Isnin, 22 Julai 2013

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Memanfaatkan sarana ibu bapa, akhbar

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif.

Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar.

Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.

Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan.

Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat.

Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.

Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak.

Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik.

Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah.

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini.

Hampir setiap keluarga berlanggan surat khabar. Surat khabar merupakan sumber maklumat dalam masyarakat yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak.

Hal ini demikian kerana kebanyakan berita dan rencana dalam surat khabar tidak selaras dengan tahap dan keperluan pembelajaran.

Surat khabar yang disediakan untuk bacaan umum memerlukan suntingan dan ubah suai untuk menjadi bahan pembelajaran.

Tugas ini memerlukan kepakaran dan dedikasi guru. Sesetengah surat akhbar, khususnya Utusan Malaysia telah menyediakan bahan khusus untuk pembelajaran pelajar seperti sisipan ADaP - UPSR, PMR dan SPM.

Bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar tanpa sokongan guru dan ibu bapa. Hal ini kerana pihak sekolah mungkin tidak dapat menyediakan setiap pelajar dengan surat khabar berkenaan.

Bukan semua ibu bapa memiliki atau membelikan akhbar berkenaan untuk kegunaan anak-anak di rumah.

Sekiranya ibu bapa yang melanggan Utusan Malaysia mendermakan naskhah ADaP kepada sekolah, sudah tentu pihak sekolah dapat mengumpulkan bahan tersebut untuk kegunaan pelajar di dalam bilik darjah.

Tambahan pula, bukan semua ibu bapa yang melanggan akhbar tersebut mempunyai anak yang memerlukan bahan tersebut.

Oleh itu, aktiviti pengumpulan bahan tersebut akan dapat memanfaatkan sarana yang disediakan oleh akhbar untuk pelajar.

Sumber maklumat melalui papan kenyataan, poster dan sebagainya di sekolah dapat dilihat dan dibaca oleh pelajar setiap masa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Guru dan pelajar mungkin tidak cukup masa untuk menggantikan bahan-bahan dengan lebih kerap. Ibu bapa dan masyarakat boleh mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat secara lebih kerap.

Ibu bapa boleh membuat keratan akhbar tentang berita-berita yang sesuai untuk melengkapi papan kenyataan di bilik darjah atau sekolah.

Langkah ini jika dapat dilaksanakan akan menceriakan bilik darjah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.

Aktiviti tersebut yang melibatkan ibu bapa dan menggunakan surat khabar merupakan langkah untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi kegunaan pelajar di sekolah.

Aktiviti ini adalah antara cadangan yang boleh dilakukan dalam program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik boleh memikirkan aktiviti lain sebagai usaha untuk memupuk semangat belajar yang lebih kental kepada pelajar.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi melaksanakan transformasi pendidikan wajar dihayati oleh semua pihak.

Ibu bapa dan masyarakat wajar mengambil tanggungjawab bersama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

n MD ISHAK A. RAHMAN

SMK Ledang, Johor.

Program Pintar UMW tepati keperluan murid

Posted: 21 Jul 2013 10:27 AM PDT

Murid SJKT Sungai Renggam mengikuti bengkel teknik menjawab soalan dalam program Pintar UMW di sekolah itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Inisiatif Kumpulan UMW menganjurkan program kecemerlangan akademik untuk sekolah angkatnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Renggam memang tepat pada masanya dalam melengkapkan murid tahun enam dengan persediaan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Guru Besar sekolah itu, Vimaladevi N. Sridharan berkata, program berkenaan dapat memberi pendedahan mengenai teknik menjawab soalan kepada calon UPSR.

"Program ini dilaksanakan pada masa yang tepat iaitu ketika murid giat membuat persediaan terakhir menjelang peperiksaan sebenar," katanya ketika ditemui selepas program itu di sekolahnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

SJKT Sungai Renggam dipilih menyertai program PINTAR-UMW mulai tahun ini bersama empat sekolah lain iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Banting, SK Batu laut, Kuala Langat, Selangor; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Moh Ghee Cawangan Georgtown, Pulau Pinang dan SK Kati, Kuala Kangsar, Perak.

PINTAR atau Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility diperkenalkan tahun 2006 bertujuan memberi peluang syarikat korporat membantu sekolah khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan.

Penglibatan Kumpulan UMW menjayakan program PINTAR bermula tahun 2007 dengan me-ngam bil dua sekolah di Pulau Pinang dan kini sudah menaja 16 buah sekolah dan membantu lebih 11,000 murid melalui program itu.

Unit Pendidikan Utusan Malaysia dilantik sebagai penasihat kandungan program yang disertai 171 murid itu.

Menurut Vimaladevi, peluang sebagai sekolah angkat selama tiga tahun kepada program Pintar UMW ini akan dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kami berterima kasih kepada pihak UMW kerana memilih sekolah ini.

"Kesempatan ini akan digunakan untuk berusaha menghasilkan keputusan yang lebih baik dengan sasaran peratus lulus boleh meningkat daripada 60 peratus pada 2012 kepada 70 peratus tahun ini," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved