Utusan Online - Pahang |
- Perlu diberi maklumat jelas
- Jangan terpengaruh khabar angin
- ADTEC mercu tanda pendidikan di Jerantut
Posted: Perlu diberi maklumat jelasOleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA PAYA BESAR 25 Dis. - Setiap warga Felda perlu diberi maklumat jelas berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia supaya mereka tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan pembangkang. Pengerusi Tetap Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Asrullah Affendi Abdullah berkata, sudah menjadi kebiasaan pembangkang mencari isu dan mereka-reka cerita bahawa apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan hanya akan menyusahkan dan merugikan rakyat. "Penyenaraian FGVH yang turut membabitkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad adalah amat baik kerana ia akan membolehkan setiap warga Felda memperoleh keuntungan dan ganjaran pada masa depan. "Namun pembangkang telah mengeksploitasi cadangan itu untuk mengaburi minda warga Felda yang belum jelas dengan butiran penyenaraian tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama Ketua Pemuda UMNO negeri, Abu Jimi Samat di sini baru-baru ini. Asrullah Affendi berkata, penyenaraian syarikat itu juga membuktikan satu lagi usaha murni kerajaan khususnya untuk mengangkat status sosial dan ekonomi warga Felda di seluruh negara. "Secara logik, kerajaan tidak sama sekali mahu menyusahkan rakyat setelah pelbagai usaha yang dirancang sebelum ini terbukti memberi kesan yang sangat positif," katanya. Sementara itu, katanya, MBFM yakin warga peneroka akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan yang kini diterajui Felda. "Walaupun ada sedikit masalah kepimpinan dalam Felda, ia bukan isu besar. Ini kerana, Felda diwujudkan atas semangat kerjasama dan menyokong kepimpinan yang menerajuinya," katanya. |
Jangan terpengaruh khabar angin Posted: Jangan terpengaruh khabar anginRAUB 25 Dis. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan berakhir pada 31 Disember ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, khabar angin itu jelas bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan memburukkan imej kerajaan. Katanya, permohonan BR1M yang mula dibuka 10 Disember lalu hanya akan ditutup pada 10 Januari depan. Borang boleh diperolehi di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan, Pejabat Kebajikan Masyarakat, sekolah-sekolah terpilih, Pejabat Daerah dan ketua kampung secara percuma. ''Khabar angin yang tidak bertanggungjawab itu bertujuan mengelirukan orang ramai serta berniat jahat untuk mengkhianati rakyat dan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah keluarga daif dalam DUN Dong di sini hari ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub menggesa mereka yang belum memohon supaya mendapatkan borang tersebut segera sebelum tamat tempoh tersebut. Katanya, borang yang mudah diisi itu perlu dihantar segera sama ada terus kepada jabatan-jabatan terbabit atau melalui penghulu, ketua kampung atau pejabat wakil rakyat. Shahiruddin yang juga Pengerusi GiatMara sangat kesal dengan khabar angin itu dan berharap orang ramai tidak mudah percaya. ''Saya juga meminta pemimpin UMNO setempat dan ketua kampung membantu pemohon terutama golongan warga emas mengisi borang tersebut," ujarnya. |
ADTEC mercu tanda pendidikan di Jerantut Posted: ADTEC mercu tanda pendidikan di JerantutPusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) bernilai RM100 juta yang bakal melahirkan tenaga kerja dalam sektor industri negara bakal beroperasi tahun depan di Kampung Temin, Jerantut. JERANTUT 25 Dis. - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di bandar ini yang bernilai RM100 juta merupakan mercu tanda baru kepada sektor pendidikan di daerah Jerantut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, ADTEC yang akan memulakan pengambilan pertama Januari depan bakal menawarkan sebanyak 720 tempat untuk penuntut sehingga ke peringkat pengajian diploma. "ADTEC akan membantu menjana pembangunan bandar Jerantut dan kawasan berdekatan dari aspek ekonomi mahupun landskap baru industri di daerah ini. "Peruntukan tambahan bernilai RM100 juta lagi untuk kelengkapan peralatan dan perkakasan akademik, pentadbiran dan penempatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Menurut Lee, projek berkenaan yang dibina di atas tanah seluas 24 hektar dibahagikan kepada zon pentadbiran, akademik, kawasan riadah dan asrama serta kediaman staf dan tenaga pengajar. Justeru, katanya, projek ADTEC di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia menawarkan kursus mekanikal dan pengeluaran seperti teknologi pembuatan, reka bentuk produk industri dan kimpalan yang masing-masing menawarkan 150 tempat. ''Kursus Teknologi Bahan Termaju Plastik juga bakal menawarkan tempat untuk seramai 120 orang manakala kursus Teknologi Komputer, iaitu komputer keselamatan (90 orang) dan komputer rangkaian (90 orang)," ujarnya. Beliau berkata, kompleks itu akan menjadi institusi melahirkan graduan berkualiti dan berkemahiran tinggi sejajar permintaan pasaran kerja tempatan dan juga keperluan sektor perindustrian negara. Lee berkata, peluang latihan yang terdapat di ADTEC terbuka kepada belia lepasan sekolah menengah dan graduan daripada institusi latihan kemahiran serta pekerja dari industri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. ''Belia lepasan menengah dan graduan dari institusi latihan kemahiran yang memiliki sijil SKM Tahap 2 atau 3 adalah layak memasuki program latihan jangka panjang untuk memperoleh Diploma Teknologi dan Diploma Lanjutan Teknologi," tambah beliau. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan