Selasa, 23 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Gas beracun: 55 pelajar dikejarkan ke hospital

Posted: 23 Apr 2013 02:58 AM PDT

ALOR SETAR 23 April - Seramai 55 orang pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Seri Pantai di Kuala Kedah dekat sini dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kerana disyaki terhidu gas beracun pagi tadi.

Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, mereka terdiri daripada 50 pelajar perempuan dan lima pelajar lelaki.

"Pelajar-pelajar yang dihantar ke hospital oleh ambulans dan ibu bapa sendiri masih ditahan di wad kerana pihak kami masih tidak mengetahui punca sebenar. Jadi kami akan pantau keadaan mereka dahulu sebelum boleh benarkan mereka pulang.

"Pelajar-pelajar ini menunjukkan simptom-simptom seperti sesak nafas dan muntah-muntah tetapi semuanya berada dalam keadaan yang stabil," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.38 pagi dan anggota bomba dari Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian. - BERNAMA

Cuaca buruk, PM tidak dapat hadiri program di Kota Belud

Posted: 23 Apr 2013 02:28 AM PDT

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

KOTA BELUT 23 April - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menghadiri majlis bersama rakyat di Parlimen Kota Belud petang ini akibat cuaca buruk.

Helikopter yang sepatutnya membawa Perdana Menteri dari Bogawan tidak dapat berlepas ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, Najib menyampaikan salam kemaafan kepada kira-kira 10,000 rakyat yang menanti kehadirannya menerusi panggilan telefon kepada calon Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Perdana Menteri dijadualkan menghadiri program bersama rakyat di Kampung Taun Gusi, dekat sini selepas menghadiri program di Bogawan. - UTUSAN ONLINE

Harga getah rendah, pekebun diberi insentif RM500

Posted: 23 Apr 2013 12:33 AM PDT

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

KUALA LUMPUR 23 April - Kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara akan menikmati insentif sebanyak RM500 daripada kerajaan berikutan harga getah yang semakin menurun.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM 160 juta untuk tujuan itu.

Katanya, agihan insentif ini akan dibuat secepat mungkin dan secara berperingkat-peringkat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved