Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kenderaan bertambah

Posted:

Kenderaan bertambah

Kenderaan bertambah

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


Abdul Ghani Che Kassim (berdiri tiga dari kanan) meninjau kaunter perkhidmatan online JPJ di Terminal Agribisnes Negara di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 6 Ogos - Bilangan kenderaan yang akan memasuki negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka meningkat tiga kali ganda sehingga berlaku kesesakan.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Ghani Che Kassim berkata, pihaknya akan memberi tumpuan Ops Sikap di tiga laluan utama iaitu Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Machang-Gerik dan Pasir Puteh-Bukit Yong.

Beliau berkata, Ops Sikap musim perayaan itu akan dilancarkan 14 Ogos ini oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"Ketiga-tiga laluan utama itu merupakan pintu keluar masuk ke negeri ini dan ia akan dipantau lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana penambahan jumlah kenderaan persendirian dan awam.

"Operasi biasa iaitu melalui rondaan di atas jalan raya akan diteruskan, begitu juga dengan operasi penyamaran anggota JPJ di atas bas. Manakala pemantauan ke bengkel-bengkel utama bas ekspres di sini bagi pemeriksaan tayar dan sistem brek telah dimulakan sejak awal bulan ini," katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran pembukaan kaunter perkhidmatan online JPJ dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan di Terminal Agribisnes Negara di sini, hari ini.

Abdu Ghani berkata, perkhidmatan itu memberi kemudahan kepada orang ramai yang membeli belah di Teman untuk menjalankan urusan secara online dengan JPJ bermula pukul 8.30 pagi hingga 2 petang setiap Sabtu.

Di sini ada kaunter untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan, alamat terkini serta menyemak senarai hitam kenderaan masing-masing,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JPJ Terengganu perhebat promosi khidmat online

Posted:

JPJ Terengganu perhebat promosi khidmat online

JPJ Terengganu perhebat promosi khidmat online

KUALA TERENGGANU 6 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan memperhebatkan promosi perkhidmatan online yang masih begitu rendah penggunaannya dalam kalangan penduduk negeri ini.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, dengan menyebarluaskan perkhidmatan tersebut, ia diharap mendorong orang ramai memanfaatkan kemudahan yang disediakan semasa berurusan dengan jabatan itu.

Katanya, bentuk perkhidmatan yang pantas dan selesa itu perlu terus dipromosikan kerana ia hanya dimanfaatkan oleh lima peratus pelanggan berbanding 67 peratus di kaunter dan 28 peratus lagi melalui rakan niaga.

Sehubungan itu, kita berazam meningkatkan kesedaran orang ramai, terutamanya penduduk setempat berhubung kebaikan berurusan secara dalam talian dengan JPJ,'' katanya kepada pemberita selepas pembukaan kaunter online 'One JPJ' di hadapan Pasar Raya Sabasun di sini, hari ini.

Pembukaan kaunter online itu turut dijayakan bersama beberapa agensi perkhidmatan online lain termasuk MyEG, mySpeed dan Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd. (Komms).

Abdul Rahman berkata, penggunaan perkhidmatan atau urus niaga melalui talian dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pihak ketiga atau 'orang tengah' untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan kenderaan.

Ia juga membolehkan orang ramai berurusan dengan JPJ di luar waktu pejabat, termasuk pada hujung minggu di pusat membeli-belah atau pasar tani," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jabatan Kesihatan guna dikir barat

Posted:

Jabatan Kesihatan guna dikir barat

Jabatan Kesihatan guna dikir barat

KOTA BHARU 6 Ogos - Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri kini menggunakan medium dikir barat dan karakter Wok Yoh, Samad dan Said untuk kempen kesedaran Jom Guna Ubat Berdaftar sebagai tarikan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Penolong Pengarah Kanan (Kuat Kuasa) cawangan itu, Mohammad Aswady Adenan berkata, mereka menerbitkan cakera padat audio Dikir Farmasi siri 1 dan 2 menggunakan karakter wayang kulit yang telah mula diedar secara percuma sejak pertengahan Mei lalu.

Mohammad Aswady berkata, selepas Ramadan 3,000 salinan video cakera padat Dikir Farmasi Siri Animasi akan diedar percuma kepada orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan pengasas animasi wayang kulit yang juga pemilik Artmedia Production, Royhadlin Hussain, menerbitkan album Dikir Farmasi yang turut disertai pendikir terkenal Cikgu Sulizi dan tok dalang yang membawa karakter Wok Yoh, Samad dan Said iaitu Soupi Mat Isa.

Katanya, ketiga-tiga karakter wayang kulit itu sudah sekian lama menjadi ikon yang digemari ramai terutama dalam album dikir komersial di negeri ini dan pihaknya mengambil peluang itu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan berdaftar.

"Pihak kami sentiasa mengadakan kempen di peringkat daerah melalui ceramah dan pameran mengenai kepentingan mengambil ubat-ubatan berdaftar dan mengelak terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang.

"Namun penyampaian secara formal begini kurang menarik minat terutama di luar bandar kerana orang ramai biasanya lebih sukakan sesuatu yang lebih santai.

"Satu pendekatan melalui lagu dikir barat yang dekat dengan jiwa masyarakat di sini didapati lebih berhasil dan terbukti apabila kami memasang cakera padat ini semasa kempen, masyarakat tidak kira peringkat umur lebih teruja mendengar sketsa mengenai ubat yang disampaikan oleh karakter Wok Yoh, Samad dan Said," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, salinan cakera padat sama turut diserahkan kepada hospital dan pasar raya besar negeri ini untuk dipasang di premis masing-masing selain siaran melalui radio Kelantan FM.

Mohammad Aswady berkata, di samping menyumbangkan suara, beliau dengan dibantu oleh Royhadlin menghasilkan sendiri lirik dan skrip bagi lagu dan sketsa dalam album dikir yang diterbitkan bagi memastikan maklumat tepat mengenai ubat-ubatan disampaikan kepada orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved