Utusan Online - Luar Negara |
Lebih 2,000 terbunuh di Syria sepanjang Ramadan Posted: 25 Jul 2013 12:31 PM PDT BEIRUT 26 Julai - Sekurang-kurangnya 2,014 penduduk Syria dengan kebanyakannya tentera dan pemberontak terbunuh dalam perang saudara sejak umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadan 10 Julai lalu. Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, lebih 1,323 yang terkorban merupakan tentera dan pemberontak dengan jumlah kematian terus meningkat dalam empat hari lalu. Selain itu, sebanyak 639 orang awam terbunuh termasuk 105 kanak-kanak dan 99 wanita dengan kebanyakannya terbunuh sewaktu serangan tentera. Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 62 lagi cedera dalam serangan bom kereta di pedalaman Jaramana di tenggara Damsyik, semalam. - AFP |
Rundingan damai Israel-Palestin diadakan 30 Julai ini? Posted: 25 Jul 2013 12:31 PM PDT JERICHO 26 Julai - Menteri Pembangunan Wilayah Israel, Silvan Shalom, semalam membayangkan rundingan damai Asia Barat akan diadakan semula pada 30 Julai ini di Washington, Amerika Syarikat (AS). "Kami berharap, rundingan itu akan bermula minggu depan, mungkin pada Selasa. Namun perkara ini belum diputuskan 100 peratus. "Sekiranya tiada perubahan saat-sat akhir, saya berpendapat, terdapat peluang cerah rundingan akan disambung semula minggu depan di Washington," katanya pada sidang media selepas merasmikan sebuah taman perindustrian di sini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan