Utusan Online - Luar Negara |
Assad tiada peranan dalam kerajaan masa depan Syria Posted: 22 Oct 2013 12:13 PM PDT LONDON 23 Okt. - Negara kuasa-kuasa Barat dan Arab yang bermesyuarat dengan pemimpin pembangkang Syria di sini semalam bersetuju supaya Presiden Bashar al-Assad tidak akan memainkan sebarang peranan dalam kerajaan masa depan negara itu. Mereka yang menggelarkan diri sebagai pemimpin rakan-rakan Syria bermesyuarat dengan ketua penentang Syria termasuk Perikatan Kebangsaan Syria (SNC) bagi meyakinkan kumpulan itu menghadiri satu persidangan keamanan utama di Geneva bulan depan. Setiausaha Luar Britain, William Hague berkata, mereka telah bersetuju tentang `beberapa langkah penting sementara menggesa perikatan itu supaya komited dalam persidangan di Geneva tersebut. - AFP |
Pemilik pub dilepas tuduhan membakar Posted: 22 Oct 2013 12:12 PM PDT BANGKOK 23 Okt. - Mahkamah Rayuan Bangkok, semalam membatalkan sabitan kesalahan ke atas pemilik sebuah pub, di sini yang terbakar semasa sambutan ambang Tahun Baru 2008 yang mengakibatkan 67 orang terbunuh. Menurut mahkamah, tiada bukti mencukupi menunjukkan Visuk Sretsawat bertanggungjawab secara langsung dalam kebakaran di Santika Pub yang turut mengakibatkan 71 orang mengalami kesan melecur yang teruk. Visuk dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun oleh mahkamah pada 2011, namun merayu dan kemudian dibebaskan dengan ikan jamin sementara menunggu keputusan rayuan. Mahkamah Rayuan, bagaimanapun mengekalkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Boonchu Lawsrinat, seorang eksekutif syarikat yang mengendalikan kesan khas di Pub Santika pada malam kebakaran itu. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan