Sabtu, 5 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Terminal bas sesak, lebuh raya lancar

Posted:

Terminal bas sesak, lebuh raya lancar

Terminal bas sesak, lebuh raya lancar

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my


ORANG ramai bersesak mendapatkan tiket bas untuk pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Terminal pengangkutan awam sekitar ibu negara terus dipenuhi orang ramai yang ingin pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) mendapati kaunter-kaunter tiket masih dikerumuni orang ramai yang mahu pulang pada saat akhir.

Seorang kakitangan TBS-BTS yang ditemui berkata, bilangan penumpang meningkat mendadak sejak semalam.

"Sejak dari semalam keadaan sudah mula sesak namun sedikit lengang hari ini," katanya ketika ditemui di terminal berkenaan, di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan mendapati keadaan lalu lintas berjalan lancar biarpun kenderaan mula bertambah.

Kebanyakan kenderaan tidak perlu menunggu lama untuk melepasi plaza tol berkenaan.

Kelancaran perjalanan hari ini juga disebabkan ramai warga kota sudah pulang ke kampung masing-masing sebaik selesai waktu pejabat semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Alumni UIAM sasar 300 delegasi hadir sidang GMM

Posted:

Alumni UIAM sasar 300 delegasi hadir sidang GMM

Alumni UIAM sasar 300 delegasi hadir sidang GMM

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyasarkan hampir 300 delegasi dari dalam dan luar negara akan menghadiri Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) pada 17 Januari tahun depan.

Persidangan selama tiga hari bertemakan "Ke Arah Keamanan yang Kekal dan Adil" itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Presidennya, Khalek Awang berkata, persidangan itu merupakan inisiatif UIAM demi memperkukuhkan pemahaman masyarakat dunia mengenai konsep kesederhanaan.

"Sasaran persidangan ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institut penyelidikan dan pemimpin pembuat dasar negara. Kita juga berharap ada wakil kedutaan seperti Amerika Syarikat, Turki dan Indonesia mengambil bahagian dalam persidangan kali ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau menambah, 200 daripada 300 delegasi itu dijangka wakil dari luar negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved