Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Miera, Johan tinggalkan sekolah

Posted:

Miera, Johan tinggalkan sekolah

Miera, Johan tinggalkan sekolah

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


WALAUPUN usianya belum mencecah 20 tahun, namun Miera Leyana begitu matang menjalani kehidupannya.


BIASANYA pada usia 15 tahun, seorang pelajar yang bersekolah di tingkatan tiga akan memberi tumpuan penuh pada bidang pelajaran. Masanya akan dihalakan kepada waktu persekolahan dan termasuklah juga kelas-kelas tambahan.

Bagaimanapun, berlainan pula halnya dengan pelakon muda Miera Leyana yang kini berusia 18 tahun. Pada usia yang masih hijau itu, dia kini beranjak sedikit demi sedikit menjadi salah seorang pelakon pelapis dalam bidang lakonan di negara ini.

Malah, menurut anak kedua daripada tiga beradik, minat dan kecenderungannya dalam bidang lakonan sudah bermula sejak tiga tahun lalu.

Katanya, di saat remaja lain sibuk dengan kerja-kerja sekolah, dia menghalakan minatnya dalam bidang lakonan bagi mengisi masa lapangnya.

"Sebenarnya, saya mula berlakon drama TV semasa berusia 15 tahun di mana drama 20 episod Luna Fantasiku adalah drama pertama lakonan saya. Ketika itu, saya korbankan waktu lapang saya untuk berlakon terutama apa cuti sekolah.

"Apatah lagi, pembabitan saya dalam bidang lakonan mendapat dorongan daripada kedua ibu bapa saya. Sekarang ini pun sepatutnya saya menyambung pelajaran tetapi saya 'berehat' sementara waktu kerana mendapat banyak tawaran berlakon," katanya.

Miera yang merupakan anak kepada pasangan Kasmie Arshad, 50, dan Aishah Abdullah, 50, ini beruntung kerana ibu bapanya bukan setakat tidak menghalang niatnya itu. Sebaliknya, turut memberi dorongan agar berjaya dalam bidang tersebut.

Kata pelakon tinggi lampai itu, keghairahannya berlakon tidak bermakna dia melupakan terus pelajaran kerana ia akan menyambung pengajiannya apabila sudah sampai waktu dan ketikanya.

"Saya akan membuktikan kepada ibu bapa saya bahawa bidang lakonan yang saya ceburi ini sesuai dengan jiwa dan masa depan saya," ujarnya.

Bagi membuktikan kesungguhannya dalam bidang lakonan, Miera yang kini menetap bersama keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini sanggup berbelanja lebih termasuklah membeli pakaian atau kostum untuk memudahkannya berlakon.

Tiga bulan lalu, Miera bersama keluarganya telah pergi ke Shanghai dan Guangzhou, China bagi membeli keperluan tersebut. Ternyata percutian merangkap aktiviti membeli-belah itu cukup memuaskan hati gadis manis ini.

"Saya memang serius berlakon termasuklah dalam soal penampilan diri. Saya amat menjaga pakaian atau kostum yang akan saya pakai dalam drama-drama lakonan saya. Sebab itu, saya sanggup berbelanja sendiri bagi mendapatkan pakaian yang sesuai dengan diri saya.

"Kalau ada penggambaran drama, saya akan bawa baju atau kostum sendiri. Sebab itu, selama dua minggu berada di dua bandar fesyen penting di China itu, saya tidak melepaskan peluang itu. Apatah lagi, harga pakaian di sana lebih murah berbanding di sini," jelasnya.

Biarpun sedang meniti populariti, tetapi Miera tidak lupa diri. Ini kerana, bukan setakat ibu bapanya, malah pengarah seperti Ahmad Idham turut memberinya nasihat dalam menempuh bidang yang mencabar itu.

Pelakon drama Psikik dan Sejambak Bukan Serumpun ini semakin matang menempuh bidang yang penuh onak dan duri itu walaupun usianya belum mencecah 20 tahun.

"Saya memang masih muda tetapi orang di sekeliling saya kebanyakannya adalah yang sudah berpengalaman dalam hidup. Saya banyak belajar daripada pengarah berpengalaman seperti Aziz M. Osman dan Ahmad Idham. Maklumlah saya masih muda dalam bidang ini," katanya.

Pada pertemuan malam itu, Miera dan Johan yang seakan-akan mempunyai persamaan dalam perjuangan mereka sebagai pelakon dipertemukan dalam rakaman rancangan Fuhhh! terbitan TV3 yang diacarakan oleh Awal Ashaari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rindu Erra terubat sudah

Posted:

Rindu Erra terubat sudah

Rindu Erra terubat sudah

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar ISMAIL KAMADIN


Erra Fazira sentiasa fokus dalam setiap perkara yang dilakukannya.


BAGI pelantun suara lagu Dalam Rumah Tangga, hasil duet dengan Sohaimi Meor Hassan, Erra Fazira mengakui dia sememangnya merindui dunia nyanyian.

Namun kerana kekangan masa dan juga banyak terlibat dengan dunia lakonan, membataskan Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 37, untuk memberi lebih perhatian kepada bidang yang pernah diceburinya dulu.

Bagi Erra, single Dalam Rumah Tangga bersama Sohaimi Meor Hassan sebagai pengubat rindunya kepada bidang nyanyian.

"Sebenarnya, kalau ikutkan hati, Erra memang mahu merakamkan album. Tapi disebabkan sentiasa sibuk, hasrat Erra ini masih belum terlaksana.

"Erra rindu untuk menyanyi seperti dulu tetapi kalau boleh biarlah album comeback itu nanti, betul-betul meletup dan luar biasa," ujarnya sambil tersenyum.

Selain itu,jika ada peluang Erra tidak menolak untuk merakamkan album dengan protegenya, Salma yang menjuarai program Mentor 5 baru-baru ini.

Namun, bagi mengubati rindunya terhadap bidang nyanyian, kadang kala ibu kepada Engku Aleesya,2, dan isteri kepada Engku Imran Engku Zainal Abidin,36, ini masih memenuhi undangan menyanyi di majlis-majlis korporat.

Ketika ini, Erra juga sibuk membuat hamper raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Erra sudah mula buat hamper raya kerana sudah ada tempahan," ujarnya yang turut aktif mengendalikan kelas membuat kek cawan.

Di samping menguruskan hamper raya, Erra juga terlibat dalam persembahan teater Badai Semalam yang akan dipentaskan pada November ini.

Menurut Erra, dia akan cuba memberikan yang terbaik pada teater itu dan menjiwai watak Mazni dengan sepenuh hati.

"Jika tiada apa-apa masalah, latihan pementasan teater akan bermula selepas raya," ujarnya ketika ditemui selepas rakaman program Mari Berdansa Aidilfitri di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai filem, Erra melahirkan hasratnya untuk berlakon watak yang lebih mencabar.

"Sebenarnya Erra ada juga terima tawaran berlakon filem tetapi kadang-kala terpaksa tolak kerana wataknya tidak sesuai.

"Maklumlah, setelah berumah tangga banyak hati yang perlu dijaga," ujarnya jujur.

Sebelum menutup bicara, Erra memberitahu, dia akan memasukki lokasi penggambaran filem pada hujung tahun ini.

Dalam filem itu, Erra bakal membawakan watak sebagai pembunuh upahan yang bisu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved