Utusan Online - Luar Negara |
Tiga dibunuh pengebom berani mati di Afghanistan Posted: 20 Aug 2013 10:50 AM PDT KABUL 21 Ogos - Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di bandar Puli Alam, timur Afghanistan semalam. Lapan orang lagi turut cedera di dalam insiden yang mensasarkan kenderaan keselamatan tersebut. NATO berkata, salah seorang yang terbunuh merupakan anggota mereka yang berkhidmat di timur Afghanistan, namun tiada maklumat lanjut tentang mangsa yang terlibat. - AGENSI |
Taiwan bersiap sedia hadapi ribut Posted: 20 Aug 2013 10:44 AM PDT TAIPEI 21 Ogos - Taiwan telah memindahkan 1,000 orang pelancong dan mengatur kedudukan tenteranya sebagai persedian menghadapi Ribut Tropika Trami. Pusat Biro Cuaca berkata, ribut tersebut kini terletak pada jarak 590 kilometer di timur-tenggara Taipei, bertiup dengan kadar kelajuan 126 kilometer sejam, dan dijangkakan akan membawa hujan lebat mulai pada malam Selasa. "Bermula malam ini, akan ada hujan lebat atau sangat lebat di kawasan-kawasan pergunungan di timur dan barat. "Impaknya akan dirasai bermula pada malam Rabu sehingga ke pagi hari Khamis, kata Pusat Biro Cuaca dalam satu kenyataan hari ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan