Sabtu, 5 November 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Pak Ali, gramofon & piring hitam

Posted:

Pak Ali, gramofon & piring hitam

Pak Ali, gramofon & piring hitam

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto ISMAIL KAMADIN



HARTA' yang dimilikinya sekarang merupakan khazanah paling berharga buat usahawan ubat-ubatan tradisional yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang ini.

Malah dia berbangga kerana menjadi pewaris paling layak kepada gramofon kesayangan datuknya, Allahyarham Hamad Arshad.

Mandat penjagaan diterima apabila Ali Ahmad Ariff menunjukkan minat yang sama dengan datuknya sejak berusia 13 tahun.

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, berita gembira itu disambut riang lelaki yang mesra dipanggil Pak Ali.

"Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bangganya saya bila arwah datuk mewariskan pemain muzik kesayangannya itu kepada saya," reaksi awal ketika ditanya latar belakang koleksinya itu.

Tambahan pula masyarakat Melayu sekitar tahun 40-an mengkategorikan pemilik peti nyanyi termasuk radio sebagai orang kaya.

Persepsi itu wujud lantaran hiburan sebenar ketika itu sukar diperoleh dan hanya dinikmati di kalangan individu golongan yang mempunyai kewangan kukuh.

Kepayahan

Sejak itu, lelaki berusia 64 tahun ini memulakan siri pencarian piring hitam artis tempatan dan antarabangsa.

Antara yang dimiliki piring hitam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Begawan Solo dari Indonesia.

Turut diminati Pak Ali adalah koleksi lagu-lagu rakyat dan himpunan lagu klasik jazz, R&B yang popular sekitar tahun 40-an.

Semuanya adalah rekod asli yang dibeli dari semasa ke semasa sehingga jumlah keseluruhan koleksi piring hitamnya mencecah 400 keping.

Muzik yang sudah sebati dengan dirinya dek dimainkan setiap hari itu juga menjadi nadi dan menyuntik semangat Pak Ali untuk menjalani kehidupan seharian.

Ditanya mengenai kepayahan menjaga koleksinya itu, katanya, penjagaan kulit setiap rekod simpanannya menuntut perhatian yang lebih.

Kebanyakannya tidak tahan lasak dan mudah koyak sehingga dikhuatiri menjejaskan kualiti keseluruhan piring hitam terutama jika ada calar.

Selain itu, bapa kepada dua anak ini juga cukup berhati-hati di bahagian jarum gramofon kerana alat ganti sukar untuk dicari.

Full content generated by Get Full RSS.

Gaya kediaman moden di Bahau

Posted:

Gaya kediaman moden di Bahau

Gaya kediaman moden di Bahau

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KALAU dulu, jika disebut dekorasi kediaman, golongan luar kota metropolitan atau pinggiran bandar memilih gaya seringkas yang boleh. Menjengah dekorasi kediaman mereka, masih lagi terdapat elemen lama seperti perabot kayu dan rotan.

Tanpa terikat dengan tema tertentu, pemilik kediaman lebih selesa menghias mengikut gaya 'suka-suka'. Konsep ini cenderung kepada kemampuan isi rumah atau sekadar melengkapkan perabot di ruang tamu, dapur mahu pun bilik tidur.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Melewati sebuah pusat perhentian hiasan kediaman di Bahau, Negeri Sembilan, penulis berpendapat penduduk di situ lebih berminat kepada konsep kediaman moden.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di Bahau memberi ilham kepada penduduk sekitarnya untuk mencari perabot moden dengan warna-warna yang lebih berani.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Bahau , ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep kediaman, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi yang melangkah ke rumah baru khususnya pasangan pengantin, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya.

Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur yang mengetengahkan warna merah misalnya, menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang berehat keluarga seperti sofa boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga luar kota metropolitan seperti di Bahau yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bahau ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

Dalam pada itu, cawangan IDF yang baru di buka 23 Oktober lalu menawarkan harga runtuh khususnya untuk penduduk Bahau. Manakala pasangan pengantin baru boleh mendapatkan set kelengkapan bilik tidur dengan harga yang istimewa. Orang ramai yang berbelanja RM 3 ribu ke atas turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah percuma.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved