Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Mangsa kebakaran dapat rumah

Posted:

Mangsa kebakaran dapat rumah

Mangsa kebakaran dapat rumah

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my


Idris Jusoh (kanan) meninjau kerja membersihkan tapak rumah yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Lak Lok Dalam, Besut, kelmarin.


BESUT 1 Jan. - Sekeluarga lima orang yang tinggal sehelai sepinggang ekoran kebakaran rumah mereka di Kampung Lak Lok Dalam dekat sini baru-baru ini menerima khabar gembira semalam.

Mereka bakal memiliki sebuah rumah baru berharga RM33,000 di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang akan dibina mulai minggu ini.

Berita gembira itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh ketika menziarahi keluarga malang itu, semalam.

Semalam juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk kampung bergotong-royong bagi membersihkan kawasan tapak rumah yang terbakar itu.

Idris yang turut meninjau kerja-kerja membersih itu berkata, kerajaan telah mengambil tindakan segera bagi membantu keluarga berkenaan mendapatkan rumah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, kesemua mereka tinggal sehelai sepinggang apabila gagal menyelamat apa apa barang termasuk dokumen penting milik mereka.

Idris yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata, usaha itu untuk memastikan keluarga malang itu tidak mengalami masalah kerana ketiadaan tempat tinggal ekoran kejadian itu.

Tambahnya, kerjasama antara JKKK dan penduduk yang menghulurkan pertolongan, ditambah dengan bantuan kerajaan dapat mengurangkan bebanan keluarga malang itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis berjaya selesai 256 kes jenayah komersial

Posted:

Polis berjaya selesai 256 kes jenayah komersial

Polis berjaya selesai 256 kes jenayah komersial

KOTA BHARU 1 Jan. - Sebanyak 493 kes jenayah komersial antara lain melibatkan penipuan dan jenayah siber dicatatkan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 256 kes atau 52 peratus kes berjaya diselesaikan membabitkan 56 tangkapan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan Nazely Mohd. Said berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 277 kes melibatkan penipuan dan 125 kes lagi jenayah siber termasuk cabutan bertuah dan peraduan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, kes penipuan itu termasuk tangkapan seorang lelaki berusia 44 tahun yang didakwa memperdaya mangsa dalam lelongan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakibatkan kerugian hampir RM60,000.

"Kes-kes membabitkan jenayah penipuan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan, manakala jenayah siber pula disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan kepada Supritendan Mohamed Zulmazi Che Daud di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Nazely berkata, secara umumnya bilangan kes jenayah komersial yang direkodkan sepanjang tahun lalu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang nikmati pelancongan udara dengan hanya RM80

Posted:

Peluang nikmati pelancongan udara dengan hanya RM80

Peluang nikmati pelancongan udara dengan hanya RM80

KOTA BHARU 1 Jan. - Orang ramai kini berpeluang menaiki pesawat ringan bagi melihat keindahan panorama negeri ini dari udara seperti pantai di Bachok sehinggalah ke Gunung Stong di Dabong, Kuala Krai dengan bayaran hanya sebanyak RM80.

Aktiviti rekreasi udara itu merupakan tarikan terbaharu industri pelancongan di negeri ini hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kelab Penerbangan Udara Kota Bharu (KBFC).

Penasihat KBFC, Najib Badruddin berkata, aktiviti rekreasi tersebut mendapat sokongan penuh institusi penerbangan Asia Pasific Flight Training (APFT) yang menyediakan 40 pesawat dan 35 juruterbang kepada sesiapa sahaja yang mahu menikmatinya.

"Dengan hanya dikenakan caj bayaran pengurusan dan insurans sebanyak kira-kira RM80, sesiapa sahaja kini boleh terbang menikmati keindahan negeri ini selama 15 hingga 30 minit.

"Mereka akan dibawa menjelajah pesisir pantai, melihat keindahan Gunung Stong dan beberapa lagi pusat pelancongan di Kelantan termasuk bandar Kota Bharu sendiri," katanya kepada pemberita semasa membawa media melawat pejabat KBFC di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad dan Pengetua APFT, Kapten Dawek Sabeli.

Sementara itu, Zurina berkata, Tourism Malaysia akan menyediakan pakej terbaik kepada pelancong yang datang ke negeri ini untuk memudahkan akses mereka sebagai sokongan kepada Tahun Melawat Kelantan 2012.

"Kerajaan negeri mensasarkan enam juta pelancong sepanjang 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, justeru ini adalah antara usaha kita untuk menjayakannya.

"Fokus utama Tourism Malaysia adalah kepada pelancong yang menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi persinggahan untuk ke pusat peranginan lain seperti Pulau Perhentian dan di seluruh Pantai Timur," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved