Selasa, 31 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis kumpul bukti perhimpunan haram cemar sambutan tahun baharu

Posted: 31 Dec 2013 10:43 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Polis akan mengumpul bukti dan keterangan saksi berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, sehubungan itu beliau menyeru semua pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis.

"Kita akan mengambil tindakan mengikut lunas perundangan dan sekarang bukti dan keterangan sedang dikumpul untuk disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Pada 11.30 malam tadi, perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Akibat tindakan agresif peserta perhimpunan itu, tiga anggota polis tercedera dan polis turut menemui empat parang dan tiga pisau di dalam sebuah longkang di Kompleks Dayabumi, yang terletak tidak jauh dari kawasan perhimpunan haram itu.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). - BERNAMA

Guru tadika meninggal sedang layan karenah murid-murid

Posted: 31 Dec 2013 09:24 PM PST

KEMAMAN 1 Jan. -Seorang guru Tadika Kemas Kampung Beris Meraga, Kijal, di sini meninggal dunia ketika sedang melayani karenah murid-murid pada hari pertama sesi persekolahan hari ini.

Noraima Sulong, 43, rebah kira-kira pukul 9 pagi dan terus dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ibu kepada tiga orang anak itu kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved