Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penjelasan hudud mustahak

Posted:

Penjelasan hudud mustahak

Penjelasan hudud mustahak

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Sept. – Pelaksanaan hukum hudud di negara ini atau di Kelantan memerlukan penjelasan terperinci berhubung prosedur dan kaedah hukumannya kepada rakyat supaya tidak menimbul kekeliruan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik perhatian bagaimana hukum hudud dilaksanakan di Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan tetapi kerana tidak cukup persediaan oleh kerajaan masing-masing, pelaksanaannya gagal berfungsi dengan baik.

Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan kerajaan negeri Pas Kelantan sama ada telah menyediakan syarat- syarat yang cukup daripada segi undang- undang untuk melaksanakan hukum hudud tersebut atau hanya sekadar gimik menguar-uarkan untuk berbuat demikian.

"Kita tidak boleh bercakap (menguar-uarkan akan melaksanakan hukum hudud) sahaja, ia (pelaksanaannya) perlu persediaan yang cukup, kalau sudah siap, bolehlah jalankan.

"Pada saya, tidak kiralah sama ada rancangan pelaksanaan hukum hudud ini ada tujuan politik atau tidak, sebab tujuannya adalah betul.

"Tapi janganlah kita hanya gimik sahaja, itu satu pendustaan...kalau gimik, itu memang satu penipuan. Kalau sudah ada kemampuan, teruskanlah sahaja pelaksanaan hudud ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas hasrat kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud meskipun ditentang keras oleh sekutu rapatnya, DAP dalam pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya Ahad lalu berkata, Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Ditanya sama ada hukum hudud boleh dipakai ke atas orang bukan Islam di negara ini, Harussani berkata: "Kenakan ke atas orang Islam sahaja pun tak mengapa (manakala), yang bukan Islam boleh dihukum dengan cara lain."

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa belum tiba masanya untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, ditambah dengan komposisi kaum yang mendiami negara ini, beliau menegaskan: "Kalau belum tiba masanya, bila pula akan muncul masa tersebut."

Kerajaan tidak tolak hukum hudud

Posted:

Kerajaan tidak tolak hukum hudud

Kerajaan tidak tolak hukum hudud

SEREMBAN 27 Sept. - Kerajaan tidak menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, sebaliknya komited untuk menyeragamkan undang-undang Islam di semua negeri yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, kerajaan tidak pernah menafikan hukum itu, namun pelaksanaannya perlu ada kesesuaian dan fleksibilitinya.

"Kita tidak nafikan hukum hudud dan qisas tetapi pembangkang pula jangan terlalu ghairah dan bersikap retorik menggunakan idea itu semata-mata untuk menarik perhatian rakyat.

"Kerajaan sentiasa komited dalam melaksana dan memperbaiki sistem perundangan Islam di negara ini. Ia dapat dibuktikan dengan wujudnya undang-undang syariah di negara ini," katanya pada sidang akhbar Karnival Transformasi Pengurusan Islam di Universiti Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini, hari ini.

Jelas beliau, sejak zaman sebelum merdeka lagi, rakyat dapat menyaksikan usaha kerajaan untuk memantapkan lagi sistem perundangan Islam di negara ini.

"Sebab itu majlis agama negeri dibentuk, Undang-Undang Syariah diwujudkan yang diketuai oleh Majlis Raja-Raja, manakala bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan ia akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Naikkan caruman

Posted:

Naikkan caruman

Naikkan caruman

Oleh MAHIRAH ZAKARIA
dan MOHD.FAHMI ZAKI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Majikan digesa menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 13 peratus kepada 15 peratus untuk meringankan beban pekerja selepas tamat perkhidmatan kelak.

Presiden Kongres Kesatuan Syarikat Milik Kerajaan (GLC), Shafie BP Mamal berkata, menaikkan kadar caruman boleh dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pekerja yang banyak membantu memajukan syarikat.

"Syarikat perlu bekerjasama dengan KWSP untuk mengatur rancangan yang tersusun bagi menyebarkan pengetahuan dan kesedaran kepada pekerja tentang kepentingan menyimpan untuk usia persaraan.

"Isu ini perlu diangkat sebagai agenda dan dibahaskan oleh golongan cendekiawan serta pakar ekonomi bagi mengelakkan timbul masalah di kemudian hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu KWSP yang mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000 dan jumlah tersebut di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu RM120,000.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, caruman KWSP perlu dinaikkan bagi menjamin masa depan pesara.

"Saya begitu simpati dengan nasib mereka kerana faktor umur menyebabkan pesara tidak mampu lagi bekerja untuk menyara kehidupan," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat memberi bantuan kepada golongan itu bagi meringankan beban mereka dalam mengharungi kehidupan selepas menamatkan perkhidmatan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved