Utusan Online - Luar Negara |
Dua maut, 100 cedera letupan di Maraton Boston Posted: 15 Apr 2013 04:39 PM PDT BOSTON 16 April - Sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut dan lebih 100 cedera dalam siri letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang berlangsung di Massachusetts, pagi tadi (waktu Malaysia). Setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik letupan yang berlaku manakala media-media tempatan melaporkan bahawa beberapa alat peledak yang tidak meletup telah ditemui di kawasan berhampiran kejadian berkenaan. Insiden dan jumlah kematian serta kecederaan akibat serangan berkenaan disahkan oleh pihak polis Boston. - AFP |
Pengacara televisyen Nepal catat rekod Guinness Posted: 15 Apr 2013 11:53 AM PDT KATHMANDU 16 April - Seorang pengacara televisyen berjaya mencatat rekod baru dunia selepas mengendalikan rancangan bual bicara terpanjang yang membicarakan tentang pengasas agama Buddha selama lebih dua hari. Bekas wartawan televisyen, Rabi Lamichhane telah berhijrah dari Nepal dan menjadi pengurus restoran makanan segera di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat kembali ke negaranya untuk mengendalikan program bual bicara tanpa henti selama 62 jam dan 12 minit, satu pencapaian yang diiktiraf oleh Guinness World Records. "Bukan sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kadang kala saya sukar memberi perhatian," kata Lamichhane. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan