Utusan Online - Luar Negara |
2 didakwa sebar gambar separuh bogel Catherine William Posted: 24 Apr 2013 11:32 AM PDT PARIS 25 April - Sebuah mahkamah di sini semalam mendakwa dua individu atas kesalahan menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine yang mencetuskan kontroversi. Menurut sumber mahkamah, kedua-dua individu terbabit merupakan Pengarah Mondadori Group yang bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan dalam majalah Closer dan seorang jurugambar akhbar La Provence. Hakim mahkamah mendakwa jurugambar berkenaan atas tuduhan mengganggu ketenteraman orang lain kerana mengambil gambar Catherine berpakaian renang ketika sedang bercuti bersama William di selatan Perancis. Bagaimanapun identiti kedua-dua tertuduh tidak didedahkan. Gambar kontroversi Catherine itu disiarkan dalam akhbar La Provence namun, kebanyakan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge tersebut disiarkan dalam majalah Closer pada keluaran September lalu. - AFP |
Lapan maut dalam letupan bom kereta di Baghdad Posted: 24 Apr 2013 11:30 AM PDT BAGHDAD 25 April - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 23 lagi cedera apabila sebuah bom kereta meletup di sini, semalam. Menurut kenyataan polis, letupan berkenaan berlaku di sebuah pasar jualan barangan telefon bimbit di Al-Husseiniyah, timur Baghdad. Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan