Khamis, 24 April 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Avon rai pemenang

Posted: 24 Apr 2014 06:05 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Para pemenang pertandingan Love Collides Opposites Attract bergambar kenangan bersama Scha Al-Yahya ketika majlis makan malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SERAMAI lapan pemenang bertuah yang terpilih dalam peraduan Love Collides Opposites Attract anjuran Avon Cosmetics telah diraikan pada satu majlis makan malam yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Hadiah utama bagi peraduan ini adalah majlis makan malam bersama duta haruman Avon Malaysia dan pelakon popular, Scha Al-Yahya.

Para pemenang yang datang bersama pasangan masing-masing sama ada bersama suami dan kekasih nampak begitu teruja pada majlis makan malam ala candle light dinner yang romantik dengan hidangan set menu masakan Barat.

Bertemakan hitam dengan sentuhan warna merah jambu, para pemenang hadir berpakaian glamor dengan warna-warna tersebut.

Sambil menjamu selera, mereka dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu romantik yang dinyanyikan oleh penyanyi jemputan pada malam tersebut.

Selain itu, mereka berkesempatan beramah mesra dengan Scha melalui sesi fotografi, bermain permainan, cabutan bertuah dan pakaian terbaik.

Peraduan Love Collides 'Opposites Attract yang diadakan pada bulan Februari lalu adalah terbuka kepada orang ramai.

Syarat untuk menyertai peraduan tersebut adalah dengan setiap pembelian haruman Love Collides Eau de Toilette, yang mana peserta hanya perlu menghantarkan sekeping gambar mereka bersama orang tersayang berserta resit pembelian. Mereka juga perlu mendaftar sebagai wakil Avon.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi dan Pemasaran Avon, Elaine Aisyah berkata, mungkin ramai peminat jenama tersebut tidak mengetahui bahawa pengasas Avon, iaitu David H. McConnell merupakan seorang peniaga bagi Union Publishing Company yang menjual buku dari rumah ke rumah pada tahun 1886.

"Bagi menarik hati pelanggan untuk membeli buku-buku yang dijual, beliau menghadiahkan haruman yang dinamakannya Little Dots kepada setiap pelanggan.

"Idea hadiah percuma dengan setiap pembelian ini merupakan satu idea baru dalam sejarah kempen pemasaran pada waktu itu.

"Haruman Little Dots menerima sambutan yang hangat dan setelah itu, lahirlah California Perfume Company yang kemudian ditukar nama kepada Avon Cosmetics pada tahun 1939," jelas beliau.

Kini setelah 128 tahun, Avon telah menghasilkan beberapa produk haruman dan antara yang paling popular ialah Butterfly, Sweet Honesty dan banyak lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved