Utusan Online - Luar Negara |
Suspek pengeboman Boston ditangkap - CNN Posted: 17 Apr 2013 11:17 AM PDT BOSTON 18 April - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini dilapor telah menangkap seorang suspek yang terlibat dalam kes pengeboman di Boston yang mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 176 orang. Stesen televisyen kabel, CNN melaporkan, suspek tersebut dikesan dan ditahan berdasarkan rakaman video dari sebuah kedai dan stesen televisyen tempatan. Dalam laporan berasingan, akhbar Boston Globe melaporkan, penangkapan terbabit dibuat selepas pihak berkuasa menemukan sekeping gambar yang menunjukkan seorang suspek membawa beg hitam ke lokasi letupan kedua. Butiran lanjut tentang penahanan suspek berkenaan akan diumumkan dalam sidang akhbar khas di Boston pada pukul 5 petang ini (5 pagi waktu Malaysia hari ini). - AFP |
Barat akan terima padah kerana sokong pemberontak Syria Posted: 17 Apr 2013 11:15 AM PDT KAHERAH 18 April - Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini memberi amaran, negara Barat akan menerima balasan setimpal kerana menyokong 'kumpulan al-Qaeda' yang terlibat dalam pemberontakan di negara itu. Dalam wawancara bersama stesen televisyen Al-Ikhbariya, Bashar mendakwa, negara Barat sebelum ini telah membiayai al-Qaeda di Afghanistan dan akan menerima balasan atas perbuatan tersebut. "Kini, mereka (Barat) menyokong dan membiayai al-Qaeda di Syria, Libya dan beberapa tempat lain. "Amerika Syarikat dan negara Eropah yang terlibat dalam pemberontakan di Syria akan menerima padah atas perbuatan mereka," tegasnya. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan