Isnin, 15 April 2013

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Guru perlu sebar maklumat tepat

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Dali Husin (baju kotak) bersama sebahagian guru pada Majlis Penutup Seminar Transformasi Pendidikan ke Arah Mendokong Aspirasi Negara di Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 14 April - Guru perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat khususnya dalam penentuan pemimpin dan kerajaan yang akan mentadbir negara selepas ini kerana mereka merupakan golongan berwibawa di mata orang ramai.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, para guru tidak wajar terikat dengan ketaksuban kepada parti politik tanpa melihat semua fakta dan realiti yang berlaku sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

Ini kerana, katanya, tanggungjawab mereka kepada anak didik tidak terhad semasa sesi persekolahan sahaja tetapi dalam memastikan kelangsungan generasi muda bagi meniti cabaran masa hadapan.

"Kita tidak mahu para guru dibelenggu dengan pemikiran bahawa ilmu mereka sudah mencukupi dan hanya pandangan mereka sahaja yang betul tanpa melihat kepada semua hujah dan fakta tambahan yang lain.

"Kita harap mereka dapat mendidik masyarakat dengan penyampaian ilmu yang sebenar atau dengan erti kata lain menghurai supaya rakyat dapat memahami dengan jelas soal pemerintahan negara dan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Transformasi Pendidikan ke Arah Mendokong Aspirasi Negara di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan negeri di sini semalam.

Lebih 760 guru dari daerah Pengkalan Chepa menghadiri seminar anjuran bersama Jabatan Pelajaran Kelantan, Biro Tatanegara dan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa tersebut.

Yang turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussain Awang serta barisan pimpinan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Terdahulu dalam ucapannya, Dali mengingatkan semua pihak tidak memberi sokongan kepada golongan yang diselubungi jiwa nurani mereka dengan sifat perkauman.

Jelasnya, pemimpin UMNO dan Pas kebiasaannya tidak tergamak membuat ucapan menghiris hati kaum lain, namun ada sesetengah ahli politik bukan Melayu hari ini bersikap melampaui batas.

"Adakah kita orang UMNO dan Pas pernah berkata kita mahu halau bangsa Cina dari Malaysia? Walaupun kita perjuangkan bangsa dan agama, kita tidak pernah tergamak berkata seperti itu.

"Tetapi sedarkah kita ada ahli politik bukan Melayu semasa berceramah sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu adalah sampah dan mereka berkempen 'ini kalilah' kita sapu sampah keluar dari negara ini," katanya.

Sajian ketam nipah, udang kara tarikan baru pelancong ke Terengganu

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Rahin Mohd. Said (empat dari kanan) membantu memasak udang kara pada pertandingan memasak ketam nipah, udang kara dan udang ketok sempena Pesta Hidangan Terengganu di Kedai Maggi Ketam Kubang Jela, Manir, Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 14 April - Makanan berasaskan ketam nipah, udang kara dan udang ketok melalui pendekatan kreatif para pengusaha restoran boleh menjadi sajian unik yang memikat pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT 2013).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, langkah itu dapat mempelbagaikan daya tarikan berasaskan makanan dan turut membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, jelas beliau, kerajaan negeri melalui Bahagian Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan giat mempromosi makanan unik Terengganu dengan mengetengahkan restoran atau kedai makan yang menyediakan hidangan sedemikian.

''Tidak ramai yang pernah merasai keenakan ketam nipah. Lazimnya, ketam nipah ini hidup di kawasan paya bakau kerana sumber makanannya banyak terdapat di situ.

"Sementara itu, udang kara dan udang ketok pula boleh ditemui di sepanjang perairan khususnya laut di negeri ini yang terkenal dengan terumbu karang serta airnya yang masih lagi belum tercemar," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pertandingan memasak ketam nipah, udang kara dan udang ketok sempena Pesta Hidangan Terengganu di Kedai Maggi Ketam Kubang Jela, Manir di sini semalam.

Sebanyak 10 kumpulan yang terdiri daripada dua peserta bagi setiap kumpulan mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM5,000 itu.

Selain itu, tukang masak profesional juga mengadakan demonstrasi masakan hidangan yang cukup istimewa di mana rasa keenakan udang kara dan ketam nipah dalam pelbagai hidangan.

Terdahulu, seramai 20 peserta mengambil bahagian dalam acara 'bito ketam' atau pertandingan menangkap ketam yang diadakan di sungai berhampiran Kompleks Kraf Tuanku Nur Zahirah di Tanjung Bunut dekat sini.

Dalam pada itu, Abdul Rahin memberitahu, pengenalan produk makanan unik itu yang turut sesuai dalam sajian sup atau gulai boleh diperkenalkan melalui langkah memperkenalkan satu daerah satu produk makanan.

"Melalui program yang dibuat ini, secara tidak langsung, kawasan ini akan dikenali dengan ketam nipah serta udangnya yang terdapat di sini.

"Sebelum ini, beberapa kawasan di daerah Besut dan Kemaman dikenali dengan penghasilan otak-otak dan satar," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved