Utusan Online - Feminin |
Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT FENOMENA tudung yang pelbagai jenis, daripada yang mudah dipakai sehinggalah selendang panjang, kesemuanya menjadi pilihan muslimah yang meminati fesyen hijab pada hari ini. Sebelum tercetusnya fenomena itu, tudung bawal merupakan tudung yang menjadi pilihan kerana mudah dipakai dan senang digayakan dalam sebarang majlis. Dengan kemunculan pelbagai jenis tudung terbaharu, tudung bawal mulai dilanda zaman malap. Ada yang menganggap tudung bawal adalah tudung budak sekolah, selain telah lapuk dan tidak mengikuti gaya serta trend terkini. Namun sejak akhir-akhir ini, fenomena busana Muslim yang sentiasa berkembang telah menyuntik nafas baru kepada penggemar tudung bawal. Ini dapat dilihat pada pelbagai rekaan, corak dan warna yang lebih cantik di pasaran. Dengan menggunakan rona-rona menarik dan terkini, rekaan bunga timbul (3D) dan rekaan eksklusif dengan tambahan lace menjadikan ia kembali diminati para penggemar fesyen masa kini. Baru-baru ini, krew .com dapat melihat sendiri beberapa rekaan dari Butik De Wanie Scarf dan Shawl yang mengetengahkan beberapa rekaan tudung bawal yang menarik. Gabungan warna yang ceria serta segar menghidupkan kembali tudung budak sekolah ke arena yang lebih baik, sekali gus mula mendapat tempat dalam kalangan penggemar busana Muslim. - AMIRUL |
Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT CAHAYA matahari memang bagus untuk kulit. Namun, kita sering terlupa bahawa kesan akibat terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit mengalami selaran cahaya atau lebih dikenali sebagai sunburn. Gejala sunburn ini sering dihadapi oleh mereka yang menggemari aktiviti pantai. Sudah tentulah aktiviti snokerling, melepak dan mandi laut menjadi antara aktiviti wajib bagi mereka yang menjejakkan kaki di pantai-pantai peranginan terkenal. Dalam percutian itu, tentu ada dalam kalangan kamu yang leka kerana terlalu asyik menikmati keindahan alam semula jadi sehingga membiarkan kulit menjadi mangsa terik mentari. Justeru, sebelum kamu memulakan sebarang aktiviti yang menyeronokkan di pantai, apa kata kamu baca dahulu informasi dan langkah-langkah yang perlu kamu ambil untuk mengelakkan kulit terbakar akibat selaran mentari. - LAILISUHANA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan