Utusan Online - Jenayah |
Penjenayah tidak akan dibenar lancar perang kepada polis - KPN Posted: 20 Aug 2013 10:39 PM PDT KUALA LUMPUR 21 Ogos - Polis tidak akan membenarkan mana-mana penjenayah khususnya kumpulan kongsi gelap yang didakwa akan melancarkan perang terhadap pasukan itu berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menafikan wujudnya khabar angin yang mula tersebar mengenai ugutan penjenayah yang mahu membalas dendam terhadap polis. "Apa yang tersebar itu hanya acah-acah pihak tertentu untuk takut-takutkan kita sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalanraya ketika Op Selamat III yang lalu. - UTUSAN ONLINE |
1.7 juta pemandu disenarai hitam berdepan lesen dibatal - KPN Posted: 20 Aug 2013 10:10 PM PDT KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seramai 1.7 juta individu yang disenarai hitam kerana enggan menjelaskan tunggakan saman, bakal berdepan tindakan lesen memandu mereka dibatalkan. Beliau berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat khususnya kepada penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersial ekoran peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Op Selamat III. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan