Utusan Online - Jenayah |
Anggota lepas tembakan: DPP minta polis lengkapkan siasatan Posted: 29 Oct 2013 10:32 PM PDT Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI IPOH 30 Okt. - Kertas siasatan kes seorang anggota polis yang melepaskan tembakan secara tidak sengaja sehingga mencederakan seorang kanak-kanak di Kampung Belanja Kiri, Parit pada 14 Oktober lalu, dipulangkan semula untuk siasatan lanjut pihak polis. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memulangkan semula kertas siasatan kes itu semalam untuk diperbaiki serta bagi menjelaskan beberapa isu bagi memantapkan siasatan. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, berikutan itu anggota polis yang terlibat belum boleh didakwa. "Kertas siasatan itu dipulangkan kepada polis dan kita akan siasat serta perkemaskan beberapa perkara berkaitan siasatan kes. "Ada beberapa isu yang tidak boleh didedahkan, yang perlu dimantapkan sebelum pendakwaan dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau persiapan perayaan Deepavali di Little India di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE |
Peniaga emas cedera ditembak di Kelantan Posted: 29 Oct 2013 10:02 PM PDT Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB KOTA BHARU 30 Okt. - Seorang peniaga emas cedera di bahagian belakang bahu kanan dan kiri selepas ditembak ketika memandu pulang ke rumahnya di Kampung Sering di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 7.40 malam itu, mangsa berusia 49 tahun ditembak beberapa das oleh individu yang menaiki motosikal ketika dia hampir sampai ke rumahnya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan