Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tragedi menjelang Tahun Baru 2012

Posted:

Tragedi menjelang Tahun Baru 2012

Tragedi menjelang Tahun Baru 2012

Oleh AMIZUL TUNIZAR
AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Salah sebuah kereta yang terlibat dalam nahas di Kilometer 9.6, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat Lekir, Seri Manjung, Lumut, semalam.


LUMUT 1 Jan. – Ketika seluruh masyarakat menantikan detik menyambut Tahun Baru 2012, satu nahas ngeri meragut nyawa tujuh remaja termasuk dua beradik berlaku di Kilometer 9.6, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat Lekir, Seri Manjung malam tadi.

Nahas pada pukul 10.30 malam itu melibatkan dua buah kereta iaitu Honda Stream dan Honda Civic dengan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG.

Mereka yang maut ialah enam penumpang Honda Stream iaitu Mohamad Kamil Samsuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15; Mohamad Hadi Sulaiman, 17 dan abangnya, Badrul Isa Sulaiman, 19.

Kesemuanya dari Batu 15 Lekir, Sitiawan dekat sini.

Turut terkorban ialah Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dari Kampung Parit Haji Dollah, Sitiawan; Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, dan pemandu kenderaan pelbagai guna itu, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, berasal dari Sungai Mekong, Jeli, Kelantan.

Ketika kejadian, MPV dinaiki 10 penumpang itu dipercayai baru pulang dari membeli peralatan sekolah di Sitiawan sebelum terlibat dalam nahas.

Pemandu treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, yang berasal dari Lebuh Padang Tembak, Pulau Pinang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM).

Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Supritendan Ismail Munajat berkata, Mohd. Hisam meninggal dunia di HSM pukul 8.35 pagi ini manakala enam penumpang yang lain mati di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang, Khairul Mohd. Noor, 17, dari Batu 15, Lekir yang berada di tempat duduk sebelah pemandu hanya cedera ringan.

"Dua lagi penumpang perempuan MPV itu belum dikenal pasti kerana mereka telah pulang ke rumah dan tidak membuat laporan polis. Salah seorang daripada mereka cedera ringan dan seorang lagi tidak cedera," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ismail, kesemua mangsa yang terbunuh mengalami kecederaan serius termasuk pecah dan putus kepala, mata tercabut dan perut terburai.

Menurutnya, nahas berlaku apabila MPV tersebut yang dari arah Sitiawan hilang kawalan ketika cuba memotong kereta Honda Civic di laluan kecemasan.

Katanya, MPV berkenaan kemudian masuk secara mengejut ke laluan hadapan kereta Honda Civic itu lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan.

"Ia menyebabkan MPV itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga ramai penumpang kenderaan itu tercampak keluar. Seorang terjatuh di atas kereta Honda Civic berkenaan.

"Treler tersebut pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh gerai buah-buahan di tepi jalan.

Difahamkan, treler itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati MPV tersebut dipercayai dipandu laju melebih 120 kilometer sejam berdasarkan keadaan kenderaan yang tercabut bumbung dan tercampak sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Katanya, keadaan jalan di situ lurus dan tidak hujan sewaktu kejadian. Ia agak gelap kerana tiada lampu jalan.

"Namun demikian kawasan itu sering berlaku kemalangan, mungkin disebabkan terdapat banyak gerai buah-buahan di tepi jalan dan menjadi punca banyak kereta berhenti di lorong kecemasan untuk membeli buah-buahan," katanya.

Ismail memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

Bapa pilu hilang dua anak serentak

Posted:

Bapa pilu hilang dua anak serentak

Bapa pilu hilang dua anak serentak

IPOH 1 Jan. - Tahun 2012 yang membuka tirainya hari ini mengundang rasa pilu kepada Sulaiman Din, 42, apabila kehilangan dua anak lelaki serentak dalam nahas ngeri yang meragut tujuh nyawa di Kilometer 9.6, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat sini malam tadi.

Dua anak lelaki Sulaiman iaitu Badrul Isa, 19, dan Mohamad Hadi, 17, serta anak angkatnya, Mohd. Hisam, 22, adalah antara tujuh penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream yang maut dalam tragedi itu.

Sulaiman memberitahu, Mohamad Hadi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 10 di Lekir, sepatutnya melaporkan diri dan menaiki bas di Sitiawan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

"Kemalangan ini sungguh memilukan kami sekeluarga. Ini adalah ketentuan takdir dan saya reda dengan pemergian mereka," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Seri Manjung (HSM) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam tadi, tujuh remaja termasuk dua beradik itu terbunuh apabila MPV yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler ketika kebanyakan rakyat sedang menantikan detik menyambut tahun baru 2012.

Sementara itu, kemalangan tersebut menemukan Sulaiman dengan keluarga kandung Mohd. Hisam yang menjadi anak angkatnya sejak beberapa bulan lalu.

Sulaiman berkata, Mohd. Hisam tinggal dengan keluarganya sejak lima bulan lalu kerana bekerja di tempat yang sama dengan anaknya, Badrul di sebuah syarikat membuat kapal gerudi minyak di sini.

"Sebelum ini, saya tidak pernah berjumpa dan hanya bercakap dalam telefon dengan bapa kandung Mohd. Hisam, Mat Zaki Abd. Rahman. Selepas kejadian ini, barulah kami bersua muka," katanya.

Mat Zaki, 58, pula memberitahu, dia mendapat tahu mengenai kejadian menimpa anaknya pada pukul 12.30 tengah malam tadi dan terus bertolak dari Jeli, Kelantan dan sampai di sini pukul 7 pagi ini.

Katanya, Mohd. Hisam merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik dan belajar di Yemen sejak berusia 16 tahun.

"Dia pernah berkahwin tetapi telah bercerai. Hasil perkahwinan itu, dia mempunyai seorang anak berusia setahun," katanya.

Sementara itu, Yusuf Said, 46, bapa kepada seorang lagi mangsa, Muhammad Shafik Redzuan, 16, tidak menyangka keengganan anaknya itu membeli pakaian sekolah baru merupakan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

"Saya suruh dia pergi beli baju sekolah baru kerana sekolah akan bermula tidak lama lagi tetapi dia cakap tidak perlu kerana baju lama masih boleh dipakai," katanya.

(Tolong pakai mgshot Yusuf Said)

Full content generated by Get Full RSS.

Ambil iktibar perhimpunan haram Bersih

Posted:

Ambil iktibar perhimpunan haram Bersih

Ambil iktibar perhimpunan haram Bersih

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kemusnahan yang timbul akibat perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu seharusnya menjadi pengajaran dan tidak diulangi lagi pada 9 Januari ini.

Sehubungan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru rakyat negara ini menggunakan kewarasan akal mereka dengan tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, seperti Bersih, perhimpunan haram itu akan membawa kerugian kepada negara dan rakyat semata-mata.

Katanya, perhimpunan seperti itu juga akan menimbulkan huru hara dan suasana tidak selesa kepada orang ramai serta pelancong asing, merugikan peniagaan, merosakkan harta benda awam dan mewujudkan risiko kecederaan kepada masyarakat sekitar.

"Sanggupkah pembangkang memperjudikan keselamatan negara dan rakyat dengan mengadakan perhimpunan seperti itu yang sudah pasti merugikan semua pihak. Orang ramai jangan memperjudikan masa depan dengan menyertai perhimpunan berkenaan.

"Bukan itu caranya, kita ada saluran undang-undang dan jika ada benda yang tidak puas hati guna cara yang betul. Berarak beramai-ramai bukan boleh menyelesaikan masalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dilancarkan oleh parti pembangkang bagi menyeru orang ramai terutama mahasiswa turun ke jalanan pada 9 Januari ini iaitu hari Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Tan Pei Leong pula menyeru lebih 120,000 belia di bawah pertubuhannya agar tidak menyertai perhimpunan haram tersebut kerana ia hanya akan membawa keburukan kepada pembangunan mereka.

"Isu sebegini tidak membangunkan belia. Gejala bantahan jalanan ini perlu dihentikan supaya pembangunan golongan itu dapat berkembang dengan pesat dan tidak direncatkan oleh anasir yang membelakangkan undang-undang negara.

"YMM tidak akan berkompromi dengan anasir seumpama ini. Pada kami, belia perlu memberi fokus pada agenda membangunkan kebajikan mereka sendiri daripada terjebak dengan perhimpunan haram," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohd. Wadzir Abd. Bahari pula menolak taktik jahat pembangkang itu dengan menyifatkan tindakan terdesak tersebut hanya akan mengundang kekacauan terhadap keharmonian yang dikecapi negara ini.

Katanya, perkara tersebut merupakan isu moral yang bersifat peribadi dan sepatutnya rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap sistem perundangan negara.

"Saya menyeru orang ramai membantah perhimpunan haram ini dan menunjukkan sokongan mereka terhadap sistem perundangan negara yang telus," jelasnya.

Perkara sama turut ditekankan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang menyifatkan Anwar kini sebenarnya takut menjelang tarikh tersebut dan akan mencipta pelbagai helah.

"Terdapat banyak alasan dan helah digunakan Anwar untuk mengalih perhatian ramai seperti penangguhan kes liwatnya ini, enggan bersumpah, tidak mahu menyerahkan asid deoksiribonuleik (DNA) dan bermacam lagi.

"Anwar kini juga mengatur beberapa pertemuan dengan kedutaan asing. Kita ingin tahu ke mana lagi dia nak lari untuk menyembunyikan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang selepas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved