 10:57 PM PDT SHAH ALAM 28 April - Pasangan artis Fiza Elite dan Adam AF bercerai talak satu di Mahkamah Syariah di sini hari ini. Adam melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Fiza di hadapan hakim Tuan Muhamad Nazir Basrawi tepat pukul 1.05 petang. Pasangan itu bernikah pada 26 September 2013 dan bercerai pada ketika usia pernikahan mereka baru memasuki tujuh bulan. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan