Utusan Online - Dalam Negeri |
- 'Takdir Itu Milik Aku' dijadikan drama bersiri
- Obama diberi sambutan negara di Parlimen
- Daftar kenderaan dalam talian JPJ mulai 1 Mei
'Takdir Itu Milik Aku' dijadikan drama bersiri Posted: 26 Apr 2014 02:59 AM PDT KUALA LUMPUR 26 April - Pembaca dan peminat novel 'Takdir Itu Milik Aku' hasil terbitan SR Publication yang mula diterbitkan sejak tahun 2012 bakal berpeluang menyaksikan kemunculan karya itu sebagai drama bersiri tidak lama lagi. Penulis novel itu merangkap Pengarah Urusan SR Publication, Siti Rosmizah Semail berkata, adaptasi novel tersebut dibuat atas permintaan para pembaca yang selama ini memberi sokongan sejak awal beliau berkecimpung dalam bidang penulisan. "Setelah mendapat sambutan hangat menerusi novel pertama, permintaan para pembaca supaya koleksi novel ini diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri dan ini mendorong saya membuka syarikat penerbitan sendiri. "Ini merupakan satu titik permulaan untuk mencuba sesuatu yang baharu di samping memberi hasil penulisan yang terbaik kepada para pembaca setia yang sekian lama setia menyokong hasil karya seni saya yang akan dibawa ke drama televisyen tidak lama lagi," katanya pada Majlis Pelancaran Novel Ketujuh Siti Rosmizah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Obama diberi sambutan negara di Parlimen Posted: 26 Apr 2014 02:47 AM PDT KUALA LUMPUR 26 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tiba hari ini untuk lawatan julung kalinya ke Malaysia diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen hari ini. Ketibaan Obama pada pukul 5.40 petang disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet. Sejurus ketibaan beliau di Parlimen yang berserta 36 buah kenderaan pengiring, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das. - UTUSAN ONLINE |
Daftar kenderaan dalam talian JPJ mulai 1 Mei Posted: 26 Apr 2014 02:42 AM PDT ALOR SETAR 26 April - Mulai 1 Mei ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan sistem pendaftaran kenderaan secara dalam talian bagi mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter JPJ. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, sistem itu akan membolehkan pembeli kenderaan baharu iaitu daripada jenama Honda, Perodua, Proton dan Toyota mendaftar kenderaan mereka secara dalam talian tanpa perlu berurusan di kaunter JPJ. "Sistem ini akan dijalankan secara berperingkat dan dijangka mampu mengurangkan kesesakan di kaunter JPJ," katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Zon Utara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE . |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan