Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM4j bantu golongan miskin

Posted:

RM4j bantu golongan miskin

RM4j bantu golongan miskin

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 29 Julai – Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) membelanjakan RM4.042 juta bagi membantu 479 golongan miskin menceburi perniagaan di bawah Skim Pinjaman Mikro Kredit sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Ketua Khidmat Mikrokreditnya, Ghaffarud-din Usulud-din berkata, skim tersebut yang bertujuan menjana pendapatan golongan kurang berkemampuan itu sekali gus diharapkan mampu mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

"Kita memberikan pinjaman dalam lingkungan RM2,000 ke RM20,000 untuk mereka yang mempunyai isi pendapatan rumah kurang daripada RM1,500 terlibat dalam bidang perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan peruncitan.

"Untuk tujuh bulan pertama tahun ini, kita menerima bayaran balik pinjaman cukup memberangsangkan kerana melebihi daripada yang kita sepatutnya kutip," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penganugerahan Skim Pinjaman Mikro Kredit YBUDR kepada 25 penerima di sini, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Khidmat Korporat YBUDR, Hairul Anwar Mohamed Nor.

Pada majlis tersebut, satu taklimat perniagaan ringkas turut diberikan kepada bakal-bakal penerima skim pinjaman mikro kredit tersebut.

Dalam pada itu, Ghaffarud-din berkata, pihaknya akan menilai setiap permohonan terlebih dahulu bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerimanya sahaja.

Selain itu, katanya, YBUDR juga akan melakukan pemantauan perniagaan ke atas semua peminjamnya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Sementara itu, seorang suri rumah, Laila Hussin, 44, yang bakal menerima pinjaman tersebut berkata, dia berhasrat untuk menjalankan perniagaan menjual makanan seperti nasi lemak dan kuih di rumahnya di Pasir Puteh.

"Saya baru berhenti kerja sebagai pekerja am di sebuah pasar raya setelah berkhidmat selama 25 tahun.

"Melalui skim pinjaman mikro kredit, saya harap dapat memulakan perniagaan seterusnya mengembangkannya melalui jualan secara bergerak menggunakan van," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kompaun, penjara makan di tempat terbuka semasa Ramadan

Posted:

Kompaun, penjara makan di tempat terbuka semasa Ramadan

Kompaun, penjara makan di tempat terbuka semasa Ramadan

PULAU PINANG 29 Julai - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan bertindak tegas terhadap umat Islam yang tidak menghormati Ramadan termasuk mengenakan kompaun dan penjara untuk mereka yang ditahan kerana makan di tempat terbuka.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap pengusaha premis yang didapati menghidangkan makanan kepada umat Islam sepanjang Ramadan ini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan Ops Jejak pada setiap hari sepanjang Ramadan mulai pukul 7 pagi melibatkan setiap lima daerah di negeri ini.

''Umat Islam yang didapati menjual apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda-benda lain untuk dimakan, diminum atau dihisap juga boleh didakwa mengikut seksyen 15(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

''Mereka yang didapati makan atau minum secara terbuka atau di tempat awam pula didakwa mengikut Seksyen 15 (b). Jika didapati bersalah, kesemua mereka akan dikenakan kompaun RM1,000 atau enam bulan penjara atau keduanya-duanya sekali," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Jaafar memberitahu, pihaknya juga akan meningkatkan serbuan ke atas pusat hiburan, kafe siber dan premis nombor ekor dalam operasi Ops Judi dan Ops Cegah Maksiat.

Katanya, penguat kuasa JHEAIPP tidak akan berkompromi dengan pesalah yang melakukan tindakan tersebut dan pemantauan dijalankan secara berterusan.

Orang ramai yang ingin membuat laporan boleh melayari laman web e-aduan maksiat: penguatkuasajaipp.blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zurinah terima bantuan barang makanan

Posted:

Zurinah terima bantuan barang makanan

Zurinah terima bantuan barang makanan


Lim Weng Khung (kiri) menyerahkan pelbagai barang makanan kepada Zurinah Ibrahim di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.


SUNGAI PETANI 29 Julai - Bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi dijangka membawa sinar baru kepada seorang ibu tunggal, Zurinah Ibrahim yang cedera dalam kejadian ambulans terbalik di sini, baru-baru ini.

Zurinah, 48, yang turut menghidap penyakit kanser pundi kencing, kini boleh menarik nafas lega apabila beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan.

Semalam, sebuah pasar raya besar, Econsave di Bandar Puteri Jaya dekat sini, menghulurkan bantuan berupa barang makanan berjumlah RM1,000 di rumah wanita itu di Taman Bandar Baru Sungai Lalang, di sini.

Dia yang tidak dapat bekerja sejak kemalangan itu, amat bersyukur dengan kunjungan Pengurus Econsave, Zamzuri Mansor dan Pengurus Pengeluaran, Lim Weng Khung yang berjanji untuk meringankan bebannya bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Menurut Zurinah, sebelum ini, dia berasa bimbang kerana tidak mampu membeli barang persiapan menyambut bulan puasa.

"Dulu saya berniaga kecil-kecilan dengan menjual rojak di hadapan rumah dan hasilnya dapatlah tampung perbelanjaan harian. Namun, selepas terlibat dalam kemalangan itu, saya hilang punca," katanya.

Ibu tunggal itu memberitahu, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan RM300 sebulan, namun wang tersebut tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi tambahan pula perlu tanggung perbelanjaan sekolah anak-anak.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana Econsave bermurah hati menghulurkan bantuan kepadanya.

Sementara itu, Zamzuri berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Zurinah selepas membaca kisahnya yang disiarkan Utusan Malaysia pada 25 Jun lalu.

"Bantuan yang kami sampaikan sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau dan keluarga terutama apabila hendak masuk bulan puasa ini," katanya.

Zurinah cedera parah dengan patah tulang selangka dan bahu kiri selepas terlibat dalam kejadian ambulans terbalik di persimpangan Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara, di sini, pada 20 Jun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved