Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Satu terkorban banjir di Jepun

Posted:

Satu terkorban banjir di Jepun

Satu terkorban banjir di Jepun


Arus deras banjir yang membawa lumpur melimpah dari sungai Tadamigawa di Yanaizu, wilayah Fukushima, semalam. Seorang maut, sementara 400,000 yang lain terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat melanda Niigata dan Fukushima. - AFP


TOKYO 30 Julai - Banjir di Jepun meragut korban pertama hari ini ketika hampir 400,000 orang digesa berpindah selepas bencana itu mengorbankan berpuluh-puluh orang di semenanjung Korea.

Kerajaan tempatan di Niigata dan Fukushima mengeluarkan arahan berpindah selepas agensi kaji cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran tahap tertinggi tentang ramalan lebih banyak banjir dan tanah runtuh akan berlaku.

Rakaman dari helikopter yang disiarkan oleh NHK menunjukkan banyak jambatan di sungai Shinano di Niigata ditenggelami air, sementara pokok-pokok dan tiang telefon turut tumbang.

Kamo City di Niigata paling terjejas teruk apabila banjir menenggelamkan jalan-jalan di bandar itu.

NHK melaporkan, sejumlah 396,000 orang digesa berpindah awal hari ini, tetapi tiada arahan wajib dikeluarkan walaupun paras air sungai meningkat, tembok pecah dan rumah ditenggelami air.

Korban pertama, Eiichi Murayama, 67, maut di Tokamachi City, di Niigata awal hari ini selepas kenderaan yang dipandunya dihanyutkan air semalam, menurut polis di Niigata. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

China nafi sembunyi bukti nahas kereta api

Posted:

China nafi sembunyi bukti nahas kereta api

China nafi sembunyi bukti nahas kereta api

BEIJING 30 Julai - Agensi berita China, Xinhua semalam menafikan khabar angin yang menyatakan pihak berkuasa perkhidmatan kereta api negara ini cuba menyembunyikan bukti dengan menanam gerabak kereta api berkelajuan tinggi yang rosak akibat nahas minggu lalu.

Xinhua yang memetik pegawai dari Kementerian Kereta Api yang enggan dikenali melaporkan, pemusnahan bukti tidak berlaku sepanjang proses menangani insiden itu.

Menurut sumber itu, hanya beberapa gerabak yang rosak ditanam di tempat kejadian bagi membolehkan operasi pembersihan dan menyelamat dijalankan.

Nahas terburuk melibatkan perkhidmatan kereta api China sejak 2008 yang berlaku di Wenzhou pada 23 Julai lalu itu menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh.

Institut penyelidikan kereta api China sebelum ini telah bertanggungjawab diatas insiden itu yang dikatakan berpunca daripada kerosakan peralatan isyarat.

Kerajaan China kini berhadapan rasa tidak puas hati rakyat tentang cara mereka melakukan operasi menyelamat dan cubaan untuk menyekat media melaporkan nahas tersebut.

Akbar-akhbar juga mula mempersoalkan teori konspirasi dan keterangan pegawai, isu yang kini mendominasi laman media sosial China. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved