Utusan Online - Hiburan |
Stubborn kekal degil demi muzik Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT STUBBORN mula dikenali ramai selepas memperkenalkan genre irama Melayu laju dalam industri muzik indie tempatan. MULA ditubuhkan pada tahun 2006, kumpulan ini nyata kental apabila dua ahli asalnya meneruskan perjuangan yang telah dilaksanakan sejak mereka masih di bangku sekolah lagi. Kini, kumpulan ini dianggotai oleh empat anak muda yang masing-masing mempunyai kerjaya sendiri tetapi minat yang mendalam terhadap muzik membuatkan mereka terus bersatu. Ahli kumpulan Stubborn terdiri daripada Anissabri Alaihi Malek, 24, (vokal/gitar), Farul Fadzri Mohammad Fuzi, 23, (gitar), Mohd. Mu'izzudin Mohd. Minhad, 22, (bass) dan Shafiq Farhan Shahidan, 23, (drum). Menurut Anissabri Alaihi, persaingan yang wujud ketika kumpulannya mula menapak dalam industri muzik indie sememangnya tidak dapat dilupakan kerana sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada peminat dengan mempertaruhkan karya mereka. Kami memutuskan untuk mencari dan memiliki ciri-ciri unik untuk membezakan Stubborn dengan kumpulan muzik underground sedia ada agar mudah dikenali oleh peminat. Stubborn mula bergerak serius pada tahun 2009 dan mencetuskan fenomena baharu dalam industri muzik underground apabila mencipta genre yang agak unik iaitu irama Melayu laju," katanya. Single pertama mereka bertajuk Mimpi diberi nafas menggunakan genre baharu itu terus melonjakkan nama mereka pada tahun 2010. Sehingga kini masih ramai peminat mereka yang meminta untuk mempersembahkan single itu setiap kali Stubborn muncul di atas pentas. Secara keseluruhan, kumpulan ini membawa konsep Punk Rock (Jepun dan Amerika Syarikat) dalam kebanyakan lagu mereka dan nyata berkesan apabila peminat muzik indie tanah air menerimanya walaupun genre berkenaan masih baharu. Irama yang kami bawakan masih fresh dan ia sangat membantu perkembangan karier kami, sekali gus menjadi identiti kami termasuk pembawaan irama Melayu laju. Kami juga sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang mempunyai jalan penceritaan yang dekat dengan masyarakat kita di samping menyelitkan mesej berunsurkan nasihat dan hakikat di zaman moden ini," katanya. Baru-baru ini, Stubborn telah melancarkan single terbaru mereka yang bertajuk Heyy Kirana pada Mac lalu berserta penghasilan video klip yang dilakukan dengan kerjasama Pengarah Lemediator Production, Idham Md. Din menggunakan teknologi skrin hijau. Single ini lebih bercirikan Pop Punk dan juga Dance yang mengisahkan seorang insan melalui satu proses yang sukar untuk menyampaikan hasrat tetapi menunggu saat yang tepat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Kepada anda yang masih tidak berpeluang mendengar genre unik yang dibawa oleh kumpulan ini, apa kata anda dengar sendiri dengan melayari www.facebook.com/stubbornmalaysia, www.twitter.com/wearesostubborn, www.youtube.com/stubbornmalaysia atau stubbornband@yahoo.com. - AZRIN |
Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT KEKANGAN masa tidak menghalang Ainul Aishah untuk beramah mesra serta berkongsi cerita mengenai perkembangan terbaharu dengan peminat-peminatnya. DIKENALI sebagai seorang pelakon wanita yang cukup berbakat dan mempunyai potensi besar dalam bidang lakonan, namun semenjak kebelakangan ini penampilan Ainul Aishah Azizun, 27, kini dilihat semakin berkurangan sama ada di kaca televisyen atau di layar perak. Selain mencipta nama sebagai dramatis yang sudah membintangi pelbagai drama, pelakon berkenaan juga sudah tampil dengan beberapa buah filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria. Jika kamu ingin tahu, Ainul kini semakin bergiat aktif dalam menguruskan perniagaan biskutnya dan selain perniagaan berkenaan, Ainul juga menolong keluarganya membuka cawangan Tutty Fruity di Bangi, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Berkesempatan menemui pelakon berkenaan dalam satu majlis baru-baru ini, Ainul memberitahu buat masa ini dia sememangnya mengurangkan aktiviti seninya dan menumpukan perhatian terhadap perniagaannya yang baru beroperasi dua bulan lalu. Mengimbau kembali penglibatannya dalam bidang seni, wanita bertubuh genit ini berkata, semuanya bermula seawal usia 13 tahun dan dia terlibat secara langsung dalam beberapa iklan komersial televisyen. Maka tak hairanlah namanya pernah terpilih membintangi lebih 30 buah iklan antaranya Pepsi, Maxis, TM, Head & Shoulder dan banyak lagi. Menurut Ainul, idea membuka perniagaan berasaskan biskut bermula hanya suka-suka dengan mempelajarinya di laman web YouTube dan lama-kelamaan dia tergerak hati untuk menjadikan satu cabang niaga buat dirinya. Tanpa diduga, usahanya itu memberi pulangan yang menggalakkan apabila beberapa jenis biskut yang dijualnya mendapat sambutan luar biasa. Kata Ainul, disebabkan perkara itu dia terpaksa menggaji seorang pembantu kerana perlu memenuhi permintaan dan tempahan daripada orang ramai. Ainul nyata seorang yang mempunyai wawasan dan jelas memikirkan masa depannya. Ini kerana dia meletakkan pelbagai strategi untuk memasarkan biskut buatannya itu antaranya dengan cara menempatkan biskut-biskut tersebut di bazar-bazar tertentu serta kedai runcit di sekitar Bangi dan Kuala Lumpur. Menamakan biskut-biskutnya Ainul A Cookies, Ainul juga berhasrat untuk membuka sebuah kafe tidak lama lagi bagi mengembangkan perniagaan tersebut. Sehubungan itu, tambah pelakon drama Begitulah Cinta ini, disebabkan ingin memberi fokus terhadap dunia perniagaan membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutamanya drama bersiri. Mengakui berlakon memerlukan komitmen yang tinggi, membuatkan dia menjadi selektif dan tidak mensia-siakan sekiranya ada watak yang bagus serta sedikit sahaja dia akan pertimbangkan. Terbaharu, Ainul baru selesai penggambaran filem Pilot Cafe dan mengakui menerima tawaran tersebut kerana ingin berlakon di bawah arahan Osman Ali biarpun wataknya hanya sekadar pembantu sahaja. Bagi kamu yang ingin merasai keenakkan biskut buatan Ainul bolehlah melawati instagram miliknya, hanya taip Ainul Aishah dan boleh terus membuat tempahan di situ. Sebagai anak seni, biar sibuk mana sekalipun, Ainul tetap mengutamakan para peminatnya. Baru-baru ini, .com berkesempatan menemukan Ainul bersama peminatnya di satu majlis pembukaan Cosway cawangan Kota Damansara, baru-baru ini. - NORLIDA ROSLAN / AZLAN HADI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan