Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PDRM dedah pembohongan

Posted:

PDRM dedah pembohongan

PDRM dedah pembohongan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Rakaman video menunjukkan Tian Chua melakukan aksi provokasi terhadap pihak polis dalam perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, 9 Julai lalu.


KUALA LUMPUR 21 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap pasukan tersebut.

Dalam rakaman selama 1 jam 30 minit itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid memberi taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian yang telah diputar belitkan oleh pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imej PDRM.

Antaranya mengenai tohmahan melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dirinya dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan peristiwa tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Turut ditayangkan situasi melibatkan peserta perhimpunan, Allahyarham Baharudin Ahmad, 59, yang didakwa meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman mengenai peserta perhimpunan Bersih, Shuhardi Md. Isa yang didakwa sebagai Baharudin.

Dalam kes melibatkan Mohamad Sabu, rakaman video menunjukkan peta perjalanan Timbalan Presiden Pas itu yang membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki menggunakan Jalan Maharajalela dari Mandarin Court ke lokasi kejadian di kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan, di sini.

Ia memaparkan motosikal yang dinaiki Mohamad Sabu tidak dilanggar oleh kenderaan polis seperti mana didakwa oleh beliau, sebaliknya beliau terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U di kawasan tersebut.

Salleh berkata, hasil siasatan menunjukkan Mat Sabu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

"Hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan tiada kecederaan serius disebabkan kemalangan dan beliau hanya mendapat rawatan pesakit luar," katanya ketika menyampaikan taklimat tersebut di Dewan Teater Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Salleh memberitahu, pihaknya sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Shuhardi Md. Isa dipercayai peserta utama yang bertindak membangkitkan provokasi terhadap polis ketika perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, terdapat empat tindakan provokasi Shuhardi yang berjaya dirakam pihak polis iaitu mengadakan solat di tengah Jalan Pudu, mengarahkan peserta-peserta perhimpunan supaya duduk dengan dialog "polis tidak datang kita gagal, jika tidak datang kita gagal", mara ke arah polis ketika diarahkan bersurai dan berlakon sesak nafas yang telah dimanipulasi pihak tertentu sebagai Baharudin.

Tohmahan berhubung kematian Baharudin pula jelas ditunjukkan menerusi rakaman video di bangunan Avenue-K ketika Allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

Rakaman itu turut menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa Allahyarham ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), selepas pihak kecemasan menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Menurut Salleh, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Allahyarham meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan Allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan Allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

Dalam kejadian sebenar di Hospital Tung Shin, Salleh berkata, pihaknya mengakui gas pemedih mata dilepaskan bagaimanapun ia dilakukan di lorong tengah antara sebuah bangunan kosong dan hospital berkenaan.

Mengenai situasi di Stesen KL Sentral yang melibatkan Tian Chua, beliau berkata, polis telah mengeluarkan sembilan kali amaran supaya penunjuk perasaan bersurai tetapi mereka berdegil dan terus melakukan provokasi.

''Rakaman video menunjukkan aksi-aksi provokasi Tian Chua terhadap pihak polis,'' katanya.

Secara keseluruhan, Salleh menegaskan, tiada sebarang kecederaan serius atau kematian yang dikaitkan secara langsung pada hari perhimpunan haram.

Rakaman itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin Bersih termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkifli Ahmad dan Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga,

Sehubungan itu, beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan haram berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Taktik cuba lumpuhkan sistem kepolisan negara

Posted:

Taktik cuba lumpuhkan sistem kepolisan negara

Taktik cuba lumpuhkan sistem kepolisan negara

KUALA LUMPUR 21 Julai - Tindakan portal berita propembangkang yang mengubah video kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu disifatkan sebagai salah satu rancangan pembangkang untuk melumpuhkan sistem kepolisan negara.

Ini kerana, pembangkang menganggap kewujudan pihak polis sebagai penghalang utama kepada matlamat mereka untuk mentadbir negara menerusi keadaan huru-hara tanpa melalui proses demokrasi yang sah.

Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri berkata, pembangkang tidak pernah 'sebulu' dengan pihak polis disebabkan sifat semulajadi pembangkang yang gemar mencetuskan keadaan atau tindakan yang di luar landasan undang-undang.

"Perkara ini bukan baru, sejarah menunjukkan bahawa kecenderungan pembangkang untuk mencetus keadaan yang tidak stabil ke atas negara tercinta ini menyebabkan polis terpaksa bertindak awal," katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan bahawa sebuah portal berita propembangkang telah mengubahsuai video berhubung perhimpunan haram tersebut bagi memburukkan imej polis.

Jelas Shafie, persepsi yang kerap dipromosikan pembangkang terhadap imej polis yang kononnya menyalahgunakan kuasa, bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan hanya merupakan agenda terancang mereka untuk 'memprogramkan' mentaliti rakyat.

Katanya, mentaliti membenci polis itu adalah amat berguna bagi mereka dalam menjamin agenda tersebut direalisasikan meskipun melalui cara yang jelas terpesong dan bertentangan dengan nilai masyarakat.

"Namun begitu, jika mereka (pembangkang) merasakan bahawa mereka telah berjaya menjatuhkan moral polis melalui cara tersebut, mereka tersangat salah kerana polis sememangnya kental dan akan terus menaburkan bakti kepada bangsa, agama dan negara," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan berkata, rakyat kini tidak mudah ditipu serta diputarbelitkan oleh pembangkang kerana kepesatan teknologi maklumat menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar celik undang-undang di negara ini.

Katanya, peranan polis yang neutral tidak boleh disangkal lagi terutama menerusi kredibiliti pasukan tersebut sebagai antara yang terbaik di dunia.

"Tindakan menyiarkan video yang dimanipulasikan ini merupakan muslihat pembangkang yang 'terang lagi bersuluh'. Justeru, orang ramai perlu mengelakkan diri dari menjadi mangsa pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam memperjuangkan tuntutan mereka," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Teoh Beng Hock bunuh diri

Posted:

Teoh Beng Hock bunuh diri

Teoh Beng Hock bunuh diri

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Julai - Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock merumuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.

Mengikut rumusan suruhanjaya itu dalam laporan setebal 124 muka surat yang didedahkan kepada media hari ini, tindakan itu didorong oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai-pegawai SPRM pada malam 15 Julai 2009 dan awal pagi keesokan harinya.

Lima anggota panel yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong bersependapat dan bersetuju sepenuhnya bahawa Beng Hock, 30, jatuh dari tingkat 14 dalam keadaan sedar berdasarkan kecederaan yang dialaminya.

Mereka sebaliknya menolak pendapat pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa Beng Hock dipukul dengan objek tumpul kerana lelaki itu tidak mungkin berjalan ke tingkap dalam keadaan sedar jika mengalami kecederaan yang teruk di kepala.

Begitu juga teori ditolak keluar dari tingkap kerana pergelutan pasti berlaku sedangkan tiada kecederaan mempertahankan diri selain tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing pada badan mahupun pakaian Beng Hock.

Keterangan Pornthip tentang kesan merah jambu cerah pada tengkuk Beng Hock akibat dicekik juga amat spekulatif dan tidak boleh diterima dan suruhanjaya berpendapat ia adalah disebabkan kesan bedah siasat pertama.

Ia disokong oleh keterangan pakar patologi forensik dari Britain, Profesor Peter Vanezis bahawa tiada pendarahan dalam mata akibat lemas serta tidak terdapat keretakan pada tulang tengkuk.

Suruhanjaya juga tidak mempercayai kesan koyakan pada tali pinggang disebabkan Beng Hock tergantung padanya, sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam kes jatuh dari tempat tinggi akibat daya yang dikenakan kepadanya.

Daripada aspek psikiatri, suruhanjaya merumuskan cubaan untuk mengkhianati ketuanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ean Yong Hian Wah memberikan tekanan kepada Beng Hock memandangkan hubungan mereka yang mesra dan saling menghormati.

Ini ditambah faktor penyumbang lain seperti dinafikan hak untuk tidur, persekitaran yang tidak selesa dan asing serta berada dalam tekanan bagi jangka masa panjang.

Ekoran itu, Beng Hock mengalami perubahan keadaan minda dalam beberapa jam daripada kumpulan berisiko rendah kepada kumpulan berisiko tinggi untuk membunuh diri.

Ia berikutan keraguan, konflik emosi keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam dan tidak dapat ditanggung selain gagal menemui strategi untuk mengatasi tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya.

Keadaan itu menyebabkan Beng Hock putus harapan, rasa terjebak dan tewas kepada kekecewaan selain beranggapan satu-satu cara untuk melepaskan diri dengan melompat keluar dari tingkap yang mudah diakses walaupun ia bermakna mengambil nyawanya sendiri.

Menyentuh nota selamat tinggal yang dijumpai di dalam beg sandang Beng Hock, suruhanjaya tidak mempercayai kesahihannya berikutan kegagalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal untuk segera mengemukakannya kepada Mahkamah Koroner.

Ia ditambah dengan kelemahan pandangan oleh pakar pemeriksa dokumen, Wong Kong Yong selain perbandingan tidak dibuat dengan tulisan asal Beng Hock.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi, suruhanjaya percaya bahawa bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim terlibat secara aktif dalam soal siasat dengan membiarkan pegawainya melaksanakan arahannya bagi mendapatkan hasil pada malam tersebut walau apa pun halangan.

Malah, beliau ialah individu bertanggungjawab atas perkara yang berlaku di SPRM sepanjang tempoh Beng Hock disoal siasat serta berada di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved