Jumaat, 11 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Esscom sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina selamat mangsa culik

Posted: 11 Apr 2014 04:56 AM PDT

LAHAD DATU 11 April - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menyelamat mangsa yang diculik di resot atas air Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna minggu lepas.

``Sekarang mangsa masih berada dalam keadaan selamat dan pegawai kami sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menjalankan usaha membebaskan mangsa,'' kata Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam dilaporkan penculik dua wanita warga asing itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan seorang daripada mereka iaitu pelancong warga China.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dipetik sebagai berkata tiada tuntutan wang tebusan bagi seorang lagi tebusan wanita yang merupakan pekerja resort warga Filipina.

Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina Marcy Dayawan, 40, diculik dari resot tersebut oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas. - BERNAMA

MH370 : TUDM nafi laporan CNN

Posted: 11 Apr 2014 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan laporan agensi berita CNN bahawa pihaknya ada menghantar pesawat mencari sekitar pukul 8 pagi selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, laporan itu yang menyebut bahawa pesawat TUDM telah dikerahkan sebelum pihak berkuasa dapat mengumpul data yang menunjukkan pesawat itu telah berpatah balik ke arah barat, juga adalah tidak benar.

"Atas kapasiti saya sebagai Panglima Tentera Udara, saya mengesahkan bahawa laporan berita itu adalah langsung tidak benar,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

China tangguh penghantaran panda kerana kesibukan tangani isu MH370

Posted: 11 Apr 2014 03:34 AM PDT

PUTRAJAYA 11 April - Kedatangan dua panda gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sebanyak 153 daripada 227 penumpang yang berada dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu adalah warganegara China. Gerakan mencari pesawat berkenaan memasuki hari ke-35 hari ini.

Palanivel berkata beliau memberi penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

"Pada mulanya, dua panda berkenaan dijadual tiba pada 16 April, tetapi berikutan kejadian itu (kehilangan pesawat MH370), Duta Besar China berkata mereka akan menghantar dua haiwan berkenaan pada akhir Mei.

"Mereka hendak mencari kotak hitam dulu," kata Palanivel kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved