Selasa, 31 Disember 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penamaan calon di balai polis

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Seorang calon Parlimen memberikan maklumat kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya semasa mendaftar diri untuk bertanding pada pilihan raya Thailand di Kompleks Kerajaan di Bangkok pada 28 Disember lalu. - AFP

BANGKOK 31 Dis. - Kerajaan sementara Thailand bercadang mengadakan proses pendaftaran calon bagi pilihan raya di negara ini yang ditetapkan pada 2 Februari ini di pangkalan tentera atau balai polis jika proses terbabit terus terganggu akibat bantahan penunjuk perasaan antikerajaan.

Timbalan Perdana Menteri sementara, Surapong Tovichakchaikul berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya, Supachai Somcharoen bagi membincangkan hal tersebut ekoran kegagalan proses pendaftaran calon di lapan wilayah di selatan negara ini.

Namun, Tovichakchaikul berkata, langkah terbabit hanya akan dilaksanakan jika suruhanjaya berkenaan memberi kelulusan.

Setiasuaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Komisioner Polis Diraja Thailand yang turut hadir pada perbincangan semalam, bersetuju membenarkan kemudahan mereka digunakan bagi proses pendaftaran calon.

Kini terpulang pada Suruhanjaya Pilihan Raya, sama ada mahu meluluskan cadangan itu bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Cadangan itu diusulkan ekoran kegagalan proses pendaftaran calon yang bertanding untuk kerusi Parlimen di lapan wilayah di selatan Thailand yang masuk hari ketiga berturut-turut kerana dihalang oleh penunjuk perasaan daripada Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC).

Somcharoen, bagaimanapun berkata, berek tentera tidak sesuai dijadikan lokasi pendaftaran kerana pilihan raya yang adil perlu dilaksanakan oleh orang awam yang telah terpilih.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan melaksanakan langkah berkenaan sebagai jalan terakhir jika proses pendaftaran terus diganggu.

Saya berharap kita tidak perlu melihat calon yang ingin mendaftar sebagai calon dalam pilihan raya dibawa menggunakan kenderaan berperisai ke kem tentera.

Begitu juga di balai polis yang mudah menjadi sasaran penunjuk perasaan dan semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya bersetuju dengan senario tersebut," katanya. - AGENSI

Aceh larang sambutan Tahun Baharu

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

BANDA ACEH 31 Dis. - Polis Syariah wilayah Aceh merampas beribu-ribu mercun dan trompet kadbod dalam satu serbuan berikutan pengharaman sambutan malam Tahun Baharu, menurut sumber, hari ini.

Serbuan ke gerai-gerai yang menjual barangan itu dilakukan malam tadi berikutan fatwa Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh (MPU) yang dikeluarkan pada 24 Disember lalu melarang sambutan itu diadakan dalam wilayah ini.

"Operasi ini dilaksanakan sebelum menjelang malam Tahun Baharu bertujuan memastikan rakyat mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerajaan.

"Oleh itu, tidak ada sebarang aktiviti yang akan dibenarkan untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu ini," kata pegawai kanan polis Syariah, Reza Kamilin kepada AFP.

Pengharaman sambutan malam Tahun Baharu itu merupakan sebahagian daripada penguatkuasaan undang-undang Syariah di wilayah ini dan dipantau oleh pihak polis Syariah dalam usaha menjaga moral penduduk.

Polis turut mengadakan serbuan di hotel-hotel serta gerai makanan selepas amaran dikeluarkan, kata Reza.

"Polis akan membubarkan sebarang aktiviti perhimpunan. Sesiapa pun yang dilihat bermain bunga api atau trompet, barang-barang itu akan dirampas," katanya.

Beberapa bahagian lain di Aceh dilaporkan turut mengharamkan sambutan Tahun Baharu kerana menganggap orang Islam hanya perlu menyambut kedatangan Maal Hijrah.

Pihak berkuasa Aceh mula melaksanakan undang-undang Syariah pada 2001 yang mengenakan hukuman sebat terhadap pesalah yang ditangkap berjudi atau minum arak. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved